• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan Internet atau ICT (Information and Communication Technology) Teknologi Informasi dan Komunikasi Dalam Pendidikan

2.3 KAJIAN LEPAS

2.4.3 Peranan Internet atau ICT (Information and Communication Technology) Teknologi Informasi dan Komunikasi Dalam Pendidikan

Pada zaman digital dan globalisasi ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menuntun agar perubahan dibuat ke atas kaedah mengajar dan belajar (Robiah, Nor Sakinah, 2007:139). Suatu yang menjadi trend dalam dunia moden sekarang ini ialah pembelajaran melalui laman sesawang atau lebih dikenali dengan ‘website’. Pembelajaran menggunakan laman sesawang ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai e-pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi elektronik. Kaedah ini membolehkan individu

112

mengikuti sesi pembelajaran secara lebih terbuka dan bebas berdasarkan keinginan dan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti jadual atau menghadiri kelas yang ditetapkan.

Menurut Rahimi, Zawawi, Wan Nordin (2005) penyelidikan yang dilakukan mengemukakan objektif pembelajaran bahasa Arab melalui laman web ialah:

a. Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses PdP.

b. Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima.

c. Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP).

d. Mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan alat bantu mengajar.

e. Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik.

f. Menyediakan bahan bantu mengajar yang releven dengan teknologi hari ini.

Sharifah Fatimah Wan Jamel (2013) dalam kajiannya menunjukkan bahawa penggunaan perisian multimedia memainkan peranan penting dalam PdP bahasa Arab. Ini kerana ia meransang domain kognitif pelajar agar mesej pengajaran yang disampaikan boleh difahami dan diingati dalam jangka masa yang lama. Selain itu, pengintegrasian elemen multimedia seperti grafik, audio, animasi dan warna yang dipaparkan. Multimedia juga berperanan merangsang domain afektif pelajar kerana proses penyaluran mesej berlaku dalam keadaan yang bermakna dan berkesan. Dan yang

113

terakhir multimedia juga berperanan sebagai domain psikomotor pelajar kerana wujudnya interaksi bermakna antara guru, pelajar dan bahan pengajaran.

Telah banyak laman sesawang, perisian seperti Facebook, WhatsApp, Instagram yang digunakan sebagai medium mempromosikan kaedah PdP lebih terbuka dan menarik dalam keadaan yang tidak formal tapi memberi kesan dalam perkembangan pendidikan. Data menunjukkan kepada pelayar Facebook contohnya pada tahun 2014 sahaja, terdapat sejumlah 20.7 juta pelanggan jalur lebar dengan 85 peratus terdiri daripada pelanggan jalur lebar mudah alih. Melalui statistik yang disediakan oleh Facebakers (http://techcrunch.com/tag/facebakers/) yang menyediakan data pengguna Facebook, yang mana dikemaskini setiap hari mendapati seramai 3.4 juta orang ataupun lebih 52 peratus orang adalah pengguna lelaki, dan bakinya, 48 peratus adalah pengguna perempuan.

Perkembangan ini perlu digunakan sebaiknya oleh para pengajar atau para pelajar untuk memaksimakan kemudahan teknologi yang sedia ada. Kekangan mendapatkan kepakaran asing dengan mudah diperolehi dengan adanya teknologi masa kini, kepakaran mereka dapat diperolehi hanya melayari internet pada bila-bila masa tanpa had dan batasan. Sudah ada buku-buku yang menyelitkan CD percuma sebagai bahan sampingan dan bantuan PdP seperti buku ‘Belajar Bahasa Arab’ (Wan Rusli Wan Ahmad, 2009). Begitu juga banyak laman sesawang yang menyediakan pembelajaran secara percuma dan berbayar sama ada dalam bahasa Arab atau bahasa Malaysia. Rahimi Bin Md. Saad, Zawawi Bin Ismail dan Wan Nordin Wan Abdullah (2005) dalam

114

kajian mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web telah menyatakan bahawa antara objektif pembelajaran berasaskan laman sesawang ialah:

a. Mencapai keberkesanan yang maksimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

b. Pembelajaran yang maksima dalam jangka waktu yang singkat dan kos yang minima.

c. Kesejagatan sumber pengajaran dan pembelajaran.

d. Mengurangkan bebanan dan menjimatkan masa guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar.

e. Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik. f. Menyediakan bahan bantu mengajar yang relevan dengan teknologi hari ini.

Dalam kajian Rahimi Bin Md. Saad, Zawawi Bin Ismail dan Wan Nordin Wan Abdullah (2005) ini mereka telah menyenaraikan laman sesawang dalam bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Serta menyatakan beberapa cabaran penggunaan laman sesawang dalam PdP bahasa Arab. Apa yang dilihat dewasa ini, penggunaan laman sesawang semakin meluas dan berkembang. Ramai penulis dan pengajar yang menggunakan kemudahan internet untuk mengembangkan idea atau teknik dengan memperkenalkan kepada orang ramai sama ada secara percuma atau berbayar seperti modul pembelajaran sebutan al-Quran al-Karim dalam aplikasi Android dan Iphone banyak aplikasi yang boleh diaplikasi walaupun ada kelebihan dan kekurangannya. Ada yang bersifat aplikasi tempatan dan ada yang merupakan aplikasi antarabangsa.

