• Tidak ada hasil yang ditemukan

SISTEM PERBANKAN ISLAM

Jadual 2.1: Perbezaan Amalan Bank Islam dengan Bank Konvensional

2.5 FENOMENA RIBA DAN BUNGA BANK

Salah satu faktor utama yang membezakan antara sistem perbankan Islam dengan sistem perbankan konvensional adalah diharamkannya amalan sebarang unsur riba dalam bank Islam, sementara bank konvensional masih mengamalkan unsur riba iaitu berupa faedah atau bunga.

2.5.1 Pengertian Riba

Dari sudut bahasa riba bererti bertambah dan berkembang atau lebihan kepada sesuatu.112 Lebihan atau tambahan ini sama ada asalnya pada benda itu sendiri atau kerana sesuatu urusniaga pertukaran atau jualan wang seperti menjual satu dirham dengan dua dirham atau urusniaga komoditi seperti dalam kes sistem barter yang ukurannya sama ada sukatan atau timbangan melebihi satu pihak dari satu pihak lagi bagi barangan yang sama jenis.113 Semua ini membawa maksud pertambahan dan pembiakan harta melebihi daripada modal pokok.114

Perkataan riba telah digunapakai oleh bangsa Arab jahiliyyah dalam urusan muamalah seharian mereka sebelum kedatangan Islam dan ia bukanlah suatu istilah

112

Abu cAbd Allah Muhammad Ibn Ahmad Al-Ansari Al-Qurtubi (1935), al-Jamic li Ahkam al-Qur’an, juz 3 cet. 1, Kaherah: Matbacah Dar al-Kutub al-Misriyyah, h. 235.

113

Al-Syawkani (1971) Nayl al-Awtar. Juz 5. Kaherah: Syarikah wa Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladih, 1971, h. 213.

114

70

syarak yang baru.115 Sesetengah penggunaan perkataan riba ini khusus berkenaan dengan urusniaga jual beli, dan sesetengah lagi berkenaan dengan hutang piutang.116

Sementara dari sudut istilah riba bermakna pengambilan tambahan dari harta pokok atau modal dengan cara yang batil.117 Sebenarnya ada beberapa pendapat ulama dalam menjelaskan pengertian riba, namun secara umum terdapat sebuah kesepakatan yang menegaskan bahawa riba adalah pengambilan tambahan, sama ada dalam amalan urusniaga jual beli mahupun pinjam meminjam secara batil atau bercanggah dengan prinsip muamalah dalam Islam.118

Berkenaan dengan hal ini Allah s.w.t. berfirman:

ُ/َ" ْنَأ ِإ ِ1ِ2َ ِْ ُْ/ََْ ُْ/َاَْﻡَأ اُُآْ4َ"  اَُﻡ5 َیِا َ$6یَأ َی

َن

ً َِر ُْ/ِ َنَآ َ9ا نِإ ُْ/َ ُ:ﻥَأ اُُ!ْ<َ" َو ُْ/ِْﻡ ٍضاََ" َْ, ًةَرَ?ِ"

.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka diantara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.”

(QS. Al-Nisa’ [4]: 29).

Definisi riba menurut ulama sangat banyak, berikut ini definisi riba dari kalangan ulama empat mazhab dan ulama tafsir:

115

Rasyid Rida (1999), Al-Riba wa al-Mucamalat fi al-Islam. Beirut: Dar Ibn Zaydun, h. 93. 116

Samir al-Hudaybi (1988), Nahw al-Iqtisad al-Islami. TNTT: al-Zahrah li al-Iclam al-cArabi, h. 32.

117

Abdullah Saeed (1996), Islamic Banking and Interest: A Study of the Prohibition of riba and its Contemporary Interpretation, Leiden: EJ Brill, h. 96.

118

71

1. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa riba ialah lebihan yang tidak setara tukarannya mengikut ukuran yang diakui oleh syarak dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh salah satu pihak yang berkontrak dalam kontrak pertukaran.119 2. Mazhab Maliki berpendapat bahawa riba ialah lebihan pada bilangan atau

timbangan yang sebenar atau samar-samar dan menangguhkan.120

3. Mazhab Syafii mentakrifkan riba sebagai kontrak ke atas tukaran tertentu yang tidak diketahui persamaannya pada ukuran yang diakui oleh syarak semasa berkontrak atau penangguhan pada kedua-dua atau salah satu barangan tukaran tersebut.121

4. Mazhab Hanbali pula mengatakan riba adalah melebihkan sesuatu dan menangguhkan sesuatu yang tertentu dengan sesuatu.122

