• Tidak ada hasil yang ditemukan

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam dokumen SKRIP CONTOH GEO KK.pdf (Halaman 47-56)

Peta 2: Peta lakaran Bandar Pasir Mas

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

a)Membina jadual yang menunjukkan struktur penduduk.

Hasil daripada kaedah kajian yang pengkaji gunakan. Pengkaji telah berjaya memperoleh data tentang penduduk kampung Limau Hantu. Jadual di bawah menunjukkan umur penduduk Kg Limau Hantu mengikut jantina.

JADUAL STRUKTUR UMUR PENDUDUK KG LIMAU HANTU

UMUR LELAKI PEREMPUAN

0-4 18 19 5-9 17 18 10-14 15 16 15-19 13 15 20-24 12 13 25-29 11 12 30-34 11 11 35-39 11 11 40-44 10 10 45-49 9 10 50-54 8 9 55-59 8 9 60-64 7 8 65-69 6 6 70-74 4 5 75-79 3 4

11

80-84 2 2

12

b)Melukis piramid penduduk dikawasan kajian i) GRAF PIRAMID PROGRESIF

13

c) Menjelaskan bentuk dan ciri yang membentuk piramid penduduk

Piramid progresif adalah berbentuk kon, iaitu puncak yang tajam atau tirus dan dasar atau tapak yang lebar serta keadaan rerun yang cekung. Setiap elemen terhadap bentuk piramid ini mewakili ciri-ciri kependudukan yang tertentu.

Graf diatas menunjukkan tapak piramid yang lebar. Ini mnunjukkan bahawa kadar kelahiran di Kg Limau Hantu adalah tinggi dan menunjukkan kadar kelahiran yang meningkat. Manakala kadar kematian di kampung tersebut semakin merosot dan juga menurun. Ini disebabkan oleh peningkatan taraf kesihatan dan amalan perancan keluaraga yang dibuat kurang berkesan.

Kebanyakan penduduk wanita di Kg Limau Hantu masih lagi mengamalkan amalan perkahwinan di peringkat umur yang muda yang telah banyak meningkatkan tahap fertiliti wanita dan seterusnya menambah kelahiran.

Graf piramid diatas juga menunjukkan puncak yang sempit dan tajam. Keadaan ini menggambarkan jangka hayat penduduk di kampung tersebut adalah rendah. Hal ini bermakna tempoh hidup golongan tua adalah rendah iaitu sedikit yang melepasi angka 80 tahun.

Hal ini mungkin disebabkan oleh taraf kesihatan yang tidak mampu untuk mencegah penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, dan jantung yang menyerang golongan tua. Di samping itu, amalan pemakanan yang tidak seimbang dan kurang berzat dalam kalangan penduduk di negara yang sedang membangun juga memendekkan jangka hayat penduduk.

14

d) Menjelaskan faktor yang mempengaruhi penduduk di kawasan tersebut. i) Faktor Sosial

Amalan perkahwinan muda diambil kira sebagai faktor sosial yang dapat mempengaruhi kadar kelahiran di sesebuah kawasan. Amalan perkahwinan pada usia muda meningkatkan kadar kelahiran berikutan kadar kesuburan wanita yang tinggi pada usia muda. Kadar kesuburan wanita adalah antara umur 14 hingga 45 tahun.

Perkahwinan pada usia muda berkecenderungan memiliki saiz keluarga yang besar berbanding dengan berkahwin pada usia lewat. Terdapat perkaitan yang rapat antara umur seseorang perempuan semasa berkahwin. Seseorang wanita yang berkahwin pada usia 20 tahun atau lebih dikatakan mempunyai purata anak 5.3 oarang berbanding dengan wanita yang berkahwin pada umur kurang daripada 20 tahun.

ii) Faktor Ekonomi

Kemajuan sains dan teknologi telah menyebabkan sektor pertanian makanan, iaitu bekalan padi mencukupi untuk keperluan penduduk. Dengan kemajuan sains dan teknologi ini penanaman padi boleh dilakukan dua hingga tiga kali setahun, menggunakan benih cepat matang dan rancangan pengairan di kawasan jelapang padi utama.

