• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Persekitaran Keluarga

Dalam dokumen Hubungan antara konsep kendiri dimensi p (Halaman 79-84)

Rajah 2.4 : Empat Kategori berasingan Individu Berdasarkan Dua Dimens

2.5 Sorotan Kajian Lepas

2.5.3 Kajian Persekitaran Keluarga

Persekitaran keluarga adalah memainkan peranan yang penting di dalam

pembentukan keperibadian pelajar. Perhubungan yang erat di dalam keluarga dan guru, dapat menentukan kecemerlangan terhadap pelajar itu sendiri. Dengan menjadikan teguran yang diterima sebagai satu cabaran juga akan menentukan kejayaan pelajar.

Tajudin (1999), mendapati ibu bapa yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai serta mempunyai pendapatan yang rendah menjadi punca pelajar gagal di dalam pelajaran. Sikap dan tanggungjawab ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak mereka akan terabai disebabkan mereka tidak dapat memenuhi kelengkapan yang seharusnya disediakan di dalam proses pembelajaran anak-anak. Mengikut Ungku Aziz

(Mingguan Malaysia, 31 Ogos 2003) masalah bumiputera adalah kemiskinan dan kemunduran.

Menurut kajian Zakaria (1996), faktor keluarga terbahagi kepada dua iaitu faktor latar belakang ibu bapa dan faktor komitmen ibu bapa. Faktor latar belakang keluarga dikategorikan dengan taraf pendidikan ibu bapa dan jumlah pendapatan keluarga manakala faktor komitmen ibu bapa dikategorikan kepada sokongan fizikal dan sokongan moral. Hasil daripada kajian terdapat lima belas pembolehubah yang mempunyai hubungan yang signifikan pada aras keertian 0.05. Tiga daripadanya mewakili faktor latar belakang ibu bapa dan dua belas selebihnya mewakili komitmen ibu bapa. Ibu bapa juga disarankan supaya mengamalkan perkara yang mempunyai hubungan positif dengan pencapaian akademik untuk mempertingkatkan mutu pendidikan dan pencapaian mata pelajaran tersebut.

Mengikut kajian Shaifuddin (1997, dalam Shahabudin, 2002), kajian mendapati bahawa pencapaian akademik mempunyai hubungan yang signifikan dengan

pendapatan ibu bapa, tahap pendidikan ibu bapa, matlamat motivasi dan persekitaran sekolah.

Menurut Tajudin (1999), juga mendapati ibu bapa yang berpendidikan tinggi akan meluangkan lebih masa untuk anak-anak di dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka di sekolah. Masa yang diluangkan adalah untuk digunakan dalam mengajar, memeriksa kerja sekolah di rumah dan menjalankan aktiviti bersama anak-anak.

Ibu bapa juga mempengaruhi terhadap minat pelajar di dalam pembelajaran. Ibu bapa yang kurang pendedahan terhadap sistem pembelajaran yang terkini akan

menyebabkan mereka menyerahkan bulat-bulat kepada anak mereka di dalam memilih kursus yang mereka ingin ambil. Kebanyakan pelajar ini akan memilih kursus yang diambil dengan mengikut rakan sebaya mereka, ini akan menimbulkan kesan yang

mendalam kemudian hari. Menurut Brown dan Holzman (1984), kemahiran belajar adalah sikap dan tabiat belajar atau orientasi pelajar. Kemahiran belajar menurut Cloete dan Schochet (1986), merupakan kaedah belajar, teknik belajar, strategi belajar dan motivasi belajar. Hasil daripada kajian ini pelajar memerlukan motivasi belajar daripada ibu bapa dan daripada orang yang tertentu seperti guru-guru dan sebagainya.

2.5.3.1Peranan Keibubapaan dan Pencapaian Akademik

Tanggungjawab mendidik anak adalah bermula sejak dalam kandungan. Ini berterusan dari saat bayi dilahirkan, ke peringkat kanak-kanak, peringkat remaja hinggalah ke peringkat dewasa. Keluargalah yang memainkan peranan penting dalam mendidik dan menyediakan anak untuk ke sekolah. Ibu bapalah yang menjadi pengaruh yang besar terhadap pencapaian anak mereka. (Mok dan Lee, 1988)

Menurut Siti (2000), faktor pengawasan, kemesraan, minat, bimbingan dan aspirasi ibu bapa terhadap anak-anak adalah penting untuk pencapaian. Ibu bapa memainkan peranan menokok-tambah sistem pendidikan di sekolah.

Douvan dan Adelson (1958), dalam salah satu kajiannya terhadap perkaitan tahap aspirasi dengan persekitaran kekeluargaan menyatakan tentang gaya penjagaan ibu bapa. Ibu bapa yang menggunakan teknik psikologi dalam mendidik anak-anak akan menggalakkan perubahan yang positf terhadap peningkatan aspirasi anak-anak

berbanding dengan ibu bapa yang lebih menekankan kekerasan dan paksaan dalam mendisiplinkan anak-anak mereka.

