• Tidak ada hasil yang ditemukan

EMPAT AGENDA UTAMA JARINGAN ISLAM LIBERAL

Dalam dokumen liberalisme.pdf (Halaman 24-36)

Menurut Luthfi Assyaukanie, Jaringan Islam Liberal mempunyai empat agenda iaitu sistem politik sekular, toleransi agama, emansipasi wanita dan kebebasan berpendapat. Oleh itu, golongan ini berharap agar umat Islam melihat empat agenda tersebut dari perspektif mereka sendiri dan bukan dari perspektif masa silam yang menimbulkan kontroversi dalam menyelesaikan permasalahan dengan baik.88

Lutfhi as-Syaukanie membawakan pandangan Ali Abd al-Raziq mengenai pelaksanaan negara Islam. Jelas sekali Ali Abd al-Raziq menegaskan bahawa Islam adalah agama moral. Manakala Nabi Muhammad s.a.w., diutuskan kepada bangsa Arab bagi memperbaiki akhlak mereka. Maka tugas baginda adalah menyampaikan risalah kenabian yang memiliki ajaran-ajaran moral. Semasa baginda mendirikan negara Madinah, baginda tidak pernah menyatakan bagaimana bentuk pemerintah yang harus diterapkan dan tidak juga baginda menetapkan kepada para Khulafa‟ al-Rashidun suatu bentuk sistem politik tertentu. Oleh itu pandangan sesetengah orang bahawa agama Islam menyuruh umatnya menegakkan negara Islam dengan perundangan dan sistem politik Islam adalah pandangan yang keliru.

Selain itu, sejarah membuktikan bahawa apa yang dianggap sistem yang Islami tidak lain adalah ijtihad politik daripada para sarjana muslim selepas pemergian baginda s.a.w. Oleh yang demikian, pemilihan ketua negara dan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh Sayyidina Abu Bakr r.a amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh

87

Ibid,h.313

51 Sayyidina „Umar Ibn al-Khattab. Begitulah seterusnya apa yang dilaksanakan oleh mereka amat berbeza sama sekali. „Ali Abd al-Raziq telah merumuskan bahawa sistem khilafah bukanlah merupakan kewajipan kepada umat Islam untuk menegakkannya dan ianya bukan sama sekali daripada ajaran Islam. 89 Beliau telah menlontarkan pandangannya seperti berikut:

“ Agama Islam terbebas daripada khilafah yang dikenali oleh umat Islam selama ini. Ianya juga bukanlah sebahagian daripada ajaran agama bagi menguruskan negara. Bahkan ianya adalah rencana politik yang tidak ada kaitan dengan ajaran agama. Justeru, agama tidak pernah mengenalnya, menolaknya, memerintahkannya apatah lagi melarangnya. Namun ianya merupakan sesuatu yang ditinggalkan kepada kita supaya kita menentukannya berlandaskan kaedah rasional, pengalaman dan aturan-aturan politik. Begitu juga dengan lembaga ketenteraan, pengurusan wilayah dan pentadbiran negara ianya tidak ada kaitan dengan agama. Sebaliknya ia diserahkan kepada rasional akal dan juga pengalaman manusia untuk menggubalnya dengan baik.”90

Manakala pilihan tersebut menurut beliau, sama ada dalam bentuk sebuah negara, republik, kerajaan, semi kerajaan, berparlimen dan sebagainya merupakan pilihan manusia dan ianya bukan sama sekali pilihan Tuhan kerana umat Islam mengetahui urusan keduniaan mereka sendiri sepertimana yang disabdakan oleh Baginda Nabi s.a.w., yang berbunyi:

،رماع نب دوسلأا نع اهملاك ،دقاّنلا ورمعو ةبيش بيأ نب ركب وبأ انثّدح

نب ماشى نع ةملس نب داّحم انثّدح :رماع نب دوسأ انثّدح ركب وبأ لاق

للها ىّلص ّبيّنلا ّنأ ؛سنأ نع ،تباث نعو ةشئاع نع ،ويبأ نع ،ةورع

ق ))حلصل اولعفت لم ول (( :لاقف ،نوحقلي موقب ّرم مّلسو ويلع

جرخف : لا

متنأ(( لاق ،اذكو اذك :تلق : اولاق )) ؟مكلخنل ام (( :لاقف مبه ّرمف ،اصيش

))مكايند رومأب ملعأ

91

89 Luthfi Assyaukanie, (2006). Tak ada Negara Islam dari pandangan daripada Ali Abd al-Raziq.Cet.1. Jakarta: Jaringan Islam Liberal,h. 2-3

