Sebelum kita membincangkan fokus kedua ebook ini, bagaimana dengan pelajaran bahagian pertama? Adakah anda telah menyiapkan satu squeeze page ataupun minisite? Saya mengharapkan anda telah berjaya menyiapkan sekurang-kurangnya satu squeeze page ringkas sepanjang tutorial tersebut.
Dalam bahagian kedua ebook Panduan Mailing List 2P; Pantas dan Percuma ini, saya akan membincangkan kaedah-kaedah yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan subscriber bagi squeeze page ataupun minisite anda. Memandangkan fokus ebook ini adalah PERCUMA, maka saya akan membincangkan teknik-teknik percuma sahaja.
Tidak banyak yang saya dapat fikirkan tentang teknik yang percuma. Namun, saya mengharapkan anda untuk lebih kreatif untuk mencipta teknik anda sendiri. Minda usahawan kan?=)
Disini saya menyenaraikan tiga teknik utama yang anda boleh lakukan bagi tujuan mendapatkan subscriber landing page anda.
1. Tawaran menarik. 2. Promosi
kuncipendapatan dot com Page 107
1. Tawaran menarik.
Bagi tujuan menarik subscriber, anda perlu memastikan tawaran ataupun salesletter yang dibuat adalah menarik. Ini bagi memastikan pelawat cenderung untuk subscribe dengan anda bagi mendapatkan produk yang ditawarkan itu.
Seelok-eloknya, jika anda menawarkan seuatu produk contohnya ebook, anda perlu pastikan anda menawarkan sesuatu yang sukar diperoleh. Mungkin anda boleh tawarkan ebook hasil tulisan anda sendiri kepada pengunjung. Dengan ini, kredibiliti anda lebih terserlah.
Sekiranya anda menawarkan produk orang lain, gunakan salesletter yang boleh memikat pengunjung dan sukar ditandingi oleh pesaing anda. Mungkin anda mempunyai lebih dari 100 koleksi ebook pelbagai topik, jadi mungkin inilah yang ingin anda gunakan untuk menarik subscriber.
Jika anda bandingkan squeeze page yang menawarkan satu ebook percuma berbanding dengan 100 ebook percuma, yang mana lebih mudah menarik perhatian? Sudah pasti squeeze page yang menawarkan yang menawarkan 100 ebook percuma.
Namun, jika anda ingin menawarkan satu ebook sahaja, pastikan ebook tersebut mempunyai lesen PLR, MRR, RR ataupun Giveaway Right. Dengan ini, pengunjung akan lebih tertarik untuk subscriber anda.
Saya tertarik untuk membincangkan ebook PLR. Ia sebenarnya boleh dijadikan produk anda sendiri memandangkan ianya didatangkan bersama lesen yang membenarkan anda mengubah isi kandungan sehinggalah mengubah nama pengarangnya!! Hebat bukan? Ini boleh dijadikan cara untuk menghasilkan produk anda sendiri. Kredibiliti anda juga pasti akan lebih terserlah.
kuncipendapatan dot com Page 108
2. Promosi
Apabila kita membincangkan tentang promosi, saya pasti anda lebih arif dari saya. Banyak kaedah dan sumber yang anda jalankan bagi mempromosikan squeeze page atupun minisite anda. Ledakan web 2.0 seperti laman sosial merupakan platform terbaik dan mudah untuk anda menarik pelawat ke landing page yang telah anda siapkan.
Jadi secara ringkasnya, anda boleh jalankan promosi melalui kaedah berikut:
Web 2.0
Manfaatkan sebaik mungkin laman sosial seperti My Space, Friendster, Facebook, Twitter dan sebagainya untuk menarik pelawat. Gunakan kreativiti dan kata-kata hikmat anda supaya rakan-rakan mahupun sesiapa sahaja tertarik untuk mengunjungi landing page anda. Forum
Banyak forum-forum yang berkaitan dengan perniagaan internet. Antaranya ialah WangCyber, Kelab Malaysia, Carigold etc yang anda boleh join untuk promosikan landing page anda.
Anda boleh melakukan promosi dengan cara meletakkan link signature terus kepada landing page. Ia sebenarnya cukup mudah. Di samping anda mempromosikan landing page, anda juga mendapat banyak ilmu hasil perkongsian otai-otai IM. Jadi, saya amat sarankan anda untuk menyertai forum untuk menambah ilmu dan juga mempromosikan landing page. Sambil menyelam, lihat keindahan alam. Kalau minum air, boleh lemas pulak.=)
Iklan
Anda juga boleh mengiklankan squeeze page anda di portal-portal iklan percuma. Banyak portal iklan percuma yang anda boleh sertai untuk meletakkan banner iklan anda tanpa sebarang kos. Anda boleh
kuncipendapatan dot com Page 109
melakukan carian di Google dengan menaip ‘iklan percuma’, ‘portal iklan percuma’ dan apa-apa yang anda fikirkan berkesan.
Dalam Google ni, macam-macam ada, yang penting adalah anda perlu rajin mencari. Korbankan aktiviti yang tidak menyumbang kepada perkembangan perniagaan internet. Lebihkan masa untuk membuat kajian pasaran sekarang. InsyaAllah, pasti berbaloi nanti.
Blog
Sekiranya anda telah mempunyai blog, saya sarankan anda promosikan squeeze page kepada pelawat blog anda. Selain itu, anda juga boleh melakukan komen di blog orang lain, disamping meletakkan link url landing page anda. Tapi awas, jangan sampai melakukan spam. Jika anda didapati melakukan spam, pemilik blog berhak mendelete komen anda.
Ini juga menyebabkan anda hilang peluang menjalinkan kerjasama dengan pemilik blog pada masa hadapan. Jadi, berhati-hatilah membuat komen. Pastikan anda membuat komen yang bertepatan dengan isi kandungan blog tersebut.
3. Joint Venture
Joint venture secara ringkasnya bermaksud anda menjalinkan kerjasama dengan individu lain untuk memperkembangkan lagi perniagaan anda. Bagaimana anda boleh buat JV untuk promosikan landing page?
Dengan menggunakan konsep yang sama, anda boleh menghubungi IM kenalan anda yang telah mempunyai mailing list. Minta kenalan anda tersebut melakukan blast newsletter/ mesej untuk menarik subcsriber IM tersebut ke landing page anda. Dengan melakukan JV, anda dapat membina mailing list dengan lebih cepat. Ia akan menjadi lebih cepat sekiranya anda dapat berkerjasama dengan beberapa IM pada satu-satu masa.
kuncipendapatan dot com Page 110
Tapi, amatlah penting anda untuk mempunyai pengetahuan khusus tentang cara-cara untuk melakukan JV dengan IM lain agar permintaan anda dapat ditunaikan. Anda perlu lakukan kajian tentang cara-cara menjalinkan kerjasama JV sebelum mula menghubungi IM lain.
Teknik ini juga dapat diaplikasikan sekiranya anda telah mempunyai mailing list. Katakan anda telah mempunyai 500 emel, rakan anda juga mempunyai 500 emel, dengan menjalinkan kerjasama JV, anda dan rakan anda dapat mengumpul 1000 emel. Kaedah ini dikenali sebagai Ad Swap.
kuncipendapatan dot com Page 111