Kesimpulan yang dapat dinyatakan dalam bab tiga ini adalah sesungguhnya peruntukan yang sedia ada dalam perundangan dan Perlembagaan Persekutuan ada yang
5.3 CADANGAN / SARANAN
5.3.5 Golongan Ulama dan Intelek
Golongan ulama perlu memainkan peranan yang lebih sinergi dalam mendidik dan memberi kefahaman kepada generasi baru berkaitan bahaya gejala yang merosakkan akidah ini terutamanya gejala murtad kini agar mereka lebih berwaspada dengannya. Golongan ini juga perlu turut bekerjasama dengan agensi-agensi Islam dalam memurnikan pemikiran umat Islam yang menyeleweng terutama tentang salah faham yang berlaku terhadap agama Islam hari ini. Segala perancangan jahat kumpulan kuffar ini terhadap umat Islam perlu dibongkar hingga ke akar umbi dan didedahkan kepada masyarakat supaya masyarakat mengetahui dan waspada terhadap dakyah yang disebarkan oleh mereka.
Jika dikaji suatu masa dahulu, masyarakat Melayu kaya dengan ulama yang menyandang pelbagai gelaran seperti maulana, sheikh, makhdum dan Tuan Guru. Selain itu, istana pula menjadi tempat berkumpul untuk menuntut ilmu sebagaimana yang ditulis dalam ‘sulatus salihin’ karya Tun Seri Lanang. Sekolah Pondok, madrasah serta tempat-tempat menuntut ilmu sentiasa menjadi tumpuan masyarakat pada masa tersebut, terutamanya di negeri-negeri Melayu utara seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Sebahagian dari lulusan pondok ini juga berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di negara Arab seperti Mekah, Madinah dan Mesir. Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka berkhidmat sebagai
pegawai agama di jabatan Agama serta menjadi guru-guru agama. Kesan dari faktor inilah menjadikan isu murtad ini cukup asing dan akan ditentang habis-habisan jika ianya terjadi dalam masyarakat kesan dari peranan yang dimainkan oleh golongan ulama ini. Ianya boleh dilihat apabila terjadinya kisah Natrah di Singapura pada tahun 1950.
Jika sebelum merdeka, orang Melayu takut untuk menghantar anak-anak mereka menuntut di sekolah Inggeris kerana khuatir akidah anak mereka akan terpesong atau murtad jika belajar di aliran sebegini. Sentimen sebegini terbukti berjaya mengekang masyarakat pada zaman tersebut dari terlibat dengan gejala murtad.
5.3.6 Masyarakat
Ahli masyarakat seperti jawatankuasa komuniti kediaman perlu memainkan peranan yang lebih berkesan dalam menangani masalah ini. Jika mereka boleh bersatu padu dalam menjaga keamanan kawasan kediaman, maka pastinya mereka juga mempunyai kekuatan dalam menjaga dan turut prihatin dengan masalah akidah masyarakat setempat. Di sini masjid, surau mahupun balairaya dilihat sebagai tempat yang paling ideal dalam membincangkan masalah-masalah yang berlaku di dalam masyarakat serta turut bersama-sama membincangkan cara mengatasi masalah murtad ini.
Selain itu, di antara stategi berkesan untuk menjadikan masyarakat turut serta pro-aktif dalam menangani masalah murtad ini dengan menjadikan isu murtad sebagai isu yang besar serta sentiasa diperkatakan dalam kelompok masyarakat.8 Kesannya masyarakat akan merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk turut serta membasmi gerakan ini secara berkelompok atau secara peribadi. Pemikiran masyarakat juga perlulah diaktifkan dengan isu-isu terkini berkenaan gejala murtad ini agar masyarakat dapat turut serta dalam menangani masalah ini.
