• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDANGAN HAKIM-HAKIM DI MALAYSIA DALAM PENTAKSIRAN NAFKAH ISTERI DAN ANAK

4.1 PENDAHULUAN .1 Pengenalan

4.1.3. Nafkah Semasa, Nafkah Idah, Nafkah Tertunggak Dan Nafkah Sementara Sebelum perbincangan mengenai pentaksiran nafkah oleh para hakim dibahaskan,

4.1.3.1 Kadar Nafkah Semasa dan Kadar Nafkah Idah

Terdapat dua pandangan hakim mengenai penentuan kadar nafkah semasa dan kadar nafkah idah. Pandangan pertama, kadar bagi kedua-dua nafkah tersebut adalah sama kerana isteri yang berada dalam idah, wajib dibiayai nafkahnya sama seperti dalam perkahwinan. Hujah ini bersandarkan kepada kedudukan isteri yang berada dalam idah, masih sama statusnya sebagai isteri yang tetap wajib dinafkahi.317

Ini berbeza dengan satu lagi pandangan318 iaitu kadar nafkah idah isteri sepatutnya lebih rendah daripada kadar nafkah semasa isteri. Hal ini kerana terdapat item-item nafkah yang tidak dikira dalam nafkah idah berbanding nafkah semasa. Item dandanan misalnya tidak termasuk dalam nafkah idah isteri, kerana isteri dalam idah tidak berkewajipan untuk berhias kepada suami.319

Pengkaji berpandangan bahawa kadar nafkah isteri dalam masa idah sepatutnya sama dengan kadar nafkah isteri semasa dalam perkahwinan. Ini berdasarkan pandangan majoriti fuqaha iaitu isteri dalam idah raji diharuskan berhias untuk suami bagi

315 Zaleha Kamaruddin, Raihanah Abdullah, Kamus Istilah Undang-Undang Keluarga Islam, (Kuala Lumpur: Zebra Edition Sdn. Bhd., 2002), 108.

316 Lihat Seksyen 70, Akta 303; Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, mengandungi pindaan terkini - P.U.(A)247/2002, Laman sesawang esyariah, dicapai pada 7

Mac 2012,

http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/Federal_Updated.nsf/b3ac9c218c8efdc 4482568310022d8b3/633473c64eaa80a048256fd50001141a dan Seksyen 71 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, Laman sesawang esyariah, dicapai pada 7 Mac 2012, http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Upd.nsf/f831ccddd195843 f48256fc600141e84/ca9cc9e2f91e354748257115000d69dd?OpenDocument

317 Majoriti hakim yang ditemu bual.

318 Yang Arif Tuan Fauzi Mokhtar (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor) dalam temu bual dengan pengkaji, 14 Disember 2012.

memungkinkan kedua-duanya kembali bersatu dalam ikatan perkahwinan. Imam AbË ×anifah dan AbË YËsuf mengatakan tidak mengapa sekiranya perempuan yang ditalak raji berhias untuk suaminya dengan mengenakan bau-bauan dan berhias di muka seperti memakai celak. Pendapat ini juga adalah daripada pandangan tabiin seperti al-ThaurÊ dan al-AuzÉÑi.320

Keharusan berhias juga merupakan pandangan majoriti ulama Mazhab ×anafÊ, MalikÊ, dan ×anbalÊ. Sementara Mazhab ShÉfiÑÊ, diriwayatkan daripada AbË Thauri, bahawa Imam al-ShÉfiÑÊ mengatakan mustaÍab kepada perempuan (walaupun dalam talak raji) beriÍdÉd, yang menunjukkan tidak harus berhias. Pandangan lain daripada ulama ShÉfiÑiyyah pula mengatakan berhias itu lebih baik, sekiranya dapat menyatukan kembali atau memungkinkan berlakunya rujÑ di antara kedua suami isteri tersebut. 321

Oleh itu, untuk terus menafikan item dandanan sebagai salah satu item nafkah idah yang boleh mengurangkan kadar nafkah idah tersebut berbanding kadar nafkah semasa adalah sesuatu yang perlu diberi penilaian semula.

