• Tidak ada hasil yang ditemukan

FIRMAN: KIS 4:32-37, 5:1-14

Dalam dokumen Mengenai PEREMPUAN, ITULAH NAMAKU (Halaman 116-119)

Kis 5:2 Dengan setahu isterinya ia menahan sebagian dari hasil penjualan itu dan sebagian lain dibawa dan diletakkannya di depan kaki rasul-rasul.

Kis 5:9 Kata Petrus: “Mengapa kamu berdua bersepakat untuk mencobai Roh Tuhan?

Lihatlah, orang-orang yang baru mengubur suamimu berdiri di depan pintu dan mereka akan mengusung engkau juga ke luar.”

Adakah kita akan serta-merta dipukul mati oleh kilat jika kita membohong? Kalau ya, ramai orang, yang percaya dan tidak percaya pasti rebah saat ini juga. Kalau ya, kenapa Tuhan tidak memukul mati Abraham, Sara, Rahab, Yakub, Daud, orang-orang alim dan pewira-pewira iman yang membohong? Itulah soalan saya apabila saya mengkaji watak Safira, isteri Ananias. Pasangan suami-isteri ini adalah penganut baru dalam jemaat Yerusalem, yang diketuai Petrus ketika itu.

Kisah mereka perlu dilihat dalam konteks gereja awal yang baru mula bertumbuh di bawah pimpinan rasul-rasul pertama selepas pengangkatan Tuhan Yesus ke syurga. Cara hidup jemaat awal ini berlandaskan kasih dan kemurahan hati di mana tiada “seorangpun yang berkata, bahwa sesuatu dari kepunyaannya adalah miliknya sendiri, tetapi segala sesuatu adalah kepunyaan mereka bersama” (Kis 4:32). Maka mengikut amalan mereka (Kis 4:34-35), semua orang yang mempunyai tanah atau rumah, menjual kepunyaannya itu, dan hasil penjualan itu mereka bawa dan mereka letakkan di depan kaki rasul-rasul; lalu dibagi-bagikan kepada setiap orang sesuai dengan keperluannya.

FIRMAN: KIS 4:32-37, 5:1-14

Dengan pengetahuan Safira, Ananias telah menjual tanah mereka, mengikut tauladan seorang jemaat bernama Barnabas. Yang berbeda mereka telah bersepakat menahan sebahagian hasil jualan daripada menyerah seratus peratusnya kepada pemimpin gereja. Tuhan telah mendedahkan komplot mereka dan suami-isteri dipukul mati serta-merta dalam konfrontasi dengan Petrus.

Masalah besar ialah hati Ananias yang telah “dikuasai Iblis sehingga…mendustai Roh Kudus.” Perkataan asal “dikuasai” bererti “dipenuhi” iblis. Safira pula tidak mengambil peluang yang diberikannya Petrus untuk bertaubat apabila ditanya tentang hal itu. Teguran Petrus tajam sekali, “Mengapa kamu berdua bersepakat untuk mencobai Roh Tuhan?”

Pasangan ini ialah anggota jemaat orang yang percaya. Namun hati dan roh yang bekerja dalam diri mereka tidak sama dengan jemaat lain. Jangan kita cepat anggap bahawa semua orang percaya adalah pengikut Tuhan yang benar. Ada yang boleh kelihatan alim sekali, giat melayani dan melakukan kerja-kerja amal. Namun mereka boleh menyembunyikan hati yang telah dikuasai iblis. Perkahwinan dengan orang seiman, persekutuan dalam jemaat, penglibatan dalam aktiviti-aktiviti rohani, perkongsian di kalangan yang percaya tidak menjamin hidup orang itu benar.

Dosa Safira dan suaminya bukan semata-mata berdusta. Mereka adalah orang kaya yang mempunyai tanah sendiri. Mereka tidak perlu kedekut menyorok sebahagian hasil penjualan. Inti isunya ialah motif dalam hati pasangan ini yang jahat dan salah. Mereka berpura-pura hendak menolong jemaat kerana inginkan pengiktirafan dan pujian manusia tanpa pengorbanan daripada hati yang tulus. Tindakan mereka seolah-olah untuk “membeli”

pengaruh di kalangan jemaat dan pemimpin gereja.

