• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERJUANGAN BERMULA Perjuangan Bermula

DARUL ARQAM SEBENARNYA

Umur 32 tahun terlalu muda sebenarnya untuk seseorang itu menjadi pemimpin kepada sebuah jemaah Islam. Tapi bagi Abuya, kematangannya mengatasi umurnya. Kerana satu hari dalam hidupnya bagaikan sepuluh hari bagi orang lain.

Pencapaiannya, pengisian yang dialaminya, masalah yang dihadapkan kepadanya dan jalan keluar yang diperolehinya dalam hari-hari yang dilaluinya cukup banyak

dibandingkan dengan apa yang berlaku kepada individu-individu lain.

Contoh bagaimana beratnya beban hidup dan perjuangan yang dipikulkan kepadanya ketika dia di sekitar umur remaja dua puluhan tahun. Waktu itu Abuya bekerja di Sungai Leman. Di sebelah malamnya dia berdakwah atas nama PAS. Suatu hari ketika pulang dari dakwah itu bersama dengan dua motosikal, tiba-tiba di tengah malam gelap itu, dia ditahan seseorang dengan kayu dan hendak dipukulnya. Bila Abuya berhenti untuk mengecam orang itu dengan lampu motor, orang itu terus lari lintang-pukang tapi sempat membaling kayu dan botol, yang pecah berkecai.

Di Sungai Leman juga, ketika Abuya balik dari berdakwah di tengah malam, sampai ke rumah di kawasan perkuburan, dilihatnya ramai polis sedang mengelilingi rumahnya. Ada aduan yang kononnya Abuya sibuk-sibuk itu kerana bekerjasama dengan Indonesia dalam konfrontasi dengan Malaysia waktu itu. Walhal Abuya tidak pun berbuat

demikian. Hasil siasatan, didapati Abuya bersih dari tuduhan itu.

Ketika berdakwah di Sungai Nibong, Abuya berdua dengan Nagiman seorang guru silat. Oleh kerana Abuya hendak menziarahi bapa angkatnya, Pak Karim, maka kawannya pergi dulu ke tempat dakwah itu sendirian. Tapi tiba-tiba Nagiman pulang termengah-mengah berjumpa Abuya. Katanya tiga orang memukulnya di tengah jalan. Dia

melawan dan basikalnya terjatuh dalam sungai.

Hari pertama menjadi guru agama kerajaan di Klang, Selangor, di sebelah petang Abuya pergi kenduri arwah. Ketika sedang makan, serambi rumah sebelah yang Abuya

duduk, tiba-tiba roboh. Terperosoklah Abuya ke bawah rumah, disimbah kuah gulai yang tumpah. Peristiwa itu bagaikan simbol akan terperosoknya Abuya oleh sistem yang mula ditumpanginya itu.

Di Sungai Penchala pada tahun 1973, surau diserbu orang selepas Maghrib dengan parang. Abuya cakap jangan lawan. Walaupun parang sudah di leher Hashim Karim namun penyerang bersurai dengan baik.

Demikian contoh-contoh dari seribu satu macam lagi cabaran, halangan dan ujian peperiksaan yang Abuya ambil dalam persekolahannya untuk jadi pejuang dan pemimpin. Orang lain mungkin diperiksa di kertas untuk lulus. Abuya diuji di

gelanggang realiti yang memerlukan seluruh upaya kreativiti dan ketahanan mental serta roh bagi melepasinya. Alhamdulillah Abuya seperti diilhamkan untuk

menghadapinya dengan baik.

Pernah di satu hari ketika subuh masih gelap, Abuya sedang mandi dengan memakai kain basahan di masjid, tibatiba mukanya disuluh dengan torchlight dan sebatang kayu diangkat untuk memukulnya, angkara PAS kuat di Tanjung Karang. Sedang Abuya bersiap-siap hendak melawan dan kemas-kemaskan kain basahan, pelik! Orang itu sudah lari lintang-pukang. Kenapa? Abuya agak ada pertolongan Allah dengan

mendatangkan sesuatu yang menakutkan orang itu. Sebab selepas itu Abuya dengar orang kata Abuya ada jin.

Bila ditanya betulkah Abuya ada ilmu jin, khadam dan lain-lain, Abuya menjawab, “Nak didik manusia pun susah, kalau boleh tundukkan jin, hebatlah!”

Ada orang kata, Ustaz Ashaari mesti ada memakai ilmu apa-apa, sebab itu jemaah dia boleh pergi sejauh itu. Abuya jawab memang Allah berjanji, pakaian taqwa itu adalah terbaik kerana ia akan mendatangkan bantuan Allah.

