• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penyelidikan arkeologi Islam khasnya di Aceh dan kawasan lain di Indonesia pada amnya bermula sejak 1884, ketika Muzium di Jakarta menerima laporan tentang penemuan beberapa nisan kuno di Kampung Blangme Kecamatan Samudra Aceh Utara dan beberapa daerah lain di sana. Ketika itu pemerintah Belanda yang sedang berkuasa di Indonesia meletakkan perhatian yang lebih besar lagi tatkala Muzium Jakarta menerima laporan yang lebih lengkap, disertai sokongan Snouck Hurgronje yang pernah berkunjung ke kawasan tersebut dalam tahun 1889. Kemudiannya, penyelidikan-penyelidikan arkeologi Islam di Indonesia terus dilakukan bukan sahaja oleh petugas rasmi kerajaan, tetapi juga dilakukan oleh beberapa ahli dalam bidang tersebut secara bersendirian dengan fokus bukan hanya pada nisan-nisan kuno, namun lebih luas dalam bidang-bidang yang lain.

Pengkaji luar yang merupakan perintis dalam penyelidikan arkeologi Islam adalah: Hurgronje (1907), Moquette (1912), Cowan (1938), Pijper, Damais (1957), Tichelman (1940) dan lain-lain. Sementara pengkaji tempatan yang terlibat adalah Hoesein Djajadiningrat (1911), kemudian Ibrahim Alfian (1973), Hasan Muarif Ambary (1984), Othman Mohd.Yatim (1988), Uka Tjandrasasmita (1992) dan lain-lain. Pada amnya sarjana asing lebih menitikberatkan kepada kajian yang menggunakan ilmu bantu filologi, namun demikian terdapat beberapa di antaranya telah melakukan pendekatan dengan menggunakan konsep-konsep arkeologi.

Ahli arkeologi telah melakukan penyelidikan tapak dan warisan Islam seperti makam kuno, masjid kuno, kota Islam lama, mata wang kerajaan Islam dan lain-lain. Penyelidikan yang dilakukan telah banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan pengetahuan arkeologi Islam di Nusantara.

Perkembangan kerja lapangan arkeologi Islam di Indonesia pada era kemerdekaan telah menghadapi tentangan yang makin kuat, lebih-lebih ketika perkembangan penelitian terhadap tapak-tapak bekas kota lama melalui kajian arkeologi perkotaan (urban archaeology) dan jumpaan-jumpaan tapak baru arkeologi Islam yang belum pernah diselidiki sebelumnya.

Seperti dimaklumi, kajian terdahulu menunjukkan perkembangan Islam di kawasan Asia Tenggara bermula dari Samudra Pasai, iaitu sebuah kerajaan yang berpusat di Aceh Utara sekarang ini dengan rajanya yang pertama Sultan Malik al-Shalih (meninggal pada tahun 1297 M). Kerajaan ini mulai berkembang sejak akhir abad ke-13 iaitu sejak merosotnya Kerajaan Sriwijaya dan berakhir pada abad ke-16 M tatkala berdirinya kerajaan Aceh Darussalam yang kemudian berjaya memasukkan Samudra Pasai menjadi daerah jajahannya (Ismail,1992:1; Hill,1960:7).

Sebagai kerajaan Islam yang terawal di Indonesia dan di Asia Tenggara, Samudra Pasai cukup berperanan dalam penyebaran agama Islam. Semasa kejayaannya, kerajaan ini mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang dan berjaya menjalin hubungan dengan pelbagai kerajaan lain. Bukti ini dapat dilihat dengan adanya pedagang-pedagang asing dari pelbagai kawasan yang datang ke Samudra Pasai seperti pedagang-pedagang dari Bengal, Rume (Byzantium), Turki, Arab, Persia, Gujarat, China dan Portugis (Tjandrasasmita,1988:72). Hubungan yang berkembang berlaku terutamanya melalui aktiviti perdagangan telah menyebabkan pertukaran pelbagai barang dan juga pertukaran unsur-unsur kebudayaan. Perkara

sebegini mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kota-kota di daerah pesisir serta membawa kesan kepada pergerakan sosial budaya. Hal yang demikian juga dapat dilihat pada beberapa benda atau bangunan dan juga pada kehidupan budaya non fizik (Tjandrasasmita,1983:764).

Oleh kerana ramai pengkaji yang mengkaji mengenai masalah Islam di Aceh dan telah menulisnya berdasarkan beberapa sudut pandangan yang bersesuaian dengan bidang masing-masing, maka dalam bahagian ini hanya dibincangkan pendapat beberapa orang ahli sahaja yang relevan dengan kajian ini, iaitu Snouck Hurgronje, Moquette, Cowan, Hasan Muarif Ambary, Othman Yatim dan Uka Tjandrasasmita.

