• Tidak ada hasil yang ditemukan

ETIKA DAN TANGUNGJAWAB TENAGA PENGAJAR

Dalam dokumen Panduan Silat Cekak Hanafi (Halaman 34-37)

1. Nama-Nama Jawatan Tenaga Penqajar Sukarela 1.1 Pembantu Kelas

Khusus untuk kelas-kelas di Pusat-pusat Pengajian Tinggi (PPT), terdiri dari penuntut-penuntut yang telah tamat Silat Cekak. Tugas mereka untuk mengawas dan mengatur latihan penuntut sebelum Tenaga Pengajar lain datang serta membantu Tenaga Pengajar mengawas penuntut-penuntut membuat mata-mata pelajaran. Bertanggungjawab kepada Penyelia Kelas.

1.2 Pembantu Jurulatih Percubaan

Membantu jurulatih-jurulatih untuk mengajar Silat Cekak. Tidak boleh memberi buah-buah pelajaran kecuali dengan kebenaran dari LPT. Tempoh percubaan tidak kurang dari enam (6) bulan kecuali dapat pengecualian dari LPT. Bertanggungjawab kepada Penyelia Kelas.

1.3 Pembantu Jurulatih

Membantu jurulatih-jurulatih untuk mengajar Silat Cekak yang telah disahkan dalam jawatan. Tidak boleh memberi buah-buah pelajaran kecuali dengan kebenaran dari Penyelia Kelas. Bertanggungjawab kepada Penyelia Kelas.

1.4 Jurulatih

Mengajar Silat Cekak dengan penyeliaan dari Penyelia Kelas. Boleh memberi buah-buah pelajaran. Bertanggungjawab kepada Penyelia Kelas.

2. Cuti Kelas

2.1 Cuti kelas hanya boleh: (a) Ditetapkan oleh LPT

(b) Diputuskan oleh Penyelia Kelas

(c) Cuti kerana hari percutian di pusat-pusat pendidikan

(d) Ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan kerana sesuatu perkara kepentingan kegiatan khusus Silat Cekak

3. Sistem Pengajaran

3.1 Peraturan, tertib dan kaedah pengajaran kaedah-kaedah Silat Cekak di kelas-kelas mestilah mengikuti buku panduan mengajar Silat Cekak yang telah diterbitkan oleh LPT. Cara-cara membuat dan penyampaiannya telah dan akan dibuat dari masa ke semasa di dalam kursus-kursus yang dianjurkan oleh LPT untuk tenaga pengajar.

4. Kesalahan tatatertib

4.1 Penyelia Kelas hendaklah melaporkan kepada ahli LPT yang bertanggungjawab sekiranya terdapat kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh tenaga pengajar di bawah penyeliaannya. Terdapat tujuh belas (17) jenis kesaIahan tatatertib yang perlu diawasi oleh Penyelia Kelas di kalangan tenaga pengajar baik semasa, atau di luar kelasnya dan kesalahan-kesalahan tersebut ialah:

(i) Menjalankan kegiatan yang boleh merosakkan imej dan maruah Persatuan dan Silat Cekak (ii) Memburuk-burukkan Persatuan dan Silat Cekak

(iii) Menjalankan kegiatan memburuk-burukkan Guru Utama (iv) Menunjukkan sikap engkar terhadap peraturan dan arahan (v) Mengajar seni mempertahankan diri yang lain

(vi) Mencederakan penuntut dengan sengaja (vii) Menyorok mata pelajaran

(viii) Terlibat di dalam cinta negatif

(ix) Meminjam atau memakai wang penuntut (x) Mengajar tidak mengikut peraturan

(xi) Mengajar lebih dari peringkat yang sepatutnya (xii) Pilih kasih dalam mengajar

(xiii) Tidak datang mengajar

(xv) Penggunaan kata-kata kesat atau keterlaluan tidak kena tempat (xvi) Pakaian yang tidak senonoh

(xvii) SeIaIu silap atau lemah di dalam memberi pelajaran

5. Penekanan Disiplin

5.1 Tidak hadir bertugas. 5.2 Lewat hadir bertugas.

5.3 Terlibat dengan membuat sebarang pinjaman dengan penuntut. 5.4 Berkelakuan tidak senonoh.

5.5 Mencedera atau mendera penuntut.

5.6 Membuat sesuatu yang bertentangan dengan polisi persatuan.

5.7 Tidak mengikuti arahan, panduan dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh LPT dari masa ke semasa. 5.8 Hal-hal lain yang pada pendapat LPT mencemarkan nama dan kepentingan Silat Cekak dan Tenaga Pengajar.