90 Ali Abd al-Raziq, (1925).op.,cit, h. 103 91

Al-Imam al-Hafiz Abi al-Husain Muslim, (t.t). Sahih Muslim. Kitab al-Fadhail. Jil. 4. Al-Kaherah: Dar Ihya‟ al-Kutub al-Arabiyyah, No hadith 2363., h. 1836

52 Terjemahan:

Telah diriwayatkan daripada Abu Bakr bin Abi Shaiybah dan „Amru Naqid, kedua meraka meriwayatkan hadith daripada al-Aswad bin „Amir. Maka telah berkatalah Abu Bakr. Telah diriwayatkan daripada al-Aswad bin „Amir, maka telah diriwayatkan daripada Hammad bin Salamah daripada Hisham bin Urwah, daripada bapanya, daripada „Aisyah dan daripada Thabit, daripada Anas; sesungguhnya Nabi s.a.w., menemui sekelompok manusia

Maksudnya : “ Kamu lebih mengetahui mengenai urusan keduniaan kamu”.

Oleh itu, tegasnya lagi urusan politik adalah urusan dunia. Maka menjadi hak umat Islam memutuskannya. Beliau berani berhujah dengan alasan bahawa tidak terdapat suatu ayat pun di dalam al-Qur‟an yang memerintahkan umat Islam membentuk suatu bentuk sistem politik tertentu. Apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka ialah supaya memiliki keperibadian yang jujur dan berlaku adil sesama mereka dan beliau turut berpendapat bahawa pada masa kini dalam sistem politik boleh diterima apa pun cara termasuklah sistem demokrasi yang dianggap merupakan jalan alternatif yang terbaik jika dipraktikkan.92 Selain itu, Ulil Abshar Abdalla berpendapat bahawa JIL boleh menerima negara sekular kerana negara sekular di dalamnya mempunyai unsur-unsur keagamaan dan juga unsur-unsur kemaksiatan.93

Justeru, penulis dapat merumuskan bahawa di antara agenda uatama yang diperjuangkan oleh aktivis liberal ini ialah sistem politik demokrasi yang mutlak. Menurutnya Nabi S.A.W., menyerahkan segala urusan dunia kepada umat Islam. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa tidak terdapat sepotong ayat al-Qur‟an yang menyeru umat Islam membentuk suatu bentuk sistem politik tertentu. Oleh itu, beliau

92 Ibid,h.72

93 Ulil Abshar Abdalla. (2001). Op.,cit. Edisi 19-21. Bil. 38, h. xxx. Sila rujuk, http:// www. Islamlib.com. 25/11/2001

53 melihat bahawa sistem demokrasi yang mutlak merupakan cara yang terbaik jika diamalkan.

Manakala menurut beliau agenda yang kedua adalah kehidupan dan hubungan antara agama. Tambahnya lagi, masyarakat majmuk yang wujud di serata dunia Islam dewasa ini memerlukan kepada teologi Pluralisme. Beliau membawa contoh yang berlaku di dalam masyarakat Madinah yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w., yang sering kali dijadikan model kepada konsep toleransi dalam kehidupan beragama dalam Islam. Maka dengan ini Islam dianggap sebagai sebuah agama yang menghormati kewujudan pelbagai agama dan ianya bersifat inklusif dan toleransi.

Tambah beliau lagi, dalam kehidupan antara agama tidak hanya tertakluk kepada pengalaman negara Madinah malahan kitab suci al-Qur‟an yang menjadi panduan kepada umat Islam sendiri banyak terkandung ayay-ayat yang mewajibkan umat Islam tidak hanya menghormati keberadaan pelbagai agama lain tetapi menyeru mereka mencari kesamaan ( kalimatun sawa).94

Banyak ayat al-Quran yang menerangkan bahawa Allah s.w.t memberikan jaminan kepada para penganut agama lain seperti Yahudi, Kristen, Sabean dan sebagainya akan memperolehi ganjaran pahala sesuai dengan perbuatan baik yang dilakukan oleh mereka dan diberikan jaminan kepada mereka dengan berada di dalam perlindungan Allah s.w.t., ayat yang berbunyi:

للهاب نماء نم ينئبصلاو ىرصّنلاو اوداى نيذّلاو اونماء نيذّلا ّنإ

لمعو رخلأا مويلاو

نونزيح مى لاو مهيلع فوخ لاو مّبهر دنع مىرجأ مهلف الحاص

“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, Nasrani, Shabiin (semacam ahli Kitab). Barang siapa yang beriman di antara mereka itu kepada Allah dan hari Kemudian serta beramal salih. Maka bagi meraka memperoleh ganjaran pahala di sisi Tuhan dan tiada

54 ketakutan ke atas mereka tiada mereka berdukacita.” (Surah al-Baqarah ayat : 62).

