Kajian Data
3.3.4 Instrumen kajian
Setelah penulis memilih sempel secara rawak dari bilangan populasi yang ditetapkan, penulis memilih beberapa instrumen sebagai teknik atau cara untuk memperolehi dapatan kajian. Penulis telah memilih beberapa instrumen iaitu:
a) Soal selidik b) Kertas Ujian c) Temubual.
1) Soal selidik.
Soal selidik merupakan instrumen yang sering digunakan oleh para pengkaji untuk memperolehi data yang berkaitan melalui pilihan jawapan yang disediakan atau berbentuk subjektif. Dengan menggunakan instrumen ini pengkaji berupaya untuk membuat berbagai bentuk pilihan jawapan seperti kekerapan, ya atau tidak dan sebagainya mengikut kesesuaian bidang yang dikaji oleh pengkaji.
Bentuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup.
Jenis soalan ini mudah untuk dianalisis dan menyenangkan responden untuk memberikan jawapan kerana dia hanya dikehendaki memilih satu dari beberapa jawapan yang diberikan (Syed Arabi: 1998:135).
89
Penulis juga memilih instrument ini berdasarkan pengalaman pengkaji lain yang membuat kajian yang berkaitan dengan disertasi ini iaitu:
1) Noorhayati Hashim. (2009). Keberkesanan Kaedah Noor Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Nahu Bahasa Arab.
2) Mohd Zaki bin Ahmad. (2009). Motivasi Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Di Sekolah Menengah Agama.
3 Azlan bin Abd. Rahman. (2003). Penggunaan Masdar Di Kalangan Pelajar Melayu: Satu Kajian Kes.
Di dalam disertasi ini penulis telah menyiapkan borang soal selidik yang perlu dijawab oleh responden. Borang soal selidik tersebut terbentuk dari 3 bahagian iaitu Bahagian A berkaitan latar belakang responden sebanyak 8 soalan, Bahagian B pula adalah berkaitan responden dengan BA manakala Bahagian C soalan berkaitan responden dan tajuk maṣdar. Terdapat juga soalan berkaitan cadangan di dalam bahagian ini untuk melihat kehendak sebenar para responden bagi memudahkan para pelajar mempelajari dan memahami tajuk ini.
Responden dikumpulkan dan diberikan borang soal selidik.Masa menjawab bagi mengisi borang ini adalah 20 minit. Sebelum responden dibenarkan menjawab, sedikit taklimat diberikan kepada responden bagi memastikan kefahaman soalan dan kelancaran dalam menjawab.
2) Kertas Ujian.
Tamat masa bagi mengisi borang soalselidik yang dibekalkan kepada responden.
Penulis mengeluarkan kertas ujian bagi aktiviti seterusnya. Dalam kertas ini pelajar
90
disoal berkaitan kemahiran mereka di dalam membentuk maṣdar yang terdiri dari maṣdar bagi fi‘l thulāthī mujarrad, fi‘l thulāthī mazīd, fi‘l rubai‘ī mujarrad dan fi‘l rubai‘ī mazīd. Tujuh soalan besar disediakan dalam ujian tersebut. Setiap pelajar perlu menyiapkan semua soalan.
Soalan ini dibina berdasarkan silibus yang telah diterangkan oleh penulis di dalam silibus subjek LA I dan LA II. Soalan kertas ujian ini merangkumi aspek yang telah dipelajari oleh responden. Penulis merujuk kepada soalan latihan dan peperiksaan bagi membina soalan tersebut. Soalan yang tidak berkaitan dengan pembelajaran subjek ini tidak disertakan.
Soalan terbentuk dari dua jenis iaitu soalan berbentuk objektif dan soalan subjektif. Soalan berbentuk objektif diberikan adalah untuk melihat kefahaman pelajar terhadap derivasi kalimah fi‘l yang mempunyai tiga huruf atau lebih seterusnya memilih maṣdar yang sesuai atau sepadan. Soalan ulangan dilakukan dengan menukarkan dari bentuk maṣdar kepada bentuk fi‘l asal bagi maṣdar tersebut. Secara terperinci bagi soalan yang berbentuk objektif menumpukan kepada perkara berikut iaitu:
i) Perubahan fi‘l kepada maṣdar.
Di dalam soalan ini pelajar dikehendaki memilih maṣdar yang tepat mengikut fi‘l yang diberikan. Bentuk-bentuk fi‘l yang disoal adalah seperti berikut:
a) Fi‘l thulāthī mazīd dengan satu huruf b) Fi‘l thulāthī mazīd dengan dua huruf c) Fi‘l thulāthī mazīd dengan tiga huruf
91
ii) Perubahan dari maṣdar kepada fi‘l.
Soalan ini adalah ulangan kepada soalan yang pertama. Namun begitu bagi soalan ini pelajar dikehendaki menukarkan semula dari bentuk maṣdar kepada fi‘l yang juga terbina dari maṣdar thulāthī mazīd satu, dua dan tiga huruf. Walaupun begitu penulis menggunakan perkataan yang berbeza bagi memastikan pelajar benar-benar memahami sebelum menjawab dan membuat pilihan yang tepat. Di sini juga penulis dapat menilai sama ada pelajar menjawab dengan kefahamannya sendiri atau hanya membuat tekaan terhadap jawapan yang diberikan.
