BAB 2 ULASAN KARYA
2.4 Rekabentuk Rumah Kedai Tradisional
2.4.1 Elemen Rekabentuk Luaran Rumah Kedai Tradisional
Rumah-rumah kedai tradisional biasanya dibina secara simetri dan pintu masuk
rumah kedai ini selalunya terletak di tengah-tengah antara dua buah tingkap. Di
dinding fasad rumah kedai dihiasi dengan jubin-jubin seramik dan corak-corak
plaster. Hiasan-hiasan seperti motif-motif geometri, bunga juga turut diterapkan
pada jejalur bawah cucur atap.
Rajah 2.3: Fasad Rumah Kedai Tradisional Biasa
Antara elemen-elemen yang berkait rapat untuk pentranformasian adalah
elemen tingkap dan lubang udara adalah:
i. Elemen Tingkap
Elemen tingkap pada fasad bangunan adalah salah satu elemen yang harus
dikekalkan berdasarkan kepada garis panduan pengekalan fasad rumah kedai
tradisional yang dikeluarkan oleh DBKL. Oleh itu, ia mempengaruhi keadaan
dalaman rumah kedai tradisional. Kebanyakkannya rekabentuk tingkap, terdiri
daripada banyak bukaan seperti celahan-celahan kekisi-kekisi. Pemahaman
mengenai jenis tingkap rumah kedai tradisional yang sering digunakan pada
rumah kedai tradisional adalah penting. Jenis tingkap rumah kedai tradisional
yang biasa terdapat di rumah-rumah kedai tradisional adalah terbahagi kepada
beberapa bahagian mengikut jenis dan rekabentuk tingkap seperti:
Tingkap Beloti Berbingkai
Tingkap Beloti berbingkai adalah sebuah tingkap yang terdiri pada papan yang
dipaku secara menegak. Pandangan dari luar, tingkap ini kelihatan susunan
beloti secara menegak manakala di bahagian dalam kelihatan susur dan bingkai
sisi yang disusun secara melintang dan menegak untuk memegang papan beloti
tersebut. Daun tingkap ini dibuka ke luar di mana ia menggunakan engsel besi
dipasang pada permukaan daun tingkap luar. Di bahagian dalamnya terdapat
Tingkap Panel
Tingkap panel terdiri daripada susur bingkai sisi yang memegang panel kayu di
bahagian tengahnya. Kebiasaannya tingkap ini berukuran 1.8 meter tinggi dan
lebih dari 1 meter lebarnya. Ciri-ciri utama tingkap ini ialah ia dibuka ke luar dan
pada kedua-dua belah daun tingkap tersebut terdapat ukiran tulisan kaligrafi
Cina, begitu juga di bahagian atas tingkap terdapat ukiran pada kepingan batu
granit yang dibenam ke dalam dinding. Kebiasaannya daun tingkap ini dibiarkan
terbuka ke luar manakala di bahagian dalamnya terdiri dari tujuh batang yang
disusun secara menegak dan daun tingkap kaca yang dibuka ke dalam.
Penggunaan rod-rod besi ini adalah bertujuan untuk keselamatan kerana
kebiasaannya tingkap-tingkap panel tersebut terbuka sepanjang masa bagi
membenarkan pengudaraan memasuki ruang dalaman manakala pada malam
hari tingkap panel kaca yang berada pada bahagian dalam ditutup untuk
mengelakkan serangga memasuiki rumah tersebut. Selain itu, separuh dari
bahagian tersebut ditutup pada aras mata dengan tirai kain atau anyaman rotan
untuk mengelakkan pandangan orang lalu-lalang di hadapan rumah ke dalam.
Tingkap Ram
Tingkap ram adalah salah sebuah jenis tingkap yang popular dan sering
digunakan pada fasad rumah kedai tradisional. Komponenkomponen asas yang
digunakan sama seperti tingkap panel iaitu mempunyai sisi bingkai tetapi di
Rajah 2.4 : Contoh Rekabentuk Tingkap Ram
Sumber: Kohl D (1984)
banyak kegunaan seperti membenarkan peredaran udara memasuki ruang
dalaman melalui celahan di samping memberi ‘privacy’ kepada penghuni rumah tersebut. Di samping itujuga ia menghalang sinaran matahari secara tepat.