Seterusnya beliau membawakan firman Allah S.W.T, yang berbunyi:

ينقيّدّصلاو ّينبّنلا نم مهيلع للها معنأ نيذّلا عم كئلواف لوسّرلاو للها عطّي نمو

ينلحاّصلاو ءآدهّشلاو

اقيفر كئلوأ نسحو

Maksudnya:

“Barang siapa yang mentaati Allah dan rasul. Maka mereka itu bersama orang-orang yang diberikan Allah nikmat kepada mereka iaitu para nabi, orang yang benar, orang yang syahid dan orang yang salih. Alangkah baiknya berteman dengan mereka itu.”

(Surah al-Nisa‟ ayat: 69)

Oleh itu, ayat-ayat tersebut saling menguatkan antara satu sama lain bagi menyatakan bahawa semua agama selagi mana mengakui kepatuhannya kepada Allah pada dasarnya adalah sama. Tegas beliau lagi, jangan hairan terhadap perkara tersebut kerana Nabi Muhammad s.a.w., pernah bersabda yang berbunyi:95

بيأ نب ديعس نع ،ّيرافغلا دّممح نب نعم نع ّىلع نب رمع انثدح

ويلع للها ىّلص ّبينلا نع ونع للها ىضر ةريرى بيأ نع ّيبرقلدا ديعس

لىإ نيّدلا ّبحأ :لاق مّلسو

ةحمّسلا ةّيفينلحا للها

96 Terjemahan:

Telah diriwayatkan daripada Umar bin „Ali daripada Muin bin Muhammad bin al-Ghaffari, daripada Said bin „Abi Said al-Maqbiri daripada „Abi Hurairah r.a. daripada Nabi. s.a.w bersabda : “agama yang paling dicintai oleh Allah adalah “ al-hanafiyyah al-samhah” yang bermaksud agama yang bertoleransi.”

Selain itu, Budhy Munawar-Rahman telah membawakan pandangan Nurcholish Madjid mengenai konsep persamaan di antara semua agama ( kalimah sawa‟).97

95 Ibid,h. 74

96Al-Imam Ibn Hajr al-Asqhalani, (t.t). op.,cit, h.182 97

Budhy Munawar-Rachman, ( 2001). Islam Pluralis Wacana Kesetaraan Kaum Beriman. Cet. 1. Jakarta: Paramadina, h.55

55 Menurut Nurcholish konsep tersebut telah difirmankan oleh Allah s.w.t., yang berbunyi:

كرشن لاو للها ّلاإ دبعن ّلاأ مكنيبو اننيب ءاوس ةملك لىإ اولاعت بتكلا لىأي لق

اودهشا اولوقف اوّلوت نإف للها نود نّم ابابرأ اضعب انضعب ذخّتي لاو ائيش وب

ّنأب

نوملسم ا

Maksudnya:

“ Katakanlah (olehmu, Muhammad) „ Wahai Ahl Kitab ! marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatu jua pu, dan jangan pula sebahagian daripada kita mengambil akan sebahagian yang lain, untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah.” Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima). Maka katakanlah kepada mereka: “ saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang yang beriman.”

(Surah Ali Imran ayat: 64) Tegasnya lagi, berdasarkan ayat di atas titik persamaan di antara semua agama samawi ialah prinsip penyembahan kepada Tuhan Yang Maha Esa.98

Di samping itu, beliau juga membawakan sepotong hadith Nabi s.a.w yang berbunyi:

ديعس نع ،ّيرافغلا دّممح نب نعم نع ّىلع نب رمع انثدح

بيأ نب

ّيبرقلدا ديعس

لا نع ونع للها ىضر ةريرى بيأ نع

ويلع للها ىّلص ّبين

:لاق مّلسو

لىإ نيّدلا ّبحأ

ةحمّسلا ةّيفينلحا للها

99

Telah diriwayatkan daripada Umar bin „Ali daripada Muin bin Muhammad bin al-Ghaffari, daripada Said bin „Abi Said al-Maqbiri daripada „Abi Hurairah r.a. daripada Nabi. s.a.w bersabda : “Sebaik-baik agama di sisi ialah al-hanafiyyah al-samhah iaitu semangat mencari kebenaran secara berlapang dada, bertoleransi, tidak jumud, tanpa kefanatikan dan tidak membelenggu jiwa.”

