• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual Kerja-Kerja Perkhidmatan Pembersihan Ruang Tandas dan Surau 1 Pembersihan Ruang Tandas dan Surau

Dalam dokumen MAJLIS PERBANDARAN KLANG (Halaman 50-53)

JABATAN PENGURUSAN HARTA MAJLIS PERBANDARAN KLANG

SEKITARNYA 1. Umum

26. Jadual Kerja-Kerja Perkhidmatan Pembersihan Ruang Tandas dan Surau 1 Pembersihan Ruang Tandas dan Surau

d) Kontraktor perlu sentiasa menjaga kepentingan Majlis dalam setiap aktiviti kerja yang dilakukan terutama kawasan kerja. Kontraktor hendaklah sentiasa mengimbuh Yang Dipertua dan Pegawai Majlis terhadap semua tuntutan untuk gantirugi, pampasan atau lain-lain hukuman yang timbul daripada atau mengenai kerja-kerja yang dijalankan di bawah kontrak ini pada masa menandatangani kontrak ini. Semasa menandatangani kontrak ini, kontraktor hedaklah mengambil polisi insuran yang diluluskan oleh Yang Dipertua Majlis terhadap apa-apa tanggungan awam untuk tempoh kontrak ini.

26. Jadual Kerja-Kerja Perkhidmatan Pembersihan Ruang Tandas dan Surau 26.1 Pembersihan Ruang Tandas dan Surau

Ruang tandas hendaklah dibersihkan setiap masa dan pembersihan adalah secara berterusan. Pembersihan ruang tandas juga merangkumi sapuan di dalam bangunan dan juga di luar kawasan seperti kawasan meletakkan kenderaan yang masih di dalam sempadan kawasan dan pembersihan longkang di sekeliling dan di bahagian dalam pejabat.

Sapuan dan pembersihan kawasan hendaklah dijalankan seperti dalam jadual berikut:

Lokasi Kerja-kerja Pembersihan

Tandas • Perlu sentiasa bersih disebabkan terdapat pekerja tetap untuk pembersihan tandas dengan kerap.

• Tandas hendaklah dibuka / beroperasi berdasarkan aktiviti sekitar / arahan Majlis.

Surau • Perlu membersih dan menyapu ruang surau, dinding dan kawasan sekitar.

26.2 Menyapu Jalan/ Lorong / Kawasan

26.1.1 Jadual Menyapu Jalan/ Lorong Pejalan Kaki/ Kaki Lima

Kawasan Kekerapan

Jalan/ Lorong pejalan kaki / kaki lima

Pembersihan setiap hari di jalan/ lorong pejalan kaki/ kaki lima termasuk menyapu lorong pejalan kaki/ kaki lima. Jalan dan lorong hendaklah sentiasa bersih.

26.2.2 Spesifikasi dan Standard

a) Kerja-Kerja menyapu jalan mestilah mengikut jadual yang ditetapkan;

b) Pekerja hendaklah menyapu dan dilarang membiarkan daun kering mereput di tepi pagar pemisah sempadan antara jalan premis dengan jalan dan parit utama;

c) Pagar pemisah sempadan antara jalan premis dengan jalan utama dan parit utama hendaklah dibersihkan supaya tidak ada daun atau sampah tersangkut;

d) Pekerja dilarang sama sekali menyapu pasir ke dalam ‘scupper drain’ di tepi jalan dan

hendaklah memastikan ‘scupper drain’ sentiasa bersih dan tidak tersumbat agar aliran

air tidak terganggu terutamanya sekiranya hujan lebat;

e) Kerja-kerja menyapu jalan di kawasan premis hendaklah dijalankan setiap pagi - (untuk memudahkan kerja menyapu sebelum ada kenderaan diletakkan);

f) Semua sampah yang disapu hendaklah dimasukkan terus ke dalam tong sampah beroda yang dibawa bersama semasa kerja sapuan jalan. Dilarang meletakkan beg plastik di tepi jalan utama/ laluan jalan kawasan perniagaan;

g) Semua kawasan hendaklah disapu dan dibersihkan daripada apa-apa jua sampah sarap.

26.3 Memotong Rumput

26.3.1 Jadual Memotong Rumput

Kawasan Kekerapan

Rumput di sekeliling Bangunan Tandas dan surau

Setiap 2 kali sebulan atau pemotongan apabila had ketinggian rumput lebih daripada ½ inci daripada permukaan bumi.

