• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ideologi Pentafsiran Muhammad `Ali iii al-Sabuni Sabuni Sabuni Sabuni

Maksud ideologi di sini ialah kecondongan al-Sabuni dalam sesebuah pemikiran. Dan penulis berusaha meneliti dua aspek pemikiran beliau iaitu dalam tafsir dan feqah. Alasannya, kerana kajian ini bertumpu kepada karya beliau Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Qur'an, di mana kitab ini merupakan karya tafsir yang memfokuskan kepada persoalan feqah, maka penulis berusaha menyelidiki kecondongan beliau dalam dua pemikiran tersebut.

3.12.1 Aliran Dalam Tafsir

Quraish Shihab membahagikan corak tafsir kepada dua bahagian iaitu ma'thur dan ma`qul. Ma`thur ialah corak tafsir yang menekankan kepada riwayat, sama ada dari Rasulullah atau sahabat dan memberi ruang yang sedikit kepada akal, seperti tafsir al-Tabari. Manakala corak tafsir ma`qul ialah tafsiran yang lebih banyak memberikan ruang kepada akal dan sedikit menggunakan riwayat, seperti tafsir al-Manar.76

75 Sila rujuk Bab II, muka surat 51.

76 Kedua-dua metode ini memiliki kelebihan dan kekurangan. Quraish Shihab (1999), Membumikan al-Qur'an,

c. XIX, Bandung; Mizan, h. 83. Namun, dalam pentafsiran bi al-ma`qul, perbezaan antara satu mufasir dengan yang lainnya lebih besar, kerana mereka lebih menggunakan pemikiran. Kerana itu, beberapa ulama menolak pentafsiran dengan corak ini dan menyebutnya tafsir bi al-hawa. Namun, banyak juga ulama yang menerima

tafsir corak ini dengan syarat-syarat tertentu. Lihat Shubhi al-Salih (1977), Mabahith fi `Ulum al-Qur'an,

Berkaitan dengan hal tersebut, maka dalam pandangan pengkaji setelah melihat beberapa metode al-Sabuni dalam kitab ini, maka sebenarnya beliau sama-sama mengambil berat aspek ma'thur dan ma`qul dalam sebuah pentafsiran. Beliau sangat memperhatikan pentafsiran menggunakan hadith-hadith Nabi dan qawl sahabat. Tetapi, beliau juga sering kali menggunakan akal, seperti terlihat dalam perbahasan hikmat al-Tashri`, makna global dan petunjuk ayat. Namun, dalam banyak ulasannya, beliau sangat memperhatikan tafsiran dengan menukil hadith Nabi dan athar sahabat, seperti sabab al-nuzul, lata'if al-tafsir, al-ahkam al-shar`iyyah dan wujuh al-qira'at.

Kerana itu, walaupun beliau merupakan ulama dan mufassir moden, beliau adalah seorang yang moderat. Beliau berimbang dalam menggunakan hujah naqliyah dan akliyah. Maka, apabila kita membaca kitab ini, kita dapati pemikiran-pemikiran al-Sabuni sangat mudah difahami dan tidak ada yang bertentangan dengan dalil-dalil al-Quran.

3.12.2 Aliran Dalam Feqah

Dengan menulis kitab Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Qur'an ini, secara tidak langsung, al-Sabuni hendak menunjukkan bahawa al-Quran tidak hanya mengandungi akidah tetapi juga shari`ah yang di dalamnya terdapat hukum tentang ibadah, sosial dan kemasyarakatan. Atau dalam erti kata, beliau telah menghimpun secara keseluruhan bentuk-bentuk ibadah mahdah (ibadah utama) dan ghayr al-mahdah (ibadah sosial). Dan sepertinya beliau ingin menganjurkan kepada setiap muslim untuk mengambil berat kepada aspek ibadah ini, termasuk dalam ibadah sosial. Kerana, seperti dijelaskan Ibnu Khaldun, Mawardi dan al-Ghazali bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memiliki ketergantungan satu sama

lain.77

Maka dari itu, perlu kerja sama antar manusia dalam setiap hubungan seperti dalam jual

beli, sewa-menyewa, kerja sama perdagangan atau hutang.

Kemudian, dalam pandangan pengkaji tentang kitab ini, al-Sabuni tidak fanatik kepada satu mazhab tertentu, kerana beliau mentafsirkan ayat-ayat feqah dengan menukil banyak mazhab berlainan, kemudian beliau sendiri melakukan tarjih dengan menggunakan pandangan peribadi beliau. Dalam tarjih itu, sering kali, beliau berpegang kepada pandangan jumhur ulama.

