• Tidak ada hasil yang ditemukan

Faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Menggunting dalam Kalangan Kanak-Kanak

Dalam dokumen Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan (Halaman 39-46)

DAPATAN KAJIAN

4.4 Faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Menggunting dalam Kalangan Kanak-Kanak

Selepas menjalankan pemerhatian semasa ujian dijalankan dan mengadakan sesi soal selidik ke atas responden, pengkaji dapat menyenaraikan beberapa faktor yang menyebabkan kemahiran menggunting kanak-kanak terbatas iaitu cara murid memegang gunting, postur tubuh badan semasa menggunting, kordinasi mata dan tangan serta kesesuaian saiz gunting yang digunakan, pendedahan guru dan ibu bapa dengan aktiviti menggunting serta persepsi guru terhadap aktiviti menggunting.

Pengkaji mendapati faktor utama kepada keterbatasan kemahiran menggunting murid adalah cara mereka untuk mengawal pergerakan tangan mereka semasa menggunting. Pengkaji memerhatikan bahawa kebanyakan kanak-kanak menggunakan cara yang salah dalam menegndalikan gunting sehingga menyebabkan kesakitan pada sendi mereka. Disebabkan kesakitan yang mereka rasakan mereka merasa cepat putus asa dan mengalah dalam melakukan aktiviti menggunting.

Rajah 4.8: Kesukaran responden dalam mengawal pergerakan tangan semasa menggunting

Perkara ini bukanlah andaian pengkaji semata-mata, bahkan bagi menguatkan dan memdapakan kepastian, penyelidik turut menggunakan data daripada soal selidik yang dijalankan kepada kanak-kanak semasa aktiviti menggunting dijalankan. Kesemua responden yang mengalami kesukaran dalam memegang dan mengawal pergerakan tangan mereka dalam aktiviti menggunting menyatakan mereka berasakan kesakitan pada tanagn mereka semasa melakukan aktiviti menggunting.

Rajah 4.9: Responden tidak dapat mengggunting dengan baik akibat postur tubuh badan yang salah.

Selain itu berdasarkan pemerhatian guru, postur tubuh badan murid juga menjadi salah satu punca mengapa kanak-kanak mengalami kesukaran dalam berada di tahap yang baik ketika menggunting. Cara menggunting yang betul adalah untuk kanak-kanak untuk tidak bermula pada garisan yang paling dekat dengan tangan yang memegang kertas. Ini kerana ini akan memudahkan kanak-kanak untuk mengawal pergerakan gunting mereka. Berdasarkan pemerhatian responden tidak dapat untuk menggunting dengan baik mengikut garisan atau membentuk bentuk-bentuk yang telah ditetapkan akibat masalah ini.

Rajah 4.10: Tangan dominan dan tangan bukan dominan digunakan dengan betul.

Sambil memotong, kanak-kanak akan turut belajar bagaimana untuk menggunakan tangan bukan dominan untuk memegang kertas. Pada mulanya tangan bukan dominan hanya akan perlu untuk memegang kertas sementara tangan dominan menggerakkan gunting ke hadapan dalam garis lurus. Namun lama kelamaan, tangan bukan dominan akan perlu untuk bergerak dan mengerakkan kertas sementara tangan dominan membuka dan menutup bilah menggunting.

Di samping itu, terdapat juga beberapa perkara yang dianggap tidak penting turut dapat dijadikan sebagai salah satu faktor keterbatasan kemampuan kanak-kanak untuk menggunting dengan baik iaitu kesesuaian saiz gunting dan juga koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Ini kerana semasa mengunting, disebabkan kesakitan yang mereka rasakan semasa menggunting responden meminta untuk menggunakan gunting yang lain, sama ada lebih besar atau pun lebih besar. Bagi responden A dan responden B mereka lebih suka untuk menggunakan gunting yang kecil memandangkan saiz tangan mereka yang kecil.

Terdapat juga responden yang langsung tidak dapat mengunting dan menyelesaikan semua ujian yang berikan. Ini adalah berikutan kelemahan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak untuk menggunting pada garisan yang telah diberikan. Responden tersebut hanya menggunting bahagian tepi-tepi kertas dan bukannya pada garisan yang ada pada kertas. Hal ini berulang dalam setiap ujian yang diberi walupun telah dibimbing oleh pengkaji.

Bil Faktor-Faktor RESPONDEN

A B C D

1 Kesesuaian saiz gunting √ √ X X

2 Cara murid memegang gunting √ √ X X

3 Postur tubuh badan semasa menggunting √ √ X X

4 Koordinasi mata dan tangan √ X X X

Jadual 4.1: Faktor-faktor yang membataskan kemahiran menggunting murid

Bagi mencari faktor yang lebih memberikan kesan, penyelidik turut mengumpulkan dan menggunakan data yang dikumpul daripada soal selidik yang dijalankan kepada guru tadika serta murid tadika yang terlibat dalam kajian ini sendiri. Bagi menyelidik pengaruh pendedahan penggunaan gunting di tadika, pengkaji telah menjalankan soal selidik terhadap kanak-kanak. Jadual 4.2 menunjukkan kekerapan pendedahan yang diperolehi responden di tadika dalam kemahiran menggunting yang betul.

