• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISI KANDUNGAN

Dalam dokumen Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu (Halaman 31-42)

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN PERHARGAAN PENDAHULUAN - HASIL PEMBELAJARAN - KEMAHIRAN BAHASA - SISTEM BAHASA - PENGISIAN KURIKULUM - LANGKAH-LANGJAH PENGAJARAN LAMPIRAN REFLEKSI BIBLIOGRAFI KOLABORASI PERHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kami Encik Hj.Rosli Bin Ab.Ghani atas bimbingan dan panduan yang telah diberikannya sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Segala tunjuk ajar dan didikan yang telah beliau curahkan tidak akan saya lupakan.

Jutaan penghargaan dan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberikan tunjuk ajar serta sokongan bagi menyempurnakan tugasan ini dengan menyeluruh. kami berharap agar tugasan bagi subjek ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya kerana melalui tugasan ini banyak ilmu pengetahuan yang saya perolehi.

Semoga ilmu yang saya perolehi dapat diadaptasikan semasa proses pengajaran yang akan kami tempuhi di sekolah kelak. Kerjasama daripada anda semua amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

BUKU

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum

Abdullah Hassan. 1989. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti.

Kamus Dewan. (1996). Ed. ke-4. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. INTERNET http://www.docstoc.com/docs/20629161/RANCANGAN-PENGAJARAN-HARIAN-Mata-Pelajaran-Bahasa-Melayu-Kelas http://www.slideshare.net/guest8fbccf/pengajaran-bahasa-melayu http://www.google.com.my/url? sa=t&source=web&ct=res&cd=6&ved=0CCgQFjAF&url=http%3A%2F %2Feprints.usm.my%2F6873%2F1%2FDocument-14336_Version- 15023_application-pdf_0.pdf&rct=j&q=pengajaran+bahasa+melayu&ei=PD2mS6f9NMO6r Afjlcj3CA&usg=AFQjCNHQI0ZQmEIwM8WbjZIfIHIe2puzmQ

Fokus Utama

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca.

Aras 1

i. Mencatat nota dalam bentuk grafik.

Fokus Sampingan

• 1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat

Aras 2

i.Menerangkan maklumat yang tersurat dan tersirat tentang sesuatu peristiwa.

• 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2

i.Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Kemahiran Bernilai Tambah

• Kecerdasan Pelbagai

 verbal linguistik, interpersonal, intrapesonal • Konstektual

 bekerjasama, menghubungkait • Konstruktivisme

 menilai, boleh menerangkan

Aktiviti 1

• Murid mencari isi tersurat dan tersirat mengenai petikan ‘Sayangi Alam Sekitar’ dan persembahkan dalam bentuk peta minda.

Langkah-langkah

 Murid mendapatkan petikan bertajuk ‘cintailah alam sekitar’ daripada guru.

 Murid berada didalam kumpulan masing-masing.

 Murid-murid akan membaca petikan secara senyap dalam kumpulan.  Murid-murid mencari isi tersurat dan tersirat didalam petikan.

 Murid-murid akan merangka isi-isi tersebut dalam peta minda.

 Wakil setiap kumpulan akan mendapatkan kertas mahjong untuk diisi peta minda.

 Murid-murid akan mempersembahkan peta minda di hadapan kelas.

Aktiviti 2

• Menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan ’Sayangi Alam Sekitar’ yang dibaca

Langkah-langkah

 Murid memberikan tumpuan terhadap guru yang bercerita kepada murid tentang cerita terdapat dalam petikan.

 Murid bersoal jawab dengan guru berkaitan dengan petikan.  Murid mendapatkan lembaran kerja daripada guru.

 Murid diberikan masa untuk menjawab lembaran kerja yang diberikan.  Murid membacakan jawapan yang ditulis semasa sesi perbincangan.  Murid membuat pembetulan.

Aktiviti 3

• Murid membuat lakonan berdasarkan situasi perbualan petikan bertemakan ‘Sayangi Alam Sekitar”

Langkah-langkah

 Murid mendapatkan petikan perbualan yang mengambarkan situasi bertemakan ‘Sayangi Alam Sekitar’ daripada guru.

