• Tidak ada hasil yang ditemukan

Katakanlah: Tuhan kita akan mengumpulkan kita semua kemudian Dia akan memberi keputusan di antara kita dengan keputusan yang benar. Dan

Dalam dokumen Tafsir Fi Zilalil Quran (Halaman 162-171)

TAFSIR FI ZILALIL QURAN

JUZU’ YANG KEDUA

26. Katakanlah: Tuhan kita akan mengumpulkan kita semua kemudian Dia akan memberi keputusan di antara kita dengan keputusan yang benar. Dan

26 (

26. Katakanlah: Tuhan kita akan mengumpulkan kita semua kemudian Dia akan memberi keputusan di antara kita dengan keputusan yang benar. Dan Dialah Pemberi keputusan dan Yang Maha Mengetahui.

ُﻢﻴِﻜَﺤﹾﻟﺍ ُﺰﻳِﺰَﻌﹾﻟﺍ ُﻪﱠﻠﻟﺍ َﻮُﻫ ﹾﻞَﺑ ﺎﱠﻠﹶﻛ ﺀﺎﹶﻛَﺮُﺷ ِﻪِﺑ ﻢُﺘﹾﻘَﺤﹾﻟﹶﺃ َﻦﻳِﺬﱠﻟﺍ ﻲِﻧﻭُﺭﹶﺃ ﹾﻞﹸﻗ

)

27 (

27. Katakanlah: Tunjukkanlah kepada-Ku sembahan-sembahan yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutu-Nya. Tidak sekali-kali begitu sebenarnya, Dialah Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

Ini adalah satu pusingan yang pendek di sekitar persoalan syirik dan tauhid, tetapi pusingan ini membawa hati manusia menjelajah ke merata pelosok alam al-wujud iaitu alam nyata dan alam yang tersembunyi, alam yang tersergam di hadapan mata dan alam ghaib, alam bumi dan alam langit, alam dunia dan alam Akhirat. Ia membuat hati berdiri ketakutan dan seluruh urat sarafnya gementar. Ia membuat hati terpinga-pinga kerana terlalu hebat. Begitu juga penjelajahan ini membawa hati berdiri di hadapan persoalan-persoalan rezeki Allah dan di hadapan persoalan-persoalan hisab dan balasan-Nya. Ia membawa hati ke dalam satu perhimpunan yang bercampuraduk dan ke dalam satu suasana menerima hukuman dan keputusan yang tegas yang memisah, membeza dan menyendiri.

Semuanya dijelaskan dengan nada-nada kenyataan yang kuat dan bertubi seolah olah pukulan-pukulan tukul: “Katakanlah.... katakanlah... katakanlah”. Setiap perintah disertakan dengan hujah yang kuat, dengan dalil dan bukti yang jelas.

(Pentafsiran ayat-ayat 22 - 23)

َﻭ ِﺕﺍَﻭﺎَﻤﱠﺴﻟﺍ ﻲِﻓ ٍﺓﱠﺭﹶﺫ ﹶﻝﺎﹶﻘﹾﺜِﻣ ﹶﻥﻮﹸﻜِﻠْﻤَﻳ ﺎﹶﻟ ِﻪﱠﻠﻟﺍ ِﻥﻭُﺩ ﻦﱢﻣ ﻢُﺘْﻤَﻋَﺯ َﻦﻳِﺬﱠﻟﺍ ﺍﻮُﻋْﺩﺍ ِﻞﹸﻗ

ﻲِﻓ ﺎﹶﻟ

ٍﲑِﻬﹶﻇ ﻦﱢﻣ ﻢُﻬْﻨِﻣ ُﻪﹶﻟ ﺎَﻣَﻭ ٍﻙْﺮِﺷ ﻦِﻣ ﺎَﻤِﻬﻴِﻓ ْﻢُﻬﹶﻟ ﺎَﻣَﻭ ِﺽْﺭﹶﺄﹾﻟﺍ

) 22 (

22. “Katakanlah (wahai Muhammad!): Serukanlah sembahan-sembahan yang kamu dakwa sebagai tuhan selain dari Allah. Mereka tidak memiliki seberat atom pun di langit dan tidak juga di bumi dan tidak mempunyai

sebarang perkongsian (dengan Allah) dalam penciptaan langit dan bumi itu dan Allah tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka.”

