• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Penukaran Kod Dalam Media Sosial Functions of Code-Switching in Tweets: An Annotation Scheme and Some Initial

KAJIAN LITERATUR

2.5 Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Penukaran Kod Dalam Media Sosial Functions of Code-Switching in Tweets: An Annotation Scheme and Some Initial

Experiments adalah sebuah kajian yang dijalankan oleh Rafiya Begum et. al (2016).

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji dari Microsoft Research Labs dan India Institute of Technology ini bertujuan untuk memahami fungsi penukaran kod secara mendalam iaitu dari aspek pragmatik dan aspek struktural dengan menganotasi data pada skala besar. Kajian dijalankan dengan meneliti fungsi penukaran kod dalam bahasa Hindi-Inggeris. Data untuk kajian ini dikumpul menggunakan alat pengesan bahasa untuk teks media sosial yang canggih. Jumlah keseluruhan data yang diperoleh adalah sebanyak 1.25 juta tweet.

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa terdapat banyak kategori fungsi pragmatik penukaran kod, iaitu naratif-evaluatif, penekanan, sindiran, memetik kata-kata orang lain, punca-kesan, terjemahan, laporan pertuturan, sentimen negatif, dan sebab-sebab lain seperti ucap salam dan sapaan. Selain daripada fungsi pragmatik, kajian Begum et. al (2016) ini turut meneliti perkaitan semantik yang berlaku dalam tweet yang mengandungi penukaran kod. Kandungan tweet dalam Hindi dibandingkan dengan tweet bahasa Inggeris dari segi makna. Perkaitan semantik yang ditemukan dalam tweet-tweet tersebut adalah sama, hampir sama, berbeza, bertentangan, dan tidak berkaitan.

Dari sudut bentuk struktural pula, terdapat lima bentuk yang diperoleh berdasarkan kajian mereka, iaitu penukaran kod tempelan, laporan pertuturan, ucapan permintaan yang sopan, memetik kata-kata orang lain, serta penggunaan kata hubung.

Bagi penelitian dari jenis sentimen, aspek-aspek seperti peralihan topik, fungsi wacana, naratif-evaluatif, penekanan, sindiran, pemetikan kata-kata orang lain, dan ucapan permintaan yang sopan diteliti berdasarkan dua bahagian yang membawa maksud pendapat (opinion) atau bukan pendapat (non-opinion). Kajian Begum ini berskala besar kerana mendapat bantuan daripada alat pengesan bahasa yang bertaraf state-of-the-art, manakala kajian semasa ini menggunakan skala yang lebih kecil tetapi terperinci dan berfokus.

Selain Twitter, para pengkaji lepas turut mengkaji penukaran kod dalam media sosial menerusi Facebook. Syazwani Halim dan Marlyna Maros (2014) dalam kajian berjudul The Functions of Code Switching in Facebook Interactions membincangkan fungsi-fungsi penukaran kod yang berlaku dalam kalangan lima orang pengguna Facebook yang berkemahiran dwibahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris).

Pengelasan fungsi penukaran kod dibuat berdasarkan Gumperz (1982), Zentella (1997), San (2009), dan Montes-Alcala (2007).

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa penukaran kod berlaku secara dalam talian sebagai strategi untuk memetik kata-kata orang lain, menyapa orang yang dilawan bertutur, pengulangan, penjelasan mesej, pencerahan, penekanan, semakan, menyatakan emosi, kebolehsediaan, ekonomi bahasa, dan penukaran kod bebas. Bagi fungsi ekonomi bahasa, kedua-dua bahasa sama ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris digunakan bagi menjimatkan penulisan status Facebook mereka. Kajian Syazwani (2014) mempunyai persamaan dengan kajian semasa ini dari sudut

penelitian penukaran kod, iaitu dari segi fungsinya. Bezanya, kajian semasa ini memilih Twitter sebagai medium kajian.

