• Tidak ada hasil yang ditemukan

FX20503 PRINSIP PERAKAUNAN

Dalam dokumen FAKULTI PERHUTANAN TROPIKA (FPT) (Halaman 81-90)

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada asas-asas perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan. Teori dan teknik-teknik yang digunakan dalam penyediaan dan tafsiran penyata kewangan secara umumnya adalah sejajar dan diterima dalam prinsip perakaunan. Topik-topi meliputi perakaunan untuk wang tunai, akaun belum diterima, senarai gaji, inventori-inventori, aset tetap, liabiliti semasa dan ekuiti pemilik. Topik lain termasuk perakaunan asas akruan, kitaran perakaunan, penyediaan penyata kewangan bagi perkhidmatan perniagaan dan perusahaan dagangan serta kawalan dalaman.

Rujukan

Weygandt, Jerry J., Kieso, D.E. and Kimmel, P.D. 2018. Accounting Principles, 13th Edition, John Wiley and Sons, Inc. (pdf version).

R.H., Noreen, W.E. and Brewer, P.C., 2015. Managerial Accounting. 15th Edition. McGraw-Hill International Edition. (pdf version).

Hall, J.A. and Bennett, P.E., 2018. Accounting Information Systems. Edition. Business and Economics Lehigh University. South-Western Cengage Learning (e book).

FX20603 PRINSIP DAN AMALAN PENGURUSAN

Kursus ini merupakan rangka untuk mempelajari prinsip serta amalan pengurusan. Pengurusan adalah proses merancang, mengatur, memimpin dan mengawal kerja-kerja semua ahli dalam satu organisasi dengan menggunakan kesemua sumber yang ada dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi. Kursus ini menekankan kepada bagaimana organisasi diurus dan cara bagaimana pengurus dapat membantu organisasinya mengadakan serta mencapai matlamat yang ditetapkan. Tumpuan adalah ke atas organisasi formal yang mengeluarkan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan mereka.

https://www.facebook.com/

fakultiperhutanantopikaUMS +6088-320000 samb. 210200 pejfpt@ums.edu.my Rujukan

Robbins, S. P., Coulter, M. K. 2017. Management (14th Ed.). Pearson Education.

Wilkinson, A., Armstrong, S. J., & Lounsbury, M. 2017. The Oxford Handbook of Management. Oxford University Press. Brewster, C., Houldsworth, E., Sparrow, P., & Vernon, G. 2016. International Human Resource Management. Kogan Page Publishers.

Sartor, M. & Orzes, G. 2019. Quality Management: Tools, Methods and Standards. Emerald Group Publishing.

FX20103 ASAS ENTOMOLOGI HUTAN

Asas entomologi hutan merupakan sebahagian daripada pengetahuan asas yang diperlukan oleh pengurus hutan. Memahami komuniti, ekologi, kepelbagaian, peranan, fungsi dan faedah serangga dalam ekosistem hutan serta perkhidmatan serangga terhadap manusia adalah sebahagian daripada asas sains perhutanan yang akan membina asas yang kuat untuk membolehkan pelajar memahami dan menghayati peranan dan fungsi serangga yang berlaku di hutan tropika dan ekosistem secara amnya. Pengetahuan dan kefahaman terhadap biologi dan ekologi serangga akan membantu pengurus hutan dan pemelihara hutan dalam merancang strategi pengurusan yang betul di hutan semula jadi, hutan perladangan, taman rekreasi dan juga dalam industri hutan.

Rujukan

Ciesla, W.M. 2011. Forest Entomology: A Global Perspective. Wiley-Blackwell, UK

Edmonds, R.L. Agee, J.K. and Gara, R.I. 2011. Forest Health and Protection (2nd. Ed.) Waveland Press, Inc. USA. Gullan, P.J. & Cranston, P.S. 2010. The Insects: An Outline of Entomology 4th ed. Wiley-Blackwell, UK. Hill, D.S. & Fatimah Abang, 2005. The Insects of Borneo. UNIMAS, Malaysia.

Kirby, W. 2015. An Introduction to Entomology: or Elements of tna National History of Insects. Forgotten Books, USA. Razy Japir, Dg. Fazrina Ag. Damit & Chung, A.Y.C., 2021. Kepelbagaian Serangga Hutan Hujan Tropika Sabah. Jabatan Perhutanan Sabah, Malaysia.

