• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kadar Pulangan Dijangka bagi Saham Keutamaan

PENILAIAN SAHAM KEUTAMAAN

SEMAK KENDIRI 4.7

4.9.1 Kadar Pulangan Dijangka bagi Saham Keutamaan

Tujuan mencari kadar pulangan dijangka untuk saham keutamaan adalah sama dengan tujuan mencari kadar pulangan dijangka untuk saham biasa dan bon iaitu untuk menilai kesan saham keutamaan ke atas kos dana yang baru untuk syarikat. Untuk mengira kadar pulangan dijangka bagi pemegang saham keutamaan, formula 4.17 perlu ditambah baik seperti berikut:

ps ps D k V (4.18) Contoh 4.14

Syarikat Cher Mate telah menjual saham keutamaan pada harga RM5.50 dan membayar dividen sebanyak RM0.25 sesaham. Apakah kadar pulangan dijangka sekiranya anda membeli saham pada harga pasaran?

ps ps D k V RM0.25 RM5.50 4.54% AKTIVITI 4.7

1. Ada beberapa jenis pelaburan seperti saham, hartatanah, bon, ekuiti dan amanah saham. Yang manakah lebih sesuai untuk anda atau anda akan membuka akaun simpanan di bank?

2. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan saham di Malaysia melalui laman web Bursa Malaysia di http://www.klse.com.my

LATIHAN 4.6

1. Pemegang saham biasa adalah ____________. (i) pemilik syarikat

(ii) pengurus syarikat (iii) pemiutang syarikat A. i

B. i, ii C. ii, iii D. i, ii, iii

2. Semua di bawah mempunyai kesan ke atas nilai saham biasa kecuali:

A. nilai tara

B. kadar bebas risiko

C. pertumbuhan dividen pada masa depan D. dividen pada masa hadapan

3. Sekiranya seorang pelabur percaya bahawa saham adalah ____________, dia patut ____________ saham untuk menerima keuntungan yang lebih.

A. turun nilai; beli B. kurang nilai; jual

C. dinilai dengan betul; beli D. dinilai dengan betul; jual

4. Saham keutamaan bermaksud __________________

(i) keutamaan ke atas saham biasa dari aspek tuntutan ke atas aset

(ii) keutamaan ke atas saham biasa dari aspek bayaran dividen (iii) keutamaan ke atas saham biasa dari aspek hak mengundi A. i

B. i, ii C. ii, iii D. i, ii, iii

5. Saham keutamaan mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama dengan bon kerana ___________.

A. mempunyai kadar tetap bulanan B. mempunyai jumlah tetap dividen C. mewakili pemilikan sesuatu syarikat D. semua di atas

6. Mengapa saham keutamaan dinyatakan sebagai sekuriti hibrid?

7. Apakah nilai saham keutamaan sekiranya kadar dividen adalah 16% dan nilai tara RM10? Kadar pulangan diperlukan adalah 12%.

8. Anda memiliki 150 unit saham keutamaan dalam Syarikat Mapa. Saham ini telah dijual pada harga RM3.85 sesaham dan dividen tahunan adalah RM0.35.

(a) Apakah kadar pulangan dijangka?

(b) Jika kadar pulangan diperlukan adalah 18%, adakah anda akan menjual atau membeli saham?

9. Syarikat Maju telah membayar dividen RM1.32. Jika kadar pertumbuhan dijangka adalah sentiasa 7% dan kadar pulangan diperlukan oleh pelabur adalah 11%, berapakah harga saham Syarikat Maju?

10. Chips Computer Sdn Bhd baru sahaja membayar dividen untuk saham biasa sebanyak RM1.15. Untuk dua tahun seterusnya, syarikat dijangka akan mengalami pertumbuhan besar setinggi 15% dan 13% untuk tahun ketiga serta seterusnya pada kadar tetap 6%. Kadar pulangan diperlukan untuk saham syarikat adalah 12%. Kirakan nilai saham untuk Chips Computer Sdn Bhd.

11. Kebelakangan ini, Syarikat Tenun baru sahaja mengeluarkan saham biasa pada harga RM4.05 sesaham. Dividen sebanyak RM0.24 dijangka akan dibayar pada akhir tahun dan dijangka akan mengalami kadar pertumbuhan tetap sebanyak 7% setahun. Apakah kadar pulangan yang diperlukan untuk saham ini?