Satu lagi kajian yang dibuat menerusi Facebook dijalankan oleh Siti Rahimah et. al (2014), bertajuk Kekeliruan Jati Diri Punca Bahasa Bercampur Aduk. Kajian ini meneliti penukaran kod yang digunakan oleh pengguna Facebook yang terdiri daripada 70 orang responden Melayu dengan pelbagai latar belakang. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 25 soalan.

Data yang diperoleh daripada soal selidik tersebut kemudiannya dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif.

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa fungsi tertentu yang menjadi punca pengguna Facebook menukarkan kod ketika menulis status atau menulis komen di laman sosial itu, iaitu kerana kelaziman dalam pertuturan seharian, faktor ekonomi bahasa, faktor menunjuk-nunjuk, untuk memberikan nilai makna, sebagai penggantian warna emosi, serta untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Hasil kajian Rahimah (2014) diadaptasi oleh pengkaji kajian semasa ini untuk mengulas fenomena penukaran kod yang berlaku dalam Twitter berdasarkan contoh-contoh tweet yang dikumpul.

Satu kajian terhadap Twitter yang bertajuk Alih Kode dalam Twitter telah dijalankan oleh Syuli Mokodompit pada tahun 2013. Kajiannya mempunyai persamaan dengan kajian ini kerana kedua-duanya memilih Twitter sebagai medium, tetapi kajian itu dijalankan terhadap pengguna Twitter di Indonesia, justeru penukaran kod yang berlaku adalah antara bahasa Melayu Indonesia dengan bahasa Inggeris.

Tujuan kajian tersebut dijalankan adalah untuk mengkaji bentuk-bentuk penukaran

kod yang terdapat dalam Twitter dan mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya penukaran kod.

Kaedah yang digunakan oleh Mokodompit untuk meneliti penukaran kod adalah dengan mengumpul interaksi yang berlaku dalam Twitter sejak bulan Januari sehingga Mac 2013. Kemudian data tersebut dianalisis secara kualitatif menggunakan teori penukaran kod menurut Dell Hymes dan Suwito. Mokodompit mendapati bahawa Twitter kerap digunakan oleh golongan remaja untuk meluahkan perasaan, meluahkan perkara yang sedang difikirkan, atau perkara yang sedang dilakukan. Hasil kajian beliau menemukan banyak penukaran kod antara bahasa Indonesia dengan bahasa Inggeris. Menurutnya, hal tersebut berlaku kerana kebanyakan pengguna Twitter terdiri daripada golongan masyarakat yang mempunyai kemahiran dwibahasa. Antara contoh tweets yang mengandungi penukaran kod hasil daripada kajian beliau adalah seperti berikut:

@sehatcantik: Mobil pun punya blindspot lho, bagaimana mengatasinya agar tidak terjadi kecelakaan? Follow @otopedia & ikuti tips serunya.

@chaamelia: Mau yang black & white sama yang kaya dress spandex merah kemarin dong, 1 lagi, warna lain.

@MelaneyRicardo: Aku di dahsyat this morning wore.

Berdasarkan penelitiannya, Mokodompit mendapati bahawa sebab-sebab berlakunya penukaran kod adalah “siapa yang berbicara, dengan bahasa apa, kepada siapa, bila, dan dengan tujuan apa”. Beliau juga menyenaraikan empat faktor utama iaitu penutur, mitra penutur (orang yang dilawan bertutur), topik perbualan, serta fungsi dan tujuan. Daripada hasil keseluruhan kajiannya, beliau menyimpulkan bahawa penukaran kod bahasa Indonesia – Inggeris yang paling banyak berlaku adalah dalam bentuk frasa dan istilah.

Widya Novianti pada tahun 2013 juga meneliti penukaran kod yang berlaku dalam Twitter menerusi kajiannya yang bertajuk The Use of Code Switching in Twitter.

Fokus kajian beliau adalah terhadap bahasa Indonesia yang mengandungi penukaran kod dengan bahasa selain daripada bahasa Indonesia. Kajian Novianti merupakan satu kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian tersebut turut menghuraikan sebab-sebab respondennya menggunakan penukaran kod semasa berkomunikasi menerusi Twitter.

