• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 5: PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.4 Implikasi Kajian dan Cadangan

Bedasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, beberapa masalah yang berkaitan dengan masalah sebutan dalam kemahiran bertutur kanak-kanak terencat akal telah dikenal pasti. Sehubungan itu beberapa cadangan yang sesuai boleh dilaksanakan untuk membantu secara am kanak-kanak terencat akal mengenai masalah pertuturan dan maslaah sebutan secara khususnya. Boo Poong Ying dan Ragbir Kaur (1998) mencadangkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menimbangkan perkara-perkara berikut:

i. Pengajaran dan pembelajaran perlulah mudah lentur atau fleksibel iaitu memenuhi keperluan murid.

ii. Kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan supaya murid tidak bosan atau hilang minat pada pengajaran.

iii. Guru perlu memberi lebih tekanan kepada pengajaran secara kumpulan atau individu.

iv. Guru perlu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui isi pengajaran yang lebih bermakna, berkesan dan seronok kepada murid.

Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah ini dilaksanakan mengikut langkah-langkah kecil dalam pengajaran daripada mudah ke sukar. Olson dan Platt (1992) menyatakan bahawa kaedah pengajaran penguasaan kemahiran amat berguna untuk mengajar kemahiran asas, konsep-konsep dan fakta-fakta. Antara teknik yang berkesan ialah:

i. Teknik latih tubi, guru memberikan latihan berulang kali kepada murid supaya murid benar-benar menguasai kemahiran

ii. Teknik bercerita, bertujuan untuk menambahkan pembendaharaan kata murid teutamanya dalam masalah sebutan

Menurut Blair (1988), kebolehan kanak-kanak menceritakan sesuatu yang didengarinya merupakan satu perkara yang positif dalam usaha untuk memperkembangkan kemahiran bertutur mereka. Seperti aktiviti pemerhatian senarai semak, iaitu bercerita, guru boleh melaksanakan aktiviti tersebut sebagai aktiviti yang berkesan membantu kemahiran bertutur murid.

Teknik pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang melibatkan sekumpulan murid yang bertugas sebagai satu pasukan bagi menyelesaikan masalah atau melengkapan satu-satu tugasan demi mencapai sesuatu matlamat yang sama atau kumpulan (Azhar Wahid, 2007). Ia amat sesuai bagi murid-murid yang mepunyai pelbagai latar budaya atau kaum, kebolehan dan keupayaan. Fokus utama pembelajaran koperatif dalam mengatasi masalah kemahiran bertutur ialah melibatkan murid secara bersama-sama dengan guru yang bertindak sebagai fasilitator berusaha mencapai kejayaan yang dikehendaki.

Prinsip-prinsip utama pembelajaran koperatif ialah:

i. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif ii. Saling menggunakan interaksi bersemuka

iii. Akuantabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri iv. Kemahiran koperatif

v. Pemprosesan maklumat secara berkumpulan

Pembelajaran koperatif akan menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam satu kumpulan tugasan. Ini akan mewujudkan satu situasi berkongsi idea

dan penerimaan pandangan secara bersemuka di kalangan mereka. Antara aktiviti yang dicadangkan untuk membantu murid terencat akal ialah:

i. Melakukan simulasi aktivti harian secara berkumpulan contohnya melakonkan aktiviti penggunaan telefon. Murid secara bergilir-gilir melakukan aktivti yang ditetapkan oleh guru

ii. Lakonan sesuatu aksi tertentu seperti cerita menggunakan ‘puppet’. Dialog lakonan disediakan oleh guru dan murid secara berpasangan melakonan gaya yang sesuai dengan dialog yang betul.

iii. Teknik nyanyian secara berkumpulan iaitu guru menyediakan seni kata lagu dan meminta murid secara bersama-sama menyanyi dengan baik.

5.4.3 Pengajaran Adaptif

Dalam proses pengajaran, perbezaan individu harus diberi perhatian kerana pertamanya, dengan mengiktiraf perbezaan setiap murid, guru boleh membantu murid menggunakan pengalaman mereka untuk memahami pengajaran guru. Kedua, dengan memahami perbezaan latar belakang murid sendiri, sebenarnya guru dapat menyelami masalah, kekuatan dan kelemahan murid secara individu.

berbeza. Antara pendekatan pengajaran adaptif yang sesuai digunakan dalam mengatasi masalah pertuturan murid terencat akal ialah pendekatan Remedial (Remedial Approach). Pendekatan ini menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran, atau tingkah laku paling asas yang memberikan faedah kepada murid yang mempunyai masalah pertuturan yang ketara. Sebagai contoh, guru boleh meletakkan murid yang tidak mempunyai masalah pertuturan dalam satu kumpulan dengan murid yang mempunyai kelemahan dalam pertuturan. Guru juga boleh mengajar kemahiran mendengar kepada murid-murid yang tidak mahir dalam sebutan terlebih dahulu sebelum menggunakan pendekatan linguistik sepenuhnya kepada semua murid.