Itulah cabaran dalam ruang lingkup langit dan bumi secara menyeluruh.

ﱠﻟﺍ ﺍﻮُﻋْﺩﺍ ِﻞﹸﻗ

ِﻪﱠﻠﻟﺍ ِﻥﻭُﺩ ﻦﱢﻣ ﻢُﺘْﻤَﻋَﺯ َﻦﻳِﺬ

22. “Katakanlah (wahai Muhammad!): Serukanlah sembahan-sembahan yang kamu dakwa sebagai Tuhan selain dari Allah.”

Yakni serulah mereka. Biarlah mereka datang, biarlah mereka tampil ke muka, biarlah mereka berkata atau biarlah kamu sendiri berkata: Apakah sesuatu di langit dan di bumi sama ada kecil atau besar yang dimiliki oleh sembahan-sembahan kamu itu?

ِﺽْﺭﹶﺄﹾﻟﺍ ﻲِﻓ ﺎﹶﻟَﻭ ِﺕﺍَﻭﺎَﻤﱠﺴﻟﺍ ﻲِﻓ ٍﺓﱠﺭﹶﺫ ﹶﻝﺎﹶﻘﹾﺜِﻣ ﹶﻥﻮﹸﻜِﻠْﻤَﻳ ﺎﹶﻟ

22 “Mereka tidak memiliki seberat atom pun di langit dan tidak juga di bumi.”

Tidak ada alasan untuk mereka mendakwa memiliki sesuatu di langit atau di bumi, kerana pemilik sesuatu mempunyai kebebasan menggunakannya sesuka hatinya. Oleh itu apakah yang dimiliki oleh sembahan-sembahan yang didakwa mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah itu? Apakah sesuatu di alam yang lebar ini yang mereka dapat menggunakannya sebebas pemilik yang sebenar?

Mereka tidak memiliki sesuatu apapun di langit dan di bumi walaupun seberat atom sama ada secara perseorangan atau secara perkongsian:

ٍﻙْﺮِﺷ ﻦِﻣ ﺎَﻤِﻬﻴِﻓ ْﻢُﻬﹶﻟ ﺎَﻣَﻭ

22. “Dan tidak mempunyai sebarang perkongsian (dengan Allah) dalam penciptaan langit dan bumi.”

Allah S.W.T. tidak pernah meminta pertolongan dari mereka di dalam apa urusan sekalipun kerana Allah tidak memerlukan sebarang pembantu dan penolong:

ٍﲑِﻬﹶﻇ ﻦﱢﻣ ﻢُﻬْﻨِﻣ ُﻪﹶﻟ ﺎَﻣَﻭ

) 22 (

22. “Allah tidak mendapat sebarang pertolongan dari mereka.”

Yang nampak jelas, ayat yang berikut adalah memberi isyarat kepada sekutu-sekutu istimewa yang didakwa mereka sebagai Tuhan, iaitu para

malaikat yang didakwa oleh orang-orang Arab selaku “puteri-puteri Allah”. Mereka juga mendakwa bahawa malaikat-malaikat itu dapat memberi syafa’at kepada mereka di sisi Allah. Barang kali mereka inilah yang berkata:

ُﻫُﺪُﺒْﻌَﻧ ﺎَﻣ

ﻰﹶﻔﹾﻟُﺯ ِﻪﱠﻠﻟﺍ ﻰﹶﻟِﺇ ﺎَﻧﻮُﺑﱢﺮﹶﻘُﻴِﻟ ﺎﱠﻟِﺇ ْﻢ

3. “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendampingkan kami lebih dekat kepada Allah.”

(Surah az-Zumar) Oleh sebab itu ayat yang berikut menafikan bahawa mereka dapat memberi syafa’at kepada mereka di dalam satu pemandangan yang aman mencemaskan di hadapan Allah Yang Maha Mulia:

ُﻪﹶﻟ ﹶﻥِﺫﹶﺃ ْﻦَﻤِﻟ ﺎﱠﻟِﺇ ُﻩَﺪﻨِﻋ ﹸﺔَﻋﺎﹶﻔﱠﺸﻟﺍ ُﻊﹶﻔﻨَﺗ ﺎﹶﻟَﻭ

23. “Dan tidak berguna syafa’at di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan Allah.”