Data kajian beliau dikumpulkan daripada 30 orang pengguna Twitter yang merupakan pelajar dari Jabatan Pengajian Bahasa Inggeris bermula Jun sehingga September 2012. Tweets tersebut dipilih secara rawak berdasarkan tujuan kajian, iaitu hanya tweets yang mengandungi penukaran kod sahaja yang dianalisis. Selain itu, Novianti turut menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian. Borang soal selidik tersebut mengandungi dua jenis soalan, iaitu satu berbentuk pilihan jawapan serta satu lagi soalan terbuka supaya responden boleh menjawab dengan bebas.

Berdasarkan data yang dikumpul, analisis dilakukan dengan membahagikan tweets mengikut kategori penukaran kod, iaitu penukaran kod secara tempelan (tag switching), penukaran kod inter-sentential dan penukaran kod intra-sentential. Hasil analisis mendapati daripada kesemua 60 tweets yang mengandungi penukaran kod, jenis penukaran kod yang paling banyak digunakan adalah secara intra-sentential (56.67%), diikuti dengan inter-sentential (38.33%) dan seterusnya tempelan (5%).

Hasilnya, kajian beliau menemukan percampuran bahasa dalam tujuh kombinasi, iaitu Indonesia-Inggeris, Indonesia-Sunda, Indonesia-Arab, Indonesia-Palembang, Indonesia-Korea, Indonesia-Inggeris-Sunda, dan Indonesia-Inggeris-Arab. Contoh tweets yang mengandungi penukaran kod adalah seperti berikut:

@male: cinta hakiki itu seperti strategy bola Spanyol, tik tak, feedback seimbang, main pendek (no LDR/crossing ball), gol sederhana.

@female3: dan sampai pada obrolan Habluminallah dan hambluminannas.

@female10: abis mandi, baca BBM. Oiado nian yang nak ngerusak mood ini.

Suingke tula rrr.

Bagi tujuan mengenal pasti faktor penggunaan penukaran kod, terdapat enam sebab yang diperoleh berdasarkan soal selidik yang dijalankan. Sebab-sebab tersebut ialah:

1. Keperluan untuk berbincang tentang sesuatu topik 2. Keperluan untuk menggunakan kata seru

3. Keperluan untuk memperjelas maksud sesuatu ucapan 4. Keperluan untuk mengekspresi identiti sesuatu kumpulan

5. Keperluan untuk melembutkan atau menegaskan sesuatu permintaan atau arahan

6. Keperluan untuk menggunakan sesuatu leksikal

Secara keseluruhannya, hasil kajian Novianti menyimpulkan bahawa jenis penukaran kod yang paling kerap digunakan ialah intra-sentential. Kebanyakan pengguna Twitter menukarkan kod dalam pertuturan mereka pada peringkat perkataan dan frasa. Oleh kerana data dikumpul daripada pelajar pengajian Bahasa Inggeris, maka mereka terdorong untuk menulis tweet dalam bahasa Inggeris supaya dapat mengaplikasikan kemahiran bahasa Inggeris mereka.

Seterusnya, Riris Desnia telah membuat kajian bertajuk Code Switching in Social Media Twitter (2014). Kajian ini berkaitan dengan jenis-jenis penukaran kod dan sebab-sebab penukaran kod digunakan dalam media sosial Twitter. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis kontekstual dan jenis tatabahasa dalam penukaran

kod yang digunakan secara meluas dalam media sosial Twitter dan untuk menghuraikan sebab-sebab penukaran kod tersebut. Kaedah kajian ini berfokus kepada penilaian secara kualitatif.

