• Tidak ada hasil yang ditemukan

JAWAPAN Ujian Bulanan 1

Dalam dokumen Bank Soalan Perdagangan Tingkatan 4 (Halaman 34-50)

Kertas 1 1 C 2 C 3 C 4 D 5 D 6 C 7 A 8 B 9 C 10 B 11 C 12 A 13 C 14 B 15 C 16 B 17 D 18 C 19 B 20 D 21 A 22 A 23 A 24 C 25 B 26 D 27 B 28 C 29 A 30 D 31 D 32 D 33 B 34 D 35 C 36 D 37 C 38 A 39 C 40 C Kertas 2 Bahagian A Soalan 1 (a) Keperluan Kehendak

Terdiri daripada keperluan fisiologi, sosial dan rohani [1m]

Terdiri daripada perkara-perkara yang boleh menjadikan kehidupan manusia lebih selesa

[1m] Manusia tidak boleh hidup tanpa keperluan asas tetapi keperluan lain boleh diperlahankan untuk dipuaskan [1m]

Walaupun kehendak manusia tidak dipuaskan tetapi masih boleh hidup. Ini kerana kehendak adalah pelengkap untuk membolehkan manusia hidup dengan lebih selesa [1m]

(b)

Kehendak setiap individu sukar dipenuhi kerana:

• Kehendak setiap individu adalah berbeza dan tidak terbatas. [2m] • Pendapatan setiap individu yang terhad menyebabkan kemampuan

manusia terbatas untuk memenuhi semua kehendaknya. [2m] • Contohnya, gaji seseorang individu yang sederhana hanya membolehkan

beliau memiliki sebuah rumah bertingkat dua.

Apabila gajinya bertambah, maka beliau akan menukarkannya kepada banglo. Ini menunjukkan sebaik sahaja satu kehendak dipenuhi, kehendak yang baru akan muncul. Maka kehendak setiap individu adalah tidak terbatas. Kehendak akan turut bertambah apabila gaji seseorang

bertambah. [2m]

(c)

• Terdapat tiga peringkat dalam keperluan manusia, iaitu keperluan

fisiologi, keperluan sosial dan keperluan rohani. [1m] • Keperluan fisiologi dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

keperluan asas dan keperluan keselamatan. [1m] • Keperluan sosial terdiri daripada keperluan kasih sayang dan

keperluan penghargaan. [1m]

• Keperluan rohani pula dikenali sebagai keperluan sempurna kendiri. [1m] (i) Keperluan asas

• Keperluan yang paling asas yang diperlukan untuk membolehkan

manusia hidup dengan sihat. [1m]

• Contoh keperluan asas adalah makanan, udara, tempat

perlindungan, pakaian dan air. [1m]

• Manusia yang tidak berupaya untuk memenuhi keperluan asas, mereka tidak akan memikirkan tentang masalah keselamatan, kasih sayang, penghargaan atau keperluan sempurna kendiri. Ini bermakna keperluan asas perlu dipenuhi sebelum memikirkan keperluan yang lain. [1m]

(ii) Keperluan keselamatan

• Keperluan terhadap perlindungan supaya bebas daripada ancaman seperti kebakaran, peperangan, cuaca buruk dan sebagainya. [2m] (iii) Keperluan kasih sayang

• Keperluan terhadap hubungan yang mesra dengan manusia lain dan keinginan manusia untuk disayangi atau diterima oleh rakan, keluarga dan masyarakat seperti kasih sayang dengan ahli keluarga, rakan

dan sahabat. [2m]

(iv) Keperluan penghargaan

• Keperluan ini ialah keinginan manusia mendapat penghargaan dan penghormatan daripada orang lain atas pencarian

atau sumbangannya. [1m]

• Pencapaian keperluan ini dapat membina keyakinan diri dan

mendapat pengiktirafan dalam hidupnya. [1m] (v) Keperluan sempurna kendiri

• Keperluan yang paling tinggi dan paling sukar dipenuhi. Ia adalah keperluan untuk memenuhi cita-cita atau impian manusia. [1m]

• Contohnya, seorang pelajar berusaha keras untuk mencapai prestasi yang cemerlang dan berasa puas apabila berjaya mencapai impiannya. [1m] Soalan 2

(a)

• Sistem barter merupakan satu bentuk perniagaan yang paling awal diamalkan pada zaman dahulu. Ia adalah satu sistem pertukaran barang dengan barang lain tanpa melibatkan wang sebagai alat perantaraan.