Selain itu, beliau juga berfahaman ahli sunnah wa al jama`ah. Ini kerana pandangan feqahnya sesuai dengan dalil-dalil al-Quran dan hadith, selain rujukan-rujukan kitabnya adalah para mufassir ahli sunnah. Namun, dalam beberapa ulasan perbalahan tentang pandangan mazhab, beliau lebih banyak setuju kepada mazhab jumhur. Sekalipun begitu, beliau tidaklah fanatik, kerana mazhab yang lain juga dijelaskan. Dan dalam melakukan tarjih, beliau menjelaskan secara jelas dengan menggunakan dalil-dalil sama ada naqliyah ataupun akliyah.

Sebagai contoh ialah perbahasan tentang jumlah mahar. Beliau menukil pandangan Shafi`i dan Imam Ahmad yang mengatakan bahawa setiap benda yang mempunyai harga boleh menjadi mahar, dan menurut beliau pula pendapatnya sama dengan pandangan jumhur ulama dan ahli hadith. Selepas itu, al-Sabuni juga menukil pandangan Imam Malik dan Abu

Hanifah yang mengatakan bahawa kadar mahar sama dengan kadar minimum batas pencurian,

sehingga seseorang itu layak dipotong tangannya. Ertinya, menurut mereka, mahar harus dari harta yang jelas harganya. Dan mereka pun berhujah dengan hadith Nabi, tetapi menurut

al-Sabuni hadithnya matruk.

Kemudian al-Sabuni melakukan tarjih, dan menulis:

"Pandangan saya bahawa pendapat Imam al-Shafi`i dan Imam Ahmad adalah lebih unggul, kerana ada seseorang sahabat yang berkahwin di mana maharnya adalah hafazan al-Quran. Kemudian Nabi pernah berkata kepada seseorang: 'Gunakanlah walau sekadar cincin dari besi'. Ada juga seorang pemimpin tabi`in, Sai`d bin Musayyib pernah mengahwinkan anak perempuannya dengan dua dirham. Sebenarnya dalam jumlah paling sedikitnya mahar, dalam hadith Nabi tidak dijelaskan, wallahu a`lam"78

3.12 Penutup

Daripada semua perkara yang dijelaskan di atas, pengkaji dapat merumuskan beberapa kesimpulan berkaitan Kitab Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Qur’an karya Muhammad `Ali al Sabuni ini. Pertama, metode tafsir yang digunakan penulis ini adalah mawdu’i iaitu satu metode tafsir yang mengumpulkan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai tujuan yang satu, yang bersama-sama membincang tajuk tertentu sesuai dengan sebab-sebab turunnya, kemudian memperhatikan ayat-ayat tersebut dengan penjelasan-penjelasan, dan hubungannya dengan ayat-ayat lain, kemudian mengistinbatkan sebuah hukum.79

Kedua, dilihat dari sumber pentafsirannya, tafsir ini dapat dikategorikan Tafsir bi al-Ma’thur.80

Kerana hampir semua ayat Quran, beliau mentafsirkan menggunakan al-Quran, hadith Rasulullah, qawl sahabat, dan Ijmak Ulama. Ketiga, dilihat dari metode analisisnya, tafsir ini tidak bersifat ijma`i, tapi tafsili (terperinci). Hal ini dibuktikan dengan sepuluh metode pentafsiran yang diguna pakai penulis. Keempat, tafsir ini juga menggunakan pendekatan tekstual. Pendekatan tekstual adalah sebuah pendekatan studi

78

Muhammad `Ali al-Sabuni (1990), op.cit, h. 453-454.

79

`Ali Hasan al-`Ardi (1992), Sejarah dan Metodologi Tafsir, Jakarta: Rajawali Press, h. 78.

80 Pendekatan ini adalah yang terbaik dalam metode pentafsiran al-Quran. Muhammad Husayn al-Dhahabi, Dr. (1421 H/2000 M), Al-Tafsir wa al-Mufassirun, Bayrut-Lubnan: Dar al-Yusuf, j.2, h. 163. Manna` al-Qattan

Quran yang menjadikan lafaz-lafaz al-Quran sebagai objek. Pendekatan ini menekankan analisisnya pada sisi kebahasaan dalam memahami al-Quran.81

81

Menurut Salah al-Khalidi bahawa mengetahui selok belok bahasa Arab – ilmu Nahu, Saraf, I’rab, Balaghah, Bayan, Ma`ani Kalimat dan Tasrif Arab – adalah satu keperluan yang sangat mustahak bagi seorang pentafsir al-Quran, agar tafsiran yang dilakukan bertepatan dengan kehendak al-Quran. Lihat Dr. Salah al-Khalidi (1423 H/2002 M), Ta`rif al-Darisin bi Manahij al-Mufassirin, Damshiq: Dar al-Qalam, h. 75.

Dokumen terkait