Data primer kajian ini dikumpul daripada tweets pengguna Twitter, manakala data sekunder pula diperoleh daripada borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat tentang sebab-sebab pengguna Twitter mengamalkan penukaran kod. Borang soal selidik diedarkan kepada para pelajar dari Fakulti Bahasa dan Kesenian Universiti Negara Medan. Sebanyak 10 orang responden dipilih secara rawak daripada senarai rakan Twitter pengkaji (tweets dikumpul bermula 21 Februari sehingga 27 Februari 2014), manakala 30 orang lagi responden merupakan pelajar daripada fakulti tersebut.

Bagi kaedah menganalisis data, Desnia (2014) menggunakan teori yang diperkenalkan oleh Blom dan Gumperz (1971) untuk mengenal pasti jenis kontekstual dan jenis tatabahasa. Teori Hoffman (1991) dan Saville-Troike (1986) pula digunakan untuk menghuraikan sebab-sebab penukaran kod berlaku dalam kalangan penutur.

Hasilnya, Sihombing mendapati terdapat perbualan dalam Twitter yang berbentuk tatabahasa dan berbentuk kontekstual. Bagi bentuk tatabahasa, terdapat tiga lagi jenis iaitu penukaran kod secara tempelan, secara intersentential dan secara intrasentential.

Berikut merupakan contoh tweets yang mengandungi penukaran kod berbentuk tatabahasa.

Contoh penukaran kod tempelan:

@aMrazing: Keindahan pantai-pantai di Indonesia masih juara dunia, kok.

Agree!

Contoh penukaran kod intersentential:

@afdillah21: Allah will give the best for you. Asal ada kemauan pasti ada jalan. There is a way always.

Contoh penukaran kod intrasentential:

@aMrazing: Fotonya unedited, no filter, pake iPhone kesayangan gue.

Selain daripada bentuk tatabahasa, terdapat juga penukaran kod berbentuk kontekstual. Menurut teori Bloom dan Gumperz, bentuk kontekstual terbahagi kepada dua jenis, iaitu jenis situasi dan jenis metafor. Jenis situasi berlaku apabila terdapat perubahan dalam situasi yang menyebabkan penutur dwibahasa bertukar daripada satu kod kepada kod yang lain. Penukaran kod jenis situasi ini ditemukan dalam Twitter apabila pengguna berkongsi pendapat.

Contoh penukaran kod jenis situasi:

@alexandrarheaw: Me: Jadi gimana kalo kita makan malamnya di restoran Jepang Beno: Hmm, jadi gimana ya lex

Me: Ayo dong, aku kan kepingin

Bule: If you don’t want to ask this beautiful lady, then I have to Beno: Sorry sir, I think you can’t, she’s my wife

Bule: Oh I’m really sorry, enjoy your time

Berdasarkan contoh tersebut, suami kepada pengguna Twitter tersebut (Beno) menggunakan penukaran kod jenis situasi kerana pada mulanya dia menggunakan bahasa Indonesia, tetapi apabila penutur ketiga hadir iaitu bule (pelancong), Beno menukarkan kod kepada bahasa Inggeris kerana pelancong tersebut merupakan penutur natif bahasa Inggeris dan Beno sedar akan hal tersebut.

Penukaran kod berbentuk kontekstual jenis metafor pula berlaku apabila terdapat perubahan dari segi persepsi, tujuan, atau topik sesuatu perbualan. Penukaran kod jenis metafor boleh dilihat dalam contoh perbualan antara pengguna Twitter

@ernestprakasa dengan rakannya tentang pencarian seorang penterjemah yang bertauliah.

A: @claudialengkey: Adakah teman-teman yang merupakan certified translator Indonesia-Inggris?

B: Hi @ernestprakasa and @claudialengkey I’m a professional interpreter/translator and member of HPI (Indonesian Federation of Translator) C: @sakdiyahmaruf, are you certified?

B: of course @ernestprakasa

C: @sakdiyahmaruf @claudialengkey tuh kak odit, sama diyah aja. Highly recommended lah :)

B: @ernestprakasa makasih bangat rekomendasinya, you are simply the nicest person on earth!!

