• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jadual Kerja-Kerja Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Plaza MPK, Gerai Makan, Surau, Pejabat/Kaunter Majlis serta Tandas

Dalam dokumen MAJLIS PERBANDARAN KLANG (Halaman 54-59)

JABATAN PENGURUSAN HARTA MAJLIS PERBANDARAN KLANG

SPESIFIKASI DAN SKOP PERKHIDMATAN KERJA PEMBERSIHAN BANGUNAN KOMPLEKS PERNIAGAAN LIMA (5) TINGKAT PLAZA MPK, JALAN POS BARU, KLANG DAN KAWASAN

27. Jadual Kerja-Kerja Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Plaza MPK, Gerai Makan, Surau, Pejabat/Kaunter Majlis serta Tandas

d) Kontraktor perlu sentiasa menjaga kepentingan Majlis dalam setiap aktiviti kerja yang dilakukan terutama kawasan kerja. Kontraktor hendaklah sentiasa mengimbuh Yang Dipertua dan Pegawai Majlis terhadap semua tuntutan untuk gantirugi, pampasan atau lain-lain hukuman yang timbul daripada atau mengenai kerja-kerja yang dijalankan di bawah kontrak ini pada masa menandatangani kontrak ini. Semasa menandatangani kontrak ini, kontraktor hedaklah mengambil polisi insuran yang diluluskan oleh Yang Dipertua Majlis terhadap apa-apa tanggungan awam untuk tempoh kontrak ini.

27. Jadual Kerja-Kerja Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Plaza MPK, Gerai Makan, Surau, Pejabat/Kaunter Majlis serta Tandas

27.1 Pembersihan Bangunan Plaza MPK, Gerai Makan, Surau, Pejabat serta Tandas Bangunan Plaza MPK, gerai makan, surau, pejabat/kaunter Majlis dan tandas hendaklah dibersihkan sepanjang hari walaupun perniagaan beroperasi ataupun tidak beroperasi. Pembersihan bangunan juga merangkumi sapuan di dalam dan di luar kawasan meletak kenderaan yang masih di dalam sempadan dan pembersihan longkang di dalam dan di sekeliling bangunan.

Sapuan dan pembersihan kawasan hendaklah dijalankan 3 kali sehari seperti dalam jadual berikut:

Lokasi Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3

Dalam Dan Luar

Bangunan 8.00 pagi hingga 9.00 malam

Gerai Makan 8.00 pagi Sebelum jam 3.00 petang

Sebelum jam 9.00 malam

Pejabat / Kaunter 9.00 pagi - -

Surau - Sebelum jam 12.00

tengahari -

Tandas 8.00 pagi hingga 9.00 malam

27.2 Menyapu Jalan/ Lorong / Kawasan Perniagaan 27.2.1 Jadual Menyapu Jalan / Lorong

Kawasan Kekerapan

Jalan Utama dan Lorong pejalan kaki

Setiap hari dan membersih jalan persiaran /utama dalam tempoh 2 jam sekiranya berlaku tumpahan atau sampah terjatuh ke atas jalan, termasuk menyapu dan membersihkan pejalan kaki yang ada di jalan utama lorong. Jalan dan lorong hendaklah sentiasa bersih.

Kawasan Perniagaan, Tempat Meletak Kenderaan dan lorong bas.

Setiap hari (mula kerja jam 8.00 pagi). Pekerja hendaklah membawa tong beroda semasa kerja sapuan dijalankan dan memasukkan sampah terus ke dalam tong.

27.2.2 Spesifikasi dan Standard

a) kerja-kerja menyapu jalan mestilah mengikut jadual yang ditetapkan;

b) pekerja dilarang menyapu dan membiarkan daun kering mereput di tepi pagar pemisah sempadan antara jalan perumahan dengan jalan dan parit utama;

c) pagar pemisah sempadan antara jalan perumahan dengan jalan utama dan parit utama hendaklah dibersihkan supaya tidak ada daun atau sampah tersangkut;

d) pekerja dilarang sama sekali menyapu pasir ke dalam ‘scupper drain’ di tepi jalan dan

hendaklah memastikan ‘scupper drain’ sentiasa bersih dan tidak tersumbat agar aliran

air tidak terganggu terutamanya sekiranya hujan lebat;

f) semua sampah yang disapu hendaklah dimasukkan terus ke dalam tong sampah beroda yang dibawa bersama semasa kerja sapuan jalan. Dilarang meletakkan beg plastik kuning di tepi jalan utama/ laluan jalan kawasan perniagaan dan;

g) semua perhentian bas yang ada dalam laluan hendaklah disapu dan sampah dalam tong sampah perhentian bas dibersihkan setiap hari. (jika ada)