12. Tahun lepas, Syarikat Primax telah membayar dividen RM0.40 dan tahun ini dividen dijangka akan mengalami kadar pertumbuhan 10%. Syarikat baru sahaja membayar dividen RM0.44. Melalui teknik baru dalam menghasilkan produknya, Primax menjangka akan memperoleh pencapaian tinggi dalam jangka pendek iaitu 25% setahun untuk tempoh tiga tahun pertama. Selepas itu, pertumbuhan dijangka kembali sediakala untuk tempoh panjang iaitu 10% dan seterusnya. Jika pelabur memerlukan 15% kadar pulangan, apakah harga saham syarikat hari ini?

13. Jika Syarikat Cabin membayar dividen sebanyak RM1 setahun kepada saham keutamaan dan kadar pulangan diperlukan adalah 12%, apakah nilai saham keutamaan ini?

14. Apakah kadar pulangan diperlukan oleh saham keutamaan sekiranya dividen berbayar setiap tahun adalah RM0.15 dengan nilai tara adalah RM4.00? Saham ini telah dijual pada harga RM5.

x Penilaian adalah proses yang penting dalam bidang kewangan. Ini kerana dalam kewangan, nilai aset diukur berdasarkan faktor pemasaan dan risiko, bukannya berdasarkan nilai sejarah.

x Memahami konsep nilai dan mempunyai kemahiran dalam membuat penilaian adalah sangat penting untuk membantu pengurus membuat keputusan kewangan bagi syarikat. Ia selari dengan objektif syarikat iaitu untuk memaksimumkan kekayaan pemegang saham.

x Bon adalah salah satu sumber jangka panjang bagi pembiayaan yang menjadi semakin penting dalam pasaran modal.

x Dalam membuat penilaian bon, anda akan memperoleh nilai intrinsik iaitu nilai sebenar aset dan ia ditekankan dalam bidang kewangan.

x Nilai ini akan dibandingkan dengan harga jualan bon dalam pasaran.

x Jika harga jualan bon dalam pasaran lebih tinggi daripada nilai intrinsik, bon dikatakan terlebih nilai dan jika sebaliknya terjadi, bon dikatakan terkurang nilai.

x Hasil matang (YTM) adalah asas untuk membuat keputusan pelaburan kerana kadar pulangannya boleh dijangka, sekiranya anda memegang bon sehingga tarikh matang. Kadar ini akan dibandingkan dengan kadar pulangan diperlukan oleh pelabur. Jika kadar ini tinggi daripada kadar pulangan diperlukan, maka pelaburan itu adalah pelaburan yang baik.

x Saham biasa dan saham keutamaan adalah sumber pembiayaan jangka panjang.

x Saham biasa adalah sumber yang lebih penting untuk pembiayaan dan penggunaannya adalah lebih meluas daripada saham keutamaan.

x Objektif penilaian saham biasa dan saham keutamaan adalah sama dengan objektif menilai bon iaitu mencari nilai intrinsik atau nilai sebenar saham bagi membantu membuat keputusan terhadap pembiayaan atau pelaburan.

x Proses penilaian saham biasa memerlukan anda untuk menjangka dividen bagi tahun mendatang terlebih dahulu.

x Dividen adalah komponen penting dalam penilaian saham biasa dan saham keutamaan kerana aliran tunai yang perlu didiskaunkan bagi mendapatkan nilai saham.

x Kadar pulangan dijangka melibatkan pulangan yang akan diterima daripada pelaburan saham biasa dan saham keutamaan. Mengetahui kadar pulangan dijangka akan diterima adalah sangat penting kerana ia mempengaruhi pembiayaan dan pelaburan syarikat.

Bon Dividen

Hak beli dahulu Hasil matang (YTM) Indentur

Kadar kupon

Kadar pertumbuhan malar Kadar pulangan dijangka Kadar pulangan diperlukan Keuntungan modal Liabiliti terhad Nilai buku Nilai intrinsik Nilai likuidasi Nilai pasaran Nilai tara

Pertumbuhan dividen berbeza Pertumbuhan sifar

Saham biasa Saham keutamaan Tempoh matang

Dokumen terkait