Tomberlin, J.K. and Benbow, M.E. 2015. Forensic Entomology International Dimensions and Frontiers. CRC Press, New York.

https://www.facebook.com/

fakultiperhutanantopikaUMS +6088-320000 samb. 210200 pejfpt@ums.edu.my

FX20203 PENGANTAR PENGURUSAN PENYAKIT TUMBUHAN

Dalam kursus ini, pelajar diajar mengenalpasti mikrob patogen dan mengelaskan penyakit tumbuhan termasuk di peringkat tapak semaian, ekosistem hutan dan juga pasca tuai. Konsep asas bertunjang kepada Segitiga Penyakit (Disease triangle). Simptom penyakit sama ada oleh agen biotik atau abiotik akan dibincang dengan lebih mendalam. Pengurusan strategik akan menyentuh aspek-aspek penghindaran inokulum, kuasa perundangan (kuarantina bahan, pengawalan sempadan antara wilayah), aplikasi bahan kimia mahupun kawalan biologi.

Rujukan

Agrios, G.N., 2005. Plant Pathology (5th ed.). New York: Academic press. USA. 922 pp.

Cochrane, M.A., 2009. Tropical Fire Ecology: Climate Change, Land Use and Ecosystem Dynamics. Springer Praxis Publishing Uk. 682 pp.

Dighton, J., White, J.F. and Ondemans, P., 2005. The Fungal Community: Its Organization and Role in the Ecosystem. 3rd Eds. CRC Press. 936 pp.

Nation, J.L., 2008. Insect Physiology and Biochemistry 2nd Ed. CRC Press, USA. Omi, P.N., 2005. Forest Fires. ABC-CLIO, UK. 347 pp.

Sharma, H.C., 2008. Biotechnological Approaches for Pest Management and Ecological Sustainability. International Crops Research Institute, Andhra Pradesh, India.

FX20403 ILMU DAN KEMAHIRAN RIMBAWAN

Memandangkan seorang rimbawan sentiasa terlibat dengan aktiviti luar, kursus ini merangkumi kemahiran asas lapangan dan pengetahuan yang diperlukan oleh seorang rimbawan untuk bekerja di hutan. Dalam kursus ini, pelajar akan diajar bagaimana untuk menilai dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan aktiviti lapangan, kemahiran asas hutan termasuk kelangsungan hidup di hutan, keselamatan, navigasi serta perkhemahan. Kemahiran akan diajar melalui gabungan kaedah kuliah, perbincangan kumpulan dan aktiviti berasaskan lapangan.

Rujukan

Davenport, G.J. 2006. Wilderness Survival. Stackepole Books. ISBN: 978-0-8817-3.

https://www.facebook.com/

fakultiperhutanantopikaUMS +6088-320000 samb. 210200 pejfpt@ums.edu.my

Jacobson, C. 2005. Basic Essentials Camping: 3rd. Falcon Publication. ISBN- 978-0762738083.

McNab, M. 2008. Special Forces Survival Guide: Wilderness Survival Skills from the World's Most Elite Military Units. Ulysses Press. ISBN: 9781569756720

O'Leary, J. 2010. The Wilderness Survival Guide: The Practical Skills You Need for the Great Outdoors. Watkins. ISBN: 9781907486043

Pewtherer, M. 2010. Wilderness Survival Handbook: Primitive Skills for Short-Term Survival and Long Term Comfort. The Mc-Graw Hill Company. ISBN: 978-0-07-174304-4.

Randy, G. 2010. Outdoor Survival Guide. Human Kinetics. ISBN: 9780736086196. Tscherns, R.F. 2018. Survival Outdoor Skills. http://www.survivaloutdoorskills.com/

FX20803 PENILAIAN DAN PERANCANGAN KOMUNITI LUAR BANDAR

Perhutanan, pertanian dan aktiviti ekonomi yang berkaitan dengannya membentuk elemen utama dalam kehidupan di luar bandar. Gaya hidup komuniti luar bandar yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dengan system sosio ekonomi dan nilai budaya tersendiri berbeza dengan kehidupan di bandar. Pembangunan luar bandar terdiri daripada pendekatan desentralisasi dan inter sektoral yang melibatkan pihak berkuasa yang berbeza, perancang dan masyarakat luar bandar untuk membangun dan melaksanakan aktiviti bagi memperbaiki keadaan hidup di luar bandar.