[3m] • Ia hanya berlaku apabila kemahuan serentak berlaku dan terdapat

barang lebihan untuk ditukarkan. [2m] (b)

• Masalah memerlukan kemahuan serentak iaitu dua orang yang ingin menukar barang pada masa yang sama. Contoh, seseorang yang

mempunyai buah-buahan yang berlebihan dan memerlukan beras, maka dia perlu mencari orang lain yang mempunyai beras dan ingin

bertukar dengan buah-buahan. [3m] • Masalah kesukaran untuk membahagikan barang kepada unit yang

lebih kecil. Contohnya, barang yang besar dan binatang seperti kambing dan lembu sukar dibahagikan kepada bahagian yang lebih

kecil untuk ditukarkan. [3m] • Masalah kesukaran untuk menentukan nilai pertukaran atau kadar

barang yang ingin ditukarkan. Ini kerana tidak terdapat alat pengukur yang piawai untuk menetapkan nilai barang itu. Contohnya, berapa banyak beras perlu ditukarkan dengan seekor kambing. [3m] • Masalah penyimpanan nilai iaitu barang-barang yang tidak tahan

lama dan mudah rosak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran tidak tahan lama dan tidak boleh disimpan lama. [3m] • Masalah kesukaran untuk dibawa iaitu barang yang besar dan berat

sukar dibawa ke tempat lain untuk ditukar dengan barang lain.

Contohnya, gandum dan lembu. [3m] (Maksimum 12 markah)

(c)

Fungsi-fungsi wang:

• Sebagai alat perantaraan iaitu barang boleh dibeli ataupun dijual

dengan menggunakan wang sebagai alat perantaraan pertukaran. [2m] • Sebagai alat penyimpan nilai. Wang membolehkan kekayaan

disimpan dan mengelakkan susut nilai. [2m] • Sebagai alat penyukat nilai. Nilai mata wang boleh digunakan

untuk mengukur nilai sesuatu barang. [2m] • Sebagai alat piawaian untuk bayaran tertunda. Penggunaan wang menyebabkan

pinjaman dan pembayaran balik hutang berlaku. [2m] Soalan 3

(a)

Perdagangan Perniagaan

Merupakan salah satu cabang daripada proses pengeluaran [1m]

Merupakan cabang utama daripada seluruh aspek perdagangan [1m]

Meliputi aktiviti-aktiviti pengagihan barangan daripada pengeluar kepada pengguna terakhir [1m]

Hanya melibatkan aktiviti-aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan sahaja [1m]

Pengguna boleh membeli barang atau perkhidmatan secara langsung [1m]

Perniaga menjual barang-barang dan perkhidmatan secara langsung. [1m] Dibahagikan kepada perniagaan dan

bantuan-bantuan perniagaan seperti bank, pergudangan, insurans. promosi, pengangkutan dan komunikasi [1m]

Dibahagikan kepada dua iaitu perniagaan dalam negeri dan perniagaan luar negeri [1m]

Tujuannya adalah untuk mengagihkan barang-barang daripada pengeluar kepada pengguna terakhir pada waktu, tempat dan harga yang berpatutan [1m]

Tujuannya adalah untuk memperoleh keuntungan [1m]

(b)

Bank

• Menyediakan kemudahan penerimaan dan pembayaran wang secara mudah, cekap dan selamat. Dengan itu, pemborong boleh membuat bayaran dengan kemudahan cek melalui akaun semasa. Selain itu, pindahan kredit, draf bank, pindahan telegraf, kad kredit dan

sebagainya diperkenalkan. [2m]

• Bank juga membiayai pemborong dengan memberi pinjaman dan overdraf kepada pemborong yang menghadapi masalah kekurangan

modal. [2m]

• Kemudahan kredit berdokumen disediakan untuk pemborong

yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa. [2m] • Perkhidmatan lain seperti peti simpanan keselamatan, pertukaran

mata wang asing, nasihat pelaburan juga disediakan untuk

membantu pemborong. [2m]

Pergudangan

• Tempat yang disediakan kepada pemborong untuk menyimpan barang yang berlebihan dengan selamat dan mengelakkan daripada kecurian atau

kerosakan. [2m]

