16 Berdasarkan situasi berikut, jelaskan kesan ke atas pasaran minyak kelapa sawit
Bab 3: Hubungan Ekonomi Antarabangsa
Subtopik 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014
Perdagangan antarabangsa
√ √ √ √ √ √ √ √
Imbangan perdagangan dan pembayaran
√ √ √ √ √ √ √ √
Pertukaran asing √ √ √
KPA √ √ √ √ √
Kesan perubahan KPA
√ √ √ √ √
Kesan perubahan
eksport dan import √ √ √
Syarikat buku Dinamik merupakan pengeluar buku cerita kanak-kanak di Malaysia. Buku keluaran syarikat ini di pasarkan di seluruh negara dan juga beberapa negara lain seperti Brunei, Singapura dan Australia.
1. a. Nyatakan jenis aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh syarikat buku Dinamik. (2m)
b. Terangkan dua persamaan dan dua perbezaan antara kedua-dua jenis aktiviti perdagangan yang diayatakan
dalam bahagian a (8m)
a. Perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa.
b. Dua persamaan antara kedua aktiviti perdagangan tersebut ialah
kedua-duanya bermotifkan keuntungan iaitu keluarkan barang dengan kos yang rendah dan jual semula dengan harga yang lebih tinggi.
Kedua-duanya meningkatkan taraf hidup iaitu menyediakan pelbagai pilihan barang kepada pengguna
Perdagangan dalam negeri Perdagangan antarabangsa
Menggunakan matawang yang sama Menggunakan matawang yang berbeza.
Jarak dekat dan kos pengangkutan rendah Jarak jauh dan kos pengangkutan tinggi 2. Terangkan kesan peristiwa berikut ke atas kadar pertukaran ringgit Malaysia
i. Malaysia mengeksport 1 000 tan kayu balak ke Jepun (3m) ii. Malaysia melancarkan Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia (3m)
i. Permintaan ringgit meningkat. Penawaran ringgit tidak berubah. Berlaku lebihan permintaan ringgit. kadar pertukaran ringgit Malaysia akan meningkat.
ii. Penawaran ringgit Malaysia menurun. Permintaan ringgit tidak berubah. Berlaku lebihan permintaan ringgit. Kadar pertukaran ringgit akan meningkat.
3.
Bandingkan tarif dengan kuota (4m)Persamaannya – kedua- duanya merupakan sekatan perdagangan dan kedua-duanya mengurangkan import Perbezaannya
Tarif ialah cukai ke atas barang import manakala kuota ialah sekatan ke atas kuantiti barang yang boleh diimport.
Tarif membawa hasil kepada kerjaan manakala kuota tidak membawa hasil kepada kerajaan
Wakil persatuan pengeluar Wakil Kementerian Kewangan Perabot Malaysia
4. Nyatakan kesan kepada industri perabot tempatan jika cadangan
tersebut diterima oleh pihak kerajaan. (5m) - Pengeluar perabot menanggung kos yang rendah
- Harga perabot tempatan secara relatif lebih murah - Permintaan perabot tempatan akan meningkat - Pengeluaran perabot tempatan akan meningkat - Keuntungan pengeluar akan meningkat
-Pelaburan firma dalam industri perabot tempatan akan meningkat -Banyak peluang pekerjaan
Kami amat berharap kerajaan akan memberi subsidi untuk pengeluar perabot tempatan
Terima kasih atas cadangan ini.
Saya akan memaklumkan cadangan persatuan tuan kepada pihak kementerian kewangan
Mata wang asing Tahun
2012 2013
Dolar Singapura 0.43 0.41
Pound Sterling 0.15 0.18
Jadual di atas menunjukkan perubahan kadar pertukaran asing bagi setiap ringgit Malaysia berbanding Dolar Singapura dan Pound Sterling pada tahun 2012 dan 2013.