8
Di antara modus operandi yang boleh dilakukan untuk meluaskan maklumat berkenaan isu ini ialah :
i) Penglibatan pihak media massa dan media cetak dalam menyebarluas bahaya gejala murtad ini jika berkembang dalam masyarakat. Ini kerana media mempunyai kuasa dalam membentuk pandangan masyarakat umum. Program-program agama sama ada melalui media cetak atau elektronik sepatutnya diletakkan prioriti utama dengan meningkatkan jumlah program dan mengurangkan rancangan-rancangan yang berbentuk hiburan seperti yang ditayangkan di kaca TV pada hari ini. Dalam hal murtad, pihak media wajar membentu dalam pendedahan yang meluas serta kefahaman tentang implikasi penukaran agama dan kehinaannya menurut Islam.9
ii) Mengadakan konvensyen, wacana ilmu, seminar serta bengkel berkenaan isu murtad ini secara kolektif dan berterusan. Medan sebegini kebiasaannya berkesan untuk menarik golongan elit dan kelas pertengahan turut serta membincangkan permasalahan murtad ini.
iii) Mengadakan ceramah, forum, kuliah serta tazkirah berkenaan tajuk murtad. Method ini biasanya menjadi kegemaran kelompok masyarakat biasa yang sudah biasa mengunjungi masjid, ceramah politik, surau, kelas-kelas pengajian agama.
iv) Menaikkan kain rentang, bunting, poster dan mengedarkan stiker-stiker yang boleh ditampal di kereta untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya gejala ini.
v) Penyerahan memorandum dan kutipan tandatangan untuk meraih publisiti dari pihak media. Contohnya kejayaan BADAI (Badan Bertindak Anti IFC) yang berjaya menggagalkan seminar yang dianjurkan oleh kumpulan ‘artikel 11’ di Pulau Pinang. Ekoran tindakan BADAI ini juga
9
Masrinah bt Maslih (2008), Persepsi pelajar Islam Fakulti Pendidikan Terhadap Isu Penukaran Agama (Murtad), Johor: Universiti Teknologi Malaysia. m.s 109.
masyarakat mulai memperkatakan tentang gejala murtad dan ancaman IFC. Malahan kumpulan IFC ini juga telah memadamkan jadual roadshow mereka ke seluruh negara dalam laman sesawan kumpulan ini.
Selain itu haruslah diingat bahawa dengan autoriti kerajaan yang memerintah sahaja maka fenomena murtad ini berjaya dikekang dari terus menular dalam masyarakat. Oleh itu, masyarakat hendaklah mendesak ahli Parlimen kawasan masing-masing agar membawa usul ini ke Parlimen atau ADUN di peringkat negeri dan menjadikan isu murtad ini sebagai satu isu yang melangkaui sempadan parti dan politik.
Sejarah silam telah membuktikan bahawa perpaduan adalah senjata yang paling ampuh dalam membina sesebuah komuniti. Kesannya kini kelompok liberal dan hak asasi manusia semakin kukuh kedudukannya kesan dari kesepaduan yang telah mereka capai di kalangan mereka. Walaupun mereka berbeza agama dan kaum, namun demi menjatuhkan agama Islam, mereka bersatu padu dalam merealisasikan impian mereka ini. Sesungguhnya virus murtad tidak mengenal latar belakang keluarga, status mahupun taraf pendidikan seseorang kerana virusnya mampu merebak kepada individu yang mempunyai taraf pendidikan agama yang tinggi mahupun anak tokoh agama sendiri.
Sesungguhnya kedatangan Islam adalah untuk menghapuskan segala bentuk kepercayaan yang bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia. Allah S.W.T mencipta manusia dengan kelebihan akal yang berpandukan wahyu supaya manusia berfikir serta dapat membezakan yang hak dan batil. Jadi, akal perlu digunakan dengan sebaiknya untuk menilai sama ada sesuatu perkara itu diredhaiNya ataupun sebaliknya. Oleh yang demikian, mana-mana fahaman yang dibawa oleh gerakan Islam Liberal ini, walaupun logik akal dapat menerimanya, perlu ditolak sekiranya ia bertentangan dengan nas syarak.
5.4 CADANGAN KAEDAH PENYELESAIAN DALAM MENANGANI