• Pergudangan juga dapat memastikan bekalan barangan sentiasa ada

dan menjamin bekalan barang di gudang dikeluarkan ke pasaran secara beransur-ansur dan tidak terputus. [2m] • Dengan itulah, harga barang dapat distabilkan secara tidak langsung

kerana penawaran dapat diselaraskan dengan permintaan di pasaran. [2m] Pengangkutan

• Membantu pemborong menghantar barang-barang berlebihan dari

satu tempat ke tempat lain. [2m]

• Jenis-jenis pengangkutan seperti lori, kapal terbang, kereta api atau kapal laut boleh dipilih oleh pemborong mengikut kesesuaian barang.

[2m] • Boleh mengelakkan kerosakan, terutamanya bagi barang yang cepat

busuk. Ini kerana barang boleh diedarkan dengan cepat. Maka, pembaziran juga dapat dielakkan kerana barang dihantar ke tempat

lain yang memerlukannya. [2m]

• Disebabkan barang boleh dihantar ke merata tempat, maka

pemborong dapat memperluas pasaran. [2m] (Maksimum 15 markah)

Soalan 4 (a)

Lima ciri-ciri keusahawanan: (i) Kerajinan dan ketekunan

• Usahawan mestilah rajin dan tekun demi mencapai kejayaan

yang diinginkan. [1m]

(ii) Kreatif

• Usahawan mestilah bersifat kreatif iaitu berkebolehan untuk mencipta atau menghasilkan sesuatu keluaran atau perkhidmatan yang baru. [1m]

(iii) Bijak mengenal dan merebut peluang

• Usahawan mesti peka terhadap segala peluang perniagaan yang wujud di sekelilingnya dan pandai merebut peluang. [1m] (iv) Inovatif

• Mestilah mempunyai kebolehan untuk melakukan pembaharuan atau pengubahsuaian terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. [1m]

(v) Keyakinan diri

• Mestilah mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap

kebolehan sendiri untuk mencapai kejayaan. [1m]

(b)

(i) Nilai faedah bentuk [1m]

• Bahan mentah dijadikan barang siap dan menukarkan bentuk sesuatu keluaran supaya lebih berguna. [1m] • Contoh: Getah diproses menjadi kasut. [½m]

(ii) Nilai faedah masa [1m]

• Barang akan dijual apabila ada permintaan dan sebaliknya jika tiada permintaan, barang akan disimpan. [1m] • Contoh: Baju sekolah disimpan apabila tiada permintaan dan

sebaliknya baju sekolah dikeluarkan sekiranya terdapat

permintaan. [½m]

(iii) Nilai faedah milikan [1m]

• Pindahan barang dan perkhidmatan daripada seseorang yang tidak memerlukan kepada seseorang yang memerlukan. [1m] • Contoh: Daripada pengeluar perabot kepada pembeli perabot. [½m]

(iv) Nilai faedah tempat [1m]

• Pindahan barang dan perkhidmatan ke tempat yang mempunyai

permintaan pengguna. [1m]

• Contoh: Kasut yang siap dihantar dari kilang ke kedai. [½m]

(c)

• Pengeluaran tak langsung ialah pengeluaran yang dilakukan dengan bantuan pihak lain dan memenuhi keperluan dan kehendak individu.

[1m] • Membolehkan pengkhususan dan pembahagian kerja. [2m] • Pengkhususan dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan

kos pengeluaran. [2m]

• Pengkhususan juga dapat meningkatkan daya pengeluaran dan

• Lebihan keluaran dapat ditukarkan dengan barang lain dan

peningkatan perniagaan dan perdagangan turut berlaku. [2m] • Ia juga dapat mempertingkatkan taraf hidup masyarakat. [1m]

Soalan 5 (a)

Faktor-faktor pengeluaran: (i) Tanah

• Tanah meliputi sumber atau bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran. Ia termasuk bahan galian, hasil hutan, hasil laut,

tanaman dan lain-lain. [2m]

(ii) Modal

• Modal merupakan harta benda atau sumber kewangan yang disumbangkan oleh usahawan. Contoh: mesin, jentera, wang tunai, kenderaan dan peralatan untuk membolehkan pengeluaran berlaku dengan lebih pantas dan berkesan. [2m] (iii) Buruh