TAFSIR FI ZILALIL QURAN

“Di bawah bayangan Al-Quran”

Yaasin (Ayat 20 – 32)

(Pentafsiran ayat ayat 20 - 25)

Inilah sambutan dari hati-hati yang tertutup dari da’wah para rasul. Itulah contoh hati yang dibicarakan oleh surah ini dalam pusingannya yang pertama dan itulah gambaran contoh yang wujud di alam kenyataan.

Adapun contoh orang yang mengikut al-Quran dan takut kepada Allah walaupun ia tidak melihat-Nya, maka dia mempunyai cara bentindak dan cara menyambut da’wah yang berlainan pula:

َﲔِﻠَﺳْﺮُﻤﹾﻟﺍ ﺍﻮُﻌِﺒﱠﺗﺍ ِﻡْﻮﹶﻗ ﺎَﻳ ﹶﻝﺎﹶﻗ ﻰَﻌْﺴَﻳ ﹲﻞُﺟَﺭ ِﺔَﻨﻳِﺪَﻤﹾﻟﺍ ﻰَﺼﹾﻗﹶﺃ ْﻦِﻣ ﺀﺎَﺟَﻭ

)

20 (

20. “Dan datanglah seorang lelaki dari daerah pedalaman negeri itu, lalu dia berseru: Wahai kaumku! Ikutilah para rasul.”

ُﻌِﺒﱠﺗﺍ

ﹶﻥﻭُﺪَﺘْﻬﱡﻣ ﻢُﻫَﻭ ﺍًﺮْﺟﹶﺃ ْﻢﹸﻜﹸﻟﹶﺄْﺴَﻳ ﱠﻻ ﻦَﻣ ﺍﻮ

) 21 (

21. “Ikutilah mereka yang tidak meminta dari kamu sebarang upah dan mereka pula adalah orang orang yang mendapat hidayat.”

ﹶﻥﻮُﻌَﺟْﺮُﺗ ِﻪْﻴﹶﻟِﺇَﻭ ﻲِﻧَﺮﹶﻄﹶﻓ ﻱِﺬﱠﻟﺍ ُﺪُﺒْﻋﹶﺃ ﹶﻻ ﻲِﻟ ﺎَﻣَﻭ

)

22 (

22. “Mengapa pula aku tidak patut menyembah Tuhan yang telah menciptakanku dan kepada-Nya sekalian kamu akan dikembalikan.

ﹶﻻَﻭ ﺎﹰﺌْﻴَﺷ ْﻢُﻬُﺘَﻋﺎﹶﻔَﺷ ﻲﱢﻨَﻋ ِﻦْﻐُﺗ ﱠﻻ ﱟﺮُﻀِﺑ ﻦَﻤْﺣﱠﺮﻟﺍ ِﻥْﺩِﺮُﻳ ﻥِﺇ ﹰﺔَﻬِﻟﺁ ِﻪِﻧﻭُﺩ ﻦِﻣ ﹸﺬِﺨﱠﺗﹶﺃﹶﺃ

ِﻥﻭﹸﺬِﻘﻨُﻳ

)

23 (

23. “Apakah wajar bagiku menyembah tuhan-tuhan yang lain, sedangkan jika Tuhan Yang Maha Penyayang itu mahu menimpakan sesuatu bala bencana ke atasku, nescaya mereka tidak dapat menolongku sedikit pun dan tidak pula dapat menyelamatkanku.”

ﱡﻣ ٍﻝﹶﻼَﺿ ﻲِﻔﱠﻟ ﺍﹰﺫِﺇ ﻲﱢﻧِﺇ

ٍﲔِﺒ

) 24 (

24. “Sesungguhnya aku — jika aku berbuat demikian — berada di dalam kesesatan yang amat jelas.”

ِﻥﻮُﻌَﻤْﺳﺎﹶﻓ ْﻢﹸﻜﱢﺑَﺮِﺑ ُﺖﻨَﻣﺁ ﻲﱢﻧِﺇ

)

25 (

25. “Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu. Oleh itu dengarlah nasihatku.”

Itulah sambutan fitrah yang sihat kepada da’wah yang benar dan lurus, mudah dan hangat. Itulah fahaman yang lurus dan sambutan terhadap nada pernyataan yang kuat yang menjelaskan kebenaran yang begitu nyata.