Strategi menghadapi ujian yang Abuya pakai sangat berkesan. Abuya bagai diajar-ajarkan. Begitu juga langkahlangkah yang Abuya ambil dalam perjuangan bukan bersifat akal biasa. Lebih-lebih lagi buah fikiran-buah fikiran Abuya dalam perjuangan memang berbeza sungguh dengan apa yang ada pada pemimpin-pemimpin Islam lain. Semuanya bukan dari akal. Contohnya:

masing-masing, Abuya buat cara hidup dan sistem sendiri. Buka kedai, kilang, studio, sekolah, klinik, dan lain-lain projek secara Islam dan dikaitkan dengan Tuhan. Mungkin orang lain pun nak buat juga tetapi tidak mampu. Bukanlah kecil sistem itu kalau sampai ditakuti sesetengah pihak! Soalnya di mana Abuya belajar untuk berbuat itu semua dan diambil dari mana semua kekuatan itu? Kalau ianya bersifat akal tentu akal-akal bijak pandai lain pun mampu mencetuskannya juga.

1 Dalam hal hendak mencari seramai-ramai kawan dan untuk belajar sebanyak-banyak kaedah, Abuya masuk semua badan-badan Islam. Masuk secara komited dan lama! Semua pesantren di Malaysia Abuya pergi dan yang besar-besar di Indonesia semua telah diziarahinya. Kemudian dia berkata sepatutnya semua badan Islam terutama pondok, buat kedai sendiri secara muamalah Islam bukannya biarkan Cina buka kedai depan pondok Islam. Pondok Islam perlu membangun bukannya jumud di atas akhlak yang baik. Dengan beraninya Abuya mengkritik sistem yang jumud di pondok-pondok itu, dengan menyatakan sebenarnya itu bukan dari ajaran Islam yang sebenar, tapi diasaskan oleh penjajah supaya imej Islam jadi serendah itu. Di sini, sekali lagi kita lihat ilmu yang keluar dari Abuya itu bukan dari akal sematamata. Abuya melihat dengan hatinya dan sulit untuk akal menolak hujah-hujahnya.

2 Di waktu umat Islam kini berpecah kepada bermacammacam fahaman dan firkah, masing-masing bercakap tentang Islam masing-masing. Tapi Abuya memberi reaksi, bahawa Islam sudah jadi ideologi, bukan agama lagi bagi penganut-penganutnya. Sebab semuanya gagal membawa Tuhan dalam syariatnya. Agama ialah wahyu dari Tuhan. Ia mesti diasaskan atas rasa cinta dan takutkan Tuhan. Syariat yang dibuat bukan niat kerana perintah dan larangan Allah. Itu tidak dianggap agama. Itu ideologi namanya. Akal tanpa Tuhan.

Ada profesor dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, ilmu paduan antara roh tauhid dengan fekah yang dirancangkan oleh Universiti Islam Antarabangsa kepada setiap individu siswa atau siswi itu, tidak berjaya. Roh tauhid atau iman gagal

diterapkan. Tinggallah fekah sebagai ilmu yang tidak mampu dipraktikkan. Bahkan di pondok pun kata Abuya, banyak maksiat tapi ditutup. Selepas sembahyang dengan serban di kepala lagi, imam duduk bertinggung di tempat kaum ibu yang sudah tidak menutup aurat. Sembahyang tapi tidak takut Tuhan.

Memang kebanyakan orang Melayu Islam begitulah agamanya. Orang pun tidak anggap ia satu kesalahan kerana sudah menjadi tradisi. Tapi siapa mengajar Abuya untuk

memecah tradisi tersebut dan mengasaskan satu cara baru dalam hidup orang Melayu ini? Itulah yang dimaksudkan bahawa ilham sebagai satu sumber ilmu yang diajarkan Tuhan kepada mana-mana hamba-Nya untuk tujuan menghidupkan semula agama yang sebenar.

1 Dalam hal menghadapi fitnah, Abuya memilih untuk tidak menjawab, bahkan

berbuat baik kepada orang yang membuat jahat itu. Ini bukan akal. Inilah agama. Tapi berapa ramai orang yang boleh buat sedemikian? Dalam ISA, Abuya bekerjasama

dengan polis. Bukannya caci, maki dan hamun. Alhasil ramai polis menerima baik Abuya. Tanpa mengorbankan agama, Abuya berjaya berada di tengah orang-orang yang pada mulanya adalah penentang.

2 Berikut ialah ciri-ciri seorang yang Abuya anggap teman baiknya sekitar tahun lima puluhan. Memang waktu remaja lagi, cara dia menilai seseorang lain dari orang lain. Namanya Zakaria Ansari, orang Banjar yang tinggal di Sungai Leman, Tali Ayer 8. Dia orang kuat PAS di tahun lima puluhan. Bekerja sebagai petani, buat bendang dan bela ayam. Persekolahan hanya sampai darjah dua rendah, tidak tahu membaca Rumi dan tidak tahu bahasa Arab. Sekarang berumur lapan puluh tahun dan ada sekolah sendiri di Batang Berjuntai.