Begitu juga dengan perkembangan revolusi perindustrian telah menyebabkan sumber alam yang ada disesebuah negara dapat dieksploitasi dengan lebih meluas serta membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk. Keadaan ini telah menyebabkan peningkatan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara serta mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih selesa dan baik.

iii) Faktor Dasar Kerajaan

Dasar juga bermaksud tindakan-tindakan kerajaan yang mempengaruhi atau cuba mempengaruhi keseimbangan antara kelahiran, kematian dan migrasi.Dasar kependudukan yang diamalkan oleh sesebuah negara itu boleh mempengaruhi pertumbuhan dan

15

pengurangan penduduk. Dasar kependudukan dari aspek dasar keluarga dan kebajikan yang Malaysia perkenalkan ialah Dasar 70 juta Penduduk bertujuan untuk menambah jumlah penduduk bagi menampung keperluan tenaga kerja. Untuk menjayakan polisi ini, kerajaan telah cuba memberikan beberapa insentif seperti cuti bersalin 60 hari, kemudahan rawatan percuma dan rebat cukai pendapatan.

e) Menghuraikan kesan komposisi penduduk terhadap sosioekonomi penduduk dikawasan kajian

i) Kadar kelahiran tinggi

kadar kelahiran yang tinggi banyak mendatangkan kesan positif kepada sesebuah kawasan ataupun negara. Kadar kelahiran yang tinggi memyebabkan adanya banyak tenaga kerja dalam bidang ekonomi. Contohnya, di kawasan kajian kami mendapati ramai tenaga kerja yang mampu menyumbangkan tenaga terutamanya dalam bidang pertanian.

Kg Limau Hantu masih lagi menjadikan aktiviti pertanian sebagai kegiatan ekonomi yang utama sebagai punca rezeki dalam menampung keperluan harian. Kegiatan penanaman padi yang dijalankan di kampung tersebut masih berjalan dengan baik. Ini disebabkan masih ramai tenaga kerja yang boleh digunakan untuk mengusahakan kawasan sawah.

ii) Bilangan penduduk muda.

Bilangan penduduk muda di kawasan kajian iaitu Kg Limau Hantu masih ramai. Ini sebenarnya banyak membantu dalam memperkembangkan ekonomi di kawasan tersebut. Ini kerana dalam apa jua bidang ekonomi, tenaga muda tetap diperlukan dalam menjalankan aktiviti ekonomi seperti pertanian dan juga perindustrian. Tenaga kerja yang muda ataupun golongan muda amat diperlukan kerana tenaga mereka masih kuat dalam membuat apa jua kerja.

Di Kg Limau Hantu, masih terdapat ramai golongan tenaga muda yang sanggup menjalankan kegiatan pertanian di sawah. Ada sesetengah golongan muda yang tidak

16

berhijrah ke bandar semata, mata untuk mengusahakan sawah peninggalan daripada orang tua. Tenaga muda juga mampu untuk mengeluarkan idea yang baharu bagi meningkatkan lagi pengeluaran padi di kampung tersebut. Sememangnya tenaga muda banyak memainkan peranan dalam meningkatkan tahap ekonomi di kawasan tersebut.

iii) Nisbah Tanggungan

Bilangan anak yang banyak di kampung Limau Hantu mungkin boleh membebankan keluarga dan juga kerajaan. Terdapat banyak kanak kanak yang tidak membangun dan tidak berpeluang untuk mendapatkan pendidikan kerana faktor kemiskinan dan juga kedaifan keluarga. Apatah lagi jika sesebuah kerajaan miskin sudah tentu kerajaan tidak dapa menyediakan sekolah yang sempurna untuk rakyatnya.