26.3.2 Spesifikasi dan Standard

a) Had ketinggian rumput puratanya ½ inci daripada permukaan bumi;

b) Rumput di tepi longkang dan bahu jalan hendaklah dipotong dengan kemas; c) Sampah selepas memotong rumput hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik

dan dilupuskan segera dalam tempoh dua puluh empat (24) jam;

d) Semua sampah atau daun-daun yang ada di atas bahu jalan atau tanah lapang hendaklah dibersihkan semasa kerja pemotongan rumput dijalankan. Jalan hendaklah disapu setelah selesai kerja-kerja pemotongan rumput;

e) Kerja-kerja hendaklah dilakukan mengikut pusingan dan kakitangan yang ditugaskan hendaklah mencukupi;

f) Rumput selepas bahu jalan hendaklah dipotong seluas kawasan yang telah ditetapkan oleh Majlis; dan

g) Meracun rumput adalah dilarang (kecuali setelah mendapat kebenaran atau arahan daripada pihak Majlis).

26.4 Mencuci Longkang

26.4.1 Jadual Mencuci Longkang

Kawasan Kekerapan

Longkang di sekeliling Bangunan Tandas dan surau Setiap hari

26.4.2 Spesifikasi dan Standard

a) Semua longkang mestilah dibersihkan mengikut jadual dan perlu memastikan ia bersih setiap masa dan pembersihan perlu dibuat segera sekiranya terdapat aduan.

b) Kerja-kerja termasuklah pembersihan ‘scupper drain’, ‘sump’ dan perangkap

sampah (manhole) yang ada di sepanjang jalan/ longkang tersebut.

c) Kerja-kerja yang tersebut di atas hendaklah dibuat mengikut standard kerja yang ditetapkan.

d) Meletakkan sisa/ sampah dari longkang di atas jalan raya/ bahu jalan adalah dilarang sama sekali. Sisa longkang mesti dimasukkan terus ke dalam beg plastik selepas dikorek keluar dari longkang.

e) Sampah yang dikumpulkan dalam beg plastik tadi hendaklah dikutip dan dihantar ke tapak pembuangan sampah dalam tempoh dua puluh empat (24) jam.

26.5 Pembersihan Parit, Luring dan Perangkap Sampah

26.5.1 Pembersihan Dinding Parit Dan Di Celah-Celah Pagar Sempadan

Segala bentuk rumput rumpai, tumbuhan liar dan sebagainya yang terdapat di sepanjang bahagian atas dinding parit, celah pagar sempadan, pagar penghadang, di permukaan dinding dan lain-lain seperti yang diarahkan hendaklah dicabut, dikumpul dan dibuang. Pokok-pokok yang tumbuh liar dalam kawasan simpanan parit yang menghalang kerja-kerja pembersihan hendaklah dipotong atau dipangkas. Segala sampah dari kerja di atas hendaklah dikumpulkan dan dibuangkan.

Pembersihan dinding parit dan di celah-celah pagar sempadan hendaklah dibuat dua (2) kali pusingan sebulan.

26.5.2 Pembersihan Luring (Manhole)

Segala bentuk sampah sarap, mendapan (spt. pasir, batu, tanah, lumpur dll.), rumput rampai dan sebagainya yang menyekat laluan air hendaklah dikeluarkan dikumpulkan dan dibuangkan.

Pembersihan luring (manhole) ini juga termasuklah membersihkan dasar takungan

Penggunaan jentera bagi mengeluarkan sisa mendapan di luring (manhole) dan kolam tadahan hendaklah dibuat satu (1) kali pusingan bagi setiap bulan.

Manakala bagi pembersihan sampah dan rumput rampai dibuat empat (4) kali pusingan sebulan.

26.5.3 Pembersihan Jejaring / Perangkap Sampah

Segala bentuk sampah sarap, rumput rampai dan sebagainya yang menyekat laluan air hendaklah dikeluarkan dikumpulkan dan dibuangkan.

Pembersihan jejaring / perangkap sampah hendaklah dibuat setiap hari. 26.5.4 Pembuangan sampah

a) Segala bentuk sampah sarap dan bahan-bahan buangan longgokan rumput rumpai hendaklah dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam karung plastik dan dibuangkan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam.

b) Kesemua bahan-bahan buangan sampah pertanian dan lain-lain yang tidak boleh dimasukkan ke dalam karung plastik hendaklah dikumpulkan dan dibuang dalam tempoh dua puluh empat (24) jam.

26.6 Bangkai binatang

Kesemua bangkai binatang dan benda-benda lain yang berbau busuk yang terdapat di dalam kawasan kerja hendaklah dibuang dengan serta-merta ke tapak pelupusan sampah yang dibenarkan.

26.7 Penggunaan Racun

Tiada racun rumpai boleh digunakan melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pegawai Penyelia.

26.8 Penyelenggaraan Lanskap

Menyelenggara semua jenis pokok seperti memotong, ‘trim’, menyiram dan membaja serta mencabut pokok yang telah mati dan membersihkan kawasan tersebut.

27. Penyediaan Papan Tanda Maklumat Kontraktor Dan Jadual Perkhidmatan

Dalam dokumen MAJLIS PERBANDARAN KLANG (Halaman 50-53)