Tambahan pula, terdapat keputusan penghakiman yang lain seperti dalam kes

Rooseliwati Hussein lwn Syed Farouk Azlan bin Syed Abdul Aziz,322 yang memutuskan

kadar nafkah idah adalah sama dengan kadar nafkah semasa. Ini berdasarkan kaedah

qiyÉs atas alasan kedua-dua jenis nafkah tersebut mempunyai illah yang sama iaitu

memberi nafkah. Hal demikian juga kerana isteri yang diceraikan dengan talak raji masih dianggap isteri kepada suami selama tempoh idah isteri tesebut.323

Bagi tuntutan nafkah kebelakangan atau nafkah tertunggak, ia merupakan nafkah semasa dalam perkahwinan namun tidak ditunaikan oleh suami. Tuntutan yang

320 AbË WalÊd MuÍammad bin AÍmad bin AÍmad Ibn Rusd, BidÉyah Mujtahid wa NihÉyah

al-Muqtasid, (Mesir: MaÏbaÑah MuÎÏafÉ al-BÉbÊ al-×alabÊ, 1975), 2: 85.

321 Lihat Al-MausËÑah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah, (Kuwait: WizÉrah AwqÉf wa Syu´Ën al-Islamiyyah, 2007), 11: 272.

322 Jurnal Hukum; 36; BHG (I), (Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2013), 140. 323 Ibid.

lazimnya berlaku di mahkamah ialah isteri menuntut nafkah tertunggak apabila berlakunya perceraian. Selalunya perkiraan tersebut akan mengambil kira tunggakan yang lama sehingga ke tahap puluhan tahun. Dalam hal ini, hakim atau mahkamah akan menasihati pihak isteri agar tidak menuntut tunggakan nafkah yang terlalu lama tempohnya agar tidak membebankan pihak suami. Hal yang sedemikian kerana boleh mengakibatkan suami terpaksa membayar tunggakan dalam jumlah yang besar.

Dalam membandingkan adakah kadar nafkah semasa isteri sama seperti nafkah tertunggak isteri, pengkaji mendapati ia adalah sama tanpa mengambil kira keadaan suami pada waktu dahulu mahupun sekarang. Hal tersebut kerana, sekiranya suami tidak berkemampuan pada waktu yang lalu, maka ia menjadi hutang yang ditangguhkan ke atas suami sehingga suami berkemampuan.

Dalam kes Hazizah binti Haron lwn Lokman bin Abu Hasan,324 YA Hakim Mahkamah Rayuan telah melihat semula kes ini dan meluluskan permohonan tunggakan nafkah tempat tinggal perayu bagi tempoh Februari 1982 hingga Januari 2001. Ia bersamaan 336 bulan atau 28 tahun yang bernilai tunggakan nafkah sebanyak RM242,961.60. Ini berdasarkan nilai ansuran rumah perayu yang dibayar sendiri oleh beliau dalam tempoh tersebut, iaitu sebanyak RM723.10 sebulan. 325 Kes ini menunjukkan tiada pengurangan dalam kadar nafkah tunggakan, walaupun nafkah tersebut telah berlalu dalam tempoh yang lama.

Seperti juga dalam kes Sri Utama Dewi Kasman lwn Abu Bakar bin Abdullah. Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 21 Mac 2008, telah memerintahkan responden untuk membayar tunggakan nafkah isteri dan anaknya mulai April 2005 sehingga Jun 2008, iaitu selama 39 bulan berjumlah (RM700 + RM300 X 39 bulan) RM39,000.00. Juga tunggakan perbelanjaan hari raya isteri dan

324 Jurnal Hukum; Jilid 37; BHG (II). Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, November 2013, 195. 325 Ibid.

anak bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 selama 3 tahun (RM300 + RM200 X 3 tahun) berjumlah RM1500.326

Kedua-dua kes yang dibentangkan membuktikan bahawa hakim menimbangkan kadar nafkah yang sama antara nafkah yang telah lampau (tertunggak) ataupun nafkah pada waktu sekarang (semasa). Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa tiada perbezaan antara kadar nafkah tertunggak dengan kadar nafkah semasa.