• Tidak ada hasil yang ditemukan

FENOMENA AL I’JAB BIL NAFSI

Dalam dokumen Wabak-Sepanjang-Jalan (Halaman 37-45)

i. Menonjolkan kebaikan diri ii. Enggan menerima nasihat

iii. Rasa gembira mendengar kelemahan orang lain terutamanya yang berlaku di kalangan rakan-rakannya

Cara Mengubati Penyakit al I’jab Bil Nafsi

i) Sentiasa mengingati hakikat kejadian diri manusia

ii) Sentiasa mengingati tentang apa itu hakikat dunia dan apa pula hakikat akhirat

iii) Sentiasa mengingati tentang nikmat Allah yang dilimpahkan ke atas manusia dari sebesar-besar sehinggalah ke sekecil-kecilnya

iv) Sentiasa memikirkan tentang mati, kedudukan selepas mati yang penuh penderitaan dan kengerian

v) Sentiasa mendengar dan mengamati kitab Allah dan Sunnah Nabi

vi) Sentiasa menghadiri majlis ilmu, terutamanya majlis ilmu yang membicarakan tentang penyakit jiwa (hati) dan cara mengatasinya

vii) Sentiasa memerhati keadaan orang yang sakit, cacat anggota, bahkan juga orang-orang yang mati terutamanya pada waktu mereka dimandi, dikapan dan ditanam

viii) Memperingatkan ibubapa agar membebaskan diri dari penyakit al I’jab bil Nafsi dan seumpamanya

ix) Hendaklah menjauhkan diri dari bergaul dengan golongan yang kagum dengan diri sendiri

x) Hendaklah sentiasa diperingati tentang betapa perlunya adab dan tatatertib syara’ diikuti dalam menyampaikan sesuatu penghargaan, pujian, dan penghormatan juga dalam memberi kesetiaan dan ketaatan xi) Jangan terlalu gopoh untuk memegang teraju kepimpinan dalam keadaan

xii) Hendaklah selalu mengkaji dan merenungi sejarah golongan yang terdahulu bagaimana mereka mengawal diri apabila bertembung dengan perlakuan ini

xiii) Mendedah dan membiarkan diri dari semasa ke semasa kepada suatu sikap yang boleh menghapuskan rasa sombong dan meletakkan diri dalam keadaan yang sebenar

xiv) Perlu kepada pengawasan orang lain yang sentiasa berada di sampingnya

xv) Muhasabah diri sepanjang masa sehingga ia berjaya mengenal pasti keaiban yang ada pada dirinya

xvi) Mengenal pasti akibat dan kesan yang timbul dari perlakuan al I’jab bil Nafsi

xvii) Memohon pertolongan dari Allah melalui perantara doa, pertolongan dan penyerahan diri kepadaNya

xviii) Perlu menekankan tentang tanggungjawab individu, tanpa mengambil kira keturunan dan asal usul

WABAK KEENAM : Al-Ghurur (tertipu dengan diri sendiri)

Pengetian

Dari sudut bahasa

i. Al Khida’ (penipuan), sama ada penipuan dilakukan ke atas diri sendiri atau pun orang lain

ii. Perlakuan yang boleh membawa kepada al Ghurur atau terjerumus ke dalamnya. Mengikut al Jauhari, al Ghurur bermaksud seseorang yang tertipu dengan kebendaan dunia.

Dari dudut istilah

Menurut istilah para dai’ dan amilin, al Ghurur bermaksud kekaguman seseorang amilin dengan diri sendiri sehingga mendorongnya ke tahap menghina dan memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang

lain yang menyerupai apa yang ia sedang lakukan tapi tidak sampai memperlekehkan peribadi saingannya atau merendah-rendahkan peribadi mereka

Sebab berlakunya al Ghurur

Oleh kerana al Ghurur merupakan tahap yang paling tinggi al I’jab bil Nafsi, maka sudah semestinya sebab-sebab mendorong seseorang itu bersikap demikian samalah atau lebih sedikit dengan sebab-sebab yang mendorong kepada perlakuan al-I’jab bil Nafsi.

i. Lalai untuk mengkaji dan muhasabah diri sendiri ii. Enggan menerima bimbingan orang lain

iii. Keterlaluan (tasydid) dalam agama

iv. Keterlaluan melakukan pengkajian ilmu agama terutamanya perbincangan mengenai masalah-masalah yang pelik dan ganjil dalam masa yang sama mengabaikan tugas utama

v. Menumpukan kepada ketaatan dengan membiarkan kemungkaran dan kejahatan berleluasa

vi. Condong kepada dunia

vii. Melihat sudut-sudut tertentu perlakuan golongan contoh dan tidak melihat sudut lain yang sepatutnya

viii. Keterlaluan sesetengah amilin dalam menyembunyi amalan yang mereka lakukan

ix. Dikriminasi sebahagian golongan contoh ke atas para pengikutnya Kesan al Ghurur