Kekerapan Ya Tidak Adakah guru pernah mengajar anda cara memegang gunting di tadika? 1 3 Adakah guru membenarkan anda untuk menjalankan aktivti

menggunting sendiri tanpa bantuan di tadika? 0 4

Jumlah 1 7

Peratus (%) 12.5 87.5

Jadual 4.2: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Kanak-kanak Bahagian A

Data menunjukkan bahawa kebanyakan kanak-kanak yang diajukan persolan sama ada mereka pernah diajar menggunakan gunting dengan betul atau tidak di tadika, menjawab tidak. Hanya seorang daripada empat kanak-kanak yang menjawab pernah. Apabila diselidik kanak-kanak tersebut merupakan murid baru dan menurut kanak-kanak tersebut di tadika nya yang sebelumnya, guru-guru di sana mengajarnya untuk menggunakan gunting serta membenarkan kanak-kanak untuk menjalankan

aktiviti menggunting sendiri tanpa bantuan guru yang minima di tadika. Ini bermakna hanya 12.5 % kekerapan pendedahan penggunaan gunting dengan betul yang kanak-kanak perolehi di tadika.

Selain mengambil faktor rangsangan dan galakan di sekolah, pengkaji turut mengajukan soalan berkaitan galakan ibu bapa atau keluarga di rumah tentang aktiviti menggunakan gunting. Bagi responden yang mempunyai kemahiran menggunting yang baik dapat dilihat bahawa di rumah mereka turut dijalankkan untuk menggunakan gunting namun dengan pantauan dan juga bantuan yang minimum daripada orang yang lebih dewasa. Manakala bagi responden yang lemah kemahiran menggunting, hasil daripada dapatan soal selidik, ibu bapa atau keluarga mereka tidak membenarkan mereka sama sekali untuk menggunakan gunting dengan sendiri. Ini berlaku kerana bimbang akan berlaku kecederaan terhadap kanak-kanak tersebut.

Kekerapan Ya Tidak Adakah ibu bapa anda pernah mengajar anda cara memegang

gunting di rumah?

2 2

Adakah ibu bapa anda membenarkan anda untuk menjalankan aktivti menggunting sendiri tanpa bantuan di rumah?

2 2

Jumlah 4 4

Peratus (%) 50 50

Jadual 4.3: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Kanak-kanak Bahagian B

50-50 itulah hasil dapatan daripasa soalan soal selidik mengenai pendedahan yang responden terima di rumah dalam kemahiran menggunakan gunting dengan betul. 50% responden yang menjawab ya adalah responden yang berumur 6 tahun manakala yang menjawab tidak adalah responden berumur 5 tahun.

Soal selidik yang dijalankan bukan sahaja melibatkan responden sahaja, ianya juga turut melibatkan sesi soal selidik dengan guru dengan menanyakan soalan yang sama seperti yang ditanya kepada responden. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya percanggahan data.

Kekerapan Ya Tidak Adakah anda pernah mengajar murid-murid cara memegang

gunting di tadika?

0 3

Adakah anda membenarkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti menggunting sendiri tanpa bantuan di tadika?

3 0

Adakah anda bersetuju bahawa dengan menggunakan gunting kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor halus mereka?

3 0

Jumlah 6 3

Peratus (%) 67 34

Jadual 4.4: Soalan Borang Soal Selidik Kepada Guru

Data menunjukkan bahawa kebanyakan guru-guru yang diajukan persoalan sama ada mereka pernah mengajar murid-murid mereka menggunakan gunting dengan betul atau tidak, menjawab tidak. Namun para guru membenarkan murid-murid untuk menjalankan aktiviti menggunting sendiri dengan bantuan yang minima di tadika. Peratusan soal selidik yang dilakukan lebih ke arah jawapan yang negative iaitu 34% menjawab tidak.

Namun apabila diajukan soalan berkenaan persepsi guru terhadap kemahiran menggunting yang mampu meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak, kesemua guru bersetuju seratus peratus. Apabiila dipertikaikan jawapan yang diberikan kesemua guru memberi alasan bimbang akan keselamatan kanak-kanak dan juga bilangan gunting atau kemudahan untuk menggunting yang terhad dan tidak mencukupi untuk digunakan untuk semua kanak-kanak dalam satu-satu masa.

4.5 Kesimpulan

Dalam bab ini secara keseluruhannya adalah berkisarkan tentang dapatan atau hasil hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji dengan menggunakan instrument kajian yang dijalankan iaitu menerusi pemerhatian, soal selidik terhadap responden dan guru serta ujian bagi menguji tahap kebolehan mengunting kanak-kanak. Selain itu aspek factor-faktor yang mempengaruhi kemahiran menggunting kanak-kanak juga turut disentuh dalam bahagian ini, faktor-faktor yang diutarakan adalah seratus peratus berdasarkan pemerhatian pengkaji dan juga jawapan-jawapan yang diperolehi daripada sesi soal selidik bersama responden serta guru. Hasil yang diperolehi daripada analisa ujian kemahiran menggunting dan factor yang mempengaruhinya ini akan digunakan oleh pengakaji dalam merumuskan dan seterusnya mencadangkan beberapa aktiviti yang setrusnya dapat memperbaiki tahap kemahiran menggunting kanak-kanak di peringkat tadika.

BAB 5

Dalam dokumen Bab 1, 2, 3, 4, dan 5 serta Rujukan (Halaman 39-46)

Dokumen terkait