4. Pengurusan Manuskrip Melayu
4.2 Faktor-Faktor Terabainya Kerja Pendokumentasian
Dalam membicarakan faktor terabainya proses pendokumentasian, pelbagai
faktor yang menyumbang kepada proses ini. Dan sekiranya ianya terus diabaikan, maka
timbunan manuskrip yang berjumlah yang besar dan dijaga dengan rapi sekalipun,
malangnya, isi kandungannya tidak akan diketahui umum dan tidak tersebar luas.
Apabila kajian dan penyelidikan terhadap manuskrip tidak diusahakan, maka
kesan negatif akan timbul. Segala kandungan penting di dalamnya mungkin akan
musnah ditelan zaman dan hilang daripada koleksi itu sendiri jika keselamatannya tidak
terjamin. Keadaan seperti ini lebih teruk lagi jika ditinjau pada koleksi
individu.Manuskrip-manuskrip tersebut bukan sahaja disimpan tanpa suatu sistem
pemuliharaan yang sepatutnya dan selamat, malangnya lagi anggapan bahawa
manuskrip yang ada tidak membawa apa-apa makna dan tidak bernilai. Kemusnahan
100
68
manuskrip-manuskrip tersebut adalah akibat daripada terabainya proses
pendokumentasian yang kebiasaannya dipengaruhi oleh beberapa faktor:
i. Sifat manusia
Sebagai khazanah yang berada dalam simpanan dan jagaan individu, nasib
khazanah berharga ini adalah terletak di tangan individu yang menyimpannya.
Sekiranya penyimpan dan pemiliknya mempunyai kesedaran ke arah
memastikannya kelestariannya, usaha untuk memelihara dan memuliharanya akan
diambil. Malangnya, apa yang berlaku ke atas koleksi manuskrip ialah
keengganan pemiliknya untuk berenggang dan menyerahkan koleksinya kepada
pihak-pihak berwajib untuk tujuan yang murni ini. Hal ini kerana, khazanah berharga ini dianggap suatu „intelectual properties‟ kepada sesebuah keluarga, individu seperti bomoh, guru-guru pondok, dan sebagainya. Mereka sanggup
untuk terus menjaga „amanah‟ yang diwarisi sejak turun temurun dan jangan
sesekali untuk menyerahkan atau dijual kepada pihak lain101 walaupun sekiranya ianya dalam jagaan mereka (pemilik) khazanah berharga ini tidak dipelihara
dengan baik dan tidak dilakukan apa-apa penerokaan terhadap kandungan
intelektualnya.
Selain itu, sifat penghargaan terhadap khazanah berharga ini juga menjadi
faktor.Manuskrip hanya dilihat sebagai satu khazanah lama yang usang dan tidak
mempunyai apa-apa nilai yang boleh dilihat. Misalnya peristiwa yang pernah
terjadi sekitar tahun 1979 apabila satu timbunan Manuskrip Melayu telah dibakar
101 Siti Mariani S.M Omar, “Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia,” dalam Warisan
69
di sebuah kampung di Perak kerana menganggap bahawa timbunan kertas usang
itu hanyalah sampah semata.
Selain itu, perbalahan dan berlainan pandangan di kalangan masyarakat
juga menjadi faktor yang menyumbang ke arah terabainya proses ini. Seperti yang
sedia maklum bahawa tempat penyimpanan Manuskrip Melayu kebanyakannya di
istana, rumah-rumah pembesar istana, rumah para ulama dan cendekiawan yang
mana tempat-tempat tersebut diperbuat daripada kayu dan mudah terbakar.
Sejarah Melayu melaporkan bahawa istana Sultan Mansur Syah pernah musnah
dijilat api. Antara sebab kebakaran ialah serangan tentera dari pelbagai bangsa
bermula dengan Portugis hingga ke Inggeris. Selain itu, perbalahan antara
ideologi atau pemikiran juga menjadi faktor seperti peristiwa kebakaran hasil
karya Hamzah Fansuri pada zaman Iskandar al-Thani dan Safyatudin oleh
penentangnya yang diketuai oleh Nur al-Din al-Raniri yang akhirnya membawa
kepada banyaknya hasil karya Hamzah dan pengikutnya dibakar.102
ii. Keadaan / Kondisi Alam
Selain sifat manusia selaku pemilik dan penyimpan, faktor persekitaran
dan alam juga mendorong kepada keterabaian proses ini. Wan Ali Wan Mamat
(1988), menceritakan dengan terperinci sekali faktor ini di dalam bukunya
Pemuliharaan Buku dan Manuskrip. Beliau menyatakan antaranya ialah faktor
kelembapan, cahaya dan pencemaran udara.103Selain iklim, faktor alam lain iaitu serangga juga adalah antara faktor menyebabkan proses ini terabai.hal ini kerana,