C: @sakdiyahmaruf that’s waaaay over the top

A: @ernestprakasa @sakdiyahmaruf terima kasih teman-teman.. Mbak Diyah, saya sudah infokan ke rekan saya yang membutuhkan ya.

Berdasarkan contoh perbualan di atas, dapat dilihat bahawa penukaran kod berlaku apabila terdapat perubahan dalam topik perbualan, iaitu tentang pencarian seorang penterjemah bahasa Indonesia-Inggeris yang bertauliah. Persepsi tentang pencarian penterjemah bahasa Inggeris membuatkan mereka menukarkan kod supaya perbualan tersebut lebih mudah difahami.

Sebab-sebab berlakunya penukaran kod seperti yang dikemukakan oleh Hoffman (1991) ada tujuh manakala tiga lagi oleh Saville-Troike (1986). Walau bagaimanapun, beliau menemukan lapan sahaja sebab pengguna Twitter menggunakan penukaran kod, iaitu apabila bercakap mengenai sesuatu topik, memetik

mengulang sesuatu perkataan supaya lebih jelas, untuk melembutkan atau menegaskan sesuatu ungkapan, untuk mengekspresikan identiti sesuatu kelompok dan atas dasar keperluan leksikal.

Facebook merupakan salah satu rangkaian sosial popular yang telah menjadi satu medium komunikasi dan interaksi untuk para penggunanya. Disebabkan kewujudan dua bahasa dan kemahiran menggunakan kedua-dua bahasa tersebut, warga Malaysia dikelaskan sebagai penutur dwibahasa. Satu kajian bertajuk Code Mixing On Facebook Among Malaysian TESL Students telah dibuat oleh Huzaina (2014). Kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada persoalan tentang tahap percampuran bahasa dalam kalangan graduan TESL dalam Facebook, tahap percampuran bahasa yang paling kerap digunakan serta sebab-sebab graduan TESL menggunakan percampuran bahasa dalam Facebook.

Kajian Huzaina telah menggunakan kaedah kualitatif dan dikategorikan sebagai kajian kes dengan tujuan untuk mengenal pasti tahap percampuran kod.

Huzaina menyenaraikan tujuh tahap penukaran kod iaitu penyelitan perkataan, penyelitan frasa, penyelitan klausa, penyelitan ayat, penyelitan peribahasa atau ekspresi, penyelitan hybrid, penyelitan pengulangan dan perubahan dalam sebutan.

Beliau juga mengenal pasti tahap percampuran bahasa yang paling kerap digunakan serta menghuraikan secara deskriptif tentang sebab-sebab percampuran kod di Facebook.

Sampel kajian yang dipilih ialah semua guru dan tutor Melayu yang berkemahiran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Peserta kajian yang telah tamat program TESL akan dipilih. Kedua-dua peserta lelaki dan perempuan dipilih selepas mengenal pasti percampuran kod yang mereka gunakan ketika menulis status dan

perbualan pada Facebook. Peralatan yang digunakan ketika mengutip data ialah senarai semak pemerhatian, tally sheet, dan borang soal selidik terbuka. Data kemudiannya dianalisis berdasarkan rangka kerja oleh Ratna (2007) dan Hoffman (1991) untuk mengelaskan tahap percampuran kod manakala teori oleh Saville-Troike (2003) dan Holmes (2001) digunakan untuk mengenal pasti sebab-sebab berlakunya percampuran kod.

Hasil kajian tersebut mendapati percampuran kod berlaku dalam pelbagai tahap. Tahap yang paling kerap berlaku ialah penyelitan frasa. Antara frasa yang kerap digunakan adalah seperti thank you, happy birthday, happy for you, dan congrats.

Tahap yang paling jarang digunakan pula ialah penyelitan peribahasa atau ekspresi.

Hal ini berkemungkinan kerana tiada peribahasa yang benar-benar sepadan atau sama ertinya dengan bahasa Melayu.