Kesan ke atas

amilin:-Kesan ke atas amilin dari perlakuan al Ghurur adalah merupakan penambahan kesan ke atas perlakuan al I’jab bil Nafsi

i. Terjebak ke dalam perangkap kejahatan dan suka bertegang leher ii. Terperangkap ke dalam kancah at Takabbur di muka bumi tanpa

kebenaran (hak) iii. Keras kepala

Kesan ke atas gerakan

Islam:-i. Mudah dibolosi musuh Allah di mana akhirnya gerakan Islam akan mudah dihancurkan. Akibatnya, gerakan Islam terpaksa bekerja keras dan melakukan banyak pengorbanan untuk mencapai hasil dan terpaksa menunggu masa yang panjang

ii. Orang awam dan orang biasa akan menjauhkan diri dari gerakan Islam terutama di saat-saat genting dan mencabar. Ini kerana mereka melihat bahawa para pendukung gerakan terdiri dari golongan al Ghurur yang sentiasa merendah dan mengecil-ngecilkan segala tindakan dan usaha yang mereka lakukan sekalipun apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang baik dan itulah satu-satunya yang terdaya oleh mereka

Fenomena al Ghurur

i. Mengambil sikap untuk memperlekeh dan mengecilkan usaha dan kerja orang lain, sekali pun usaha yang dilakukan itu adalah baik

ii. Sentiasa bercakap tentang kerja yang dilakukannya dengan memuji dan mengangkat dirinya sendiri

iii. Susah untuk tunduk dan menerima kebenaran sekalipun kebenaran datang dari ahli dan tokoh yang tidak dipertikaikan

Mengubati al Ghurur

i. Sentiasa merenungi dan mengamati tentang akibat dan kesan yang timbul dari perlakuan al Ghurur

ii. Sentiasa mengambil pendekatan sederhana dalam semua perkara termasuklah dalam melakukan ibadat dan melakukan yang harus

iii. Sentiasa mengingati bahawa biar bagaimana pentingnya sesuatu perbuatan yang dilakukan ianya bukanlah sebab bagi keselamatan seseorang sehingga ia terus bergantung dengan amalan tadi. Sesungguhnya keselamatan sebenar adalah hak mutlak Allah yang dikurniakan kepada hambaNya.

iv. Hendaklah sentiasa mengamati kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya s.a.w kerana cara yang demikian akan dapat menyingkap tentang betapa takut dan bimbangnya mereka kalau-kalau terjatuh ke dalam kejahatan. Padahal ketaatan mereka kepada Allah begitu hebat dan besar sekali. Semoga dengan renungan ini akan dapat kita mencontohi dan mengikuti jejak langkah mereka.

v. Mengamati sejarah dan perkhabaran golongan salaf dari kalangan umat Muhammad s.a.w. di mana mereka telah melakukan kebajikan yang begitu banyak dengan begitu ikhlas dan benar.

vi. Sentiasa memberi tumpuan kepada persoalan yang melibatkan masalah pokok (utama), dan mengelakkan diri dari terlibat dengan persoalan dan masalah-masalah ganjil dan pelik demi menjaga waktu. vii. Menjauhkan diri dari mereka yang bersifat al Ghurur dan mendampingi

golongan yang memahami betapa Tuhan berkuasa segala-galanya ke atas diri mereka

viii. Sentiasa melakukan muhasabah diri dan melatihnya sehingga berjaya mencabut akhlak yang tidak baik dalam dirinya

ix. Pengawasan dari rakan-rakan yang bertanggungjawab memberikan nasihat mengikut syarat dan adab yang ditentukan.

x. Hendaklah dilambatkan atau dilengahkan sementara waktu dari menyerahkan teraju pimpinan kepadanya sehinggalah ia betul-betul dapat membersihkan penyakit ini dari dirinya.

xi. Orang-orang di sekelilingnya hendaklah menjaga dan menghormati adab-adab syara’ dalam memberi kepujian, penghormatan dan ketaatan supaya dapat dipintas laluan syaitan kepada penyakit al Ghurur

xii. Golongan contoh hendaklah cermat dalam berinteraksi dengan para pengikut. Mereka hendaklah melakukannya secara sama rata tanpa diskriminasi.

xiii. Sentiasa memohon pertolongan dari Allah

WABAK KETUJUH : At Takabbur (sombong dan membesar diri)

Pengertian

Dari sudut bahasa

:-Memberi makna Ta’azum yang bereti menonjolkan kebesaran dan kesombongan. Mengikut kamus lisan al arab, kalimah al Takabbur dan al Istikbar memberi erti kebesaran dan kesombongan. Pengertian tersebut dapat difahami dari firman Allah yang bermaksud :

“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong dan at Takabbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar”

(al-A’raf: 146)

Ayat tersebut memberi erti bahawa mereka melihat diri mereka adalah sebaik-baik makhluk, dan hanya mereka yang memiliki hak (keistimewaan) yang tidak dimiliki oleh orang lain.