Demi perjuangan dia sanggup berkorban habis-habisan. Ibadahnya kuat. Untuk

berdakwah sanggup mengayuh basikal berpuluh-puluh batu. Pergaulan bebas dan riba ditentangnya habis-habisan. Halal haram sangat dijaga. Demi itu, kalau orang hendak pukul, dia tidak lari, sangat berani kepada yang hak. Kuat berpegang kepada syariat, berakhlak tinggi, tegas dan keras dalam hal hukum.

Datuk Asri presiden PAS waktu itu pernah memuji Ustaz Zakaria dalam mesyuarat agung kerana orang kagum dengan kemampuannya berpidato. Sangat pintar dan bagaikan fasih bahasa Arab. Walaupun bukan tokoh pusat tapi terkenal di kalangan ahli PAS tahun lima puluhan, dari utara ke selatan.

Keikhlasannya dalam berjuang terlihat bilamana sanggup tidur di masjid dan makan biskut sahaja, suka dengan kitab tua dan macam Abuya juga, percaya Imam Mahdi. Waktu sama-sama bergilir-gilir membaca kisah akhir zaman, sama-sama menangis kerana rindunya dengan zaman indah untuk umat Islam itu. Dia isytihar Abuya adik angkatnya! Peribadi begini kata Abuya, tidak dijumpai dalam PAS waktu itu dan sekarang.

Memilih kawan dengan kategori-kategori seperti disebutkan tadi memang bukan senang untuk dibuat. Biasanya remaja berkawan ikut suka dan saja-saja.

Demikian kematangan dan kekuatan yang diwujudkan dalam diri seorang yang direzekikan untuk memimpin sebuah jemaah Islamiah bernama Darul Arqam di usia tiga puluh dua tahun. Rasanya usia itu cukup untuk Abuya. Tetapi ada yang lebih dari semua itu berlaku pada diri Abuya sejurus sebelum Darul Arqam dibangunkan.

Hati Abuya dikuasai oleh perasaan yang amat kuat untuk membaiki diri di sisi Allah. Perasaan itu datang dan memutar fikiran Abuya dari sebelumnya. Kerja-kerja dalam parti politik Islam yang dibuat selama sepuluh tahun dirasakan sia-sia kerana bukan diasaskan atas dasar usahakan taqwa yakni membaiki diri. Orang yang tidak faham membuat bermacammacam andaian mengapa Abuya meninggalkan PAS. Namun bagi Abuya fakta di atas itulah sebab sebenarnya.

Dua tahun lamanya Abuya bekukan diri dari keluar dan aktif. Abuya menumpukan sepenuhnya usaha-usaha membaiki diri dengan taqwa, ibadah, taubat, zikir, berdoa dan menangis menyesali dosa-dosa. Begitulah hatinya diarahkan. Rupanya kegiatan Abuya diminati juga oleh beberapa kawan rapatnya. Jadilah program itu secara berkumpulan. Selepas dua tahun, 1969, Abuya muncul ke tengah masyarakat dengan satu perjuangan gaya baru iaitu memperjuangkan dakwah dan kasih sayang di atas kaedah membaiki diri dengan taqwa. Lahirlah jemaah DARUL ARQAM.

Selamat tinggal PAS. Selamat tinggal. Sekali lagi selamat tinggal wahai dunia politik yang kotor. Berada di dalamnya, hati atau roh dipupuk untuk megah dan bangga. Manusia lupa diri sebagai hamba yang akan ditanya dan dihukum Tuhan. Tuhan yang patut ditakuti hamba-hamba, sudah tidak dipedulikan lagi oleh orang-orang politik sekalipun atas nama Islam.

Nabi-nabi menyeru kaumnya dengan penuh takut kalaukalau tidak beradab dengan Tuhan, tapi politik Islam membenarkan pejuang memaki hamun kaum yang diserunya. Mereka bangga kerana politik Islam. Sepatutnya mereka malu dan takut kepada Allah kerana merezekikan mereka dengan kebaikan. Lalu akan mendoakan dengan kasih sayang kepada orang-orang yang belum direzekikan.

Mahmud, memang Syeikh Suhaimi yang memantau Abuya dan dia telah membalikkan hati Abuya dengan izin Allah agar benci dengan politik. Maka berlakulah sejarah di mana Abuya lari kepada satu perjuangan yang menjadikan rumah „Arqam bin Abi Arqam‟ sebagai inspirasi permulaan tapak perjuangannya.

__________________________________________________________________________ _______

DARUL ARQAM SEBENARNYA - SURAT TERBUKA UNTUK MAJLIS FATWA