• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kata kunci: kemahiran keusahawanan, pelajar MRSM, tahap kemahiran, jantina

2. Kajian Perpustakaan

2.1 Kemahiran Keusahawanan

Usahawan perlu memiliki kemahiran-kemahiran tertentu untuk menterjemahkan idea perniagaan kepada peluang perniagaan yang berdaya maju. Usahawan perlu mempunyai kemahiran bagi memastikan perniagaan yang dijalankan dapat dikawal dengan baik (Norasmah, 2009). Melalui kem ini, para pelajar diberi penerangan tentang kemahiran pemasaran iaitu dari segi tempat, harga, produk dan promosi (4P’s) sebelum menjalankan praktikal pemasaran produk. Para pelajar juga banyak didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang dapat mewujudkan dan meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam diri pelajar. Antara aktiviti-aktiviti yang dapat menerapkan kemahiran keusahawanan dalam diri para pelajar ialah melalui permainan catur bistari (kemahiran mengurus perniagaan), permainan farkle (kemahiran mengambil risiko), dan praktikal pemasaran produk (kemahiran pemasaran). Para pelajar juga didedahkan dengan kemahiran untuk mengatasi cabaran melalui aktiviti ‘night walk’ yang dijalankan.

Menurut Mohd Salleh et al. (2004), sekiranya seseorang usahawan itu ingin mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang diceburi, individu tersebut perlulah mempunyai kemahiran yang mencukupi dalam bidang tersebut. Ini adalah kerana hasil kerja individu yang mahir berbeza dengan hasil kerja individu yang tidak mahir. Usahawan yang memiliki kemahiran dalam bidang tertentu merupakan suatu kelebihan bagi dirinya kerana ia dapat membantu usahawan dalam mengendalikan perniagaan (Yep Putih, 1989). Pyysiainen et al. (2006) dan Norita et al. (2010) pula menyatakan kemahiran keusahawanan merujuk kepada aktiviti-aktiviti atau amalan know-how yang diperlukan untuk membangun dan menjalankan perniagaan dengan berjaya.

Kemahiran keusahawanan boleh dibentuk dan ditingkatkan menerusi latihan dan pendidikan keusahawanan yang bersesuaian bagi melahirkan potensi dalam bidang keusahawanan (Doh Joon Chien & Chiong Teck Soon, 1996; Lewis, 2002; Collins et al., 2004; Nor Aishah Buang, 2006). Program pendidikan dan latihan keusahawanan berperanan untuk memberi serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan perniagaan kepada golongan remaja (Mohd Salleh et al., 1997). Pelajar juga perlu digalakkan mengikuti kem-kem keusahawanan atau kursus pembudayaan usahawan untuk menimbulkan minat serta kesedaran terhadap bidang perniagaan dan keusahawanan

.

3. Metodologi

Kajian ini berorientasikan kaedah tinjauan. Untuk tujuan kajian ini satu set instrumen soal selidik telah dibina sendiri oleh pengkaji. Soal selidik ini mempunyai 7 bahagian iaitu bahagian A hingga G. Bagi kajian ini, konstruk

yang dipilih oleh pengkaji adalah bahagian E sahaja. Skala Likert digunakan dengan 1 (sangat tidak mahir) hingga 5 (sangat mahir). Dalam kajian ini, populasi yang dipilih adalah pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4 MRSM Kuala Klawang pada tahun 2014 yang berjumlah 652 orang. Kaedah persampelan secara rawak mudah telah digunakan dan jumlah sampel seramai 100 orang responden digunakan. Daripada 100 soal selidik yang diedarkan, jumlah responden yang memulangkan soal selidik bagi kajian ini adalah seramai 89 orang dan didapati seorang responden memberi jawapan yang ekstrim dan tidak boleh digunakan untuk tujuan kajian. Ini menjadikan 88 responden atau 88 peratus soal selidik yang boleh digunakan untuk tujuan kajian. Dalam hal ini Mc Millan (2004) menyarankan kadar pulangan soal selidik sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah edaran soal selidik adalah memadai untuk membolehkan sesuatu kajian dilaksanakan dan menurut Babbie (2007), kadar pulangan respons sekurang-kurangnya 50 peratus adalah mencukupi untuk menjalankan analisis dan membuat laporan. Manakala kadar pulangan respons 60 peratus adalah baik dan kadar respon 70 peratus adalah sangat baik. Dalam konteks kajian ini kadar respons 88 peratus adalah sangat baik dan memadai untuk analisis dijalankan.