Elemen lubang angin
Lubang angin adalah sebuah bukaan yang terdapat pada dinding yang berfungsi
untuk pengudaraan keluar masuk pada sesebuah rumah kedai selain dari
tingkap. Kebiasaannya saiz lubang udara adalah kecil sedikit dari tingkap
‘transam’ atau ‘funlights’ dan terletak di atas aras tingkap atau pintu. Rekabentuk lubang udara terdiri dari berbagai-bagai bentuk seperti bulatan, segiempat dan
melengkung. Ada di antaranya juga menggunakan hiasanhiasan plaster
disekeliling lubang udara tersebut bagi memadankan hiasan yang terdapat pada
Rajah 2.5: Contoh Lubang Angin pada Rumah Kedai Tradisional
Sumber: Badan Warisan Malaysia (1990)
Lorong Pejalan Kaki,
Lorong pejalan kaki mempunyai kelebaran sekurang-kurangnya lima kaki atau
1.5 meter yang berfungsi sebagai tempat pejalan kaki yang terlindung daripada
matahari, hujan dan kenderaan yang bergerak di atas jalan. Orang-orang Cina
telah meminjam konsep beranda orang-orang Melayu dan konsep arked dari
perkampungan di China, bagi menghasilkan lorong pejalan kaki (verandahway)
yang dapat mengatasi masalah keadaan cuaca yang hujan dan panas.
Transformasi yang dilakukan ini telah menggalakkan lagi perniagaan mereka.
Apabila bandar atau sesebuah kawasan itu semakin membangun, keperluan
seperti system pembentungan, dan keperluan infrastruktur yang lain akan
letakkan di bawah jalan dan jalan tersebut akan ditar sekali lagi. Ini
menyebabkan paras jalan semakin tinggi daripada lorong pejalan kaki. Oleh itu,
kedudukan lorong pejalan kaki dapat menentukan usia rumah kedai tersebut, lagi
lama rumah kedai lagi rendah lorong pejalan kaki tersebut (Badan Warisan
Ruangan ‘forecourt’
‘Forecourt’ adalah ruangan terbuka yang terdapat dibahagian hadapan rumah kedai tradisional. Jenis rumah kedai tradisional yang dijadikan kediaman secara
keseluruhannya selalunya mempunyai elemen ‘forecourt’ ini di mana ia dijadikan sebagai kawasan meletak kereta atau tempat penaman pokok-pokok hiasan.
Elemen ‘forecourt’ ini juga menjadikan laluan pejalan kaki di rumah kedai jenis ini kurang dipraktikkan dan berfungsi. Oleh itu, rumah kedai yang mempunyai
ruangan ‘forecourt’ kurang bersesuaian bagi tujuan perniagaan. Di Rajah 3.6 adalah gambaran ruangan ‘forecourt’ di rumah kedai.
Rajah 2.6: Rumah Kedai Tradisional yang Mempunyai ‘Forecourt’
Sumber : Urban Redevelopment Authority (1995) dipetik daripada Kien-Seng, (1999)
Rekabentuk Bumbung
Struktur bumbung bertingkat (‘Jack roof’) adalah biasa digunakan di rumah kedai tradisional bagi tujuan pengaliran udara (Zainuddin D., 1997). Menurut Ghafar
(1994) bumbung bertingkat ini mempunyai sebuah bumbung mini yang dinaikkan
sedikit pada tengah-tengah puncak bumbung utama. Ruangan di antara
akan menjadi ruang pengaliran keluar udara panas di ruang dalaman rumah
kedai terutamanya pada waktu siang hari. Malah menurut Badan Warisan
Malaysia (1990) bumbung bertingkat kebanyakan yang digunakan pada rumah
kedai mulai wujud di Malaysia setelah kedatangan pihak British di dalam kurun
ke-19. Penggunaan rekabentuk ini adalah hasil pengalaman pihak British ketika
menubuhkan Syarikat Hindia Timur di India. Ketika itu pihak British membina
banglo dan pejabat pegawainya dengan kaedah ini untuk mengatasi cuaca yang
panas di India.
Namun begitu, terdapat juga rumah kedai tradisional yang menggunakan
bumbung tebar layar. Menurut Ahmad G., (1994), kebanyakkan rumah kedai
tradisional pada gaya ‘Straits Eclectic’ ditutupi dengan bumbung tebar layar dan bumbung curam kecuali kawasan telaga udara dan beranda di bahagian dalam
rumah kedai. Setiap bumbung rumah kedai adalah curam dan kecerunannya
tidak melebihi sudut 30°. Struktur bumbung yang curam sesuai dengan keadaan
cuaca di negara tropika yang hujan sepanjang tahun. Bagi jenis bumbung ini
Rajah 2.7 : Konsep Bumbung ‘Gable’
Rajah 2.8: Pandangan dari Dalam dan Luar Bumbung ‘Jack’
pula, kawasan telaga udara adalah ruangan yang membenarkan pengaliran
udara berlaku.
Belakang Rumah Kedai
Di belakang bangunan adalah satu lorong yang sempit, yang digunakan untuk
mengumpul barangan buangan termasuklah najis dan menyediakan ruang keluar
semasa kebakaran.1 Aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh penghuni
selalunya berlaku di bahagian hadapan rumah kedai, manakala aktiviti harian di
bahagian belakang.
Gambar 2.4 : Keadaan di Hadapan dan Belakang Rumah Kedai Tradisional