Bagi sebab-sebab percampuran kod pula, sebab yang paling utama adalah untuk menunjukkan solidariti seseorang. Mereka menggunakan percampuran kod untuk menunjukkan bahawa mereka tergolong dalam satu rumpun etnik yang sama.

Sebab yang kedua paling utama pula ialah keperluan menggunakan sesuatu leksikal dan untuk menunjukkan perasaan. Dengan mencampurkan kod, perasaan seperti marah, sedih, dan gembira dipercayai dapat disampaikan dengan lebih jelas.

Sebab yang paling tidak utama ialah keperluan untuk menyingkirkan seseorang daripada sesuatu perbualan. Para peserta turut menyenaraikan sebab yang tersendiri yang tidak terdapat dalam rangka kajian seperti pengaruh bahasa, untuk tujuan pembelajaran, satu bahasa tidak cukup jelas, untuk keselesaan, untuk kefahaman yang lebih, norma sosial, untuk memudahkan komunikasi, dan untuk menjadikan perbualan lebih hidup serta penuh ekspresi.

David Jurgens (2015) pula telah membuat kajian yang bertajuk Code Switching In Twitter. Kajian Jurgens mempunyai matlamat jangka panjang yang berfokus kepada cara-cara kelompok lingusitik berkomunikasi. Objektif kajiannya adalah untuk (i) mengkaji cara sesuatu idea dikongsikan dalam kalangan penutur berlainan bahasa, (ii) mengenal pasti cara terminologi dan bahasa dalam sesuatu komuniti mempengaruhi satu sama lain, dan (iii) mengenal pasti kelompok-kelompok bahasa yang sering berhubung antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, meneliti cara individu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa membolehkan pengkaji memperoleh pengetahuan tentang komuniti-komuniti yang berkomunikasi antara satu sama lain dan kandungan idea yang mereka kongsikan.

Namun begitu, menurut Jurgens, terdapat cabaran yang besar dalam meneliti bahasa yang kerap digunakan dalam media sosial. Kebanyakan alat pemprosesan bahasa menganggap bahawa sesuatu teks hanya ditulis dalam satu bahasa. Media sosial pula menjadikan proses penelitian menjadi lebih sukar kerana wujudnya kreativiti ketika menulis, misalnya abreviasi, slanga, emotikon, atau perkara seumpama pemanjangan perkataan (contohnya “coooooool”), menyebabkan program komputer tidak dapat mengesan sesuatu bahasa dengan tepat.

Kaedah yang digunakan oleh Jurgens dalam kajiannya adalah dengan mengkaji penukaran kod dalam tetapan yang sangat terkawal, iaitu menggunakan hashtag.

Hashtag merupakan satu cara untuk pengguna Twitter menulis komen tentang kandungan tweetnya, dan juga cara untuk penulis menghubungkan kandungan tweet tersebut dengan tulisan pengguna lain tentang tema yang sama, lalu membentuk satu komuniti maya melalui hashtag tersebut. Kajian Jurgens meneliti penulisan dalam Twitter yang ditulis menggunakan satu bahasa dan kemudian menggunakan bahasa lain sebagai hashtag.

Kajian tersebut menggunakan alat pengesan bahasa iaitu ‘langid.py’ yang dapat mengesan kepelbagaian bahasa yang digunakan di Twitter. Sebagai usaha menapis data, Jurgens menyisihkan tweet yang mempunyai kesalahan ejaan, tulisan beremosi (misalnya “ughhhh”), emotikon, pautan, dan nama pengguna Twitter lain (contohya @username). Jurgens mengumpulkan tweet yang mengandungi semua hashtag dari Mac 2014 sehingga Julai 2014 melalui laman Twitter miliknya dan hanya memilih tweet yang mempunyai hashtag yang digunakan sekurang-kurangnya 1000 kali. Keseluruhannya, beliau mengkaji 4624 hashtag.