:-Seseorang amil itu menonjolkan kebesaran ke atas dirinya dalam bentuk menghina orang lain dan memperlekehkan kewibawaan mereka. Dia juga angkuh untuk menerima kebenaran dari orang lain.

Perbezaan di antara at Takabbur dan Izzah (kemegahan)

At Takabbur Izzah

Menanggung diri secara batil/tidak betul

Mengingkari dan menafikan nikmat

Menanggung diri secara hak@betul Mengakui nikmat dan sentiasa menyebutnya

Punca berlaku at Takabbur

At Takabbur merupakan kemuncak bagi al I’jab bil Nafsi sehingga mendorong seseorang itu memandang hina ke atas orang lain dan ia sama juga dengan al ghurur. Maka sebab berlakunya juga adalah hampir sama.

i. Sikap keterlaluan dalam bertawadu’

ii. Kepincangan ukuran kebaikan dan kemuliaan di kalangan manusia

iii. Membandingkan nikmat yang diperolehinya dengan oarng lain dan melupai penganugerahan nikmat (Allah)

iv. Menganggap nikmat yang diperolehi kekal selamanya

v. Mendahului orang lain dalam memperolehi keistimewaan dan kebaikan vi. Lupa tentang kesan akibat sikap takabbur

Fenomena at Takabbur

i. Berjalan mengorak langkah dalam keadaan angkuh dan sombong dan memalingkan muka dari manusia

ii. Melakukan kerosakan di muka bumi apabila berpeluang berbuat demikian dengan menolak semua nasihat yang diberi dan enggan menerima kebenaran

iii. Berlagak dan mengada-ngada dalam percakapan

iv. Melabuhkan kain (pakaian) dengan tujuan bermegah dan bertakabbur

v. Begitu ghairah supaya orang datang kepadanya dan dia pula tidak suka untuk berjumpa mereka

vi. Begitu gemar mendahului orang lain Kesan at Takabbur

Kesan ke atas amilin

i. Terhalang dari melihat dan mengambil iktibar ii. Kegelisahan dan hilang ketenteraman jiwa

iii. Berterusan dalam kecacatan dan ketidaksempurnaan iv. Terhalang dari masuk syurga

Kesan ke atas gerakan islam

i. Kurang mendapat penyokong, bahkan mencetuskan perpecahan dan porak peranda

ii. Terhalang dari pertolongan dan sokongan Allah Mengubati at Takabbur

i. Sentiasa memperingatkan diri tentang akibat dan kesan yang akan berlaku hasil dari perlakuan at Takabbur

ii. Sentiasa menziarahi orang sakit, dan menyaksikan orang yang sedang nazak, orang yang ditimpa bala, mengiringi jenazah dan menziarahi kubur

iii. Menjauhkan diri dari bersahabat dengan golongan at Takabbur iv. Sentiasa bergaul dengan golongan lemah, miskin dan cacat

v. Sentiasa merenungi diri dan alam

vi. Sentiasa merenungi sejarah dan kisah golongan at Takabbur yang terdahulu

vii. Sentiasa mengikuti majlis-majlis ilmu yang dikendalikan tokoh ulama’ ulung dan boleh dipercayai

viii. Berusaha membiasakan diri dengan melakukan perbuatan yang kurang digemari oleh kebanyakan orang

ix. Sentiasa memohon kemaafan dari orang yang pernah dihina atau melakukan kesombongan terhadap mereka

x. Golongan yang bukan at Takabbur hendaklah sentiasa menyebut dan mendedahkan segala nikmat yang diperolehi terutama apabila berhadapan dengan golongan at Takabbur

xi. Sentiasa mengingati ukuran kebaikan dan keutamaan mengikut penilaian Islam

xii. Berterusan dalam melakukan ketaatan kepada Allah xiii. Sentiasa muhasabah diri sepanjang masa

Dalam dokumen Wabak-Sepanjang-Jalan (Halaman 37-45)

Dokumen terkait