Lelaki ini telah mendengar da’wah dan terus menyambutnya setelah dia melihat dalil-dalil yang benar dan logis. Apabila hatinya merasakan hakikat iman, maka hakikat inipun bergerak di dalam hatinya dan dia tidak dapat lagi mendiamkan dirinya. Dia tidak dapat lagi duduk di rumahnya apabila ia melihat kesesatan, kekufuran dan kejahatan di sekelilingnya. Dia terus keluar mendapatkan kaumnya membawa keimanan yang terpacak di dalam hati dan bergerak dalam perasaannya, sedangkan kaumnya mendustakan para rasul dan mengancam mereka. Dia datang mendapatkan mereka dari daerah pedalaman negeri itu untuk melaksanakan kewajipannya, iaitu untuk menyeru kaumnya kepada kebenaran dan menghalangkan mereka dari melakukan kezaliman dan pencerobohan terhadap para rasul yang hampir-hampir dilakukan mereka.

Orang ini nampaknya bukanlah seorang yang mempunyai pangkat dan kuasa dan bukan pula seorang yang disegani di kalangan kaumnya atau mempunyai keluarga yang kuat di belakangnya, tetapi ‘aqidah yang hidup di dalam hati nuraninya itulah yang mendorongnya datang dari daerah pedalaman negeri itu.

َﻭ

َﲔِﻠَﺳْﺮُﻤﹾﻟﺍ ﺍﻮُﻌِﺒﱠﺗﺍ ِﻡْﻮﹶﻗ ﺎَﻳ ﹶﻝﺎﹶﻗ ﻰَﻌْﺴَﻳ ﹲﻞُﺟَﺭ ِﺔَﻨﻳِﺪَﻤﹾﻟﺍ ﻰَﺼﹾﻗﹶﺃ ْﻦِﻣ ﺀﺎَﺟ

) 20 (

ﱠﻻ ﻦَﻣ ﺍﻮُﻌِﺒﱠﺗﺍ

ﹶﻥﻭُﺪَﺘْﻬﱡﻣ ﻢُﻫَﻭ ﺍًﺮْﺟﹶﺃ ْﻢﹸﻜﹸﻟﹶﺄْﺴَﻳ

) 21 (

20 - 21. “Lalu berseru: Wahai kaumku! Ikutilah para rasul, ikutilah mereka yang tidak meminta dari kamu sebarang upah dan mereka pula adalah orang yang mendapat hidayat.”

Yakni orang yang berda’wah seperti ini tanpa meminta upah dan mencari keuntungan adalah orang yang benar. Jika tidak, apakah yang membuat dia sanggup bersusah payah andainya tidak kerana semata-mata menjunjung perintah dari Allah? Apakah yang mendorong mereka memikul tugas da’wah? Dan menghadapi manusia dengan ‘aqidah yang berlainan dari ‘aqidah yang dipegang mereka? Dan sanggup mendedahkan diri mereka kepada gangguan tindakan jahat, ejekan dan penindasan mereka, sedangkan dia tidak mendapat apa-apa hasil dan tidak pula meminta apa-apa upah dari mereka?

ﹶﻥﻭُﺪَﺘْﻬﱡﻣ ﻢُﻫَﻭ ﺍًﺮْﺟﹶﺃ ْﻢﹸﻜﹸﻟﹶﺄْﺴَﻳ ﱠﻻ ﻦَﻣ ﺍﻮُﻌِﺒﱠﺗﺍ

)

21 (

21. “Ikutilah mereka yang tidak meminta dari kamu sebarang upah dan mereka pula adalah orang-orang yang mendapat hidayat.”

Tanda mereka mendapat hidayah itu amat jelas dapat dilihat pada tabiat da’wah mereka, iaitu mereka menyeru manusia supaya menyembah Tuhan Yang Maha Esa dan mengikut jalan yang terang. Mereka menyeru kepada satu aqidah yang tidak ada di dalamnya sebarang khurafat dan kesamaran, dan mereka mendapat hidayat ke jalan yang lurus.