27.3 Memotong Rumput

27.3.1 Jadual potong rumput

Kawasan Kekerapan

Kawasan Kontrak 2 kali sebulan

- pusingan 1 [7 haribulan pada setiap bulan] - pusingan 2 [21 haribulan pada setiap bulan] 27.3.2 Spesifikasi dan Standard

a) had ketinggian rumput puratanya 1/2 inci dari permukaan bumi;

b) rumput di tepi longkang dan bahu jalan hendaklah dipotong dengan kemas;

c) sampah selepas memotong rumput hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik dan dilupuskan segera dalam tempoh dua puluh empat (24) jam;

d) semua sampah atau daun-daun yang ada di atas bahu jalan atau tanah lapang hendaklah dibersihkan semasa kerja pemotongan rumput dijalankan. Jalan hendaklah disapu setelah selesai kerja-kerja pemotongan rumput;

e) kerja-kerja hendaklah dilakukan mengikut pusingan dan kakitangan yang ditugaskan hendaklah mencukupi;

f) bagi kawasan jalan utama dan bahu jalan hendaklah menyapu/mencakar sampah dan daun kering dilakukan pada setiap hari;

g) rumput selepas bahu jalan hendaklah dipotong seluas kawasan yang telah ditetapkan oleh Majlis;dan

h) meracun rumput adalah dilarang (kecuali setelah mendapat kebenaran atau arahan daripada pihak Majlis).

27.4 Mencuci Longkang

27.4.1 Jadual Mencuci Longkang

Kawasan Kekerapan

Longkang di dalam dan disekeliling Hentian Pelabuhan Klang/ Lorong Bas / Tandas Tingkat Bawah.

4 kali sebulan

- pusingan 1 [7 haribulan pada setiap bulan] - pusingan 2 [14 haribulan pada setiap bulan] - pusingan 3 [21 haribulan pada setiap bulan] - pusingan 4 [28 haribulan pada setiap bulan]

27.4.2 Spesifikasi dan Standard

a) Semua longkang mestilah dibersihkan mengikut jadual dan perlu memastikan ia bersih setiap masa dan pembersihan perlu dibuat segera sekiranya terdapat aduan. b) Kerja-kerja termasuklah pembersihan ‘scupper drain’, ‘sump’ dan perangkap sampah

(manhole) yang ada di sepanjang jalan/longkang tersebut.

c) Kerja-kerja yang tersebut di atas hendaklah dibuat mengikut standard kerja yang ditetapkan.

d) Meletakkan sisa/sampah dari longkang di atas jalan raya/ bahu jalan adalah dilarang sama sekali. Sisa longkang mesti dimasukkan terus ke dalam beg plastik selepas dikorek keluar dari longkang.

e) Sampah yang dikumpulkan di dalam beg plastik hendaklah dikutip dan dihantar ke ke dalam tong sampah di tapak pembuangan sampah yang disediakan oleh pihak Majlis dalam tempoh dua puluh empat (24) jam.

27.5 Pembersihan Longkang Konkrit 27.5.1 Bidang Kerja

a) Bidang-bidang kerja yang termasuk dalam kontrak ini adalah :- i) Kerja-kerja permulaan dan persediaan;

ii) Pemotongan rumput;

iii) Pembersihan dinding parit dan di celah-celah pagar sempadan; iv) Pembersihan dasar parit dan kolam tadahan;

v) Pembersihan jejaring / perangkap sampah;dan vi) Pembersihan sampah sarap.