98 Nurcholish Madjid,(1995). Islam, Doktrin dan Peradaban. Cet. 3. Jakarta: Paramadina, h. 7-8 99

56 Ringkasnya golongan liberalis menganggap semua agama samawi adalah sama kerana prinsip penyembahan hanyalah kepada Tuhan Yang Maha Esa. Selain itu, mereka juga membawakan argumentasi daripada al-Qur‟an dan al-Hadith bagi menyokong hujah mereka.

Agenda yang ketiga ialah emansipasi wanita di mana ianya menyeru umat Islam bagi memikirkan kembali beberapa doktrin agama yang merugikan dan menindas golongan wanita. Walaupun pada hakikatnya, doktrin-doktrin tersebut amatlah bertentangan dengan semangat prinsip Islam yang mengakui hak persamaan dan menghormati hak semua jantina. Namun menurut gagasan ini sudah sampai masanya bagi umat Islam bersikap kritis dalam menilai warisan keagamaan mereka. Ini kerana sebahagian daripada pesan-pesan yang terkandung dalam warisan-warisan keagamaan itu dibentuk mengikut keadaan sosial-budaya yang tertentu. Justeru, ianya perlu kepada pentafsiran dan pemahaman semula.100 Al-Qur‟an telah menyatakan perihal tersebut:

ينقدّصلاو تاتنقلاو ينتنقلاو تانمؤلداو يننمؤلداو تاملسلداو ينملسلدا ّنأ

و

تاقّدصتلداو ينقّدصتلداو تاعشالخاو ينعشالخاو تابرّصلاو نيبرّصلاو تاقدّصلا

ّدعأ تاركاّذلاو ايرثك للها نيركاّذلاو تاظفالحاو ينظفالحاو تامئاّصلاو ينمئاّصلاو

اميظع ارجأّو ةرفغّم ملذ للها

Maksudnya:

“Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah. Maka Allah telah menyediakan kepada mereka keampuanan dan mendapat ganjaran pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab ayat 35).

100 Ibid,h.74

57 Manakala Dr Nasaruddin Umar telah mengemukakan pendapatnya mengenai konsep keserataan gender dengan membawa argumentasi daripada ayat-ayat al-Qur‟an. Misalnya firman Allah yang berbunyi:

امو

نودبعيل ّلاإ سنلااو ّنلجا تقلخ

Maksudnya:

“Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”.

(Surah al-Dhariyat ayat 56)

Seterusnya beliau membawakan firman Allah yang berbunyi:

مكمركأ ّنإ آوفراعتل لئآبقو ابوعش مكنلعجو ىثنأ و ركذ نّم مكنقلخ اّنإ ساّنلااهّيأي

يربخ ميلع للها ّنإ مكاقتأ للها دنع

Maksudnya:

“ Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan serta menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling bersua kenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha mengenali”.

(Surah al-Hujarat ayat: 13 )

Beliau juga membawakan firman Allah s.w.t.,yang berbunyi:

مىوجأ مهّنيزجنلو ةبّيط ةايح وّنيينحاف نمؤم وىو ىثنأ وأ ركذ نم الحاص لمع نم

نولمعي اوناك ام نسحأب

Maksudnya:

“ Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, sama ada lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman. Maka akan kami berikan kepada mereka kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami member ganjaran pahala kepada mereka yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl ayat: 97)

58 Beliau menegaskan lagi bahawa peranan lelaki dan wanita adalah sebagai khalifah di muka bumi dengan membawa firman yang berbunyi:

مكتاء ام فى مكوليبل تاجرد ضعب قوف مكضعب عفرو ضرلأا فئلاخ مكلعج يّذلا وىو

ميحر روفغل وّنأو باقعلا عيرس كّبر ّنإ

Maksudnya:

“ Dan Dialah yang menjadikan kamu semua sebagai para khalifah di muka bumi dan Dialah yang mengangkat sebahagian daripada kamu beberapa darjat untuk mengujimu mengenai apa yang diberikan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu amat segera siksaannya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(surah al-An‟am ayat: 165)