 Murid berada didalam kumpulan masing-masing.  Murid akan membaca petikan secara senyap.

 Setiap murid dalam kumpulan akan melakonkan watak masing-masing berdasarkan kepada petikan yang telah dipamerkan.

Refleksi keseluruhan

Tugasan Kerja Kursus pendek bagi subjek Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah(3101) ini merupakan satu cabaran baru kepada kami. Subjek dibawah kendalian Jabatan Bahasa Melayu ini banyak memberikan input dalam kemahiran menganalisis unsur-unsur dalam sukatan pelajaran, menghayati organisasi sukatan pelajaran serta dalam merangcang aktiviti berdasarkan aras pembelajaran yang sesuai. Pensyarah pembimbing dalam subjek ini ialah Tuan Hj Rosli Bin Ab. Ghani, melalui perkongsian ilmu yang dicurahkan, beliau membekalkan kami dengan pelbagai persediaan terutama dari aspek teori dan praktikal didalam sesi kuliah khususnya waktu ditugaskan ke sekolah nanti. Bagi subjek ini, secara dasarnya dapat kami katakan kandungan pelajarannya adalah lebih kepada pemahaman sebagai seorang guru terhadap sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Ia sebagai pendedahan awal kepada guru-guru pelatih untuk mengkaji dan menghayati Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, merancang aktiviti dan membuat langkah-langkah pengajaran. Selain itu juga ada dibincangkan bagaimana cara-cara membuat analisis dan menerapkan kemahiran Bernilai Tambah dalam merencanakan aktiviti.

Pada peringkat awal pembelajaran kursus ini,kami banyak didedahkan dengan analisis huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahap satu dan tahap dua.Ini penting bagi mendedahkan pengetahuan awal sebelum belajar secara lebih mendalam. Seterusnya kami diperkenalkan dengan kebolehan merancang serta menghubungkaitkan sukatan pelajaran dengan kemahiran bernilai tambah serta membuat analisis. Didalam kelas juga kami telah dutugaskan untuk membuat beberapa aktiviti dan dibentangkan didalam kelas sebagai persediaan awal dalam merancang aktiviti serta membuat langkah pengajaran

Setelah pembelajaran teori sewaktu kuliah,saya telah menerima tugasan KKP BMM 3101. Tugasan berdasarkan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan kami menyediakan tiga aktiviti pengajaran.

Untuk menyiapkan tugasan ini,kami perlu mendapatkan huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahap satu dan tahap dua. Kami membuat beberapa rujukan dan carian bagi mendapatkan sukatan pelajaran ini. Ianya sedikit merumitkan apabila ada yang tidak dapat dimuat turun daripada internet. Setelah itu, bagi tugasan yang pertama memerlukan kami membuat analisis mengenai unsure-unsur dalam Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran. Setelah membuat analisis kami membuat ringkasannya dalam bentuk grafik.

Seterusnya ialah merancang aktiviti pengajaran,terdapat sedikit masalah dalam merangcang aktiviti ini. Permasalah tersebut ialah untuk memilih sukatan pelajaran bagi tahun berapa. Setelah menbuat analisis dan rujukan kami memilin untuk merancang aktiviti berdasarkan sukatan pelajaran tahun empat.setelah itu,kami memilih aras pembelajaran yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dirancang. Kami membahagikan aras pembelajaran kepada fokus utama dan fokus sampingan. Kami marancang aktiviti berdasarkan aras pembelajaran dengan menerapkan kemahiran bernilai tambah.

Selepas itu, dalam membuat perancangan aktiviti, kami perlu mendapatkan beberapa contoh Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap sabagai panduan untuk membuat langkah-langkah pengajaran. Setelah berjaya mendapatkan contoh RPH kami telah merancang aktiviti pembelajaran dengan berpandukan kepada aras pembelajaran,penerapan kemahiran bernilai tambah dan menyediakan langkah-langkah pengajaran yang sesuai.