Rujukan

Adam P., & Kjell, H. 2019. Rural development. Taylor and Francis. ISBN: 9781315773643

Kenneth, A. D., & John, W.B. 2019. Natural Resources and People. Taylor and Francis. ISBN 9780429038235

Miyamoto, M. 2020. Poverty reduction saves forests sustainably: Lessons for deforestation policies. World Development, 127:104746.

Nambiar, S.E.K. 2020. Strengthening Vietnam's forestry sectors and rural development: Higher productivity, value, and access to fairer markets are needed to support small forest growers. Trees, Forests ad People, 3:100052.

Phuong T. Nguyen & Sam Wells & Nam Nguyen. 2019. A Systemic Indicators Framework for Sustainable Rural Community Development. Springer.

https://www.facebook.com/

fakultiperhutanantopikaUMS +6088-320000 samb. 210200 pejfpt@ums.edu.my

FX30103 RESTORASI HUTAN

Kursus ini merangkumi pengetahuan sains asas, kaedah dan pendekatan dalam pemulihan landskap hutan. Kursus ini dirancang untuk pembangunan dan pengembangan projek pemulihan hutan yang menggabungkan prinsip pemulihan ekologi yang disokong oleh faktor biofizik, biogeokimia dan ekologi ekosistem hutan. Dengan itu komponen utama kursus ini adalah merancang, melaksana dan memantau projek pemulihan hutan.

Rujukan

Clewell, A. and Aronson, J. 2008. Ecological Restoration: Principles, Values, and Structure of an Emerging Profession. Island Press, Washington.

Jelte van Andel and Aronso, J. 2005. Restoration Ecology: The New Frontier. Blackwell Publishing. USA.

Kimmins, J.P. 2004. Forest Ecology: a foundation for sustainable forest management and environmental ethics. Prentice Hall.

Newton, A. 2007. Forest Ecology and Conservation: A Handbook of Techniques. Oxford University Press. New York Lamb, D. 2014. Large-Scale Forest Restoration. Routledge, Taylor & Francis Group.

Siyag, P.R. (2014). Afforestation, Reforestation and Forest Restoration in Arid and Semi-Arid Tropics: A Manual of Technology & Management. Springer.

Stanturf, J., Mansourian, S., & Kleine, M. eds. 2017. Implementing Forest Landscape Restoration, A Practitioner‘s Guide. International Union of Forest Research Organizations, Special Programme for Development of Capacities (IUFRO-SPDC). Vienna, Austria. 128 p.

FX30303 IKLIM DAN ISU-ISU ALAM SEKITAR

Kursus ini membincangkan khusus mengenai fenomena perubahan iklim dan cuaca, kesannya dan senario masa kini. Di awal kursus pelajar diberi pengenalan terhadap definisi iklim dan cuaca, kaedah pemantauan data meteorologi dan interpretasi data. Topik-topik lain yang berkaitan seperti kesan rumah hijau, penggurunan, polisi dan rangka kerja perubahan iklim serta mekanisma REDD turut dibincangkan.

https://www.facebook.com/

fakultiperhutanantopikaUMS +6088-320000 samb. 210200 pejfpt@ums.edu.my

Ahrens, C. D. and Henson, R. 2016. Meteorology today: an introduction to weather, climate, and the environment. Cengage learning.

Adam Markham. (ed.). 2010. Potential impacts of climate change on tropical forest ecosystems. Kluwer Academic Publishers.

Barry R.G. and Chorey R.J. 2010. Atmosphere, weather and climate. 9th Edition. Routledge.

Felipe Bravo, Valerie Le May, Robert Jandl and Klaus von Gadow. 2010. Managing forest ecosystems: The challenge of climate change. Springer.

Meng, F. R., Arain, A., Li, Q., and Pisaric, M. 2019. Forest Hydrology and Watershed. MDPI-Multidisciplinary Digital Publishing Institute.

Stanturf, J.A., Kant, P., Lilleso, J.B., Mansourian, Kleine, M., Graudal, L. and Madsen, P. 2015. Forest Landscape Restoration as a Key Component of Climate Change Mitigation and Adaptation. IUFRO World Series Volume 34. Vienna IUFRO.