Kemudian lelaki itu kembali menceritakan kepada mereka tentang dirinya dan sebab-sebab mengapa dia beriman:

ﹶﻥﻮُﻌَﺟْﺮُﺗ ِﻪْﻴﹶﻟِﺇَﻭ ﻲِﻧَﺮﹶﻄﹶﻓ ﻱِﺬﱠﻟﺍ ُﺪُﺒْﻋﹶﺃ ﹶﻻ ﻲِﻟ ﺎَﻣَﻭ

)

22 (

22. “Mengapa pula aku tidak patut menyembah Tuhan yang telah menciptakanku dan kepada-Nya sekalian kamu akan dikembalikan.”

ﱟﺮُﻀِﺑ ﻦَﻤْﺣﱠﺮﻟﺍ ِﻥْﺩِﺮُﻳ ﻥِﺇ ﹰﺔَﻬِﻟﺁ ِﻪِﻧﻭُﺩ ﻦِﻣ ﹸﺬِﺨﱠﺗﹶﺃﹶﺃ

ﹶﻻَﻭ ﺎﹰﺌْﻴَﺷ ْﻢُﻬُﺘَﻋﺎﹶﻔَﺷ ﻲﱢﻨَﻋ ِﻦْﻐُﺗ ﱠﻻ

ِﻥﻭﹸﺬِﻘﻨُﻳ

) 23 (

23. “Apakah wajar bagiku menyembah tuhan-tuhan yang lain, sedangkan jika Tuhan Yang Maha Penyayang itu mahu menimpakan sesuatu bala bencana ke atasku, nescaya mereka tidak dapat menolongku sedikit pun dan tidak pula dapat menyelamatkanku.”

ٍﲔِﺒﱡﻣ ٍﻝﹶﻼَﺿ ﻲِﻔﱠﻟ ﺍﹰﺫِﺇ ﻲﱢﻧِﺇ

)

24 (

24. “Sesungguhnya aku — jika aku berbuat demikian — berada di dalam kesesatan yang amat jelas.”

Itulah pertanyaan yang terbit dari fitrah yang mengakui adanya Khaliq yang menjadi punca kewujudannya.

ﹶﻥﻮُﻌَﺟْﺮُﺗ ِﻪْﻴﹶﻟِﺇَﻭ ﻲِﻧَﺮﹶﻄﹶﻓ ﻱِﺬﱠﻟﺍ ُﺪُﺒْﻋﹶﺃ ﹶﻻ ﻲِﻟ ﺎَﻣَﻭ

)

22 (

22. “Mengapa pula aku tidak menyembah Tuhan yang telah menciptakanku?”

Mengapa aku seharusnya menyeleweng dari jalan yang tabi’i ini yang mula-mula sekali terlintas di dalam jiwa? Fitrah manusia tertarik kepada Pencipta yang menjadikannya. Dia tidak akan menyeleweng darinya melainkan dengan dorongan yang lain yang bertentangan dengan fitrahnya, dia tidak akan membelok ke lain melainkan dengan pengaruh yang lain yang bukan dari tabiatnya. Dari awal lagi ia bertawajjuh kepada Allah Yang Maha

unsur yang luar dari tabiat dan tarikan semulajadi jiwanya. Lelaki yang beriman ini merasakan semua hakikat ini di lubuk hatinya. Oleh sebab itulah dia mengeluarkan kata-katanya yang amat jelas dan lurus tanpa berpura-pura, berbelit-belit dan tanpa bersimpul-simpul.

Dia juga merasa dan sedar dengan fitrahnya yang benar dan bersih bahawa seluruh makhluk itu pada akhirnya akan kembali kepada Khaliqnya sebagaimana segala sesuatu itu pulang kepada asalnya:

ﹶﻥﻮُﻌَﺟْﺮُﺗ ِﻪْﻴﹶﻟِﺇَﻭ

)

22 (

22. “Dan kepada-Nya kamu sekalian dikembalikan.”

Dia bertanya: Mengapakah aku tidak menyembah Tuhan yang telah menciptakanku dan Dialah yang menjadi titik kembalinya seluruh makhluk? Dia memperkatakan tentang perkembalian mereka kepada Allah yang juga menciptakan mereka. Oleh itu dia berhak menyembah-Nya.

