• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dimensi Iklim Sekolah Soalan-soalan

Kepemimpinan Pengetua

(supportive and directive behaviours)

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7

Interaksi Guru (engaged behaviours) 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15

Bahagian D: Motivasi guru

Inventori Penilaian Motivasi A Questionnaire Measure of Individual Differences In

Achieving Tendency (QMAT)) yang dibangunkan oleh Mehrabian dan Bank (1978)

digunakan bagi mengukur motivasi guru dalam kajian ini. Inventori dalam alat ukur ini telah diubahsuai dan disesuaikan mengikut kesesuaian kajian oleh pengkaji. Sebanyak 15 item digunakan dalam kajian ini.

University

120 Bahagian E: Komitmen kerja

Komitmen kerja dalam kajian ini diukur menggunakan 8 item daripada skala Blau (1985) dan 2 item daripada skala Landy dan Gvion (1970). Instrumen komitmen kerja ini telah digunakan dalam kajian Zainudin (2010). Soal selidik ini mempunyai 10 item.

Bahagian F: Kepuasan kerja

Instrumen kepuasan kerja dalam kajian ini menggunakan instrumen Job Satisfaction

Survey (Spector, 1997) untuk mengukur persepsi oleh tentang kepuasan kerja mereka

terhadap kerja-kerja perguruan. Instrumen ini telah digunakan oleh Zainudin (2010). Soal selidik ini mempunyai 10 item.

Bahagian G: Prestasi guru

Instrumen yang digunakan bagi mengukur prestasi guru dalam kajian ini ialah instrumen yang telah dibentuk oleh Strauss dan Sayles (1981). Di Malaysia, instrumen Strauss dan Sayles telah digunakan oleh beberapa orang pengkaji seperti Adib Adham (1997), Noran & Habibah (1999) dan Zakaria (2005). Dalam kajian ini, beberapa pengubahsuaian terhadap soalan-soalan dibuat dengan mengambil kira persekitaran kerja sampel kajian, iaitu di sekolah. Sebanyak 10 item digunakan. Dimensi-dimensi prestasi guru yang akan digunakan dalam kajian ini ialah kepemimpinan dan kebolehan merancang. Dimensi prestasi kerja dan soalan yang berkaitan ditunjukkan di dalam jadual berikut:

University

121 Jadual 3. 4 : Dimensi Prestasi Guru dan Soalan Berkaitan

Dimensi Prestasi Guru Soalan-soalan

Kepemimpinan 1, 2, 3, 4, 5

Kebolehan Merancang 6, 7, 8, 9, 10

Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik adalah dua perkara yang amat ditekankan dalam penyelidikan. Kedua-duanya perlu diperakukan terlebih dahulu agar dapatan kajian yang diperoleh boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan (Conger, 2013).

Kesahan

Kesahan instrumen kajian merujuk pada ketepatan, kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan. Kesahan merupakan perkara utama yang harus difikirkan dalam membuat atau memilih sesuatu instrumen kajian (Fraenkel & Wallen, 1996). Dalam kajian ini, alat yang digunakan untuk mengukur kesemua variabel yang diukur ialah soal selidik. Kesahan kandungan instrumen boleh diperoleh apabila pakar atau panel bersetuju bahawa item-item yang digunakan dapat mengukur variabel yang dikaji (Royse, 2004). Aspek penting dalam kesahan isi kandungan adalah pensampelan soalan (item soal selidik) yang lengkap, menyeluruh dan dapat mengukur tajuk (variabel) dengan baik dan kesahan ini lazimnya ditentukan oleh panel pemeriksa atau pakar.

University

122 Dalam kajian ini, soal selidik yang dibina oleh pengkaji-pengkaji lepas akan digunakan. Soal selidik yang digunakan ini telah dikenal pasti sebagai mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Namun untuk tujuan kajian ini, soal selidik yang akan digunakan telah diadaptasi dan dimodifikasi supaya sesuai dengan persekitaran guru Pendidikan Islam. Beberapa perkataan dalam versi asal juga telah ditukar kepada perkataan baharu setelah mendapat persetujuan daripada pakar dalam bidang yang berkaitan.