Perkembangan Islam di Nusantara telahpun dikaji bukan sahaja oleh pengkaji-pengkaji tempatan, tetapi juga ramai pengkaji luar. Salah seorang pengkaji luar yang banyak mengkaji masalah Islam di Nusantara ialah Cristian Snouck Hurgronje. Salah satu kajiannya yang banyak dibincangkan adalah berkenaan dengan masalah Islam di Aceh dan kaitannya dengan kehidupan masyarakat yang sangat fanatik.

Semasa berlakunya perang Belanda di Aceh pada 1873-1942, ramai penulis asing termasuk wartawan perang yang datang ke Aceh telah menulis dalam pelbagai sudut pandang seperti sejarah, geografi, etnografi, agama, politik dan lain-lain.

Snouck Hurgronje mulai merintis penulisan sejarah Aceh bersamaan dengan masa berlakunya kolonialisme Belanda di Aceh. Snouck Hurgronje pernah menetap di Aceh sejak bulan Julai 1891 sehingga Februari 1892. Dalam bulan Mei 1892, Snouck Hurgronje menyelesaikan laporannya yang diberi tajuk “Verslag Omtrent

politik-Agama di Aceh). Kemudian laporan tersebut dijadikan sebagai acuan bukunya sebanyak dua jilid yang cukup terkenal iaitu De Atjehers.

Snouck Hurgronje pernah melakukan kajian berkenaan dengan masalah beberapa tulisan yang ditemui pada nisan kubur yang berhubung dengan perkembangan Islam di Aceh dan Nusantara. Satu hal yang dilakukan iaitu membuat kajian bagi membaca teks yang ada pada nisan tapak Samudra Pasai Aceh utara. Salah satu yang dibaca adalah tulisan raja perempuan yang pernah berkuasa di sana iaitu Sultanah Nahrisyah. Menurut Tjandrasasmita (1988:70) nama yang tertera di batu nisan raja perempuan tersebut ada yang membaca Bahiyah dan ada yang membaca Nahrisyah. Kajian Snouck Hurgronje tentang batu nisan Samudra Pasai pernah dipopularkannya dalam inaugurele-rede-nya (Pidato pengukuhan Guru Besar) di Universiti Leiden tahun 1907. Snouck Hurgronje pernah mengungkapkan bahawa Islam yang masuk ke Samudra Pasai adalah melalui India yang dibuktikan dengan adanya hubungan beberapa batu nisan kubur antara Samudra Pasai dengan Cambay India. Walau bagaimanapun, pendapat Snouck Hurgronje ada yang menyanggahnya. Kebanyakan sarjana timur berbeza pendapat dengan Snouck Hurgronje.

Salah seorang pengkaji masalah Islam di Aceh yang berdasarkan pada bukti-bukti batu nisan ialah J.P.Moquette. Menurut Moquette (1913:540), bahawa Islam pertama masuk ke Aceh di daerah Samudra Pasai Aceh Utara. Bukti ini ditunjukkan melalui tulisan pada batu nisan Sultan pertama kerajaan Samudra Pasai Malik al-Shalih yang mangkat pada tahun 1297 M.

Moquette yang mengkaji batu nisan Sultan Malik al-Shalih dan beberapa nisan lain di Samudra Pasai menyimpulkan bahawa batu nisan-batu nisan yang ada di Samudra Pasai merupakan batu nisan impot. Hasil kajian Moquette ini ditulis dalam

Tijdscrift voor Indische Taal-Land en Volkenkunde. Uitgegeven door het Koninklijk

Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetenschappen (T.B.G.) no.54 pada tahun

1912 dan Rapport Oudheidkundige Dienst in Nederlandsch-Indie. Uitgegeven door

het Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetenschappen (ROD) pada tahun

1913. Kemudian hasil kajian ini diperkuat lagi dalam tulisannya dengan tajuk “Fabrieks’werk” yang dimuat dalam Notulen van Algemeene en Bestuur

Vergaderingen van het Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetenschappen

(NBG) no.67 tahun 1920. Menurut Moquette (1920:45), corak penulisan dan

bahan-bahan pada beberapa batu nisan Samudra Pasai seperti nisan Sultan Malik al-Shalih 696 H (1297 M), makam Sultanah Nahrisyah yang mangkat pada tahun 832 H (1428 M) dan nisan Malik Ibrahim Gresik Jawa Timur (1419 M), mempunyai persamaan dengan batu nisan Umar bin Ahmad al-Kazarumi di Cambay India yang mangkat pada tahun 743 H (1333 M). Oleh itu Moquette menegaskan bahawa nisan-nisan tersebut berasal dari satu kilang di Cambay India. Apa yang dimaksudkan buatan satu kilang itu bukan hanya dalam jenis bahannya sahaja, bahkan juga pada cara-cara membuatnya dan penempatan ayat-ayat Al-Quran dan tulisan-tulisan lainnya pada ruang-ruang tertentu, baik pada tepinya mahupun pada tempat-tempat yang dikhaskan untuk tulisan tersebut.