Beliau seterusnya mengemukakan lagi hujahnya dengan membawakan firman Allah s.w.t., yang berbunyi:

دسفي نم اهيف لعتجأ اولاق ةفيلخ ضرلأا فى لعاج ّنّإ ةكئلاملل كّبر لاق ذإو

نوملعت لا ام ملعأ ّنّإ لاق كل سّدقنو كدمبح حبّسن ننحو ءامدلا كفسيو اهيف

Maksudnya:

“ Ingatlah ketika mana Tuhan-Mu berfirman kepada para malaikat : “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Lalu mereka berkata: “ Mengapa Engkau hendak menjadikannya khalifah di bumi orang yang melakukan kerosakan padanya dan menumpahkan darah. Pada hal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?. Maka Tuhan berfirman: “ Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”

(surah al-Baqarah ayat : 30)

Oleh yang demikian, beliau menjelaskan bahawa kalimah khalifah dalam kedua-dua ayat di atas tidak menunjukkan kepada salah satu jantina atau etnik tertentu. Maka lelaki dan perempuan mempunyai fungsi yang sama sebagai khalifah di mana

59 mereka akan memegang amanah dan tanggungjawab di muka bumi.101 Ringkasnya ayat-ayat tersebut saling berkait antara satu sama lain bagi memperlihatkan konsep kesamarataan di antara kaum Adam dan Hawa yang dibawa oleh Jaringan Islam Liberal.

Selain itu, golongan liberalis juga memberikan hak kepada golongan wanita untuk menjadi imam di dalam solat. Ini boleh dilihat kepada kenyataan Husein Muhammad, menurutnya golongan wanita dibolehkan menjadi imam di dalam solat bagi siapa sahaja sama ada bagi kaum lelaki mahupun wanita.102 Beliau memberikan argumentasi dengan menyandarkan kepada hadith Ummi Waraqah yang mana dianggapnya sebagai lebih kuat keabsahan sanad apatah lagi matannya.103 Hadith tersebut berbunyi:

، عيجم نب ديلولا نع ليضفلا نب دّممح انثّدح : ّيمرضلحا داّحم نب نسلحا انثّدح

لّولأاو ثيدلحا اذبه ثرالحا نب للهادبع تنب ةقرو ّمأ نع ،دّلاخ نب نحمّرلا دبع نع

انّذؤم الذ لعجو ،اهتيب في اىروزي مّلسو ويلع للها ىّلص للها لوسر ناكو :لاق .ّتمأ

رمأو ،الذ نّذؤي

اخيش انهّذؤم تيأر انأف : نحمّرلا دبع لاق .اىراد لىأ مؤت نأ اى

دواد وبأ هاور .ايربك

104 Terjemahan :

Telah diriwayatkan oleh al-Hassan bin Hammad al-Hadrami: daripada Muhammad ibn al-Fudail daripada al-Walid ibn Jumai‟ daripada „Abd al-Rahman ibn Khallad, daripada Ummi Waraqah binti „Abd Allah ibn al-Harith. Maka beliau berkata bahawa “Rasulullah s.a.w, telah berkunjung ke rumahnya dan baginda menyuruh seseorang untuk menjadi Muadzin bagi Ummi Waraqah serta menyuruhnya mengimami solat bersama ahli keluarganya”. Seterusnya berkatalah „Abd al-Rahman: Aku melihat Muadzin bagi Ummi Waraqah seorang lelaki yang lanjut usia.

101 Nasaruddin Umar, (2001). Argumen Kesetaraan Jender Perspektif al-Qur‟an. Cet.2. Jakarta Selatan: Paramadina,h.253.

102Ulil Abshar Abdalla, (2005). Ijtihad Islam Liberal Upaya merumuskan Keberagamaan Yang Dinamis. Cet.1. Jakarta: Jaringan Islam Liberal Jalan Utan Kayu No.68H, h,279

103

Ibid, h.281.

60 Tegasnya lagi, hadith ini amat jelas sekali dibolehkan bagi golongan wanita menjadi imam di dalam solat berdasarkan kepada zahir ayatnya dan disebut juga di dalam hadith tersebut golongan yang turut menjadi ma‟mum seperti seorang lelaki yang lanjut usia.105

Di sini penulis, dapat meyimpulkan bahawa golongan liberalis sememangnya mendukung agenda emansipasi wanita yang berhubungkait dengan kesamarataan gender. Bagi mereka wanita mempunyai hak kesamarataan dengan golongan lelaki dalam pelbagai bidang terutamanya dalam hal kepimpinan negara. Selain itu, engan tegasnya golongan ini mengatakan kaum wanita sama tarafnya dengan kaum Adam dalam mentadbir sesebuah negara. Bagi mereka tidak ada perbezaan antara golongan lelaki dan wanita kerana kedua-duanya mempunyai peranan yang sama sebagai hamba dan pemakmur alam ini.