Walaupun kesemua item dalam soal selidik ini telah disahkan kebolehpercayaan dan kesahannya, namun ujian kesahan ini perlu juga dilakukan memandangkan persekitaran yang berbeza. Tambahan lagi, terdapat dua bahagian dalam soal selidik ini, iaitu komitmen dan kepuasan kerja telah dialih bahasa kepada Bahasa Melayu dan ujian ini boleh membantu dalam mengesahkan kebolehpercayaan dan kesahan item-item ini.

Item-item dalam soal selidik pada bahagian F dan G, iaitu komitmen dan kepuasan kerja guru telah diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dengan menggunakan teknik „back translation‟. Soal selidik work commitment diukur menggunakan 8 item daripada skala Blau (1985) dan 2 item daripada skala Landy dan Gvion (1970). Instrumen komitmen kerja ini telah digunakan dalam kajian Zainudin (2010). Manakala instrumen kepuasan kerja dalam kajian ini menggunakan instrumen Job

Satisfaction Survey (Spector, 1997) untuk mengukur persepsi oleh tentang kepuasan kerja

mereka terhadap kerja-kerja perguruan. Instrumen ini juga digunakan oleh Zainudin (2010). Item-item dalam soal selidik ini, iaitu bahagian komitmen dan kepuasan kerja guru telah diterjemahkan sebanyak dua kali oleh pakar. Proses penterjemahan dilakukan mengikut prosedur terjemahan seperti yang dicadangkan oleh Brislin (1973). Prosedur terjemahan tersebut adalah seperti berikut:

University

123

(a) Peringkat pertama, soal selidik diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

(b) Peringkat kedua, versi terjemahan ini diterjemahkan semula ke dalam Bahasa

Inggeris.

(c) Peringkat ketiga ialah membuat perbandingan antara versi asal Bahasa Inggeris

dengan versi Bahasa Inggeris terjemahan yang dibuat di peringkat kedua.

Jika didapati maksud konsep-konsep dalam kedua-dua soal selidik itu sama, maka soal selidik yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu boleh diguna pakai. Kerja-kerja penterjemahan pula perlu dilakukan oleh orang yang mahir dalam kedua-dua bahasa berkenaan. Cara ini dapat mengekalkan konsep-konsep dalam versi asal. Dalam menjalankan kerja-kerja penterjemahan ini, pengkaji telah melantik dua orang pakar yang mahir dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Mereka ialah Dr. Rahaila Binti Omar berkelulusan M.A in English Language Teaching (ELT), Universiti Malaya. Beliau merupakan pensyarah Bahasa Inggeris di IPG KPI, Bangi dan mempunyai pengalaman mengajar selama 23 tahun. Beliau telah menterjemah soal selidik versi Bahasa Inggeris ke versi Bahasa Melayu. Manakala soal selidik yang telah diterjemahkan ke versi Bahasa Melayu telah diterjemahkan semula ke versi Bahasa Inggeris oleh Puan Tunku Hamidah Binti Tunku Ahmad. Beliau berkelulusan B.Ed TESL (Hons) dari UKM dan Masters In Instructional Technology dari UM. Beliau merupakan guru Bahasa Inggeris di SMK Bandar Damai Perdana dan mempunyai pengalaman mengajar subjek Bahasa Inggeris selama 15 tahun.

Selain itu khidmat tiga orang pakar dalam bidang Pendidikan Islam juga digunakan untuk memberikan komen dan pandangan mereka seterusnya menilai kesahan instrumen kajian ini. Pakar yang dilantik mestilah orang yang berpengetahuan dalam bidang tersebut

University

124 (Murphy & Hallinger, 1987). Justeru, panel pakar kajian ini dipilih dalam kalangan yang dikenal pasti berpengalaman dan memiliki kepakaran dalam bidang penyelidikan dan Pendidikan Islam di Malaysia. Mereka ialah pensyarah yang memiliki ijazah doktor falsafah dari UKM, dari UPM dan dari IPG KPI.