Menurut kajian beliau lagi, tahap aspirasi yang tinggi akan meningkatkan ‘mood’ pencapaian seseorang pelajar. Apabila mempunyai ‘mood’ pencapaian yang

tinggi, akan mempengaruhi penentuan matlamat pelajar dan seterusnya akan membantu seseorang pelajar dalam pemilihan kerjayanya.

Kajian juga telah dibuat berhubung dengan perkaitan antara cara amalan ibu bapa terhadap intelektual dan pencapaian pelajar-pelajar di 68 buah sekolah menengah awam dan separuh subsidi di Solo, Indonesia. Beliau mendapati bahawa terdapat perhubungan yang positif antara tahap penerimaan ibu bapa terhadap anak-anaknya dengan pencapaian akademik di sekolah bagi pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki. Hasil kajian beliau juga didapati bercanggah dengan pendapat umum yang mengatakan bahawa dengan menyediakan segala keperluan anak-anak akan membawa kejayaan mereka di sekolah. Beliau juga menjelaskan bahawa terdapat banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi pencapaian anak-anak di sekolah.

Morrow dan Wilson (1961, dalam Siti, 2000) telah membuat kajian terhadap perhubungan dengan pelajar berpencapaian tinggi dengan pelajar yang berpencapaian rendah di 48 buah sekolah tinggi lelaki. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa ibu bapa pelajar yang berpencapaian tinggi sering melakukan aktiviti bersama, berkongsi idea dan keyakinan, dan kasih sayang. Ibu bapa mereka saling memberi sokongan dan kepercayaan, memberi galakan, kurang mengongkong dan sering dapat memenangi hati anak mereka.

Morrow dan Wilson (1961, dalam Siti, 2000) juga mendapati bahawa ibu bapa pelajar yang berpencapaian rendah adalah terlalu melindungi anak mereka, terlalu memberikan tekanan terhadap pencapaian, suasana keluarga yang kurang harmoni, pelaksanaan rutin rumah yang tidak tetap, matlamat yang berbeza terhadap anak-anak dan beberapa faktor sosiologi yang lain.

Manakala Kagan (1969) pula berpendapat bahawa peranan utama sekolah adalah untuk membantu perkembangan yang bermotifkan persaingan dalam intelek dan kemahiran-kemahiran intelek. Ini termasuklah keupayaan seseorang dalam

juga menyatakan yang kanak-kanak menghabiskan separuh daripada masanya

disekolah. Ini akan membuka peluang yang besar bagi pelajar untuk membina hubungan dengan rakan-rakan. Sikap pelajar terhadap pencapaian akademik adalah kuat

dipengaruhi oleh sikap rakan-rakan.

Mohd. Fadzilah Kamsah (1997) menegaskan bahawa ibu bapa perlu menjadi pendorong kepada anak-anak seperti memberi puji-pujian, rangsangan, belaian dan penghargaan. Dalam usaha untuk merangsang dan membuka minda anak-anak, mereka perlulah menyediakan buku serta keperluan yang bersesuaian. Mereka juga harus bijak melayani kerenah anak-anak agar perkembangan minda mereka tidak terbantut yang mana akan menyebabkan rasa kurang keyakinan diri apabila berada di alam

persekolahan mahupun di peringkat pengajian yang lebih tinggi. Beliau juga menegaskan bahawa dalam mendidik anak-anak, mereka perlulah seimbangkan perkembangan fizikal, mental, rohani, emosi dan sosial mereka.

Walau bagaimanapun, peralihan zaman telah berlaku dan dengan itu cara bimbingan anak juga haruslah berubah. Masyarakat masa dulu mengamalkan layanan autokratik iaitu kanak-kanak hanya boleh menerima arahan sahaja dan tidak berpeluang untuk memberi 'feed-back'. Mohamed Nor (1990) menyatakan untuk keluarga kelas bawahan, layanan ibu bapa adalah sama dengan layanan yang mereka terima dahulu. Ini haruslah berubah dan cara penjagaan demokratik haruslah diamalkan. Menurut Atan (1982) , ibu bapa yang mengamalkan pendidikan demokrasi akan menyebabkan seorang kanak-kanak diterima sebagai seorang manusia. Anak haruslah diberikan peluang menyuarakan pendapat, perasaan dan kehendak. Ibu bapa juga haruslah menerima anak mereka tanpa apa-apa syarat seperti yang telah dikemukan oleh Carl Rogers.

Dalam dokumen Hubungan antara konsep kendiri dimensi p (Halaman 79-84)