Dalam kajian ini, instrumen kajian diuji kebolehpercayaan dengan menggunakan pekali alfa Cronbach

“Cronbach Alpha”. Kaedah ujian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 21.0. Hasil analisis kajian bagi

kesemua item berada pada nilai alfa 0.959 yang mana nilai kebolehpercayaan menunjukkan amat baik dan boleh diterima berdasarkan klasifikasi indeks yang dikemukakan oleh Lim (2007). Perinciannya dinyatakan dalam Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Klasifikasi indeks kebolehpercayaan

Pekali kebolehpercayaan Tahap kebolehpercayaan

0.90 atau lebih Amat Baik

0.80 - 0.89 Baik 0.60 - 0.79 Sederhana 0.40 - 0.59 Diragui 0.00 - 0.39 Ditolak Sumber: Lim (2007)

4. Dapatan

4.1. Analisis Tahap Kemahiran Pelajar Dalam Bidang Keusahawanan

Tahap kemahiran pelajar dalam bidang keusahawanan diukur menerusi 16 skop kemahiran termasuklah dalam penyediaan anggaran aliran tunai, membentang rancangan perniagaan, mengawal organisasi, mengenalpasti produk, pengendalian perniagaan, pengendalian kewangan, membuat keputusan perniagaan yang efektif, menangani ketidakpuasan pelanggan, memberi khidmat pelanggan yang berkesan, memimpin perniagaan, memulakan perniagaan, perancangan perniagaan, mempromosikan produk, menyelesaikan masalah perniagaan, strategi pengagihan dan penetapan harga yang kompetitif. Hasil analisis tahap kemahiran pelajar menerusi 16 skop ini ditunjukkan dalam Jadual 3. Secara keseluruhannya kemahiran pelajar dalam bidang keusahawanan berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.94 dan sisihan piawai 0.58. Skop kemahiran pelajar yang menunjukkan skor min yang paling tinggi adalah dalam penyediaan anggaran aliran tunai (min= 4.10, sisihan piawai= 0.728) manakala skop kemahiran pelajar yang menunjukkan skor min yang paling rendah adalah dalam pengawalan organisasi perniagaan (min= 3.80, sisihan piawai= 0.664). Oleh itu, dapatan ini menunjukkan satu keputusan yang baik. Para pelajar menunjukkan tahap kemahiran yang positif dan amat memberangsangkan menerusi kem ini.

Jadual 2: Interpretasi skor min

Skor Min Tahap Skor Min

1.00 hingga 2.00 Rendah 2.01 hingga 3.00 sederhana rendah 3.01 hingga 4.00 sederhana tinggi 4.01 hingga 5.00 Tinggi

Jadual 3: Tahap Kemahiran Pelajar Keusahawanan

No Kemahiran Pelajar Min Sisihan

Piawai

Tahap

Apakah tahap kemahiran keusahawanan anda dalam aspek-aspek berikut setelah mengikuti kem keusahawanan?

1 Membuat keputusan perniagaan yang efektif 3.94 .748 Sederhana tinggi 2 Memimpin sesebuah organisasi perniagaan 3.98 .816 Sederhana tinggi 3 Mengendalikan sesebuah organisasi perniagaan 3.85 .720 Sederhana tinggi 4 Menyelesaikan masalah perniagaan 3.99 .719 Sederhana tinggi 5 Pengawalan organisasi perniagaan 3.80 .664 Sederhana tinggi 6 Penetapan harga produk yang kompetitif 3.93 .770 Sederhana tinggi 7 Strategi pengagihan produk kepada pengguna sasaran 3.92 .698 Sederhana tinggi 8 Memberi perkhidmatan pelanggan yang berkesan 3.91 .753 Sederhana tinggi 9 Menangani ketidakpuasan pelanggan 3.94 .748 Sederhana tinggi 10 Pengendalian kewangan perniagaan 3.81 .725 Sederhana tinggi