5. Sementara itu menurut ulama tafsir, riba bermakna tambahan yang diambil oleh si pemiutang daripada si penghutang kerana penangguhan tempoh pembayaran atau lebihan harta yang tiada timbal balas tukarannya dalam pertukaran harta dengan harta.123

Jika menelaah pengertian riba yang disampaikan para ulama di atas dapatlah dikatakan bahawa riba mengikut istilah syarak merangkumi tiga unsur berikut:

a. Bayaran lebihan daripada wang pokok mengikut perjanjian yang disyaratkan terlebih dahulu.

b. Kontrak ke atas pertukaran barangan tertentu yang tidak diketahui persamaannya pada timbangan atau sukatan yang diakui oleh syarak.

119

Ibn cAbidin (1963), op. cit., juz 5 cet. 2, 168-170.

120

Ibn Rusyd (1971), op. cit., h. 130; Zuhayli (1986), op. cit., h. 435

121

Sulayman Al-Bujairami (1981), Hasyiyah cala Al-Khatib, juz 3. Beirut: Dar Al-Fikr, h. 14. 122

Mansur Ibn Yunus Ibn Idris Al-Bahuti (1982), Kasysyaf Al-Qinaccan Matni Al-Iqnac

, juz 3. Beirut: Dar Al-Fikr, h. 251.

123c

Imad Al-Din Ibn Muhammad Al-Tabari Al-Harrasi (1985), Ahkam Al-Qur’an, juz 1 dan 2. Beirut: Dar Al-Kutub Al-cIlmiyyah, h. 231.

72

c. Penangguhan serahan salah satu barangan yang ditukarkan atau yang diperdagangkan bagi pertukaran mata wang dan barangan ribawi samada berupa harta mahupun makanan.124

Dengan demikian kita dapat mengambil satu kesimpulan bahawa riba mempunyai tiga unsur asas berikut:

a. Lebihan dari jumlah pokok pinjaman.

b. Penentuan lebihan ini berkaitan dengan tempoh atau jangka masa.

c. Persetujuan terhadap syarat lebihan ditentukan lebih dahulu iaitu dalam perjanjian.125

2.5.2 Jenis-jenis Riba

Secara garis besarnya jenis riba diklasifikasikan ke dalam dua bentuk, iaitu riba hutang piutang dan riba jual beli. Riba hutang piutang terbagi lagi ke dalam dua bahagian, iaitu riba al-qard dan riba al-jahiliyyah. Sementara riba jual beli terbagi juga ke dalam dua bahagian, iaitu riba al-fadl dan riba al-nasi’ah.126

Riba al-qard adalah suatu manfaat atau kadar kelebihan tertentu yang disyaratkan terhadap jumlah yang dihutang.127

124

Ab. Mumin Ab. Ghani, op. cit., h. 112-113.

125

Sayyid Qutb (1983), Fi Zilal Al-Qur’an, Jil. 1. Beirut: Dar Al-Syuruq, h. 325.

126

Ibn Qudamah (1981), op. cit., juz 4, h. 3; Al-Qurtubi (1935), op. cit., juz 3, h. 348; Sayyid Qutb (1983), op. cit., Jil. 1, h. 324; Zuhayli (1991), Tafsir Munir, juz 3. Beirut: Dar Fikr Al-Mucasir, h. 93.

127

73

Riba al-jahiliyyah adalah hutang yang dibayar lebih daripada jumlah pokok kerana si peminjam tidak mampu membayar hutangnya pada waktu yang telah ditetapkan.128

Riba al-fadl adalah pertukaran sesama barang sejenis dengan kadar atau takaran yang berbeza, sedangkan barang yang dipertukarkan itu termasuk dalam jenis barang ribawi.129

Riba al-nasi`ah pula adalah penangguhan penyerahan atau penerimaan jenis barang ribawi yang dipertukarkan dengan jenis barang ribawi lainnya. Riba di sini muncul kerana wujudnya perbezaan, perubahan atau tambahan ke atas barang yang diserahkan pada saat ini dan yang akan diserahkan kemudian.130

2.5.3 Konsep Riba dalam Perspektif Selain Islam131

Pada dasarnya semua agama samawi mengharamkan praktik riba, namun ada sebahagian orang yang memesongkan hakikat pengharaman ini kerana tidak peduli dengan ajaran agamanya. Berikut ini akan dikaji tentang konsep riba dalam agama Yahudi, Kristian, di zaman Greek, Rom dan Arab jahiliyyah.