Data kajiannya dipamerkan dalam bentuk graf kord yang saling menghubungkan bilangan tweet yang ditulis dalam satu bahasa asal yang kemudiannya menggunakan hashtag dalam bahasa kedua, misalnya tweet dalam bahasa Melayu yang menggunakan hashtag dalam bahasa Inggeris. Hasil kajiannya mendapati hashtag diterima secara meluas oleh bahasa lain berbanding bahasa asal tweet itu sendiri. Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling popular di Twitter, maka tidak hairanlah begitu banyak bahasa yang menggunakan hashtag dalam bahasa Inggeris.

Namun begitu, hasil kajian beliau juga mendapati wujudnya kaitan penggunaan hashtag dengan cerminan budaya dan kedudukan geografi.

Antara jenis hashtag yang paling kerap digunakan ialah komen terhadap sesuatu isi kandungan tweet (contohnya #yum, #thissucks), hashtag yang tercipta oleh kewujudan aplikasi dan permainan (#LastFM, AndroidGames), serta nama-nama orang, tempat, atau benda yang dikenali ramai seperti #WorldCup2012 dan

#TeenChoiceAwards.

Satu kajian bertajuk Code Switching and Code Mixing In Internet Chatting:

Between ‘Yes’, ‘Ya’, And ‘Si’ A Case Study telah dibuat oleh Cardenas-Claros dan Irshayanti (2009). Kajian kes ini bertujuan untuk meneliti kekerapan penukaran kod dan percampuran kod yang berlaku dalam ruang sembang maya berdasarkan persekitaran. Perbualan dua belas orang penutur bukan natif bahasa Inggeris dari Sepanyol dan Indonesia telah dikumpul selama dua bulan dan kemudiannya dianalisis.

Analisis kajian ini adalah untuk melihat kekerapan penukaran kod yang berlaku dalam kedua-dua budaya, untuk melihat topik yang mendorong kepada berlakunya penukaran kod dalam setiap budaya, dan untuk melihat topik yang biasa dibincangkan dalam kedua-dua budaya serta topik yang tidak biasa dibincangkan dalam kedua-dua budaya.

Hasil kajian mereka mendapati bahawa istilah-istilah yang berkaitan dengan teknologi sering mendorong kepada berlakunya penukaran kod tanpa mengira latar belakang linguistik penutur. Selain itu, penutur juga dilihat kerap menukarkan kod apabila berbicara tentang perkara yang tidak akademik berbanding perkara yang berkaitan dengan akademik. Topik-topik seperti perhubungan dan persahabatan tidak pula mendorong penutur untuk menukarkan kod, kerana penutur didapati lebih selesa untuk menggunakan bahasa pertama mereka apabila berbicara tentang hal-hal peribadi. Dapat kajian Cardenas-Claros dan Irshayanti (2009) ini akan diambil kira semasa pengkaji menganalisis penukaran kod yang berlaku dalam Twitter.

Dalam masyarakat yang berbilang bahasa, bahasa bukan sahaja memberi kesan kepada budaya dan warisan, malah kepada status sosial dan darjah integriti sesuatu masyarakat. Kajian Suin Kim et. al yang bertajuk Sociolinguistic Analysis of Twitter in Multilingual Societies (2014) mengkaji bahasa dan struktur pertalian dalam masyarakat majmuk dan berbilang bahasa menggunakan Twitter. Kajian tersebut

mengkaji fenomena masyarakat berbilang bahasa dan peranan penutur dwibahasa dengan menggunakan data Twitter yang sangat luas.

Dengan memahami interaksi pengguna media sosial, terdapat beberapa implikasi yang boleh dilihat iaitu pemeliharaan bahasa, kapital sosial dan isu pemisahan, status sosial dan asimilasi bahasa, serta pemilihan bahasa. Kaedah yang

Dengan memahami interaksi pengguna media sosial, terdapat beberapa implikasi yang boleh dilihat iaitu pemeliharaan bahasa, kapital sosial dan isu pemisahan, status sosial dan asimilasi bahasa, serta pemilihan bahasa. Kaedah yang