11 Penyediaan anggaran aliran tunai 4.10 .728 Tinggi

12 Membuat perancangan perniagaan yang berdaya maju 3.95 .815 Sederhana tinggi

13 Memulakan perniagaan 4.08 .715 Tinggi

14 Mampu membentang rancangan perniagaan kepada pihak yang memerlukan 3.93 .691 Sederhana tinggi 15 Mampu mengenalpasti produk yang sesuai untuk perniagaan saya 3.94 .807 Sederhana tinggi 16 Mampu mempromosikan produk dengan baik 3.94 .717 Sederhana tinggi

Tahap Keseluruhan Kemahiran 3.94 .58 Sederhana tinggi

4.2. Analisis kemahiran pelajar terhadap jantina pelajar

Analisis tahap kemahiran pelajar berdasarkan jantina ditunjukkan dalam Jadual 4. Berdasarkan jadual tersebut, skor min bagi pelajar lelaki adalah 3.9702 dan sisihan piawai 0.54 manakala skor min pelajar perempuan adalah 3.9077 dan sisihan piawai 0.63. Hasil analisis ujian-t tidak bersandar menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan antara tahap kemahiran keusahawanan pelajar lelaki dengan tahap kemahiran keusahawanan pelajar perempuan iaitu t (88) = 0.501, p > 0.05.

Jadual 4: Tahap kemahiran pelajar terhadap jantina pelajar

Pemboleh ubah Jantina N Min Sisihan piawai

T Sig. (p) Kemahiran keusahawanan Perempuan 44 3.9077 .63 .501 .618

Lelaki 44 3.9702 .54

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Kajian menunjukkan tahap kemahiran pelajar MRSM dalam bidang keusahawanan secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana tinggi. Ini bersesuaian dengan kajian Norhatta Mohamad (2003) yang mendapati kemahiran dalam perniagaan pelajar-pelajar sekolah menengah berada pada tahap sederhana menerusi Program Pengusaha Muda (YEP). Dapatan ini juga selari dengan dapatan yang diperolehi oleh Ura Pin (2012) dan Armanurah

Mohamad (2014) yang juga mendapati tahap kemahiran peserta adalah positif setelah menyertai program keusahawanan. Oleh itu menerusi kem keusahawanan ini dapat menerapkan kemahiran keusahawanan dalam diri pelajar. Sexton dalam Norasmah (2002) juga menyatakan program pendidikan dan latihan keusahawanan berperanan untuk meningkatkan kemahiran berkaitan keusahawanan kepada pelajar. Menerusi kem keusahawanan para pelajar memperolehi pengalaman dan seterusnya dapat membentuk kemahiran keusahawanan dalam diri mereka menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Pernyataan ini disokong oleh Faridah (2001) yang mendapati faktor pengalaman pelajar dalam perniagaan memberi sumbangan besar terhadap tahap kemahiran keusahawanan.

Namun begitu, dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian oleh Suhaida (2002) yang dijalankan terhadap Skim Siswazah menyatakan kebanyakan peserta program itu tidak memahami sepenuhnya dalam kemahiran keusahawanan (penyediaan rancangan perniagaan) dan hal ini merupakan penyebab utama mereka tidak terlibat dalam perniagaan selepas tamat latihan Skim Usahawan Siswazah. Kajian Muhammad Nor Zaini (2001) turut menyatakan bahawa tahap kemahiran keusahawanan di kalangan individu kurang upaya anggota di Malaysia menunjukkan peratus yang rendah dalam kebanyakkan aspek yang dikaji. Ini mungkin disebabkan oleh keadaan persekitaran pelajar yang tidak didedahkan dengan cara berniaga yang dapat memberi keuntungan sehingga mereka rasa tercabar untuk memiliki kemahiran yang tinggi dalam keusahawanan.

Dari segi perbezaan tahap kemahiran keusahawanan pelajar berdasarkan jantina, dapatan menunjukkan tiada perbezaan bagi tahap kemahiran pelajar dalam bidang keusahawanan berdasarkan jantina. Dapatan ini selari dengan Anida Ismail (2006) yang mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan perempuan terhadap Latihan Pembentukan Usahawan Mara dalam memberikan kemahiran penyediaan Rancangan Perniagaan. Kajian ini juga menyokong Muhammad (2002) dan Norhatta (2003). Armanurah (2014) juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara bekas peserta lelaki dengan bekas peserta perempuan ke atas kemahiran keusahawanan pelajar. Kesimpulannya, kaum lelaki dan perempuan mempunyai tahap kemahiran yang sama dalam mengikuti latihan.