Soalan kedua yang berbentuk subjektif adalah bertujuan melihat daya ingatan pelajar terhadap bentuk maṣdar bagi fi‘l thulāthī mujarrad yang terbentuk di atas wazan simā‘ī dan adakala dijumpai di atas wazan qiyāsī. Di samping itu juga penulis ingin melihat kefahaman pelajar terhadap garis panduan yang dilakukan oleh ahli bahasa terdahulu dalam mengkategorikan maṣdar mengikut timbangan wazan-wazan yang tertentu bagi fi‘l thulāthī berdasarkan maksud kalimah tersebut.
Soalan pertama bagi ujian subjektif ini adalah berkaitan penukaran fi‘l thulāthī mujarrad kepada bentuk maṣdarnya yang tersendiri. Penulis memberikan beberapa fi‘l yang biasa atau lāzim iaitu yang sering ditemui oleh pelajar di dalam pembelajaran. Ini adalah bertujuan melihat sejauhmana kekerapan atau keluasan pembacaan pelajar terhadap BA di samping peka terhadap perubahan fi‘l thulāthī mujarrad kepada maṣdarnya yang tersendiri.
92
Soalan yang kedua pula pelajar diberikan bentuk-bentuk maṣdar yang sering ditemui di dalam buku-buku BA. Para pelajar dikehendaki untuk menukar maṣdar ini kepada bentuk fi‘lnya yang asal. Pelbagai bentuk maṣdar diberikan mencakupi penggunaan huruf-huruf ṣahīh dan huruf mu‘tal.
Soalan subjektif yang berikutnya adalah pelajar perlu mengeluarkan wazan bagi maṣdar yang diberikan. Bagi soalan ini penulis telah memilih maṣdar-maṣdar yang terhasil dari binaan fi‘l ruba‘ī. Beberapa bentuk maṣdar fi‘l ruba‘ī diletakkan dalam soalan tersebut bagi melihat tahap kemampuan pelajar mengeluarkan wazan-wazan yang berkaitan bagi menunjukkan kefahaman dan pengetahuan berkaitan maṣdar bagi fi‘l ruba‘ī.
Bagi memperolehi data berkaitan kemahiran pelajar dalam menterjemah fi‘l- fi‘l yang terdiri dari beberapa huruf imbuhan, satu soalan dilakarkan untuk dijawab oleh pelajar. Beberapa potongan ayat yang terbina dari fi‘l thulāthī mazīd dan ayat sambungannya. Pelajar dikehendaki hanya menterjemah fi‘l-fi‘l tersebut mengikut konteks ayat. Soalan berbentuk penterjemahan menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap fungsi-fungsi huruf imbuhan yang terdapat di dalam fi‘l.
(Soalan 1.6) Soalan ini dikemukakan kepada pelajar adalah untuk melihat kefahaman pelajar terhadap maksud perkataan yang diberikan. Kaedah terjemahan merupakan kaedah yang diwarisi secara tradisi (Mohamad Marwan & Rosni bin Samah, 2007). Langkah mudah bagi para guru untuk memahamkan pelajarnya adalah dengan menterjemahkan teks Arab ke dalam bahasa Melayu. Terjemahan ini banyak membantu pelajar untuk memahami subjek yang dipelajarinya (Rosni Samah, 2009).
93
Soalan terakhir berbentuk subjektif yang perlu di jawab oleh pelajar adalah soalan berkaitan pembinaan maṣdar Mīmī. Walaupun tajuk ini tidak termasuk di dalam silibus yang ditetapkan oleh pihak institusi pendidikan berkenaan tetapi penulis ingin melihat sejauhmana kemampuan pelajar memahami kesemua aspek dan topik di dalam tajuk maṣdar. Dalam bahagian ini pelajar diarahkan untuk menukarkan maṣdar-maṣdar kepada maṣdar Mīmī mengikut kaedah perubahan yang betul. Dengan demikian penulis berupaya mengetahui kemahiran dan kebolehan pelajar di dalam menentukan maṣdar tersebut penulis juga dapat melihat tahap kefahaman pelajar terhadap tajuk maṣdar dan jenis-jenis maṣdar yang mudah difahami dan diingati.
3) Temubual.
Setelah kajian dijalankan kepada pelajar yang merupakan responden kepada populasi tersebut, penulis menjalankan sesi temubual terhadap para pengajar di institusi berkenaan berkaitan beberapa perkara yang dianggap penting oleh penulis untuk menyiapkan kajian disertasi tersebut.
Instrumen ini digunakan oleh penulis adalah untuk melihat bagaimana latar belakang tenaga pengajar yang berkaitan dengan pengalaman dan kemahiran.
Penulis juga cuba mendapatkan melalui instrumen ini maklumat berkaitan alat-alat yang digunakan bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih berkesan seterusnya meminta cadangan dan saranan dari pengajar untuk membantu dalam melancarkan sistem pengajian BA.
94