5. a. Tentukan kadar pertukaran antara dolar Singapura dengan Pound Sterling pada tahun 2013 (2m)
b. Terangkan kesan ke atas imbangan dagangan Malaysia akibat perubahan kadar pertukaran asing pada tahun
2013 berbanding tahun 2012 (8m)
a. S$1 = ₤0.44
b. Nilai Ringgit Malaysia telah menurun berbanding dengan dolar Singapura.
Ini menyebabkan harga eksport Malaysia di Singapura menurun dan jumlah eksport Malaysia kesingapura meningkat. Jumlah import dari Singapura akan menurun kerana harganya meningkat. Imbangan dagangan Malaysia menjadi positif kerana jumlah nilai eksport lebih daripada jumlah nilai import.
Nilai Ringgit Malaysia telah meningkat berbanding dengan pound Sterling.
Ini menyebabkan harga eksport Malaysia di Britain meningkat dan jumlah eksport Malaysia ke Britain menurun. Jumlah import dari Britain akan meningkat kerana harganya menurun. Imbangan dagangan Malaysia menjadi negatif kerana jumlah nilai import lebih daripada jumlah nilai eksport.
6.Kenalpasti matawang yang diperlukan untuk setiap urusniaga perdagangan antarabangsa di bawah
i.
Jepun mengimport perabot dari Malaysiaii.
Iran memesan lebih banyak minyak sawit dari Malaysiaiii.
Keluarga Firdaus melancong ke Thailandiv. Syarikat Setia mengimport 1000 tan kayu balak dari Indonesia I-RM,II- RM, III- Baht IV- Rupiah
7.Kenalpasti jenis sekatan berikut
Pernyataan Jenis sekatan
Kereta import dikenakan cukai import sebanyak 60% Tarif
Pengeksport perabot kayu Malaysia menerima bantuan kerajaan untuk pembelian jentera sebanyak RM5 juta
Subsidi eksport Pengimport Malaysia dibenarkan memiliki matawang asing maksimum sebanyak RM1
juta
Kawalan tukaran asing
Larangan import bahan kimia beracun Embargo
Permit import kereta dibekukan Sekatan bukan
ekonomi Pada tahun 2012, jumlah import kereta yang dibenarkan oleh kerajaan ialah sebanyak
1000 unit kuota
Jumlah Dagangan Malaysia dengan USA pada tahun 2011 ialah RM121.18 billion. Daripada jumlah ini eksport Malaysia ialah sebanyak RM78.76 billion. Eksport Malaysia ke USA pada tahun 2012 dijangka meningkat sebanyak 11.3 % berbanding tahun 2011. import Malaysia dari USA pula dijangka meningkat sebanyak 22% pada tahun 2012 berbanding tahun 2011.
8.Berdasarkan maklumat di atas, hitungkan yang berikut:
a. jumlah import Malaysia pada tahun 2011 RM121.18 bilion- RM78.76 bilion = RM42.42 bilion b. nilai eksport Malaysia pada tahun 2012 RM78.76 bilion + (78.76X11.3%) = RM87.66 bilion c. nilai import Malaysia pada tahun 2012
RM42.42bilion + (42.42 X22 %) = RM51.75 bilion
d.
imbangan dagangan Malaysia pada tahun 2012 RM87.66 bilion – RM51.75 bilion = RM35.91 bilionKUALA LUMPUR 4 Julai - Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini berkembang 6.2 peratus kepada RM538.59 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), prestasi positif itu disokong oleh pertumbuhan kukuh di rantau Asia khususnya negara-negara ASEAN, China, Jepun dan India.
Katanya, eksport Januari- Mei 2012 meningkat 3.9 peratus kepada RM290.24 bilion manakala import meningkat 8.9 peratus kepada RM248.35 bilion.
Di antara lima rakan dagang utama, jumlah perdagangan menunjukkan peningkatan pada lima bulan pertama 2012 dengan ASEAN merekodkan pertumbuhan 10.5 peratus atau RM14 bilion, China melonjak 14.1 peratus (RM8.95 bilion) dan Jepun naik 6.2 peratus (RM3.6 bilion) selain India meningkat sebanyak 8.2 peratus.
