• Tidak ada hasil yang ditemukan

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahasa Tamil sarat dengan pelbagai jenis

perkataan dan frasa. Perkataan dan frasa ini boleh dikategorikan mengikut pelbagai

bidang. Antara bidangnya ialah bidang kebudayaan. Kebudayaan pula dikategorikan

kepada pelbagai budaya seperti budaya Cina, budaya Barat, budaya Melayu, budaya

Punjabi, dan sebagainya. Satu budaya yang terulung di dunia ialah kebudayaan Tamil.

Kebudayaan Tamil menggunakan pelbagai perkataan dan frasa nama mengikut pelbagai

aspek yang diperkenalkan oleh Peter Newmark.

Menurut Peter Newmark, kebudayaan ini boleh dibahagikan kepada beberapa aspek

seperti aspek ekologi, budaya material, budaya sosial, organisasi sosial serta gestur dan

kebiasaan. Setiap aspek ini mempunyai pelbagai perkataan yang merujuk pada

kebudayaan Tamil yang digunakan dalam pelbagai bidang. Salah satu medium yang

mengunakan ialah blog Thirutamil yang berunsurkan kebudayaan Tamil. Pengkaji telah

memilih 103 patah perkataan dan frasa kata nama daripada 9 buah artikel dalam blog

berkenaan. Seterusnya, penggunaan perkataan/frasa nama kebudayaan Tamil dalam

blog Thirutamil dikaji.

University

Dapatan kajian seterusnya ialah berkisar pada aspek semantik yang terdapat dalam 103

perkataan dan frasa nama kebudayaan Tamil yang dipilih daripada 9 artikel dalam blog

Thirutamil, menggunakan teori kebudayaan yang telah dibincangkan oleh Peter

Newmark.

Perkataan dan frasa nama kebudayaan Tamil ini terbahagi mengikut aspek-aspek yang

ditentukan oleh Peter Newmark seperti ekologi, budaya material, budaya sosial,

organisasi sosial dan gestur dan kebiasaan. 89 (jadual 4.1) perkataan/frasa nama dapat

mengkategorikan satu aspek sahaja iaitu 22.47% perkataan/frasa nama dapat dikelaskan

dalam aspek ekologi; 2.24% perkataan/frasa nama dapat dikelaskan dalam aspek budaya

sosial; 74.15% perkataan/frasa nama dapat dikategorikan dalam aspek organisasi sosial;

dan akhirnya, 1.12% perkataan/frasa dalam aspek gestur dan kebiasaan. Sebanyak 14

perkataan/frasa nama dapat dikelaskan kepada lebih daripada satu aspek (jadual 4.2 dan

4.3). Dengan penggunaan semua aspek ini, unsur semantik yang terkandung dalam

setiap perkataan dan frasa nama dapat dikesan dengan lebih mudah.

Dapatan seterusnya ialah aspek pemahaman 30 orang pelayar terhadap perkataan dan

frasa nama kebudayaan Tamil. Mereka ialah pelayar-pelayar blog Thirutamil. Pengkaji

telah mendapat maklumat daripada soal selidik yang diedarkan melalui e-mel. Kesemua

pelayar ini terdiri daripada golongan berpendidikan Tamil. Mereka telah menjelaskan

makna 103 patah perkataan dan frasa nama daripada 9 artikel yang dipilih. Ada juga

dalam kalangan mereka yang tidak menjelaskan kesemua soalan. Makna denotasi yang

diberikan oleh 30 orang pelayar bagi setiap perkataan/frasa nama dibandingkan dengan

denotasi yang tertera dalam vazhviyal kalanjiyam, kalaikkalanjiyam, abitha:na

sinthamani dan kamus-kamus bahasa Tamil. Setelah mengkaji soal selidik mereka,

pengkaji berjaya menemui beberapa jawapan yang menjawab persoalan kajian ini.

University

Pertama, dapatan menunjukkan ada perubahan makna daripada makna yang diperoleh

oleh abitha:na sinthamani (2008). Contohnya ǹannu:l (Jadual 4.21). Makna perkataan

ini ialah buku yang menerangkan tatabahasa iaitu tulisan, perkataan, makna,

unsur-unsur puisi, dan kiasan berubah. Makna yang diberikan oleh para responden berbeza

daripada maksud asalnya tetapi para responden hanya mendefinsikan ia sebagai sebuah

buku sahaja.