• Buruh merupakan sumbangan tenaga manusia secara fizikal atau mental dalam kegiatan pengeluaran. Terdapat 3 jenis buruh iaitu buruh mahir, buruh separuh mahir dan buruh tidak mahir. [2m] (iv) Usahawan

• Usahawan ialah orang yang bertanggungjawab menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Usahawan mentadbir, mengurus perusahaan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengeluaran. [2m]

(b)

Peranan usahawan ialah: (i) Penemuan dan ciptaan baru

• Usahawan membuat banyak penemuan dan ciptaan baru. Masyarakat dapat menikmati ciptaan baru dan prasarana barang moden dan berteknologi semakin meluas. Contoh: telefon bimbit telah dicipta untuk tujuan komunikasi. [3m] (ii) Mewujudkan peluang pekerjaan

• Usahawan mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Ini kerana mereka mengusahakan pelbagai sektor pengeluaran yang memerlukan tenaga pekerja. Usahawan membantu mengatasi masalah pengangguran dan membantu pertumbuhan ekonomi. Peluang pekerjaan membolehkan masyarakat menjadi mahir dalam bidang yang mereka ceburi. Contoh: kilang perindustrian yang didirikan di sesuatu tempat akan memajukan taraf hidup

penduduk kerana peluang pekerjaan. [5m] (iii) Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

• Usahawan perlu menyediakan pelbagai barang atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang tidak terhad. Masyarakat mempunyai pilihan yang luas ketika membeli. Contoh: sistem komunikasi, pengangkutan, perbankan, insurans

dan sebagainya. [3m]

(iv) Menyumbang terhadap pembangunan ekonomi

• Usahawan mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk dieksport ke luar negara supaya memperoleh pertukaran wang asing. Usahawan sentiasa mempelbagaikan kegiatan ekonomi. Perkembangan dalam aktiviti perniagaan menambahkan keuntungan para usahawan dan membolehkan cukai pendapatan yang dikutip oleh kerajaan bertambah. Kerajaan boleh menggunakan cukai

yang dikumpul tersebut untuk memajukan ekonomi negara. [6m]

Bahagian B Soalan 6 (a)

(i) Industri ekstraktif [1m]

• Meliputi semua aktiviti menghasilkan bahan mentah dari bumi

dan laut. [1m]

• Merangkumi aktiviti perikanan seperti mendapatkan hasil perikanan seperti udang, ikan bilis dan tiram dan aktiviti pertanian seperti mendapatkan hasil pertanian tomato, cili dan

strawberi. [1m]

(ii) Industri perkilangan [1m]

• Memproses dan menukar bahan mentah menjadi barang

separuh siap atau barang siap. [1m]

• Contoh: sos tomato, sos cili dan sos strawberi. [1m] (iii) Perdagangan

• Aktiviti mengagihkan bahan mentah, barang separuh siap dan

barang siap. [1m]

• Mengagihkan barang daripada pengeluar asal kepada pengguna

terakhir. [1m]

• Merangkumi perniagaan dan bantuan perniagaan [1m]

(b)

(i) Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat [1m] • Menghasilkan barangan makanan seperti sos [1m]

(ii) Memberi peluang pekerjaan [1m]

• Memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat untuk

bekerja di kilang. [1m]

(iii) Meningkatkan taraf hidup penduduk [1m] • Menambahkan pendapatan penduduk/pekerja dan menjadikan

kehidupan mereka lebih selesa [1m]

(iv) Menyumbang kepada pembangunan ekonomi [1m] • Menggalakkan penggunaan sumber alam/bahan mentah seperti

tomato, cili, udang, ikan bilis serta mempelbagaikan sektor ekonomi. [1m]

(c)

Pada pandangan saya, sifat kreatif Puan Salbiah tidak mencukupi untuk memperkembangkan perniagaannya. Beliau perlu mempunyai sifat-sifat lain seperti :

(i) Inovatif [1m]

• Peka terhadap pembaharuan atau mengubah suai barang yang sedia ada untuk meningkatkan mutunya. [1m]

(ii) Berani menghadapi risiko [1m]

• Perlu bijak menghadapi risiko yang tidak boleh dikawal dan berani menghadapi risiko yang boleh dikawal [1m] (iii) Kebolehan untuk menjayakan sesuatu [1m]