Utusan Malaysia 9. Berdasarkan petikan akhbar di atas, jawab soalan berikut:
a. Jelaskan tiga kebaikan yang dinikmati oleh Malaysia disebabkan peningkatan perdagangan tersebut.
i.___________________________________________________
ii. __________________________________________________
iii.____________________________________________________
b.Jelaskan tiga keburukan yang mungkin wujud daripada aktiviti perdagangan tersebut.
i.__________________________________________________
ii. __________________________________________________
iii.____________________________________________________
c.Kenalpasti empat rakan dagan utama Malaysia
__________________, __________________, __________________ dan _____________________
d. Hitungkan dan tafsirkan kedudukan imbangan dagangan Malaysia untuk tempoh Januari hingga Mei 2012.
Imbangan dagangan = Jumlah nilai eksport nampak – nilai import nampak RM _________ billion – RM ___________ billion
= RM __________________biliom
Malaysia mencatat imbangan dagangan ___________________
10. Malaysia bercadang untuk mengurangkan tarif untuk semua kereta import sebanyak 20%.
Jelaskan kesan tindakan kerajaan tersebut kepada a. Pengeluar kereta tempatan (4)
- Harga kereta tempatan secara relatif lebih murah, permintaan kereta tempatan meningkat, jualan kereta meningkat, keuntungan meningkat
b. Ekonomi negara (4)
Peluang pekerjaan meningkat, aliran keluar wang menurun, hasil kerajaan meningkat, imbangan dagangan lebih baik
Ali : Aku tak faham dengan dasar kerajaan ni. Kenapa kerajaan mengenakan cukai yang tinggi untuk kereta import?
Wong: Tindakan kerajaan itu ada kebaikannya 11.Adakah anda bersetuju dengan pendapat Wong?
Berikan alasan anda. (5)
Ya, melindungi industri tempatan, kurang bergantung kepada import, peluang pekerjaan meningkat, hasil kerajaan meningkat Jenis sekatan A
Pada tahun 2013, jumlah gula mentah yang dibenarkan import adalah sebanyak 200 juta tan
Jenis sekatan B
Perabot import dikenakan cukai sebanyak 25%
12.a. Kenalpasti jenis sekatan A dan sekatan B (2)
A- kuota, B- tarif
b. Bandingkan dua sekatan tersebut.
Persamaannya – kedua- duanya merupakan sekatan perdagangan dan kedua-duanya mengurangkan import Perbezaannya
Tarif ialah cukai ke atas barang import manakala kuota ialah sekatan ke atas kuantiti barang yang boleh diimport.
Tarif membawa hasil kepada kerjaan manakala kuota tidak membawa hasil kepada kerajaan
Kajian kes 1
Encik Firdaus yang baru besara daripada jawatan pensyarah universiti telah menerima wang ganjaran sebanyak RM300 000 dan pencen bulanan sebanyak RM5 000. Dengan wang ganjaran itu, beliau telah menubuhkan syairkat Firdaus Sports Sdn. Bhd. yang mengeluarkan pakaian sukan untuk murid sekolah. Pada asalnya syarikat ini bercadang untuk mengeluarkan pakaian sukan dan kasut sukan tetapi terpaksa menangguhkan pengeluaran kasut sukan disebabkan masalah ekonomi.
Beliau sangat gembira kerana permintaan terhadap pakaian sukan syarikatnya semakin meningkat. Tambahan pula kerajaan Malaysia menggalakkan persaingan sihat di kalangan pengeluar. Kerajaan juga memberikan sokongan dengan melancarkan kempen seperti 1 murid 1 sukan yang memberi kesan positif kepada pasaran pakaian sukan.