Seorang pengkaji lain yang pernah mengkaji masalah Islam di Nusantara ialah H.K.J.Cowan. Dalam penyelidikan yang dijalankan bagi mengungkapkan perkembangan Islam, Cowan sering menggunakan pendekatan-pendekatan arkeologi (Alfian,1986:8). Salah satu penyelidikan yang pernah dijalankan ialah mengungkapkan nama salah seorang raja yang pernah memerintah di Kerajaan Samudra Pasai melalui bacaan pada matawang dirham Samudra Pasai.

Hasil bacaannya dari sebuah matawang koleksi H.Scheffer (1938), telah mengungkapkan nama seorang raja yang pernah memerintah Samudra Pasai iaitu Mansur Malik Zahir. Dari keterangan yang ditemui diketahui bahawa Malik Zahir adalah gelaran yang digunakan oleh sebahagian besar keturunan Malik al-Shalih.

Melalui bacaan matawang dirham yang menyebutkan nama Sultan Mansur telah memperkuatkan kenyataan bahawa nama ini merupakan salah seorang raja yang pernah memerintah Samudra Pasai. Sehingga kini, makam sultan ini belum diketahui. Orang hanya mempercayai nama ini berdasarkan cerita seperti yang disebutkan dalam Hikayat Raja-raja Pasai ataupun Sejarah Melayu. Menurut

Hikayat Raja-raja Pasai, Sultan Mansur mangkat ketika dalam perjalanan pulang ke

Pasai dari Tamiang, tempat ia dibuang oleh abangnya Sultan Malik al-Mahmud. Salah satu kajian yang menarik yang pernah dilakukan oleh Tjandrasasmita ialah membantah apa yang pernah dikaji oleh Moquette tentang Islam di Aceh khasnya mengenai batu nisan Sultan Malik al-Shalih Samudra Pasai yang dikaitkan dengan nisan Malik Ibrahim Gresik Jawa Timur dan nisan Umar bin Ahmad al-Kazarumi Cambay India yang mempunyai satu pabrik (kilang) pembuatan yang sama.

Menurut Tjandrasasmita (1981:363), memang ada persamaan jenis bahan dan bentuk nisan serta beberapa batu lain pada abad ke-15 M, namun kenyataannya bahawa mangkatnya Sultan Malik al-Shalih pada 1297 M dimana pada masa tersebut Cambay justeru belum berkembang sebagai kawasan Islam. Tjandrasasmita menegaskan bahawa bentuk bahkan jenis bahan nisan Sultan Malik al-Shalih sebenarnya tidaklah sama dengan nisan Umar bin Ahmad al-Kazarumi dari Cambay

India yang bertarikh 1333 M. Baik jenis batu, mahupun bentuk nisan kubur Sultan Malik al-Shalih mungkin dibuat di Samudra Pasai sendiri.

Selanjutnya, Tjandrasasmita (1981:365) menyebutkan bahawa yang ada persamaan dengan jenis bahan dan bentuk nisan Umar Ibn al-Kazarumi di Cambay ialah nisan kubur Sultanah Nahrisyah dan beberapa nisan lain di Samudra Pasai dari abad ke-15 M, demikian juga di Jawa Timur, makam Malik Ibrahim yang mangkat pada tahun 822 H (1419 M). Walau bagaimanapun, jika dibandingkan tahun mangkatnya Umar Ibnu Ahmad al-Kazarumi di Cambay (1333) dengan angka tahun yang tertulis pada nisan Sultanah Nahrisyah (1428) Samudra Pasai dan nisan Malik Ibrahim Gresik (1419) jarak masa hampir mencecah seratus tahun.

Tjandrasasmita (lihat lampiran 1), dalam banyak tulisannya menjelaskan bahawa proses kedatangan Islam di Aceh khasnya dan Nusantara pada amnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang berlaku pada waktu tersebut. Keadaan sosial ekonomi masyarakat tempatan umpamanya merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi proses Islamisasi di Nusantara, sehingga perniagaan merupakan salah satu saluran yang berlaku dalam penyiaran Islam di Nusantara.

Dalam tesis doktornya yang bertajuk “L’art Funeraire Mussulman en

Indonesie des Origenis au XIX ame Siecl” (1984), Hasan Muarif Ambary (lihat

lampiran 2), membincangkan masalah perkuburan Islam di Nusantara dan bukti nisan yang menunjukkan adanya perkembangan yang dimulai oleh perkembangan Islam itu sendiri bagi kawasan Asia Tenggara yang berasal dari Samudra Pasai Aceh Utara.

Menurut Ambary (1988:14), bahawa nisan kubur Sultan Malik al-Shalih Samudra Pasai Aceh Utara abad ke-13 merupakan produk tempatan, kemudian nisan ini berkembang ke daerah-daerah lain lalu bersatu dengan elemen-elemen tempatan. Dari daerah asal, nisan tersebut berkembang melalui pesisir Barus, terus ke arah

Dokumen terkait