Disebabkan itu, golongan ini membolehkan kaum wanita mengimami kaum lelaki dalam solat. Mereka berhujah dengan menggunakan hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Waraqah. Hadith tersebut menurut mereka bahawa Nabi S.A.W., menyuruh Ummu Waraqah mengimami solat bagi ahli keluarganya yang berada di dalam rumahnya, mereka terdiri daripada kanak-kanak dan orang tua yang sudah uzur.

Seterusnya Lutfhi as-Syaukanie menjelaskan agenda yang terakhir ialah kebebasan berpendapat yang menjadi begitu penting dalam kehidupan umat Islam pada zaman sekarang ketika mana persoalan ini berkait rapat dengan masalah hak asasi manusia. Oleh itu, Islam sudah tentu amat menghormati hak asasi manusia dan juga menghormati kebebasan berpendapat.

Apabila dibuka semula pintu ijtihad yang telah ditutup lebih daripada satu abad lamanya, maka tidak ada sebarang alasan bagi seorang muslim berasa takut untuk

61 memiliki pandangan tersendiri. Selain itu, pandangan mengenai ijtihad merupakan sesuatu yang amat dihargai dan dihormati dalam agama Islam. Beliau mengemukakan kaedah fekah yang menegaskan bahawa seseorang akan diberikan dua ganjaran pahala jika sekiranya benar dalam berijtihad dan dia akan diberikan satu ganjaran jika salah.106

Maka di atas prinsip ini, golongan ini berpendapat Islam amat menghargai pandangan seseorang itu. Oleh itu, tidak ada seorang pun yang boleh menghalang orang lain memiliki kebebasan pendapat. Namun Islam mengakui wujudnya batasan dalam berpendapat. Maksud berpendapat adalah persoalan cara dan bukan pemilikan yang berimplikasi pada masalah hukum yang menjadi urusan negara. Manakala seseorang yang melanggar cara-cara berpendapat akan berhadapan dengan undang-undang yang telah disusun oleh negara. 107

Justeru, bagi mereka isu-isu kebebasan berpendapat yang selama ini menimpa umat Islam adalah menjadi tanggungjawab negara bagi menyelesaikannya dan ianya bukan merupakan tanggungjawab para ulama‟. Maka para ulama tidak mempunyai hak bagi menilai dan juga menghukum individu yang berkaitan dengan kebebasan berpendapat.108

Berikutan itu, dapat dirumuskan bahawa agenda kebebasan berpendapat yang diperjuangkan oleh aktivis JIL ini adalah berdasarkan kepada hujah bahawa Islam menghargai kebebasan berpendapat. Selain itu, golongan JIL turut menegaskan konsep Ijtihad bukan hanya dihadkan kepada para ulama‟ malahan sesiapa sahaja boleh melakukan Ijtihad kerana ianya dihormati dan dihargai oleh Islam.

Ringkasnya golongan ini ingin memperlihatkan kepada masyarakat awam dengan apa yang dilakukan ini menjadikan agama Islam dipandang mulia di sisi

106 Luthfi Assyaukanie, (2007). op.cit.,h.75 107

Ibid,h.75 108 Ibid,h.75

62 masyarakat non muslim dan ianya selari dengan perkembangan di zaman kontemporari. Bagi golongan JIL empat agenda utama yang diperjuangkan iaitu sistem politik, toleransi agama, emansipasi wanita dan kebebasan berpendapat yang diberikan penekanan oleh mereka ini adalah bertujuan untuk memuliakan dan memartabatkan kembali agama Islam yang kini dianggap sebagai pembela keganasan oleh masyarakat non muslim terutamanya barat. Selain itu golongan JIL juga mengharapkan agar Islam akan dipandang mulia dengan sifat universal, plural, bertoleransi dan sebagainya.

2.8.0. ANALISIS PANDANGAN JARINGAN ISLAM LIBERAL MENURUT

Dalam dokumen liberalisme.pdf (Halaman 24-36)

Dokumen terkait