Kedua, jawapan yang diberikan oleh mereka tidak tepat langsung dengan makna

denotasi bagi perkataan vari dalam abitha:na sinthamani. Ia membawa maksud sejenis

tarian yang mencorakkan kehidupan mereka dari segi pekerjaan (abitha:na sinthamani,

2008). Maksud yang diberikan oleh responden ialah risbah. Maksud ini berbeza dengan

kamus, yang mana ia merupakan satu makna sinonim.

Ketiga, kebanyakan daripada responden tidak memahami maksud perkataan dan frasa

nama seperti manjal ǹira:dduthal dan kiza ǹelli (Lampiran C), murunggaik ki:rai

(Jadual 4.11) dan sebagainya. Dapatan ini menunjukkan bahawa para pelayar tidak

memahami makna denotasi perkataan dan frasa nama kebudayaan Tamil yang terpapar

dalam blog Thirutamil.

Keempat, analisis menunjukkan berlakunya perluasan makna. Perkataan maNap poruL

(Lampiran C) bermaksud maNap-harum, poruL-benda maka denotasinya bermaksud

masalah vagai yang bermaksud rempah kari (Narmatha, 2010). Responden menyatakan

bahawa maknanya ialah bahan-bahan yang digunakan semasa majlis perkahwinan.

Keadaan ini menunjukkan berlakunya perluasan makna dalam perkataan yang merujuk

kepada domain kebudayaan Tamil.

Akhirnya, analisis pengkaji turut menyatakan adanya pelupusan perkataan berlaku

dalam aspek kebudayaan Tamil. Misalnya perkataan vari, muthuǹa:rai, muthukurugu,

siRRisai, pe:risai (Lampiran C) dan sebagainya. Para responden tidak mengetahui

University

makna sebenar perkataan-perkataan yang dinyatakan. Makna muthuǹa:rai (Lampiran

C) ialah sejenis buku yang dicipta pada awal zaman sanggam (abitha:na sinthamani,

2008). Para responden juga menyatakan bahawa muthuǹa:rai ialah bangau tua. Ia

sebenarnya merupakan makna sinonim perkataan tersebut. Keadaan ini membuktikan

bahawa para responden tidak memahami langsung makna perkataan-perkataan tersebut

dan pelupusan makna perkataan telah berlaku.

Dari kajian ini juga dapat diketahui bahawa ada beberapa faktor yang mempengaruhi

perubahan makna. Salah satunya ialah faktor perkembangan bahasa Tamil sendiri.

Terdapat perkataan-perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna

dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Contohnya perkataan ‘pon’,

‘ma:Nikkam’ dan sebagainya. Selain itu, peredaran masa menentukan kewujudan bidang-bidang baru dalam sesuatu budaya masyarakat Tamil. Kewujudan ini membawa

perubahan dalam pemahaman makna asal perkataan misalnya perkataan vari, siRRisai,

perisai dan sebagainya (lampiran C).

Seterusnya, tanggapan penutur sendiri terhadap sesuatu kata akan menyebabkan penutur

cenderung untuk mengubah makna sesuatu perkataan dan tidak menggunakan kata

tersebut sehingga ia menjadi usang dan lama-kelamaan hilang kerana jarang

digunapakai. Contohnya perkataan vari, siRRisai, perisai dan sebagainya hanya terdapat

dalam karya-karya lama. Makna sebenarnya tidak diketahui oleh pelayar.

Faktor perluasan makna juga mempengaruhi keadaan ini. Perluasan makna merupakan

satu proses perubahan makna kata dari yang sempit menjadi makna yang lebih umum

atau luas. Contohnya perkataan maNap porul, ko:laddam, veLLi dan sebagainya.

Akhirnya, Palmer (1981) dan Chaer (1995) menyatakan bahawa perubahan makna

berlaku kerana faktor pembatasan dan penyempitan maksud. Dengan ini dapat

disimpulkan bahawa makna perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan

University

tertentu. Makna kata akan berubah dengan situasi dengan pemahaman pelayar.

Contohnya ialah paddu, thaniya vagai, veppilai maram, vazhai maram dan sebagainya.

Makna yang dinyatakan oleh pelayar berbeza. Kesimpulanya, kelima-lima faktor ini

memainkan peranan dalam kefahaman responden memahami frasa nama kebudayaan

Tamil dari blog Thirutamil.

Dokumen terkait