Kemudian lelaki ini menyebut satu cara hidup yang lain yang bententangan dengan cara hidup fitrah yang lurus dan memandangnya sebagai suatu kesesatan yang begitu ketara:

ﱠﺗﹶﺃﹶﺃ

ﹶﻻَﻭ ﺎﹰﺌْﻴَﺷ ْﻢُﻬُﺘَﻋﺎﹶﻔَﺷ ﻲﱢﻨَﻋ ِﻦْﻐُﺗ ﱠﻻ ﱟﺮُﻀِﺑ ﻦَﻤْﺣﱠﺮﻟﺍ ِﻥْﺩِﺮُﻳ ﻥِﺇ ﹰﺔَﻬِﻟﺁ ِﻪِﻧﻭُﺩ ﻦِﻣ ﹸﺬِﺨ

ِﻥﻭﹸﺬِﻘﻨُﻳ

) 23 (

23. “Apakah wajar bagiku menyembah tuhan-tuhan yang lain, sedangkan jika Tuhan Yang Rahman itu mahu menimpakan sesuatu bala bencana ke atasku, nescaya mereka tidak dapat menolongku sedikit pun dan tidak pula dapat menyelamatkanku.”

Siapakah lagi yang lebih sesat dari orang yang meninggalkan logik fitrah yang menyeru makhluk supaya menyembah Penciptanya, lalu dia menyeleweng kepada menyembah yang lain dari Allah Pencipta tanpa sesuatu keperluan dan dorongan? Siapakah lagi yang lebih sesat dari orang yang menyeleweng dari Allah Pencipta kepada Tuhan-tuhan yang lemah yang tidak berkuasa melindungi mereka dari bala bencana apabila Allah berkehendak menimpakan bala bencana ke atas mereka dengan sebab penyelewengan dan kesesatannya?

ٍﲔِﺒﱡﻣ ٍﻝﹶﻼَﺿ ﻲِﻔﱠﻟ ﺍﹰﺫِﺇ ﻲﱢﻧِﺇ

)

24 (

24. “Sesungguhnya aku jika aku berbuat demikian — berada di dalam kesesatan yang amat jelas.”

Kini lelaki yang bercakap dengan lidah fitrah yang benar dan jelas itu menyatakan keputusannya yang akhir di hadapan kaumnya yang telah

mendustakan para rasul dan mengancam keselamatan mereka, kerana suara fitrah di dalam hatinya lebih kuat dari segala pendustaan dan ancaman

ﻨَﻣﺁ ﻲﱢﻧِﺇ

ِﻥﻮُﻌَﻤْﺳﺎﹶﻓ ْﻢﹸﻜﱢﺑَﺮِﺑ ُﺖ

) 25 (

25. “Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu. Oleh itu dengarlah nasihatku.”

Demikianlah dia melahirkan pengakuan imannya yang yakin dan tenang dan menjadikan mereka sebagai saksi-saksi di atas keimanannya itu. Dia menyarankan kepada mereka supaya membuat pengakuan beriman sepertinya atau menyarankan bahawa dia tidak mempedulikan apa yang akan dikatakan mereka.

(Pentafsiran ayat-ayat 26-27)

Cara penceritaan kisah ini menyarankan bahawa penduduk negeri itu tanpa berlengah-lengah lagi telah membunuh lelaki itu walaupun tidak sedikit pun disebutkan secara terus terang, malah tirai dilabuhkan begitu sahaja menamatkan kisah dunia dengan segala isinya dan menamatkan kisah kaum itu, kemudian tirai diangkatkan kembali dan tiba-tiba kita melihat lelaki yang syahid itu telah berada di alam Akhirat dan melihat penghormatan yang disediakan Allah untuknya, iaitu penghormatan yang layak dengan darjah seorang Mu’min yang berani, ikhlas dan gugur syahid:

ﹶﻗ ﹶﺔﱠﻨَﺠﹾﻟﺍ ِﻞُﺧْﺩﺍ ﹶﻞﻴِﻗ

ﹶﻥﻮُﻤﹶﻠْﻌَﻳ ﻲِﻣْﻮﹶﻗ َﺖْﻴﹶﻟ ﺎَﻳ ﹶﻝﺎ

) 26 (

26. “(Setelah dia dibunuh) dia dipersilakan malaikat: Masuklah ke dalam Syurga. Lalu dia berkata: Alangkah baiknya jika kaumku mengetahui.”