Berdasarkan komentar dan pandangan daripada pakar, beberapa pembetulan dan penambahbaikan ke atas soal selidik telah dilakukan. Terdapat beberapa item telah digabung atau dibuang berdasarkan cadangan pakar. Struktur dan susunan ayat yang digunakan dalam soal selidik juga diubahsuai supaya lebih ringkas dan padat seperti cadangan panel pakar. Semua komen dan pandangan mereka diambil kira semasa membaiki instrumen kajian ini. Ini kerana penggunaan pakar dalam menguji kesahan instrumen kajian adalah penting dalam sesuatu kajian (Fraenkel & Wallen, 1996). Keseluruhannya, pakar memperakukan bahawa item soal selidik dalam kajian ini mampu mengukur semua variabel yang dikaji. Justeru, dengan persetujuan panel pakar maka pengkaji sudah boleh mendakwa bahawa soal selidik yang digunakan telah memiliki kesahan muka kerana telah dikemukakan dan disahkan oleh sekumpulan pakar (Murphy & Hallinger, 1987).

Selain kesahan muka, kesahan dalaman soal selidik kajian ini juga telah dibuktikan melalui dapatan analisis faktor penerokaan (EFA) dan juga analisis faktor pengesahan (CFA). Analisis ini dijalankan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the

Social Science) versi 20.

University

125 Analisis Faktor Penerokaan (Evaluate Factor Analysis-EFA)

Analisis Faktor Penerokaan (Evaluate Factor Analysis-EFA) telah dijalankan ke atas semua item bagi variabel yang diuji yang mempunyai sub-variabel atau sub-konstruk. EFA merupakan langkah pertama pengujian kesahan item sebelum dijalankan analisis faktor pengesahan (CFA). EFA dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical

Package for the Social Science) versi 20 untuk mendapatkan bacaan Kaiser-Meyer-Olkin

(KMO). Semasa EFA dijalankan, nilai Kaiser-Meyer-Olkin (KMO), nilai factor loading, nilai eigenvalue dan putaran varimax telah diambil kira (Hair, Ardenson, Tatham, & Black, 2006). Nilai factor loading dalam ujian ini ditetapkan pada nilaian 0.40, iaitu di atas daripada nilai minimum ditetapkan 0.30 (Hair et al., 2006).

Nilai KMO diambil kira kerana KMO mempamerkan multicollinearity dan membantu pengkaji mengenal pasti sama ada item-item tersebut sesuai atau tidak untuk dijalankan analisis faktor pengesahan (CFA). Bacaan KMO lebih besar daripada 0.50 bagi EFA menunjukkan data tersebut adalah diterima dan tidak mempunyai masalah multicollinearity (Chua, 2006, 2009). Ujian EFA telah dijalankan ke atas ke atas semua item dalam kajian ini bagi variabel yang diuji yang mempunyai sub-variabel atau sub-konstruk, iaitu variabel kepimpinan pengetua, iklim sekolah, dan prestasi guru. Manakala variabel komitmen dan kepuasan kerja pula tidak dijalankan ujian EFA ke atas kedua-duanya kerana

variabel-variabel ini tidak mempunyai sub-variabel atau sub-konstruk. Hanya ujian

kebolehpercayaan dijalankan ke atas kedua-dua variabel ini.

Setelah ujian EFA dijalankan ke atas ke atas semua item soal selidik dalam kajian ini bagi variabel yang mempunyai sub-variabel atau sub-konstruk, didapati bacaan KMO bagi variabel kepimpinan pengetua ialah .961, variabel iklim sekolah ialah .930 dan

University

126 variabel prestasi guru ialah .883. Justeru, berdasarkan bacaan nilai KMO ujian EFA yang telah dijalankan, data kajian ini dianggap sah dan boleh dijalankan ujian selanjutnya, iaitu ujian analisis faktor pengesahan (CFA).

Analisis Faktor Pengesahan (CFA)

Analisis faktor pengesahan (CFA) dijalankan bertujuan untuk mengesahkan bahawa item yang digunakan benar-benar mampu mengukur variabel yang diukur. Kesemua item soal selidik bagi variabel yang mempunyai sub-variabel yang telah melepasi ujian EFA telah dijalankan analisis faktor pengesahan (CFA). Analisis faktor pengesahan (CFA) memberikan banyak penyelesaian yang signifikan, tentang kewajaran teori-teori dalam kajian literatur dan definisi operasional bagi kategori-kategori khusus semasa proses kesahan kandungan (J. M. Burns, 1978). Ujian ini dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science) versi 20. Berdasarkan analisis faktor pengesahan (CFA) yang dijalankan, beberapa item telah digugurkan kerana mempunyai