• Perlu rajin, gigih dan tekun untuk membangunkan perniagaan dan tidak mudah putus asa serta mengaku kalah dalam

menghadapi segala rintangan dan cabaran. [1m]

(iv) Berpandangan jauh [1m]

• Mengeksport barangan ke luar negara untuk menembusi

pasaran antarabangsa. [1m]

(v) Bijak mengenal pasti dan merebut peluang [1m] • Mencari pasaran baru bagi meluaskan pasaran dan

memperkembangkan perniagaan. [1m]

(vi) Bertanggungjawab [1m]

• Perlu bertanggungjawab terhadap para pekerjanya yang membantu beliau dalam pengurusan perniagaan serta pembekal,

pelanggan dan pembeli. [1m]

(Maksimum 8 markah) Ujian Bulanan 2 Kertas 1 1 A 2 D 3 D 4 B 5 B 6 D 7 A 8 B 9 A 10 A 11 D 12 D 13 A 14 C 15 A 16 A 17 D 18 B 19 C 20 B 21 A 22 C 23 B 24 A 25 B 26 B 27 B 28 D 29 A 30 D 31 C 32 A 33 A 34 D 35 B 36 C 37 C 38 A 39 B 40 D Kertas 2 Bahagian A Soalan 1 (a)

Lima fungsi peruncit dalam saluran agihan adalah:

(i) Menjual barang mengikut permintaan pengguna [1m]

(ii) Menjalankan kerja akhir [1m]

(iii) Menyimpan stok dan memperagakan barang [1m] (iv) Menyediakan perkhidmatan selepas jualan [1m]

(v) Memberi khidmat nasihat [1m]

(b)

(i) Memberi kredit

• Peruncit kecil-kecilan dapat memberi kredit kepada pelanggan tetapnya kerana mengenali mereka. [2m] (ii) Memberi layanan peribadi

mesra kepada pelanggannya. [2m] (iii) Membenarkan tawar-menawar

• Peruncit kecil-kecilan membenarkan pelanggannya tawar-menawar untuk mengurangkan harga barang. Kadang-kala, peruncit kecil-kecilan juga menjual dengan harga lebih rendah kepada pelanggan

tetapnya. [2m]

(iv) Kedai terletak berhampiran dengan rumah pelanggan

• Kedai runcit kecil-kecilan terletak berhampiran rumah pelanggan. Ini memudahkan pelanggan membeli pada bila-bila masa kerana tidak perlu ke bandar. Masa dan belanja pengangkutan bagi para pelanggan

dapat dijimatkan. [2m]

(v) Menyediakan perkhidmatan selepas jualan

• Peruncit bersedia menghantar barang-barang ke rumah pelanggan

dengan percuma. [2m]

(c)

Sebagai peruncit saya perlu,

(i) Memilih tempat dan tapak perniagaan yang strategik

• Saya akan menubuhkan perniagaan saya di kawasan perumahan. Ini kerana, ia berdekatan dengan rumah pelanggan. Pelanggan mudah untuk datang ke kedai bagi mendapatkan barang keperluan walaupun sudah lewat petang atau pada bila-bila masa. Biasanya, kawasan perumahan mempunyai permintaan dan kuasa beli yang tinggi. [2m] (ii) Memberi layanan peribadi

• Saya akan mewujudkan hubungan yang mesra dengan pelanggan, memberi perhatian serta layanan peribadi yang baik kepada para pelanggan supaya dapat mewujudkan para pelanggan yang setia dan tetap. Saya juga akan bersedia menerima pesanan pelanggan

melalui telefon. [2m]

(iii) Memberi kredit kepada pelanggan

• Sebagai peruncit, saya akan memberi kemudahan kredit kepada pelanggan terutamanya bagi pelanggan tetap. Dengan memberi kredit, pelanggan dapat menikmati barang dahulu dan membayar kemudian. Dengan ini, jualan saya juga akan meningkat. [2m] (iv) Memberi perkhidmatan selepas jualan

• Sebagai peruncit, saya akan memberi perkhidmatan selepas jualan seperti penghantaran barang ke rumah pelanggan, kerja memasang dan membaiki kerosakan supaya imej kedai dapat dipelihara. [2m] (v) Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan

• Saya akan memberikan khidmat nasihat tentang pilihan sesuatu barangan dengan memberi maklumat tentang mutu, jenis, harga

dan jenama barang. [2m]

Soalan 2 (a)

• Kedua-dua jenis perniagaan ditubuhkan sebagai syarikat berhad kerana

memerlukan modal yang besar. [1m]

• Kedua-dua jenis perniagaan mengamalkan pembahagian kerja

dalam pengurusan dan pentadbiran. [1m] • Kos pengiklanan bagi kedua-dua jenis perniagaan dapat dijimatkan

kerana bagi gedung aneka jabatan hanya satu iklan mencukupi untuk meliputi semua jabatan. Bagi kedai sejaras, satu iklan cukup untuk

semua cawangan. [1m]

• Membeli secara pukal daripada pengeluar dan mendapat diskaun

niaga yang besar. [1m]

• Menjalankan perniagaan secara tunai atau kad kredit. [1m] • Harga barang adalah tetap dan pelanggan tidak boleh tawar-menawar.

[1m] • Mengamalkan sistem layan diri dan pembahagian kerja. [1m] • Mampu menyediakan kemudahan membeli-belah dengan selesa

dan dapat menarik minat ramai pelanggan. [1m] • Perkhidmatan selepas jualan seperti menghantar barang ke rumah

pelanggan tidak disediakan. [1m]

• Terpaksa menanggung kos pengurusan yang tinggi kerana

menggunakan sistem pengurusan yang moden dan terkini. [1m]

(b)

Kekurangan koperasi runcit adalah: (i) Sukar ditubuhkan

• Penubuhan rumit kerana terikat dengan akta dan undang-undang untuk menjamin kebajikan anggota dan mengelakkan penyelewengan.

[2m]

(ii) Milikan dan pengurusan terpisah

• Ahli-ahli koperasi biasanya tidak aktif dalam pengurusan perniagaan. Pengurusan dijalankan oleh kakitangan bukan

ahli yang dibayar gaji. [2m]

(iii) Kadar pulangan perniagaan

• Kadar pulangan perniagaan tidak mengutamakan keuntungan. [2m] (iv) Pentadbiran yang kurang mahir

• Dasar koperasi digubal oleh lembaga pengarah yang terdiri daripada anggota sendiri yang mungkin tidak berpengalaman dalam bidang perniagaan. Ini menjejaskan prestasi perniagaan. [2m]

(c)

Urusan jual beli barang atau perkhidmatan melalui bantuan telekomunikasi atau peralatan berasaskan internet dan komputer serta televisyen interaktif. • Peniaga perlu membuat laman web dalam internet. [1m] • Semua maklumat barang dan perkhidmatan seperti harga, bayaran

dan serahan dimasukkan dalam laman web. [1m] • Barang yang dipesan akan dihantar oleh penjual atau wakilnya

melalui perkhidmatan kurier atau pembeli boleh pergi ke kedai

berkenaan. [1m]

• Bayaran boleh juga dibuat melalui kad kredit. [1m]

(d)

Cara televisyen interaktif beroperasi.

• Gambar dan maklumat barang sama ada statik atau dalam bentuk animasi, ditayangkan di televisyen oleh pengiklan. [1m] • Pesanan boleh dibuat dengan hanya menekan papan kunci gagang

khas yang disambungkan kepada televisyen berinternet. [1m] • Pengiklan akan menghantar barang yang dipesan kepada pembeli

sama ada melalui pos atau jenis serahan lain. [1m]

Soalan 3 (a)

(i) Perniagaan antarabangsa wujud akibat pengkhususan antarabangsa

mengikut kemampuan/kemahiran. [1m]

Ini disebabkan oleh:

• Sumber alam/alam semula jadi yang berbeza-beza antara negara. [1m]

• Iklim/tanah yang sesuai untuk pengeluaran sesuatu jenis barang. [1m]

• Contoh: Negara Arab Saudi mengkhusus dalam pengeluaran minyak petroleum, New Zealand mengkhusus dalam pengeluaran susu lembu dan Negara Thai mengkhusus dalam pengeluaran beras.