6. SIKAP UTAMA TENAGA PENGAJAR

6.1 Sentiasa menghayati segala pantang larang Silat Cekak. 6.2 Patuh kepada segala peraturan.

6.3 Mempertahankan imej dan segala peraturan yang telah ditetapkan. 6.4 Menjaga maruah saudara-saudara tenaga pengajar yang lain.

6.5 Menebalkan lagi rasa hormat menghormati di antara satu dengan lain terutama kepada mereka yang lebih berusia.

6.6 Mempunyai perasaan bangga yang positif menjadi tenaga pengajar serta mempunyai semangat berpasukan yang besar (bukan yang kecil).

6.7 Sentiasa gigih dan bertanggungjawab menjalankan tugas.

6.8 Bersifat dengan benar dan amanah baik di masa mengajar mahupun di luar waktu mengajar. 6.9 Rasional di dalam menyelesaikan apa juga masalah yang timbul.

7.3 Sekiranya terdapat perbezaan pendapat ia hendaklah diselesaikan di luar waktu mengajar dan dirujukkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab.

7.4 Pemberian mata pelajaran perlulah mengikut susunan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

7.5 Perjalanan waktu mengajar mestilah tepat. Jangan melambat-lambatkan kelas tanpa apa-apa sebab yang munasabah terutama tentang kepentingan penuntut-penuntut itu sendiri.

7.6 Keseimbangan perlu sentiasa diwujudkan di antara penerangan dan latihan praktikal. 7.7 Kehadiran dan masa kehadiran yang tepat adalah sangat perlu.

7.8 Pakaian perlulah sentiasa lengkap kemas dan bersih.

7.9 Pelajaran dan penekanan pelajaran perlulah sama rata di kalangan penuntut. 7.10 Menggunakan kata-kata yang sesuai di dalam memanggil atau menegur penuntut.

7.11 Menggunakan bahasa yang sopan, tegas dan jelas didalam penerangan dan penunjuk ajaran.

7.12 Sentiasa berwaspada terutama kepada penuntut-penuntut yang telah menunjukkan tanda-tanda yang mencurigakan. 7.13 Sentiasa mencari jalan bagi menggalakkan latihan di kalangan penuntut.

7.14 Menyelesaikan sebarang persoalan yang dibangkitkan dengan bijaksana mengikut kesesuaian keperluan dan masa.

7.15 Perlu sentiasa bersopan santun dan mengelakkan segala sifat-sifat negatif yang bercanggah dengan perkara-perkara di atas.

8. PERKARA-PERKARA YANG WAJIB DIHINDARI

8.1 Menyorok mata pelajaran.

8.2 Memberi mata pelajaran yang belum sampai masanya.

8.3 Berniat untuk mencederakan penuntut baik di waktu mengajar mahupun di masa latihandanujian. 8.4 Bangga negatif, bongkak dan sombong dengan jawatan tenaga pengajar.

8.5 Mengajar seni mempertahankan diri yang lain. 8.6 Berhutang dengan penuntut.

8.7 Memburukkan Silat Cekak.

8.8 Engkar terhadap peraturan dan arahan yang dikeluarkan.

8.9 Mengheboh-hebohkan segala ilmu atau petua yang telah diberikan oleh YM Guru Utama.

8.10 Berkata-kata dan menjalankan apa juga tindakan yang akan menjatuhkan imej dan maruah Silat Cekak baik di kalangan orang luar mahupun di kalangan penuntut-penuntut Silat Cekak.

8.11 Jangan ada percintaan negatif.

9. Kuasa Mutlak LPT

LPT mempunyai bidang kuasa untuk menambah, mengurang, meminda dan mengecualikan segala peraturan-peraturan yang terdapat di dalam Skim Perkhidmatan Tenaga Pengajar Silat Cekak ini

AKADEMI SILAT CEKAK HANAFI PEJABAT URUSAN SILAT CEKAK HANAFI

NO. 3, LORONG KIRI 1 KG. DATO’ KERAMAT 54200 KUALA LUMPUR

Dalam dokumen Panduan Silat Cekak Hanafi (Halaman 34-37)

Dokumen terkait