Rujukan Tambahan

Kabisch, N., Korn, H., Stadler, J., and Bonn, A. 2017. Nature-based solutions to climate change adaptation in urban areas: Linkages between science, policy and practice. Springer Nature.

FX30503 PENGURUSAN KEWANGAN

Kursus ini menumpukan kepada pengenalan kepada proses membuat keputusan dalam kewangan korporat dan nilai tambah kepada sebuah firma. Kursus ini juga memberi pengetahuan tentang konsep dan teori kewangan, pengurusan kewangan jangka pendek dan panjang, konsep penilaian, kos dan modal, kaedah kewangan dan kesan kepada penilaian struktur modal projek dan aliran tunai. Kursus ini juga turut memberi penekanan kepada fungsi kewangan, polisi dividen, risiko, analisis masalah kewangan dan penilaian harga aset modal.

Rujukan

Brighman, E.F., Houston, J.F., Chiang, Y.M., Lee, H.S. and Ariffin, B., 2010. Essentials of Financial Management. Second Edition. Chapter 1-21. Cencage Learning.

Keown, A. J., Martin, J.D., Petty, J.W. and Scott Jr, D.F., 2011. Foundation of Finance: The Logic and Practice of Financial Management. Seventh Edition. Pearson Education. Prentice Hall. Pearson International Edition.

https://www.facebook.com/

fakultiperhutanantopikaUMS +6088-320000 samb. 210200 pejfpt@ums.edu.my

Ng, K.K., Zhang, W., Maran, M. and Sandeep, B., 2010. Financial Management. Oxford University Press. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Philips, F., Libby, R. and Libby, P. 2010. Fundamental of Financial Accounting. Second Edition. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Shapiro, A.C., 2010. Multinational Financial Management. Ninth Edition. Wiley. John Wiley & Sons (Asia) Pte. Ltd.

FX30203 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Kursus ini mendedahkan pelajar kepada aspek pengurusan manusia sebagai sumber dan dikembangkan selaras dengan konsep pekerja berpengetahuan. Pengurusan manusia adalah mengenai pengurusan strategik manusia di tempat kerja, menguruskan aspek sumber manusia, hubungan industri dari kerangka undang-undang dan gerakan kesatuan. Kursus ini juga turut membincangkan topik berkaitan perubahan global dalam pengurusan semasa agar pelajar dapat bersaing dan memperoleh keuntungan perdagangan.

Rujukan

Dessler, G. 2017. Human Resource Management, 15th Edition, Pearson Prentice Hall.

Maimunah, A. 2014. Human Resource Management, Principles and Practices, 3rd Edition. Oxford Fajar Sdn. Bhd.: Selangor, Malaysia.

Raymond, N., Andrew, R., John, H., Gerhart, B. and Wright, P.M. 2009. Human Resource Management, 7th Edition, McGraw-Hill.

Robbins, S. and Judge, T. 2007. Essentials of Organizational Behaviour, 9th Edition, Prentice Hall, New Jersey.

FX30403 PERANCANGAN GUNA TANAH SEKITARAN

Kursus ini membincangkan rangka kerja perundangan dan proses berkaitan perancangan guna tanah berdasarkan keupayaan tanah dan pertimbangan fungsi alam sekitar. Aspek-aspek yang dibincangkan adalah tanah sebagai sumber semula jadi penting kepada negara, cara-cara pengurusan guna tanah, proses membuat keputusan guna tanah secara penglibatan, polisi dan undang-undang yang berkaitan. Aplikasi menggunakan teknologi GIS turut diberi penekanan.

https://www.facebook.com/

fakultiperhutanantopikaUMS +6088-320000 samb. 210200 pejfpt@ums.edu.my

FAO, 2020. Global Forest Resources Assessment 2020 Main report, Food and Agriculture Organization of the United Nations, Rome.

Panigrahi, M. 2014. Computing in Geographic Information Systems. CRC Press. Phua, M. H., 2008. GIS: A Practical Approach. UMS Publisher, Kota Kinabalu.

Randolph J. 2004. Environmental Land Use and Management. Island Press, Washington DC. Silberstein J & C Maser. 2013. Land Use Planning for Sustainable Development. CRC Press.

