• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 2: KAJIAN LITERATUR

2.2. Pemindahan Bahasa Dalam Pemerolehan Bahasa Kedua

2.2.2. Fenomena Pemindahan Bahasa Ibunda Dalam Pemerolehan

Dalam perspektif pemindahan bahasa, Kellerman (1983, hlm. 118) menunjukkan bahawa jarak persepsi pelajar di antara bahasa pertama dengan bahasa kedua / bahasa asing (the learners’

perception of L1-L2/L3 distance) serta tahap markedness di antara

bahasa yang berlainan (the degree of markedness among

diffenrent lanaguage parameter) akan menyebabkan berlakunya

pemindahan bahasa ibunda.

Pada halnya, perbezaan di antara dua jenis bahasa (bahasa pertama dan bahasa kedua) memang wujud. Akan tetapi, keadaan di antara ‘pelajar yang bahasa pertama ialah bahasa Inggeris dan bahasa kedua ialah bahasa Mandarin’ dengan ‘pelajar yang bahasa pertama ialah bahasa Mandarin dan bahasa kedua ialah bahasa Inggeris’ adalah kurang sama, iaitu mereka menghadapi masalah yang berlainan dalam proses pembelajaran bahasa kedua (Chen, 2005, hlm. 523). Merujuk kepada keadaan sebegini yang tidak dapat diselesaikan dalam analisis kontrastif, Eckman (1977, hlm. 320) mencadangkan teori Markedness Difference Hypothesis

(MDH) untuk meramal kesilapan pelajar.

Menurut Eckman (ibid), pelajar menghadapi kesukaran jika (1) bahasa kedua berbeza dengan bahasa pertama serta (2) bahasa pertama mempunyai lebih banyak bahagian markedness. Jika bahasa kedua mempunyai bahagian markedness yang lebih banyak, maka kesukaran bahasa kedua bergantung kepada tahap

28

markedness tersebut. Jika bahasa kedua berbeza dengan bahasa

pertama, tetapi bahagian markedness bahasa kedua tidak banyak, maka kesukaran bahasa kedua adalah kurang. Secara ringkas, hubungan di antara ‘degree of markedness’ dengan ‘degree of

difficulty’ yang dikemukakan oleh Eckman (1987, hlm. 61)

adalah seperti Jadual 2.1 di bawah:

Jadual 2.1: Hubungan di antara ‘degree of markedness’ dengan ‘degree of

difficulty’ oleh Eckman (1987)

Markedness & Relative Difficulty Markedness Relation

L1 > L2 L1 ≈ L2 L1 < L2

senang (easy) senang (easy) sukar (hard)

Note: Degree of markedness ≈ Degree of difficulty

Ini bermakna tahap kesukaran bagi pelajar-pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua (L2) adalah ‘sukar’ kerana bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa ibunda (L1) mereka adalah kurang serupa dengan bahasa Mandarin (L1 < L2).

Liu (2007, hlm. 35) menjelaskan bahawa ‘markedness’ merujuk kepada ciri-ciri spesifik seperti struktur yang jarang wujud, tatabahasa yang tiada sistem peraturannya, semantik yang kurang jelas atau struktur yang rumit, dan lain-lain dalam bahasa tersebut. Dalam hal ini, Hyltenstam (1986, hlm. 67) pernah membuat kesimpulan mengenai hubungan di antara teori

‘markedness’ dengan ‘pemindahan bahasa’ seperti Jadual 2.2 di

29 Jadual 2.2: Hubungan di antara teori ‘markedness’ dengan ‘pemindahan bahasa’ oleh Hyltenstam (1986)

Bahasa Ibunda (L1) Bahasa Sasaran (L2) Bahasa Antara

(1) tiada markedness tiada markedness tiada markedness

(2) tiada markedness ada markedness tiada markedness

(3) ada markedness tiada markedness tiada markedness

(4) ada markedness ada markedness tiada markedness

Merujuk kepada Jadual 2.2 di atas, fenomena pemindahan bahasa ibunda biasanya berlaku dalam keadaan di mana ‘tiada

markedness’ dalam bahasa ibunda dan ‘ada markedness’ dalam

bahasa sasaran. Ini dapat dijelaskan dalam keadaan pembelajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar-pelajar Melayu kerana bahasa Melayu (L1) ‘tiada markedness’ sedangkan bahasa Mandarin (L2) ‘ada markedness’.

Seperti yang dijelaskan oleh Wardhaugh (1970, hlm. 7-8), fenomena pemindahan bahasa ibunda boleh dirumuskan seperti ‘perbezaan = kesukaran = kesilapan’. Liu (2007, hlm. 33) menyatakan bahawa pemindahan bahasa yang berlaku adalah berhubung kait dengan struktur ‘persamaan’ dan ‘ketidaksamaan’ di antara dua bahasa (bahasa ibunda dan bahasa sasaran). Dalam erti kata lain, ‘pemindahan’ boleh mendatangkan kesilapan dan juga boleh mengurangkan berlakunya keadaan kesilapan dalam proses pembelajaran.

