• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dan Kaum Nuh pula, sebelum itu, telah ditentukan sebagai kaum yang derhaka

Dalam dokumen SURAH ADZ-DZARIYAAT 1 (Halaman 30-35)

Mereka sangat angkuh atas perintah Tuhan mereka, maka ditimpakan atas mereka pekikan suara yang kuat yang memusnahkan mereka, sedangkan mereka menyaksikan nya sendiri.(44)

Kesannya, mereka tidak dapat bergerak dan berdiri dan pastinya tidak siapa pun yang datang menolong.(45)

Tafsiran ayat 43-45:

Nabi kepada Kaum Thamud ialah Nabi Soleh, sebagai amaran kepada kaum Nya nabi Soleh telah berpesan supaya jangan membunuh unta betina yang berada di kawasan itu kerana ianya adalah atas kehendak mereka juga. Akhirnya mereka menolak amaran itu dan membunuh unta tersebut dan Nabi soleh memberi mereka masa selama 3 hari. Mereka tetap menolak dan tidak mahu berunding. Pada subuh hari keempat, Allah telah memusnahkan mereka dengan petir yang melampau-lampau. Kaum Tahmud ini telah diberi petunjuk kepada hidayah Allah, atas pilihan mereka, mereka lebih suka kepada kesesatan dari hidayah. Saat akhir mereka diberi masa selama 3 hari juga tidak memberi apa-apa kesan pada mereka. Dengan azab Allah itu maka mereka terus tidak dapat bangun atau melarikan diri dari azab tersebut dan pupuslah mereka dari bumi Allah ini.

Kaum terakhir yang dikisahkan dalam surah ini ialah kaun Nabi Nuh as. Firman Allah: Dan Kaum Nuh pula, sebelum itu, telah ditentukan sebagai kaum yang derhaka dan fasik.(46)

Tafsiran ayat 46: Nuh as sebagai nabi telah mendakwah kaumnya selama hampir 1000 tahun, dan mereka tidak mengindahkan nya, mereka menolak semua amaraannya dan bertindak terus kufur pada Allah. Kaum Noh ini telah dibinasakan dengan air melalui banjir besar yang menelan semua berada di bumi termasuk semua kaum yang kufur itu.

31

Dari segi kesamaan semua kaum-kaum ini, iaitu kaum-kaum yang terlah di pupuskan itu, mereka mempunyai sifat yang sama iaitu kufur pada Allah, menolak rasul-rasul mereka dan tidak mengindah kan sebarang amaran dari rasul mereka. Mereka semua telah dipupuskan dan menjadi iktibar dan panduan kepada umat yang terkemudian.

Justifikasi kisah-kisah ini sangat releven untuk menjadi renungan pada kaum yang sedang didakwah oleh Rasulullah di Mekah, dan sangat berkesan kepada semua muslimin dan muslimat dari semua masa menjadikannya iktibar agar kita tidak menjadi kaum yang serupa yang dilaknat oleh Allah. Selepas membawa minda kita kepada kisah-kisah silam yang boleh memberi iktibar kita kepada balasan yang diterima oleh yang kufur pada Allah menolak rasul nya, maka sekali lagi kita dibawa untuk menyakinkan diri kita tentang Allah, dan keagongan kekuasan Nya untuk kita ambil iktibar; firman Allah:

(Di antara kekuasaan Kami), Kami telah membina langit yang kukuh rapi;

kekuasaan Kami amat luas dan meliputi segala-galanya.(47)

Kami telah mencipta bumi dengan cara menghamparkan nya; maka Kami lah sebaik-baik yang mengerjakannya begitu.(48)

Dan dari tiap sesuatu yang Kami ciptakan itu adalah berpasangan; semoga dengan itu kamu semua dapat memikirkan nya.(49)

“Maka segeralah kamu semua kembali kepada Allah; dan aku ini (Nabi Muhammad) hanya mengingatkan kamu sahaja dengan memberi amaran yang nyata”.(50)

32

“Dan jangan sekali-kali kamu menyekutukan Allah itu dengan tuhan-tuhan patung yang lain; sesungguhnya aku ini memberi amaran yang nyata kepada kamu”.(51)

Tafsiran ayat 47-51:

Mesej utama dari ayat-ayat 47-51 ini adalah dalam ayat 50 nya; “ maka

bersegeralah kamu semua kembali kepada Allah, dan aku ini hanya mengingatkan kamu sahaja dengan memberi amaran yang nyata”

Mengapa kita harus kembali pada Allah?

Pertama: diserlahkan pada kita tentang keagongan kekuasaan Allah; Allah membina langit dengan kekuasaan Nya yang tidak terbatas; lihat saja ketegapannya, saling cengkam mencengkam, meliputi di dalamnya segala cekerawala, dan kesan semuanya kepada kehidupan ini sangat besar. Bintang-bintang yang berbilion jumlahnya sudah mencemaskan kita untuk mengiranya, apalagi untuk membinanya dan mengeluarkan sesuatu yang berguna darinya.

Inilah yang dikatakan Allah Maha Meluas kekuasaan Nya. Luas di sini mungkin dilihat dari segi kepentingan semua yang berada di atas langit itu dalam memberi rezeki kepada kita dan bagaimana pentadbiran rezeki itu dikendali dengan penuh bijaksana. Inilah pengertian dalam ayat ke 47 di atas. Tak mahukah kita berbalik pada Allah?