Rujukan Tambahan

Jones, C. B. 1997. Geographical Information Systems and Computer Cartography. Routledge

FX30603 PERHUBUNGAN INDUSTRI

Kursus ini memberi pengenalan, konsep dan nilai perhubungan industri dalam organisasi, dan membincangkan tentang pembentukan/pembangunan hubungan industri yang berkaitan dengan kesatuan pekerja, strategi dan proses dalam perhubungan industri di antara majikan dan pekerja. Kursus ini akan membincangkan tentang definisi, pembentukan, struktur, ciri-ciri, fungsi peraturan dan keperluan kesatuan pekerja serta menerangkan tentang sumbangan kesatuan pekerja dalam pengurusan organisasi. Kursus ini juga menyentuh tentang proses, peraturan dan pendekatan dalam perhubungan industri yang berkaitan dengan perundingan damai dan membuat keputusan secara kolektif, penyelesaian pertelingkahan dan perselisihan, tatacara pengadilan dan tindakan-tindakan berdasarkan peraturan-peraturan. Kursus ini turut membincangkan tentang punca-punca perselisihan dalam organisasi contohnya, pembayaran gaji/upah, disiplin, ketidakpuasan hati terhadap syarat-syarat pekerjaan dan tugas-tugas dalam pekerjaan. Selain itu, kursus ini juga menekankan tentang pengaruh faktor-faktor contohnya faktor ekonomi, sosial, politik dan fungsi kerajaan yang menetapkan peraturan dan undang-undang dalam pasaran, pekerjaan dan pengadilan. Pelajar akan diberi kajian kes sebagai pendedahan agar pelajar lebih memahami serta boleh menganalisis proses dan kes-kes berkaitan perhubungan industri.

Rujukan

Anon. 2017. Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) Dan Peraturan-Peraturan (Edisi Ke-15). ISBN:978-967-89-1940-1. International Laws Book Service, Petaling Jaya, Malaysia.

https://www.facebook.com/

fakultiperhutanantopikaUMS +6088-320000 samb. 210200 pejfpt@ums.edu.my

Anon. 2020. Prosedur Kerja Selamat Pencegahan Covid-19 Di Tempat Kerja Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Putrajaya, Malaysia.

Aminudin, M. 2019. Malaysian Industrial Relation & Employment Law (10th Edition). ISBN: 9789670761428. McGraw-Hill. Hugh Collins, Keith Ewing, and Aileen McColgan. 2018 (2nd Revised Edition). Labour Law. ISBN10 1108462219. Cambridge University Press. Cambridge, United Kingdom.

Mark Bray, Peter Waring, Rae Cooper, and Johanna Macneil. 2017. Employment Relations, 4th Edition: Theory and practice. ISBN10 1743765584. McGraw-Hill Education Australia.

FX30803 PENGURUSAN KUALITI

Pengurusan kualiti merupakan satu aspek penting dalam penghasilan barangan dan perkhidmatan. Kursus ini akan membincangkan proses pembentukan kualiti amalan pengurusan dalam sebuah organisasi. Antara topik yang akan dibincangkan adalah proses pensijilan kualiti seperti ISO 9000, 14000 dan kaedah-kaedah untuk memperbaiki kualiti barangan dan perkhidmatan. Kajian kes akan dibincangkan dan diberikan kepada pelajar seperti dokumen penyata kualiti. Ini akan memberi kefahaman kepada pelajar mengenai pengurusan kualiti.

Rujukan

Pankaj Lochan, 2020. Organizational Quality Management. TQM deployment perspectives from manufacturing & process industry. Independently published (November 25, 2020). ASIN : B08P2C6DNQ, ISBN-13 : 979-8685003348

Ng Kim-Soon, 2012. Quality Management System and Practices. DOI:10.5772/36671. Edition: 1, Publisher: InTech, ISBN: 978-953-51-0550-3

David C. 1994. The Service Quality Solution. New York: Irwin Professional Publishing: ASQC Quality Press.

Edwards D.W. 1993. Improvement of Quality and Productivity Through Action by Management. National Productivity Review Vol 1, no. Pp12-22.

https://www.facebook.com/

fakultiperhutanantopikaUMS +6088-320000 samb. 210200 pejfpt@ums.edu.my

PROGRAM BIOLOGI PEMULIHARAAN

UH6421001 (HS03)

Dalam dokumen FAKULTI PERHUTANAN TROPIKA (FPT) (Halaman 81-90)

Dokumen terkait