Secara keseluruhan, dapatlah dirumuskan bahawa keberkesanan pelaksanaan kem keusahawanan dalam memupuk kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar MRSM berada pada tahap sederhana tinggi. Dalam kemahiran keusahawanan terdapat beberapa aspek yang dikaji iaitu pengenalan kepada pendidikan keusahawanan, membentuk motivasi dan ciri-ciri keusahawanan, membentuk pemikiran keusahawanan, kemahiran pengurusan perniagaan, vokasional serta nilai dan etika keusahawanan. Namun dari segi perbezaan tahap kemahiran keusahawanan pelajar berdasarkan jantina menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan.

6. Penghargaan

Pertama sekali, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Profesor Dr. Nor Aishah Buang selaku penyelia di atas bimbingan, tunjuk ajar, ilham dan segala panduan yang telah dicurahkan. Terima kasih yang tidak terhingga dirakam kepada Tn. Hj. Ahmad Tajudin Bin Abdullah Zawawi iaitu pengetua MRSM Kuala Klawang kerana memberi kerjasama dan bantuan semasa projek ini dilaksanakan. Kami sangat berterima kasih kepada semua pelajar MRSM Kuala Klawang yang sudi mengambil bahagian dalam projek ini. Keikhlasan dan masa yang diluangkan oleh kalian untuk menjayakan projek ini amat dihargai. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pensyarah Fakulti Pendidikan yang telah mencurahkan ilmu yang sangat tinggi nilainya.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kami hulurkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa membantu dan tidak pernah berhenti untuk memberi galakan dan dorongan kepada kami. Juga ucapan terima kasih kami tujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Akhir sekali, penghargaan yang tidak ternilai juga dirakamkan kepada keluarga kami yang sentiasa memahami kesibukan dan kesulitan kami, memberi restu, sokongan dan mendoakan sepanjang penglibatan kami dalam menyiapkan projek ini.

7. Rujukan

Armanurah Mohamad, Abdul Razak Amir, Nor Aishah Buang dan Muhammad Hussin.

Armanurah. 2014. Penilaian Pelaksanaan Program Siswaniaga Universiti Utara Malaysia. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Arnida Ismail. 2006. Persepsi peserta terhadap program latihan pembentukan usahawan MARA dalam menerapkan nilai, ilmu dan kemahiran keusahawanan di kalangan peserta. Tesis Penyelidikan Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faridah Husin. 2001. Pembudayaan Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Kajian Kes Peserta Program Usahawan Muda (PUM). Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hariyaty Ab Wahid, Norasmah Othman & Haliza Hussein. 2012. Keusahawanan sosial dan hubungannya dengan daya tahan terhadap tekanan dalam kalangan pelajar program Student in Free Enterprise (SIFE). Dlm. Khoo Yin Yin et al. (pnyt). Korpus. Tanjong Malim: Penerbit UPSI.

Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah satu penilaian. Tesis Ijazah Doktor Falsafah: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamad Hafeez Al-Amin. 2013. Penerapan Kemahiran Keusahawanan dalam kalangan pelajar bidang kejuruteraan Mekanikal di UTHM.Laporan projek Sarjana Pendidikan. Universiti Tun Hussein Onn.

Muhammad Hj. Wahid. 2002. Tahap pengetahuan modul program usahawan muda. Kesannya terhadap penerapan keterampilah usahawan dan nilai kemanusiaan. Kertas projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norasmah Hj Othman. 2002. Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja di Sekolah Menengah. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Putra Malaysia.

Norhatta Mohd. 2003. Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap dalam Perniagaan dan Keusahawanan di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah di Sekitar Lembah Klang. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Nunally, J.C. 1978. Psychometric Theory. New York: McGraw-Hill.

Suhaida Mohd Amin. 2002. Kertas Projek Strategi dalam Pembangunan Usahawan di Malaysia.

Ura Pin @ Chum. 2012. Penilaian Program Perintis Usahawan di Sekolah Rendah. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.