• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hegemoni Barat terhadap Media

sosial semakin meningkat

4.2 Hegemoni Barat terhadap Media

Media memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa. Kesan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia. Pihak Barat telah berjaya mendominasi penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui kemajuan dan perkembangan teknologi mereka. Agensi berita Barat mempunyai pengaruh yang besar dan mereka bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu peristiwa mengikut kaca mata mereka.

Firman Allah :

































“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.”

Surah An-Nur : 130 Berdasarkan Firman Allah di atas, jelaslah di sini bahawa Masyarakat Malaysia masa kini perlu menyekat pandangan mereka dan memelihara mereka daripada difitnah. Mereka tidak perlu mempercayai sebulat-bulat dengan media yang disebarkan oleh Barat terutamanya daripada surat khabar, laman web dan media-media elektronik seperti televisyen dan radio. Hakikatnya, pengaruh Barat dalam menguasai media, cetak mahupun elektronik sebenarnya amat luas dan hampir keseluruhan Masyarakat Malaysia mempercayainya.

Penguasaan media merupakan satu perkara yang penting dalam pengekalan hegemoni Barat. Media massa merupakan tempat di mana Masyarakat Malaysia akan mendapat pelbagai maklumat tentang dunia sekeliling mereka. Melalui media massa juga Masyarakat Malaysia boleh mendapatkan beberapa bentuk hiburan yang mengisi masa lapang mereka. Media massa memainkan peranan penting dalam pembentukan minda dan persepsi masyarakat awam. Masyarakat Barat mempunyai hampir kuasa penuh terhadap media massa dan penyebaran maklumat. Penyebaran maklumat melalui media massa pada waktu ini kebanyakannya dilakukan melalui tiga cara, siaran televisyen dan radio, internet dan media cetak.

Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan,menjamin dan memenuhi segala kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah juga menjadi mangsa media Barat. Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan subversif yang menggugat keamanan dunia.Oleh sebab itu,kegiatan mereka diharamkan seperti,Tabligh,Toliban,Mujahidin dan Ikhwa-nul Muslimin. Perkara ini juga dipandang oleh Masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama. Berdasarkan pengaruh Barat ini, Masyarakat Malaysia yang tidak beragama Islam ini akan memandang remeh terhadap Masyarakat Malaysia yang beragama Islam dan akan menganggap mereka sebagai “pengganas”. Barat telah menggunakan media untuk menyebarkan keburukan agama Islam dan penganutnya. Umat Islam di dunia ini sering digambarkan sebagai pemberontak dan golongan yang sering menimbulkan kekecohan.

Contoh terkini, peristiwa Pengeboman Oslo pada 22 Julai 2011 dimana media barat telah membuat pelbagai spekulasi dimana tuduhan pengeboman tersebut dilakukan oleh pelampau Islam atau kumpulan penganas dari dunia Arab. Ini di burukkan lagi oleh sebuah akhbar di Nova Scotia yang mengeluarkan lakaran kartun yang mengambarkan dua orang lelaki memakai turban, berjanggut panjang dan berbaju longgar mengatakan bahawa pengeboman di Oslo dijalankan secara sempurna. Tuduhan dan lakaran ini telah mendapat bantahan dan kecaman dari dunia Islam. Ini membuktikan bahawa begitu mudah bagi negara Barat untuk menuduh sebarang serangan yang berlaku dilakukan oleh orang Islam sedangkan telah terbukti, serangan tersebut dilakukan oleh rakyat Norway sendiri.

Tambahan itu juga, hegemoni Barat ini juga memberi kesan yang amat cepat kepada media. Hal ini demikian kerana, perpindahan maklumat yang diperoleh amat pantas dan senang diperolehi oleh Masyarakat Malaysia. Berita-berita yang diperoleh juga akan menjatuhkan serta menaikkan seseorang. Secara tidak langsung, Masyarakat Malaysia akan membentuk pandangan dan sikap yang tersendiri dengan berita-berita yang disebarkan melalui media. Ini menyebabkan Masyarakat Malaysi menuduh dan menfitnah kerana tidak menyemak sama ada berita yang disebarkan itu adalah benar atau tidak. Islam amat melarang seseorang itu mereka-reka fakta dan mempercayai sesuatu berita tanpa seledikinya.

Gambar 2 : Surat Khabar merupakan satu dominasi hegemoni Barat terhadap media kepada Masyarakat Malaysia

Firman Allah :





















































dan bunuhlah mereka (musuh Yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat Yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah Bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang Yang kafir.