kebanyakan serangga seperti silverfish, lipas, dan sebagainya yang menjadikan
102 Mahayudin Haji Yahaya, Karya Klasik Melayu-Islam, 25.
103Wan Ali Wan Mamat, Pemuliharaan Buku dan Manuskrip (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988), 57-61.
70
medium penulisan khususnya kertas sebagai tempat tinggal dan makanannya
menyebabkan kerosakan dan kehilangan tulisan dan mukasurat sesebuah
manuskrip. Hal ini menyebabkan fakta mengenai manuskrip tidak dapat
diperolehi dengan lengkap.
iii. Kekangan, Kelemahan dan Kekurangan Tempat, Peralatan dan Tenaga Mahir.
Kekurangan tempat khas dan alat perkakas seperti „bilik pengwasapan‟ untuk memulihara manuskrip daripada rosak dan reput akibat serangan serangga
dan tempoh yang memakan masa yang sangat panjang. Aziz Deraman (kini Dato‟) di dalam kertas kerja beliau bertajuk „Masalah Manuskrip Di Malaysia
Dan Masa Depannya‟ menyatakan keresahan beliau terhadap nasib Manuskrip
Melayu berkenaan kemudahan ini. Beliau menyatakan bahawa kebanyakan
institusi di Malaysia selain Arkib Negara dan Perpustakaan-perpustakaan, masih
belum dilengkapi dengan makmal dan bengkel awetan serta kakitangan yang
mahir dan berkepakaran.104Penulis juga bersetuju melalui bukti lawatan penulis ke bahagian Pemuliharaan Perpustakaan Universiti Malaya dan Pusat Dokumentasi
Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka.105
iv. Kekangan Kewangan
Kekangan kewangan yang dihadapi oleh institusi yang memainkan
peranan dalam usaha pemuliharaan khazanah berharga ini. Bertepatan dengan
104Aziz Deraman, “Masalah Manuskrip di Malaysia dan Masa Depannya” (kertas kerja, Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 10 Oktober 1983), 10.
105
Di Bahagian Pemuliharaan Perpustakaan Universiti Malaya hanya menyediakan kemudahan penyimpanan seperti tempat berhawa dingin dan kelembapan udara dan suhu yang dikawal tanpa usaha membaik pulih kerosakan manuskrip dalam simpanannya.Manakala, di Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, pada peringkat awal, usaha pemuliharaan dilakukan.Kemudian, pihak DBP menghantar kepada syarikat yang mengusahakan.Tetapi, kini, di atas faktor kewangan, manuskrip yang diperolehi hanya disimpan.Temu bual bersama Puan Fatimah Zahrin, Pegawai Pusat Dokumentasi Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. 17 November 2010. Penulis juga memperoleh maklumat daripada Prof Madya Dr Raja Masittah Raja Ariffin berdasarkan pengalaman beliau ketika bertugas di DBP.
71
kemudahan teknologi kini yang memudahkan penulis melihat teks melalui sistem
pengimejan dan sebaginya memerlukan kepada kos yang agak tinggi. Hal ini
dinyatakan oleh Aziz Deraman bahawa faktor kewangan adalah suatu halangan
dalam pengolahan dan pengurusan manuskrip yang baik memandangkan peralatan
yang melibatkan manuskrip seperti alat-alat mikrofilem / mikrofis adalah mahal
harganya.106
Kesimpulannya, melihat realiti faktor terabainya proses pendokumentasian
di atas, seharusnya kesedaran bahawa walaupun natijah daripada pengaliran
Manuskrip Melayu dari daerah kelahirannya dan akhirnya kita terpaksa
mendapatkan kembali hak kita dengan suatu bayaran yang tinggi, namun
seandainya ianya masih terus berada di tangan kita berkemungkinan jumlah
manuskrip yang kekal hayatnya akan berkurang jumlahnya berbanding jumlah
yang ada sekarang.