[1m] (ii) Perbezaan dari segi teknologi dan tahap kemahiran [1m]

• Boleh tukar bahan mentah dari negara kurang maju (dunia ketiga) dengan barang industri dari negara maju. [1m] • Contoh: Negara Jepun dalam pembuatan kereta, Switzerland

dalam pembuatan jam tangan dan Jerman dalam penghasilan

mesin dan jentera. [1m]

(iii) Perbezaan dalam kos pengeluaran [1m] • Mengkhusus dalam pengeluaran barang yang memerlukan kos

rendah dan menukar barang tersebut dengan barang memerlukan kos tinggi jika dikeluarkan dalam negara tetapi dapat

mengeluarkannya dengan murah di negara lain. [1m] (iv) Hubungan diplomatik antarabangsa [1m] • Membuka jalan untuk perniagaan dua hala. [1m] • Kehendak serentak boleh dipenuhi. [1m]

(b)

Kepentingan kepada pengeluar:

(i) Dapat meluaskan pasaran [1m]

• Pengeluar dapat memperkembangkan pasaran ke luar negara dan tidak perlu bergantung pada pasaran tempatan sahaja. [1m] (ii) Membolehkan pengeluaran secara besar-besaran [1m]

• Dengan pasaran yang luas, pengeluar dapat menikmati semua kelebihan daripada ekonomi bidangan seperti pengkhususan, pengeluaran kos rendah dan penggunaan mesin. [1m] (iii) Menjamin sumber bekalan berterusan untuk industri [1m]

• Jika bekalan bahan mentah terputus dalam negara, bekalan

boleh diperolehi dari luar negara. [1m] (iv) Memperoleh pengetahuan teknologi baru [1m]

• Melalui perniagaan antarabangsa, inovasi dapat disebarkan ke

negara lain. [1m]

Perniagaan antarabangsa membantu dalam pembangunan ekonomi melalui:

(i) peningkatan dalam taraf hidup penduduk [1m]

(ii) memperoleh pertukaran asing [1m]

(iii) meningkatkan produktiviti dan pendapatan negara [1m]

(iv) menambahkan peluang pekerjaan [1m]

(v) memperoleh bahan mentah dari sumber alternatif [1m]

Soalan 4 (a)

(i) Pengeksport perlu mencari pesanan dengan menjalankan

penyelidikan pasaran. [1m]

(ii) Pengeksport perlu memilih saluran yang sesuai untuk

mengeksport barangan. [1m]

(iii) Pengeksport perlu menerima pesanan atau inden daripada pengimport, melaksanakan arahan inden dan menguruskan

pembungkusan. [1m]

(iv) Pengeksport perlu menempah ruang dalam kapal. [1m] (v) Penghantaran barang ke pelabuhan. [1m]

(vi) Pengurusan prosedur kastam. [1m]

(vii) Penyediaan pelbagai jenis dokumen seperti bil muatan, invois konsular, sijil asal usul dan polisi insurans. [1m]

(b)

Ciri-ciri perniagaan dalam negeri:

(i) Melibatkan urusan antara pemborong dan peruncit dalam negeri sahaja. [1m] (ii) Menggunakan mata wang yang sama (Ringgit Malaysia). [1m] (iii) Menggunakan dokumen yang lebih mudah seperti invois,

nota kredit, nota debit dan resit. [1m] (iv) Pasaran terhad kepada pasaran dalam negara sahaja. [1m] (v) Tidak menghadapi halangan atau sekatan perdagangan. [1m] Ciri-ciri perniagaan antarabangsa:

(i) Melibatkan urusan eksport, import dan entrepot. [1m] (ii) Menggunakan pelbagai mata wang yang berbeza. [1m] (iii) Menggunakan dokumen yang rumit seperti inden, bil muatan,

invois konsular dan sijil asal usul. [1m] (iv) Pasaran lebih luas dan merentasi sempadan negara. [1m] (v) Menghadapi prosedur dan sekatan perniagaan yang rumit. [1m]

(c)

Persamaan antara perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa adalah:

(i) Urus niaga adalah berdasarkan pertukaran

• Perniagaan antarabangsa dan perniagaan dalam negeri melibatkan penjual dan pembeli yang melakukan pertukaran barang atau perkhidmatan atas persetujuan bersama. Nilai pertukaran ditentukan melalui sistem barter ataupun dengan menggunakan wang. Suatu kontrak yang mengikat penjual dan pembeli akan diwujudkan apabila

pertukaran dipersetujui. [2m]

