Jadual 5: Deskriptif Item Sub-Konstruk/
2. Siti Rafiah Muhamad Ramlan
1.6 Dapatan Kajian
a) Profil Responden
Jadual 2 di sebelah menunjukkan latar belakang responden yang terlibat dalam kajian ini.Responden terdiri daripada 113 orang guru-guru KAFA yang melibatkan seramai 31 orang guru lelaki (ustaz) (27%) dan 82 orang guru perempuan (ustazah) (72.6%). Guru-guru berkenaan mengajar di beberapa daerah di negeri Kedah seperti daerah Kubang Pasu melibatkan 32 orang guru (28.3%), Baling 18 orang (15.9%), Kuala Muda 16 orang (14.2%), Kota Setar 19 orang (16.8%), Kulim 17 orang (15.0%) dan Pendang seramai 11 orang responden (9.73%).
Daripada jumlah 113 orang guru tersebut, dapatan menunjukkan majoriti guru pernah menghadiri kursus berkaitan dengan pengajaran di bilik darjah yakni seramai 110 (97.3%) mengakui telah menghadiri kursus. Hanya 3 orang (0.7%) sahaja yang belum pernah menghadiri kursus tersebut. Jadual 2 latar Belakang responden
Profil Kekerapan Peratus
Jantina Lelaki Perempuan 31 82 27.4 72.6 Daerah Kubang Pasu
Baling Kuala Muda Kulim Kota setar Pendang 32 18 16 17 19 11 28.3 15.9 14.2 15.0 16.8 9.73 Pernah hadiri Ya Kursus Tidak 110 3 97.3 2.7 Latar Pendidikan PMR SPM /SMU IV Sanawi STPM Ijazah Lain-lain 3 28 42 24 4 12 2.7 24.8 37.2 21.2 3.5 10.2
Dari segi latar pendidikan responden, kebanyakkan guru-guru yang terlibat dengan kajian ini memiliki Sijil IV Sanawi, iaitu seramai 42 orang (37.2%) yang diperolehi menerusi pengajian mereka di Sekolah Agama Rakyat. Sementara yang memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Menengah Ugama seramai 28 orang (24.8%).Ada juga kalangan responden yang memiliki
163
tahap pendidikan yang tinggi sehingga peringkat ijazah pertama iaitu seramai 4 orang (3.5%).12 orang guru (10.2%) memiliki Sijil Darjah Khas yang dikeluarkan olej Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).
b. Apakah tahap amalan pelaksanaan pengajarandalam kalangan guru KAFA?
Jadual 3 di bawah memaparkan dapatan tentang amalan pelaksanaan pengajaran guru KAFA di bilik darjah.Pada umumnya tahap pelaksanaan pengajaran dalam kalangan guru-guru KAFA dalam kajian ini menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi.Semua item yang dikaji menunjukkan nilai min melebih 4.00. Aspek tertinggi yang dicatatkan ialah dari aspek pemantauan murid (M = 4.52, SP = 0.502) dan penyampaian isi pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran (M = 4.52, SP = 0.553). Sementara item yang mencatatkan nilai min yang lebih rendah tetapi masih tinggi tahap amalannya ialah penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar (M = 4.00, SP = 0.500). Tahap keseluruhan bagi pelaksanaan pelaksanaan pengajaran guru KAFA menunjukkan tahap yang tinggi (M = 4.34, SP = 0.350).
Jadual 3: Tahap amalan pelaksanaan pengajaran guru
Item Min SP
1. Merancang pengajaran 4.4779 .59907
2. Mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran 4.1504 .48589 3. Menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar dalam
pengajaran
4.0000 .50000
4. Memantau pemahaman murid 4.5221 .50174
5. Menyampaikan pengajaran dengan jelas, sistematik dan memudahkan pemahaman murid
4.3982 .55965 6. Banyak memberikan latihan dan kerja rumah 4.1239 .69607 7. Semua isi pelajaran disampaikan berdasarkan sukatan
pelajaran
4.5221 .55255 8. Dapat menguruskan rekod kemajuan murid mengikut masa
yang ditetapkan
4.4867 .50205
164
c. Apakah tahap keprihatinan guru KAFA dalam pengajaran dan pembelajaran? Jadual 4 : Tahap keprihatinan guru terhadap murid-murid
Item Min SP
1. Memastikan semua murid mempunyai pengetahuan yang cukup tentang isi pelajaran
4.3540 .49858 2. Memastikan murid mempunyai sikap ingin belajar 4.3451 .57894 3. Sentiasa memberikan nasihat dan bimbingan kepada murid 4.5929 .51125 4. Sentiasa beri motivasi kepada murid supaya berjaya dalam
pelajaran
4.6460 .48033 5. Memastikan isi pelajaran sesuai dengan tahap kebolehan
murid
4.4159 .49508 6. Memberi pujian kepada murid yang belajar bersungguh-
sungguh
4.5575 .49889 7. Memberikan bimbingan secara individu kepada murid yang
lemah
4.3009 .58072
Keperihatinan guru 4.4589 .35481
Dari aspek keprihatinan guru KAFA terhadap murid-murid, didapati tahap prihatin guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi (M = 4.46, SP = 0.355). Semua item yang dikaji mencatatkan nilai min melebihi 4.00. Item yang mencatatkan tahap paling tinggi ialah dari aspek keprihatinan guru dalam memotivasikan murid supaya berjaya dalam pelajaran (M = 4.65, SP = 0.480). Sementara min yang terendah ialah item memberikan bimbingan secara individu (M = 4.30, SP = 0.581). Jadual 4 menunjukkan secara jelas maklumat berkenaan tahap keprihatinan guru terhadap murid-murid dalam mengendalikan kelas KAFA.