Menurut Odlin (1989, hlm. 27), pengaruh ‘pemindahan’ boleh wujud dalam bentuk ‘positif’ dan ‘negatif’ di mana akibat daripada persamaan dan perbezaan di antara bahasa sasaran

30 Dari aspek analisis kontrastif, apabila bahasa pertama serupa dengan bahasa kedua, pengaruhnya adalah ‘positif’ dan ia dikenali sebagai ‘pemindahan positif’ (positive transfer), manakala jika tiada kesamaan wujud antara bahasa pertama dengan bahasa kedua, ‘bahasa antara’ (interlanguage) atau ‘pemindahan negatif’ (negative transfer) akan wujud (Li, 2007, hlm. 30).

Dalam kajian mengenai pemindahan bahasa, Ellis (1985) paling awal menggambarkan fenomena kesilapan akibat daripada pemindahan bahasa ibunda dalam pemerolehan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua berdasarkan hasil dapatan kajian yang dilaporkan oleh beberapa orang penyelidik (Wang, 2010, hlm. 78) seperti Jadual 2.3 di bawah:

Jadual 2.3: Peratusan kesilapan gangguan dalam kajian bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua

Kajian Lepas % Kesilapan Gangguan

(% of Interference Errors)

Latar Belakang Bahasa Pelajar

Grauberg (1971)

36 First language German adult, advanced

George (1972) 33 (approx) Mixed first languages adult,

graduate

Dulay and

Burt (1973)

3 First language Spanish children, mixed level

Tran-Chi-Chau (1975)

51 First language Chinese adult, mixed level

Mukkatesh (1977)

23 First language Arabic adult

Flick (1980) 31 First language Spanish adult,

mixed level

Lott (1983) 50 (approx) First language Italian adult,

university

31 Berdasarkan Jadual 2.3 di atas, Dulay dan Burt (1973) melaporkan bahawa hanya 3% kesilapan (peratusan kesilapan paling rendah) yang melibatkan pemindahan bahasa dalam korpus pelajar bahasa ibunda bahasa Spanish yang mempelajari bahasa Inggeris. Manakala Tran-Chi-Chau (1975) melaporkan bahawa 51% kesilapan (paling tinggi peratusan kesilapan) dalam kalangan pelajar Cina dewasa yang mempelajari bahasa Inggeris. Daripada maklumat di atas, ia dapat disimpulkan bahawa lebih besar ketidaksamaan antara bahasa pertama dan bahasa kedua, maka lebih sukar menguasai bahasa kedua tersebut seperti yang diterangkan oleh Lado (1957, hlm. 2).

Namun, Li (2007, hlm. 30-31) menuntut bahawa jika perbezaan antara dua bahasa adalah besar, seseorang hanya memerlukan lebih masa untuk menguasai bahasa sasaran itu. Selepas itu, gangguan adalah kurang berlaku dan kekerapan betul dalam penguasaan adalah tinggi. Beliau memberi contoh lagi, seorang pelajar negara China yang mempelajari bahasa Jepun, kedua-dua bahasa (bahasa ibunda dan bahasa sasaran) mempunyai ‘character’ atau ‘kanji’ yang serupa. Keadaan seperti ini dapat membantu pelajar negara China dalam pembacaan serta membolehkan mereka meneka makna perkataan yang berkaitan dengan tepat. Walau bagaimanapun, kedua-dua bahasa mempunyai penulisan yang kurang serupa menyebabkan gangguan yang besar berlaku dan akhirnya penekaan secara tepat

32 sukar dikuasai. Dalam erti kata lain, hubungan di antara dua bahasa yang berbeza dengan pelajar adalah sangat rumit.

Walaupun demikian, Wang (2010, hlm. 77) menerangkan bahawa pelajar dalam pembelajaran tahap awal lebih bergantung kepada bahasa ibunda. Akibatnya, keadaan ‘pemindahan negatif’ wujud iaitu corak bahasa pertama dipindah ke dalam bahasa kedua atau bahasa sasaran. Apabila tahap pembelajaran bahasa pelajar tersebut semakin tinggi, tahap bergantung kepada bahasa ibunda juga berkurang, seterusnya pemindahan bahasa ibunda dalam pemerolehan bahasa kedua akan menjadi semakin kurang (Li, 2007, hlm. 30).

Pendek kata, pemindahan bahasa ibunda adalah proses yang tidak dapat dielakkan. Pemindahan bahasa ibunda boleh dilihat sebagai strategi pemahaman dan komunikasi bagi pelajar bahasa kedua untuk menyelesaikan masalah dalam pembelajaran bahasa kedua seperti yang dicadangkan oleh Gao (2001, hlm. 305-306). Strategi pembelajaran bahasa kedua bagi pelajar-pelajar bukan natif adalah ‘hasil pengumpulan cara mempelajar-pelajari peraturan-peraturan bahasa’ serta ‘cara yang dapat menggunakan bahasa tersebut dengan mudah’ (Wang, 1998, hlm. 5). Dalam kajian ini, perbincangan juga merujuk kepada pandangan Wang (1998) dan Gao (2001) terhadap ‘pemindahan bahasa’ iaitu pemindahan bahasa sebagai ‘strategi pembelajaran’.

33 Seksyen seterusnya memberi fokus dalam tinjauan tantang konsep dan kerangka teori yang berkaitan dengan partikel bahasa Mandarin 了-le.

Dokumen terkait