Golongan dewasa yang banyak disesebuah kawasan terutamanya di kawasan yang senag membangun menyebabkan nisbah tanggungan menjadi kecil dan rendah. Keadaan ini telah menyebabkan pendapatan per kapita penduduk menjadi tinggi dan taraf hidup rakyat meningkat.

f)Menghuraikan tiga peranan kerajaan dalam mempengaruhi struktur penduduk di kawasa kajian

Kerajaan sememangnya memberi fokus yang tinggi terhadap perkampungan-perkampungan di Malaysia dan tidak hairanlah kawasan perkampungan-perkampungan yang menjadikan pertanian sebagai sumber rezeki mendapat perhatian yang tinggi. Disini dapat kita lihat peranan penduduk Kampung Limau Hantu sendiri seperti Ketua kampung yang menjadi tulang belakang dan suara penduduk untuk memohon bantuan dari pihak kerajaan.Agensi-agensi yang memainkan peranan dalam menyalurkan idea dan bantuan modal kepada para petani ialah seperti agensi MARDI, FAMA, PELADANG dan Jabatan Pertanian Malaysia.Hal ini memberi kemudahan terhadap penduduk untuk memasarkan hasil pertanian tidak kira padi atau pun getah secara komersial. Selain itu, kerajaan telah membina

17

kemudahan infrastruktur bagi kampung ini iaitu kemudahan jalan raya sebagai laluan kereta, motorsikal dan juga jentera pertanian. Kemudahan ini memberi kesan yang baik untuk mempercepatkan pemasaran hasil pertanian tersebut. Kerajaan juga membina sistem pengairan sepanjang kawasan pertanian terutamanya padi sawah.Parit ini mendapat sumber air dari sungai yang berdekatan dan disalurkan terus ke petak-petak sawah. Disini juga dapat kita lihat, pembinaan empangan yang dikenali sebagai empangan “Kemuning” memberikan kemudahan kepada penduduk dari segi bekalan air dan juga elektrik ke setiap rumah. Di kampung ini juga terdapat kemudahan sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pak Roman dan juga masjid. Kebanyakkan penduduk di kampung ini akan menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut berikutan jarak yang dekat dari rumah masing-masing.

18

6.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penduduk sebagai agen perubahan diukur dari sudut perubahan yang berlaku terhadap perubahan sosioekonomi, sosiobudaya, landskap fizikal dan landskap budaya. Struktur dan komposisi penduduk serta ciri-ciri penduduk mempengaruhi sesebuah graf piramid penduduk seterusnya memberi impak terhadap komposisi penduduk di kawasan kajian. Secara keseluruhannya, penduduk merupakan satu daripada komponen sumber yang penting dan berharga yang boleh diukur secara kuantiti dan kualiti. Umur dan jantina penduduk diukur penduduk yang dilihat dari sudut kumpulan umur produktif dan tidak produktif. Kualiti penduduk diukur daripada segi sifat fizikal, kesihatan, tahap pendidikan, kemahiran, sikap dan etika. Pertumbuhan penduduk yang pesat mendatangkan kesan terhadap ciri-ciri demografi dan sosioekonomi kepada sesebuah negara. Kesan penurunan kadar kelahiran menyebabkan bilangan penduduk tu meningkat. Jumlah penduduk tua semakin meningkat membawa kepada penuaan penduduk. Kesan penuaan penuaan penduduk boleh dilihat pada ciri-ciri demografi sesebuah graf piramid penduduk dan sosioekonomi. Rajah piramid penduduk yang menunjukkan ciri-ciri demografi dan tahap pembangunan sesebuah negara. Model peralihan demografi juga menunjukkan ciri-ciri tertentu pertumbuhan penduduk di sesuatu kawasan.

19

Dalam dokumen SKRIP CONTOH GEO KK.pdf (Halaman 47-56)

Dokumen terkait