َﲔِﻣَﺮﹾﻜُﻤﹾﻟﺍ َﻦِﻣ ﻲِﻨﹶﻠَﻌَﺟَﻭ ﻲﱢﺑَﺭ ﻲِﻟ َﺮﹶﻔﹶﻏ ﺎَﻤِﺑ

)

27 (

27. “Limpah keampunan yang dikurniakan Tuhanku kepadaku dan menjadikanku dalam golongan para hamba yang dimuliakanNya.”

Hidup dunia adalah berhubung dengan hidup Akhirat dan kita melihat bahawa kematian itu hanya suatu perpindahan dari alam fana kepada alam baqa, dan ia merupakan satu hayunan langkah yang menyelamatkan lelaki yang Mu’min itu dari kesempitan bumi kepada keluasan Syurga, dari pencerobohan kebatilan kepada ketenteraman kebenaran, dari ancaman kezaliman kepada keselamatan ni’mat dan dari gelap-gelita jahiliyah kepada cahaya keyakinan.

(Pentafsiran ayat-ayat 28 - 29)

Inilah balasan orang yang beriman. Adapun balasan orang yang melakukan kezaliman dan keterlaluan, maka kepada Allah balasan itu adalah lebih mudah dari mengirimkan bala tentera malaikat untuk menghancurkan mereka, kerana mereka terlalu lemah:

َﲔِﻟِﱰُﻣ ﺎﱠﻨﹸﻛ ﺎَﻣَﻭ ﺀﺎَﻤﱠﺴﻟﺍ َﻦﱢﻣ ٍﺪﻨُﺟ ْﻦِﻣ ِﻩِﺪْﻌَﺑ ﻦِﻣ ِﻪِﻣْﻮﹶﻗ ﻰﹶﻠَﻋ ﺎَﻨﹾﻟَﺰﻧﹶﺃ ﺎَﻣَﻭ

)

28 (

28. “(Dan sesudah itu) Kami tidak menurunkan sebarang pasukan tentera dari langit untuk membinasakan kaumnya dan Kami tidak pula perlu menurunkan pasukan itu.”

ﹶﻥﻭُﺪِﻣﺎَﺧ ْﻢُﻫ ﺍﹶﺫِﺈﹶﻓ ﹰﺓَﺪِﺣﺍَﻭ ﹰﺔَﺤْﻴَﺻ ﱠﻻِﺇ ْﺖَﻧﺎﹶﻛ ﻥِﺇ

)

29 (

29. “Tiada (suatu yang diperlukan) melainkan hanya satu pekikan sahaja, maka seluruh mereka mati sunyi sepi.”

Al-Qur’an tidak menerangkan dengan panjang lebar tentang bentuk kebinasaan yang menimpa kaum itu, kerana memperkecilkan taraf kedudukan mereka. Hanya dengan satu pekikan sahaja seluruh mereka binasa dan mati. Kemudian tirai pun dilabuhkan menutup pemandangan kesudahan yang amat malang dan hina.

(Kumpulan ayat-ayat 30 - 68)

ﺎَﻳ

ﻥﻭُﺅِﺰْﻬَﺘْﺴَﻳ ِﻪِﺑ ﺍﻮُﻧﺎﹶﻛ ﱠﻻِﺇ ٍﻝﻮُﺳﱠﺭ ﻦﱢﻣ ﻢِﻬﻴِﺗﹾﺄَﻳ ﺎَﻣ ِﺩﺎَﺒِﻌﹾﻟﺍ ﻰﹶﻠَﻋ ﹰﺓَﺮْﺴَﺣ

) 30 (

30. Alangkah besarnya penyesalan yang menimpa hamba-hamba-Ku yang menentang rasul. Tiada seorang rasul yang datang kepada mereka melainkan mereka ejekannya.

ﹶﻟﹶﺃ

ﹶﻥﻮُﻌِﺟْﺮَﻳ ﹶﻻ ْﻢِﻬْﻴﹶﻟِﺇ ْﻢُﻬﱠﻧﹶﺃ ِﻥﻭُﺮﹸﻘﹾﻟﺍ ْﻦﱢﻣ ﻢُﻬﹶﻠْﺒﹶﻗ ﺎَﻨﹾﻜﹶﻠْﻫﹶﺃ ْﻢﹶﻛ ﺍْﻭَﺮَﻳ ْﻢ

)

31 (

31. Tidakkah mereka mengetahui berapa banyak umat sebelum mereka

Dalam dokumen Tafsir Fi Zilalil Quran (Halaman 162-171)