d) Apakah tahap pengawalan kelas dalam kalangan guru KAFA?
Dari segi kawalan bilik darjah semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pada keseluruhannya masih menunjukkan tahap kawalan yang tinggi (M = 3.72, SP = 0.403). Kajian menunjukkan guru-guru KAFA cenderung untuk mengenakan denda kepada pelajar yang tidak memberikan tumpuan semasa aktiviti pembelajaran berlangsung (M = 4.52, SP = 0.553). Keadaan inilah yang menyebabkan murid-murid didapati kurang bercakap-cakap semasa pengajaran guru berlangsung (M = 2.81, SP = 1.068). Keadaan ini seterusnya membolehkan guru dapat mengawal disiplin pelajar semasa proses pembelajaran (M = 4.05, SP = 0.811) dan murid juga dapat memberikan perhatian dengan menedengar setiap arahan guru (M= 4.13, SP = 0.590).
165 Jadual 5 : Kawalan bilik darjah
Item Min SP
1. Mengenakan denda kepada murid yang tidak menumpukan pelajaran dalam kelas
4.5221 .55255 2. Boleh mengawal disiplin murid semasa pengajaran dan
pembelajaran berlangsung
4.0531 .81109 3. Murid sering bercakap-cakap semasa pengajaran
berlangsung
2.8053 1.06786 4. Murid-murid mendengar setiap arahan guru 4.1327 .59016
Kawalan kelas 3.7212 .40332
1.7 Perbincangan
Daripada kajian ini menunjukkan responden kajian ini yang terdiri daripada guru-guru KAFA memiliki tahap amalan pengajaran yang berkesan (M = 4.16, SP = 0.551) . Aspek keprihatinan guru merupakan dimensi yang paling tinggi nilai min keseluruhan, iaitu 4.27 (SP = 0.627). Diikuti kawalan kelas (M = 4.16, SP = 0.560). Dimensi yang lebih rendah ialah dari aspek pelaksanaan pengajaran (M = 4.023, SP = 0.700). Namun begitu, pada keseluruhannya menunjukkan responden memiliki keupayaan melaksanakan pengajaran dengan berkesan. Ini selari dengan saranan Mok Soon Sang (2002) yang menyatakan bahawa peranan guru meliputi menganalisis objektif dan kandungan sukatan pelajaran, melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar serta mempelbagaikan penggunaan bahan bantu mengajar dalam memastikan pengajaran yang berkesan. Jadual 6 menunjukkan dapatan keseluruhan bagi setiap dimensi yang yang diperolehi.
Jadual 6 : Keberkesanan pelaksanaan amalan pengajaran
Keberkesanan Min SP
1. Pelaksanaan pengajaran 4.0265 .70026
2. Keprihatinan guru 4.2655 .62704
3. Kawalan kelas 4.1593 .56008
Keseluruhan 4.1583 .55110
Dari aspek pelaksanaan pengajaran, didapati responden amat mementingkan pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan membuat perancangan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti pengajaran bagi memastikan keberkesanan penyampaian pengajaran. Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan,
166
pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Seterusnya penekanan kepada sukatan pelajaran adalah penting dan pelajaran itu perlu dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar yang sedia ada (King & Menker, 1992). Di samping itu, keprihatinan guru yang tinggi terhadap murid-murid akan mewujudkan hubungan komunikasi yang baik antara kedua-belah pihak. Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna. Ini juga selari dengan saranan Darus (1982) dan Arens (1994) berpendapat hubungan mesra antara guru dan murid berperanan penting dalam membantu guru untuk memilih strategi pengajaran yang menarik minat murid dan mewujudkan hubungan kasih saying antara guru murid dan ini penting bagi perkembangan murid.