Kerajaan juga melindungi pengeluar pakaian tempatan daripada persaingan pakaian sukan import.Kajian yang dibuat oleh pihak pengurusan syarikat mendapati permintaan terhadap pakaian sukan syarikatnya mempunyai nilai keanjalan 1.5.Berdasarkan kajian tersebut, Syarikat Firdaus telah menaikkan harga keluaran syarikatnya untuk meningkatkan keuntungan.
Oleh sebab keluaran syarikatnya berkualiiti, syarikat Firdaus bercadang untuk memasarkan keluarannya ke Negara Asia Timur. Walaupun syarikat mungkin menghadapi masalah apabila memasarkan keluarannya ke Negara Asir Timur , Encik Firdaus berpendapat syarikat sedia menghadapi segala halangan tersebut.
Berdasar situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut:
(a) Huraikan dua cara lain wang ganjaran itu boleh digunakan oleh Encik Firdaus untuk meningkatkan
pendapatannya. [4 markah]
c. Menyimpan di akaun simpanan tetap di bank perdagangan dan menerima faedah d. Menyimpan di LTH dan menerima bonus
e. Membeli aset tetap seperti rumah dan mendapat sewa.
(b) Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh syarikat Firdaus Sports. [6 markah]
f. Kekurangan sumber ekonomi manakala projek tidak terhad. Ini menyebabkan syarikat Firdaus membuat pilihan dan memilih pakaian sukan kerana membawa keuntungan maksimum. Kos lepasnya ialah kasut sukan.
(c) Adakah anda bersetuju dengan tindakan syarikat Firdaus menaikkan harga keluarannya untuk meningkatkan keuntungan syarikat?
Beri alasan anda. [3 markah]
g. Tidak. Permintaan pakaian sukan anjal. Kenaikan harga menyebabkan jualan merosot dan keuntungannya menurun.
Ia sepatutnya menurunkan harga pakaian sukan.
(d) Huraikan kesan daripada kempen 1 Murid 1 Sukan kepada pasaran pakaian sukan Malaysia. [4 markah]
h. Permintaan pakaian sukan akan meningkat, penawaran pakaian sukan tetap. Ini menyebabkan lebihan permintaan pakaian sukan dan harga pakaian sukan akan meningkat.
(e) Jelaskan empat cara kerajaan melindungi pengeluar pakaian sukan tempatan. [4 markah]
i. Mengenakan tarif ke atas pakaian sukan import
j. Mengadakan kempen untuk menggalakkan pembelian pakaian sukan tempatan k. Mengenakan kuota untuk import pakaian sukan
l. Memberi bantuan seperti subsidi untuk pengeluar pakaian sukan tempatan
(f) Jelaskan empat masalah yang mungkin dihadapi oleh Syarikat Firdaus apabila memasarkan keluarannya ke
negara Asia Timur. [4 markah]
m. Masalah bahasa yang berbeza n. Masalah sekatan perdagangan
o. Masalah jarak menyebabkan kenaikan kos pengangkutan p. Masalah sukatan dan timbangan yang berbeza
Kajian kes 2
Syarikat Maju ditubuhkan pada 1989 dan merupakan penerbit novel kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Kebanyakan buku terbitan syarikat ini dijual di pasaran tempatan. Walaupun tindakan kerajaan seperti kempen galakan membaca dan kenaikan jumlah pelepasan cukai untuk pembelian buku memberi kesan positif kepada jualan buku syarikat ini, pihak pengurusan khuatir tentang peningkatan kos pengeluaran buku seperti kenaikan harga kertas.
Di samping itu syarikat ini juga menghadapi persaingan daripada kemasukan buku import khususnya dari negara China yang berharga murah.
Baru-baru ini , syarikat Maju telah mendapat kontrek untuk menerbitkan buku teks sekolah rendah dan kemudahan kilang yang sedia ada sukar untuk menampung pengeluaran buku teks. Lembaga pengarah syarikat ini meneliti dua cadangan pengurus pengeluaran untuk mengatasi masalah ini.