Pendekatan adaptif dapat meningkatkan kejayaan untuk semua murid, tanpa mengambil kira perbezaan individu. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah remedial atau pemulihan terlebih dahulu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Oleh itu dalam pengajaran adaptif ini, prasyarat yang penting ialah guru perlu mengetahui dan memahami tahap kebolehan murid dengan pihilan-pilihan instruksional yang boleh meningkatkan daya penerimaan mereka.

Walaupun dapatan-dapatan kajian ini banyak disokong oleh kajian yang bukan memfokuskan kanak-kanak terencat akal, namun hasil dapatan ini boleh diadaptasi dan diaplikasikan untuk membantu murid terencat akal yang menghadapi masalah sebutan dan pertuturan dalam memaksimakan pembelajaran mereka. Guru-guru pendidikan khas perlu menjana minda secara kreatif dan inovatif untuk menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih sesuai dalam menagani masalah ini.

Tiga langkah yang boleh dilaksanakan guru untuk meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak ialah pertama, guru perlu menyediakan persekitaran yang menggalakkan murid untuk bertututur. Kedua, guru dan individu yang terlibat perlu memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan bebas, dan ketiga, aktiviti-aktiviti yang menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran bertutur perlu digunakan agar murid sentiasa sedia dan lebih selesa. Selain daripada guru-guru, ibu bapa juga merupakan orang yang paling penting bagi memastikan pengajaran pertuturan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Ibu bapa seharusnya selalu bertanya kepada guru apakah masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka dan apakah kaedah-kaedah yang boleh membantu anak-anak mereka dalam pertuturan yang boleh mereka laksanakan sendiri di rumah. Hal ini berlaku kerana pengajaran pertuturan akan lebih efektif jika adanya kesinambungan antara di sekolah dan juga di rumah.

Abd. Rahman Hamdan. 1996. Pengajaran Pertuturan kanak-kanak bermasalah Pendengaran. Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdullah Yusoff. 1995. Fikiran, Persekitaran dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak. Jurnal Dewan Bahasa 39(7): 543 -552

Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed. 2004. Penguasaan Bahasa Melayu

dalam Kalangan Murid Pekak: Suatu Soroton dari Perspektif Linguistik. Jurnal Dewan Bahasa. 639-680.

Ahmad Tahir. 1988. Pengkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu: Pelaksanaan dan Penilaian. Jurnal Dewan Bahasa. 35(6): 543-551

Fey dan Littlewood.1986. Effective Speech to The Deaf. http//www.efectivespeech.com.

Pushaw. 1976. Effective Speech to the Deaf. http//www.effectivespeech.com

Watson et al, 1999. Deaf and Hearing Impaired Pupils in Mainstream School. London: David Fulton Publisher

Yasin Abdul Majid. 1987. Pengajaran Bahasa Melalui Kaedah Bercerita. Jurnal Dewan Bahasa. 32(6): 36-48.

Denes, P.B. & Pinson, E.N. 1993. The speech chain. New York. W.H. Freeman and Company.

Indirawati Zahid. 2006. Fonetik dan fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Tome, E.C.S, Edward, A.P, James, R.P, Carol, A.D (2004). Teaching Student With Special Needs In Inclusive Setting. (4nd ed). United State of America.

Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Khas Malaysia.2000. Buku Panduan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Murid-murid Berkeperluan Khas.

Hallahan, D.P & Kauffman, J.M. (20003). Exceptional children: Introduction to special education. Boston: Allyn and Bacon.

Abdul Razak Habib. (2006) . Kaedah Kajian dalam Pendidikan. Kuala Lumpur Open Univesity Malaysia.

Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan – Bacaan Asas. Kuala Lumpur. DBP

Sellin, D F (1979) Mental Retardation – Nature, Needs and Advocacy. Boston. Allyn and Bacon Inc.

Warren, S.F., & Abbeduto, L. (1992). The relation of communication and language development to mental retardation. American Journal of Mental Retadation, 97(2), 125-130.

Wehmann, P., Moon, M. S., Everson, J.M., Wood, W., & Barcus, J. M. (1988). Transition from school to work: New challenges for youth with severe disabilities. Baltimore: Paul H. Brookes.

Oliver, M. (1990). Understanding disability: From theory to practice. London: Macmillan.

PEMERHATIAN MASALAH DALAM KEMAHIRAN

Dokumen terkait