Di permukaan bumi yang meluas ini juga melambangkan kekuasaan yang agong. Matlamat penyediaan bumi yang meluas ini untuk kehidupan dan dengan itu ianya diratakan dalam erti kata dapat menampung kependudukan manusia di atasnya. Penyamarataannya bererti kerehatan, keselesaan, dan kesentosaan. Kan bumi ini syurga kepada manusia yang duduk di atasnya, disertai dengan pengeluaran yang asli untuk kemudahan mansuia. Ciptaan segalanya itu dengan penuh ketekunan dan kehalusan. Ianya adalah nikmatnya yang tidak boleh dinafikan. (inilah pengertian dan tujahan ayat 48)

Allah menjelaskan bahawa asas ciptaan Nya melibatkan prinsip adanya “positif dan negative” nya, atau adanya ‘lelaki dan perempauan’ atau

33

dikatakan sebagai pasangan. Inilah satu phenomena yang teratur yang mengagumkan untuk manusia dan hidupan di dunia ini. Hal ini telah menjadi ingatan kepada semua manusia yang berfikir tentang adanya dua faktor yang berlawanan untuk mengekalkan pertumbuhan segala-gala di atas muka bumi ini.(ayat 49)

Dengan sentuhan kecil ini, Allah mengajak kita segera berbalik kepada Allah, kepada beriman dengan Nya, mengikuti syariaat Nya, menerima Kitabnya dan beramal dengannya untuk hidayah di dunia dan di Akhirat.(ayat 50) Rasulullah hanya sebagai penyampai amaran kepada yang tidak mahu beriman yang mereka akan diazab atas kekufuran mereka. Jangan sekali-kali syirik dengan Nya dengan mengambil tuhan-tuhan patung untuk disembah. Kekufurannya bererti menempah bala di Akhirat nanti.

Terdapat dua ayat yang sama; yang bererti “ Aku hanya sebagai penyampai

amaran yang nyata” diulang sebanyak 2 kali dan ini menunjukkan

kepentingannya pada kita untuk berfikir, betapa Allah sayangkan kita dan mahukan kita menerima Allah dengan seada Nya untuk hidayah di dunia dan selesa di Akhirat.

Pesanan ayat ini melibatkan pemberitahuan tentang rasul-rasul yang lalu yang telah dipertanggungjawabkan untuk menggalaskan tugas berat ini. Firman Allah:

Begitulah caranya, setiap Rasul terdahulu yang Kami utuskan semuanya dituduh oleh kaum mereka sebagai tukang sihir atau seorang yang gila.(52) Seolah-olah mereka berpakat untuk membuat tuduhan-tuduhan itu; sebenarnya semua kaum-kaum itu adalah melampaui batas.(53)

34

Pedulikan lah mereka! dan Engkau (wahai Muhamad) tidak akan dipersalahkan.(54)

Teruskan dengan memberi peringatan; sesungguhnya peringatan demi peringatan sangat baik untuk orang-orang yang beriman.(55)

Tafsiran ayat 52-55:

Pengalaman kebanyakan rasul-rasul yang lalu ialah mereka dituduh sebgai tukang sihir atau seorang yang gila. Ini seolah satu standard yang ada.(52) walaupun dalam kurun-kurun yang berlainan, nampaknya kecenderungan mereka adalah sama sahaja, menolak ajaran rasul-rasul mereka, mahukan kebebasan membuat sesuatu itu berdasarkan nafsu. Tabiat mereka ialah melampaui batas kemanusiaan dan hidup didorong oleh nafsu kebinatangan. Dalam semua hal ini, nabi dan rasul tidak akan dipertangungjawab atas kegagalan mereka dalam melaksanakan tugas mereka yang berat itu.(ayat 53) Sebaiknya ialah, jangan pedulikan mereka yang tidak mahu kepada hidayah, dan biarlah mereka dalam kegelapan mereka.(ayat 54)

Rasulullah sebaliknya, akan teruskan dakwahnya itu, kerana sebarang penyampaian perkara benar itu akan memberi faedah kepada orang yang beriman. Jangan jadikan orang kafir itu sebagai penghalang kepada kesuburan perkembangan Islam dikalangan orang yang beriman.(55)

Syed Qutub membuat komen di atas ayat ini dengan menyatakan bahawa semua pendusta agama, bersifat degan satu sifat unggul sejak zaman berzaman lagi; iaitu menolak agama dengan alasan ianya adalah ‘Jenis Sihir’ atau ianya dibawa oleh seorang yang tidak ‘Waras’; atau gila. Inilah terdisinya. Tujuan utama untuk melemahkan gerakan dakwah kebenaran itu kerana mereka merasa segala kuasa mereka akan terhakis dengan adanya kebenaran ini.

Jadi dalam hal ini kegagalan untuk menghapuskan samasekali kesesatan, dan kekufuran dikalangan manusia yang didakwah mereka bukanlah tanggungjawab nabi-nabi tersebut. Kumpulan pendusta ini tidak harus diberi perhatian, sebaliknya diteruskan dakwah-dakwah baik ini, sekurang-kurangnya ia memberi kebaikan dan munafaat kepada orang yang beriman. Memperingatkan manusia kepada Allah, dan kepada kebaikan adalah tugas

35

para nabi dan rasul, tetapi menentukan hidayah bukanlah tugas nabi tersebut sebaliknya ianya adalah hidayah dari Allah kepada yang menerimanya. Ianya sesuai dengan matlamat dan tujuan manusia itu dicipta oleh Allah ”.(Syed Qtub ms. 3386. Fi zilall Quraan, jilid 6)

Apakah matlamat, falsafah dan tujuan manusia itu dicipta? Firman Allah:

Dalam dokumen SURAH ADZ-DZARIYAAT 1 (Halaman 30-35)

Dokumen terkait