115 2.5 PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA

Di Malaysia, sistem pembelajaran bahasa Arab di Malaysia khususnya bidang fonetik boleh dilihat berdasarkan objektif dan tujuan pembelajaran bahasa Arab itu dipelajari. Menurut Naimah Abdullah (2009) dalam kajiannya terhadap keperluan pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan ibadah contohnya boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat seperti berikut:

a. Peringkat Sekolah Rendah & Menengah. Pada peringkat ini bahasa Arab diletakkan di bawah kelolaan Jabatan Pengajian Islam & Moral (JAPIM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:

i. Bahasa Arab j-QAF (Jawi, al-Qur'an, Bahasa Arab & Fardu Ain)- Bahasa Arab Sekolah Rendah.

ii. Bahasa Arab KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan di sekolah pada tahun 1989 mengikut jawatankuasa Kabinet (1979) dan dnyatakan dalam perakuan 58). Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Menengah Agama, MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

iii. Bahasa Arab Tinggi- bahasa Arab Tinggi Sekolah Menengah.

Selain itu terdapat juga sistem pembelajaran bahasa Arab di peringkat sekolah yang dijalankan secara swasta atau persendirian dan tidak diletakkan di bawah KPM seperti bahasa Arab yang terdapat di sekolah agama persendirian dan sekolah tahfiz. Ia

116

lazimnya dijalankan mengikut kehendak dan keperluan sesuatu institusi dengan menggunakan sukatan sendiri atau mengikut sukatan KPM.

b. Peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS). Kursus bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi ini biasanya diuruskan sendiri oleh institut yang bertanggungjawab. Ia dijalankan di beberapa peringkat seperti, peringkat Sijil, peringkat Diploma, peringkat ljazah Sarjana Muda, peringkat Pasca Siswazah (Sarjana & Kedoktoran).

c. Peringkat dewasa. Ia dijalankan di institusi seperti institut pengajian tinggi (seperti yang ditawarkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), masjid, sekolah pondok dan juga pusat latihan swasta atau persendirian yang mempunyai modul yang khusus.

d. Peringkat umum. Kursus bahasa Arab ini dijalankan sama ada secara formal atau tidak formal oleh individu atau institusi tertentu melalui pembelajaran di laman web secara atas talian secara percuma atau pun melalui media cetak (seperti akhbar) dan media elektronik (seperti radio).

Dari kedudukan bahasa Arab itu sendiri, baru kita dapat letakkan di mana kedudukan pembelajaran fonetik Arab diletakkan. Namun jika pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan ibadat khususnya pembelajaran al-Quran al-Karim, maka pembelajaran fonetik pada tahap itu sangat penting.

117

Kita sedia maklum bahawa bahasa Arab merupakan bahasa kedua atau ketiga selepas bahasa ibunda bagi masyarakat Sabah yang berbilang kaum. Pemerolehan bahasa Arab sebagai bahasa kedua sudah semestinya bukan bersifat semulajadi. Oleh itu bahasa kedua boleh diperolehi secara semulajadi atau secara terancang. Bahasa Arab di Malaysia merupakan bahasa kedua atau ketiga dan bukan merupakan bahasa ibunda. Maka pengajaran dan pembelajarannya perlu dibuat secara terancang.

Pada era 90 an baru muncul kaedah fonik tanpa ejaan yang menggunakan buku Iqra’ dan Qiraati. Di samping ada keadah lain tetapi tidak terkenal dan hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja seperti kaedah Hattawiyyah. Pada tahun 2002 muncul kaedah cerakinan perkataan yang mengunakan kaedah al-Barqy sebagai teras pembelajarannya. Kesemua kaedah ini diambil dari Indonesia.

Noornajihan, Norakyairee Mohd Raus dan Muhammad Hafiz Saleh (2015), membahagikan pmbelajaran al-Quran al-Karim kepada pembahagian berikut:

a. Pembelajaran al-Quran al-Karim melalui kaedah mengeja dan fonetik seperti kaedah Muqaddam, al-Baghdadiah, Qiraati, Iqra’ dan Hattawiyah.

b. Keadah pembelajaran al-Quran al-Karim melalui buku dan bahan bantu mengajar seperti kaedah al-Hira’, al-Barqy, al-Furqan dan kaedah A Ba Ta.

c. Kaedah pembelajaran melalui teknik al-Baghdadi dengan ABM (alat bantu mengajar) seperti alat ketuk.

118

Kebanyakan kaedah atau buku yang merujuk kepada latihan sebutan huruf sangat banyak di pasaran, namun beberapa hal yang harus diambil kira dan diperhatikan ialah modul ini mengemukakan teori pembelajaran huruf secara alif, ba’ hanya segelintir sahaja yang tidak mengikuti teori tersebut seperti kaedah teknik al-Baghdadi. Begitu juag dengan sistem tulisan huruf dalam modul ini mengikut bentuk huruf yang bermula dengan alif, ba’, ta’ dan seterusnya yang mempunyai bentuk tulisan yang sama, kemudian huruf jim sehingga pada kāf, lām dan mim serta wāu. Ini dapat dilihat melalui