Surah Al-Baqarah : 191

Kuasa Barat juga menjadikan media komunikasi mereka sebagai senjata utama yang mampu menyebarkan segala maklumat dan propaganda mereka. Media Barat ini berada dimana-mana dan liputan mereka juga pantas dan menyeluruh. Contohnya, Cable News Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC), Reuters, The Associated Press dan lain-lain adalah beberapa contoh media Barat. Kumpulan-kumpulan media ini sememangnya memaparkan berita yang isi kandungannya lebih menyebelahi Amerika Syarikat dan Britain. Selain saluran gergasi CNN dan BBC News, terdapat beberapa saluran berita lain. Antaranya adalah Sky News (Great Britain) dan Al – Jazeera.

Gambar 3 : Antara berita yang disebarkan oleh Barat tentang segala maklumat dan propaganda serta mendapat pengaruh yang cukup kuat di Malaysia

Wartawan diseluruh dunia termasuk wartawan yang berasal dari Malaysia bergantung kepada media Barat ini sebagai sumber dan bahan berita. Segala maklumat dan berita ini tentulah dikuasai dan dimanipulasikan oleh media Barat ini. Media Barat boleh menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa yang diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Sesuatu cerita atau peristiwa itu diolah dan dipersembahkan demi memperolehi kepentingan pihak tertentu.

Pengaruh Barat dalam media juga telah mempengaruhi Masyarakat Malaysia dalam hiburan. Hiburan-hiburan yang kini rancak disiarkan di dalam televisyen adalah rancangan realiti televisyen, drama-drama bersiri, muzik dan juga sukan menjadi satu kepentingan dan kelumrahan hidup pada masa kini. Keuntungan yang Barat dapat amat bernilai banyaknya kerana melalui rancangan-rancangan hiburan misalnya memainkan peranan yang penting dalam pemasaran barang-barangan perniagaan. Kebiasaannya waktu minggu merupakan waktu kemuncak Masyarakat Malaysia menonton televisyen dan pengaruh Barat amat mudah memberi kesan kepada mereka. Impaknya, Masyarakat Malaysia akan membazir masa mereka dengan menonton rancangan-rancangan yang dibawa oleh pengaruh Barat ini.

Gambar 4 : American Idol dan So You Think You Can Dance merupakan rancangan

realiti daripada Barat

Fenomena laman sosial dan laman sesawang yang dibawa oleh pemikiran Barat dan pengaruh Barat ini juga berjaya menguasai minda dan pemikiran Masyarakat Malaysia. Antara laman sosial dan laman sesawang yang sering digunakan dan diluangkan oleh Masyarakat Malaysia adalah seperti Facebook, Twitter, MySpace, Skype dan sebagainya.

Laman-laman sosial dan sesawang ini bukan sahaja digilai masyarakat remaja dan kanak-kanak, malah masyarakat yang sudah berumur juga seronok menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Barat ini.

Gambar 5 : Laman sosial dan sesawang yang didominasi oleh Barat yang digilai oleh Masyarakat Malaysia masa kini

Menurut statistik, ramai dalam kalangan Masyarakat Malaysia yang kurang tidur kerana berchatting dengan agak lama dengan kawan-kawan serantau dunia melalui laman sosial dan sesawang ini. Gejala sosial juga meningkat kerana pergaulan bebas melalui laman sosial ini.

Perkara yang bercanggah dengan Islam juga turut mempengaruhi masyarakat di negara ini dengan membuat panggilan video untuk berkenalan antara bukan mahram. Firman Allah,

































“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.”

Surah An-Nur : 30 Selain itu, hegamoni Barat telah memberi kesan kepada media massa Malaysia yang mana filem-filem yang berunsurkan maksiat dan kurang sesuai ditayangkan kepada umum telah menjadi suatu kebiasaan kepada masyarakat Malaysia. Filem dari Barat ini akan mendapat keuntungan yang tinggi melalui pendapatan filem yang disiarkan di serata dunia. Masyarakat Malaysia juga minat dengan filem-filem dari Barat ini kerana ada menyiarkan dan menyelitkan unsur seks antara lelaki dan perempuan bahkan golongan masyarakat yang berumur antara 11 tahun sudah bercakap tentang seks. Filem-filem Barat ini juga banyak memaparkan tentang keganasan, lucah, tahyul, pengagungan sains tanpa batasan, gagal mendidik jiwa penonton serta tiada penerapan nilai-nilai akhlak dan moral.

Gambar 6 : Columbia Pictures merupakan agen pembawa filem-filem Barat ke serata dunia

Gambar 7 : Filem-filem Barat yang banyak memaparkan tentang seks akan merosak pandangan Masyarakat Malaysia khususnya kepada golongan remaja

Dokumen terkait