(ii) Matlamat adalah untuk mencari keuntungan • Perniagaan antarabangsa dan perniagaan dalam negeri

menjalankan urus niaga jual beli untuk mendapatkan keuntungan. [2m] (iii) Memenuhi keperluan dan kehendak manusia

• Perniagaan antarabangsa dan perniagaan dalam negeri melibatkan aktiviti jual beli dan pertukaran untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Tanpa perniagaan, keperluan dan kehendak

manusia tidak dapat dipenuhi. [2m]

(iv) Mengamalkan pengkhususan

• Perniagaan antarabangsa dan perniagaan dalam negeri berfungsi untuk menukar lebihan barang hasil daripada pengkhususan yang diamalkan. Pengkhususan mengikut kawasan mewujudkan perniagaan dalam negeri manakala pengkhususan luar negara mewujudkan

perniagaan antarabangsa. [2m]

Soalan 5 (a)

Masalah-masalah yang dihadapi oleh seseorang pengeksport adalah:

(i) Prosedur kastam dan sekatan [1m]

• Barang-barang eksport dan import tertakluk kepada pelbagai

prosedur kastam dan sekatan yang berbeza dari sebuah negara dengan negara lain. Sekatan tersebut termasuklah tarif, kuota

dan embargo. [2m]

(ii) Penggunaan bahasa yang berlainan [1m] • Terdapat masalah komunikasi kerana pengeksport menggunakan

bahasa berbeza. Mereka menghadapi masalah dalam membuat perjanjian atau pesanan. Perkhidmatan penterjemah diperlukan

dan ini meningkatkan kos. [2m]

(iii) Penggunaan mata wang yang berlainan [1m] • Terdapat masalah pertukaran mata wang kerana penggunaan

mata wang yang berlainan. Nilai mata wang sering berubah. Turun naik kadar pertukaran mata wang boleh menjejaskan keuntungan. [2m]

(iv) Sukatan, ukuran dan timbangan yang berbeza [1m] • Tiap-tiap negara menggunakan unit sukatan, ukuran dan timbangan

yang berlainan, kecuali negara-negara yang mengamalkan sistem metrik. Hal ini, menimbulkan masalah pengubahan atau penyelarasan unit timbangan, ukuran dan sukatan. [2m]

(v) Cara pembayaran berbeza [1m]

• Cara pembayaran lebih rumit kerana tertakluk kepada undang-undang dan syarat-syarat negara seperti had jumlah wang yang dibenarkan dalam aliran keluar masuk. Contohnya, untuk menghantar sejumlah wang melebihi RM10 000 keluar dari Malaysia, kebenaran mesti diperoleh daripada Bank Negara terlebih dahulu. Cara pembayaran sangat rumit kerana melibatkan penggunaan bil perintah bayar dan

kredit berdokumen. [2m]

(vi) Risiko yang tinggi [1m]

• Perniagaan antarabangsa memerlukan barang dibawa dalam jarak yang jauh. Biasanya, melintas lautan yang luas. Jarak yang jauh mewujudkan pelbagai risiko seperti kerosakan, kehilangan,

kecurian, kebakaran dan tenggelam dalam laut. [2m]

(vii) Dokumen yang rumit [1m]

• Perniagaan antarabangsa melibatkan penggunaan pelbagai dokumen yang rumit seperti inden, sijil asal usul, invois konsular, bil muatan dan bil udara. Terdapat banyak pihak yang terlibat dalam perniagaan antarabangsa seperti syarikat penerbangan, pihak kastam, bank dan syarikat pengangkutan. Penghantaran yang banyak akan melibatkan penggunaan dokumen yang banyak. [2m] (viii) Kesukaran mendapatkan maklumat [1m] • Mendapatkan maklumat pasaran luar negara sangat luas. Ia berkaitan

dengan cita rasa serta budaya penduduk setiap negara yang berbeza. Masalah-masalah ini, tidak akan wujud dalam perniagaan dalam negara kerana mereka hanya berurusan di dalam negara sahaja. [2m] (Maksimum : 17 markah)

(b)

Langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah

Dalam dokumen Bank Soalan Perdagangan Tingkatan 4 (Halaman 34-50)

Dokumen terkait