Tuhan Yesus mengecam orang begini sebagai munafik, “seperti kuburan yang dilabur putih, yang sebelah luarnya memang bersih tampaknya, tetapi yang sebelah dalamnya penuh tulang belulang dan pelbagai jenis kotoran…di sebelah luar tampaknya benar di mata orang, tetapi di sebelah dalam… penuh kemunafikan dan kedurjanaan” (Mat 23:27-28). Kalau kita menyelidiki hati sendiri, apakah motif kita mengasihi atau melayani? Jangan sekali-kali untuk memperlihatkan “kebaikan” diri.

INTAN 42 : SAFIRA - BERSEPAKAT DALAM ROH JAHAT

Mungkin ada yang berpendapat hukuman mati atas Safira dan suaminya kejam dan keterlaluan. Bukankah Allah kita penuh kasih karunia dan belas kasihan? Kita harus ingati jemaat Yerusalem adalah penganut baru percaya. Dalam konteks itu, akibat kematian mendadak pasangan yang mendustai Allah, seluruh jemaat dan semua orang lain yang mendengar sangat ketakutan. Tercetus banyak tanda dan mujizat di antara orang ramai.

Jemaat terikat dalam persekutuan yang erat. Mereka sangat dihormati walaupun tiada yang berani menggabungkan diri kepada mereka. Akhir sekali “makin lama makin bertambahlah jumlah orang yang percaya kepada Tuhan.” Tuhan telah memperlihatkan kekudusan dan kuasa-Nya membongkar dan menghukum dua orang munafik di kalangan jemaat, supaya gereja-Nya bertumbuh dan bertambah.

RENUNGAN:

1. Bagaimanakah kamu membedakan pengikut Yesus yang benar dan yang munafik?

2. Adakah kamu berpendapat hukuman Allah atas Safira dan Ananias bercanggah dengan kasih karunia-Nya? Kenapa ya/tidak?

DOA:

Terpuji Engkau, Allah Maha Kudus, Allah Maha Adil. Segala penghakiman-Mu adalah benar dan betul. Tolong saya hidup dalam ketakutan Allah supaya tidak dipengaruhi hawa nafsu untuk menyeleweng dari jalan-Mu. Penuhilah saya, Roh Kudus, supaya tiada tempat untuk roh jahat bekerja dalam hati saya, dalam nama Yesus.

INTAN 42 : SAFIRA - BERSEPAKAT DALAM ROH JAHAT

Kej 17:16 Aku akan memberkatinya, dan daripadanya juga Aku akan memberikan kepadamu seorang anak laki-laki, bahkan Aku akan memberkatinya, sehingga ia menjadi ibu bangsa-bangsa; raja-raja bangsa-bangsa akan lahir daripadanya.”

Kej 18:12 Jadi tertawalah Sara dalam hatinya, katanya: “Akan berahikah aku, setelah aku sudah layu, sedangkan tuanku sudah tua?”

Kej 21:6 Berkatalah Sara: “Allah telah membuat aku tertawa; setiap orang yang mendengarnya akan tertawa karena aku.”

Allah menukar nama Abram kepada Abraham pada umur 99 tahun, menjanjikan dia akan menjadi bapa sejumlah besar bangsa. Serentak dengan itu, Allah menukar nama isterinya Sarai kepada Sara, menjanjikan dia akan menjadi ibu bangsa-bangsa. Pasangan suami-isteri ini telah berada di tanah Kanaan selama 24 tahun. Sara sudah berumur 90 tahun. Kalau kita anggap Sara berkahwin pada umur kebiasaan 15 tahun, dia sudah mandul selama 75 tahun.

Sara telah memberi Hagar, hamba perempuannya, kepada Abraham untuk memperoleh anak. Akibatnya Ishmael yang lahir sudah berumur 13 tahun. Tetapi itu bukan rancangan syurgawi. Tuhan telah memilih Sara sebagai pasangan janji dengan Abraham dari mula-mula lagi. Bukankah kerap kali kita pandai-pandai campur tangan dalam rancangan Tuhan dan merumitkan keadaan sendiri? Namun kesalahan manusia tidak mengubah kasih Tuhan terhadap kita. Kesedaran bahawa Tuhan dapat memperbetulkan semua kesilapan saya begitu mententeramkan hati saya. Ia memberi saya keyakinan teguh bahawa Tuhan lebih besar dan tidak akan membiarkan saya menjejaskan destini dan panggilan-Nya untuk hidup saya.

Dalam dokumen Mengenai PEREMPUAN, ITULAH NAMAKU (Halaman 116-119)

Dokumen terkait