Kesimpulannya, kami telah banyak mendapat pengajaran daripada kursus ini. Impaknya adalah sebagai seorang bakal guru, saya bukan sahaja menyiapkan diri saya dengan ilmu dan kemahiran dalam melaksanakan proses pengajaran-pembelajaran sahaja tetapi juga menjadi rol model kepada para pelajar pada masa depan. Profesion keguruan perlu dipelihara melalui personaliti guru. Dengan itu, ciri-ciri dan personal yang ditunjukkan oleh guru akan dijadikan ikutan dan bebas daripada sebarang gejala sosial.

REFLEKSI

(MOHAMAD IZAR BIN KAMARUZAMAN)

Tugasan Kerja Kursus Pendek bagi matapelajaran Pengajian Ssukatan Pelajaran Bahasa melayu Sekolah Rendah (BMM3101) ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu menyediakan

perancangan tiga aktiviti dan langkah-langkah pengajaran yang bsesuai dengan menerapkan beberapa unsur-unsur Kemahiran Bernilai Tambah. Dalam merangcang aktiviti pengajaran ini,saya perlu menelaah Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terlebih dahulu. Saya juga membuat rujukan beberapa contoh Rancangan Pengajaran Harian(RPH) guru bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Walaupun saya tidak begitu mahir dalam merancang aktiviti pengajaran ini.namun hasil bimbingan pensyarah pembimbing berkaliber Tuan Haji Rosli Bin Ab. Ghani telah

mendedahkan saya dengan beberapa kemahiran iaitu kemahiran mencari isi kandungan dankefahaman maklumat, merancang dan menghubungkait aras pelajaran serta membuat analisis sehinggalah untuk merangcang aktiviti pengajaran.

Saya dan ahli kumpulan saya Ahmad Asyraf telah memilih Sukatan Pelajaran bagi tahun empat untuk aktiviti pengajaran. Setelah mendapat kata sepakat memilih tahun empat,saya saya telah membuat pengumpulan

maklumat dan menganalisis unsur-unsur terdapat dalam sukatan pelajaran tahun empat. Langkah pertama yang dilakukan ialah memilih aras

pembelajaran yang sesuai dan menentukan fokus utama serta fokus sampingan dalam proses merancang aktiviti. Ini penting bagi menentukan hasil pembelajaran supaya perancangan aktiviti menjurus kepada fokus utama terhadap murid.

Berbekalkan bahan yang diedarkan oleh pensyarah semasa

kuliah,antaranya nota-nota serta penerangan kuliah yang jelas telah banyak memberikan saya panduan dalam merancang aktiviti ini.. Selain itu rujukan secara ’on-line’ melalui internet dan blog banyak membantu saya. Selain daripada internet,saya juga membuat rujukan di perpustakaan dengan mendapatkan buku teks Bahasa Melayu tahun empat disamping

mendapatkan Huraian Sukatan Pelajaran tahun 4. Bahan dari internet yang akan dicantumkan dengan bahan dari buku teks untuk mendapatkan hasil yang lebih matang.

Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan

pensyarah juga terganggu karana pensyarah terlibat dalam progran

Memperkasakan Bahasa Melayu dan sukar untuk saya berkolaborasi serta tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu talian internet maktab yang menahan website telah menyukarkan saya kerana ada yang tidak dapat dibuka untuk dibuat rujukan.

Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran ini. Ia mejadikan saya seorang yang mahir

merancang aktiviti pengajaran berdasarkan aras-aras pembelajaran. Tugasan ini juga menjadikan saya teliti dan mempunyai sikap menyelidik untuk

bagaimana menjadikan proses pengajaran yang berkesan. Pengetahuan ini akan saya terapkan semasa saya menjalankan praktikum disekolah serta setelah saya bergelar seorang guru nanti,insyaAllah.

ANALISIS

Dalam dokumen Contoh Kerja Kursus Bahasa-melayu (Halaman 31-42)

Dokumen terkait