27.5.2 Penentuan Dan Pusingan Kerja

Kerja-kerja seperti dalam perkara 27.5 hendaklah dilaksanakan seperti berikut:- a) Kerja-Kerja Permulaan Dan Persediaan

i) Menyediakan Polisi Insuran Pampasan Pekerja dan Insuran Tanggungan Awam. ii) Menyediakan papan tanda kawalan lalu lintas secukupnya.

iii) Menyediakan jaket keselamatan dan perkakas pekerja yang secukupnya. b) Pemotongan Rumput

Semua rumput hendaklah dipotong pendek dan kemas sehingga lebih kurang (1/2”) tingginya. Had kawasan pemotongan rumput adalah mengikut arahan Pegawai Penyelia berdasarkan kesesuaian di tapak. Sampah-sampah pemotongan rumput hendaklah disapu, dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam karung plastik dan dibuangkan di tapak pelupusan yang dibenarkan oleh pihak Majlis.

Pemotongan rumput hendaklah dibuat dua (2) kali pusingan sebulan. 27.5.3 Pembersihan Dinding Parit Serta Di Celah-Celah Pagar Sempadan

Segala bentuk rumput rumpai, tumbuhan liar dan sebagainya yang terdapat di sepanjang bahagian atas dinding parit, celah pagar sempadan, pagar penghadang, di permukaan dinding dan lain-lain seperti yang diarahkan hendaklah dicabut, dikumpul dan dibuang. Pokok-pokok yang tumbuh liar dalam kawasan simpanan parit yang menghalang kerja-kerja pembersihan hendaklah dipotong atau dipangkas. Segala sampah dari kerja-kerja di atas hendaklah dikumpulkan dan dibuangkan.

Pembersihan dinding parit dan di celah-celah pagar sempadan hendaklah dibuat dua (2) kali pusingan sebulan.

27.5.4 Pembersihan Luring (Manhole)

Segala bentuk sampah sarap, mendapan (spt. pasir, batu, tanah, lumpur dll.), rumput rampai dan sebagainya yang menyekat laluan air hendaklah dikeluarkan dikumpulkan dan dibuangkan.

Pembersihan luring (manhole) ini juga termasuklah membersihkan dasar takungan

‘sump’, jejaring perangkap dan pembetung ‘culvert’ serta tanjakan ‘ramp’.

Penggunaan jentera bagi mengeluarkan sisa mendapan di luring (manhole) dan kolam tadahan hendaklah dibuat satu (1) kali pusingan bagi setiap bulan.

Manakala bagi pembersihan sampah dan rumput rampai dibuat empat (4) kali pusingan sebulan.

27.5.5 Pembersihan Jejaring / Perangkap Sampah

Segala bentuk sampah sarap, rumput rampai dan sebagainya yang menyekat laluan air hendaklah dikeluarkan dikumpulkan dan dibuangkan. Pembersihan jejaring / perangkap sampah hendaklah dibuat setiap hari.

27.5.6 Pembuangan sampah

a) Segala bentuk sampah sarap dan bahan-bahan buangan longgokan rumput rumpai hendaklah dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam karung plastik dan dibuangkan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam.

b) Kesemua bahan-bahan buangan sampah pertanian dan lain-lain yang tidak boleh dimasukkan ke dalam karung plastik hendaklah dikumpulkan dan dibuang dalam tempoh dua puluh empat (24) jam.

27.5.7 Bangkai binatang

Kesemua bangkai binatang dan benda-benda lain yang berbau busuk yang terdapat di dalam kawasan kerja hendaklah dibuang dengan serta-merta ke tapak pelupusan sampah yang dibenarkan.

27.5.8 Penggunaan Racun

Tiada racun rumpai boleh digunakan melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pegawai Penyelia.

27.5.9 Penyelenggaraan Lanskap

Menyelenggara semua jenis pokok seperti memotong, ‘trim’, menyiram, menggembur dan membaja serta mencabut pokok yang telah mati dan membersihkan kawasan tersebut. 28. Tapak Pembuangan Sampah Yang Disediakan Oleh Pihak Majlis

a) Memastikan sampah tidak terjatuh atau tercicir semasa pembersihan dijalankan. Sampah yang dihasilkan semasa kerja-kerja pembersihan (sisa sampah/sisa longkang) hendaklah dihantar ke dalam tong sampah di tapak pembuangan sampah yang disediakan oleh pihak Majlis.

Dalam dokumen MAJLIS PERBANDARAN KLANG (Halaman 54-59)