• Tidak ada hasil yang ditemukan

SOROTAN LITERATUR

Jadual 3.5: Kawasan Kajian

Kawasan Daerah

Pentadbiran

Pilihan Mukim Kawasan Bandar Kawasan Kuala

Muda Gurun Sungai Petani Kawasan Kota Setar Derga Pengkalan Kundor Mergong Kawasan Luar Bandar

Pendang Bukit Raya

Pendang

Yan Dulang

Yan

Selepas kerangka persampelan disusun mengikut dua strata utama, seramai 580 responden dipilih dalam kajian ini tetapi berdasarkan jadual penentuan saiz sampel yang dijana oleh Cavana et.al (2001) untuk populasi N = atau melebihi 1,000,000, jumlah sampel sebanyak 384 dapat mewakili populasi dimana jadual ini dibuat mengikut panduan spesifik umum. Namun begitu jumlah sampel yang lebih besar lebih baik untuk mewakili populasi. Saiz sampel kajian ini yang akan dibahagikan kepada empat kawasan mengikut daerah yang dipilih di negeri Kedah iaitu kawasan Kota Setar, Kuala Muda, Pendang dan Yan.

Majis Daerah Kategori Bandar Majis DaerahKategori Luar Bandar MBAS MPSP MDP MDY

148

Penentuan jumlah sampel kajian penting bagi mendapatkan dapatan kajian yang dapat mewakili populasi. Seramai 630 responden telah dipilih melalui persampelan rawak mudah. Hanya 580 borang soal selidik yang dapat digunakan iaitu sebanyak 92% yang meliputi 290 responden bandar dan 290 responden luar bandar. Sebanyak 50 borang soal selidik terpaksa dibuang kerana tidak lengkap diisi. Umur minimum yang diperlukan ialah 18 tahun, persampelan secara rawak mudah digunakan untuk melakukan survei di kawasan perumahan awam. Tujuan penggunaan kaedah pemilihan secara rawak ini untuk memastikan bahawa tiada bias dalam penglibatan responden dalam survey. Selain itu persampelan rawak mudah (random sampling) merupakan prosedur persampelan di mana setiap elemen dalam populasi itu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel.

Kajian ini membahagikan kediaman jenis kampung dan perumahan terancang untuk dibuat perbandingan bagi kawasan bandar dan luar bandar. Semua kawasan perumahan mempunyai kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel kajian. Jadual 3.8 menunjukkan kawasan kediaman yang telah terpilih untuk pengedaran borang soal selidik.

149 Jadual 3.6: Kawasan Kediaman

Kawasan Mukim/Daerah Nama Kawasan Kediaman/Taman

Perumahan/Kg

Kawasan Bandar Gurun Taman Sri Utama

Taman Gurun Jaya Taman Lambaian Jerai Taman Ria Mesra Taman Murni Taman Jerai Indah Taman Sri Jerai 1 Sungai Petani Taman Nilam

Taman Ria Taman Delima Taman Arked Taman Emas Suria Taman Desa Aman

Derga Taman Nakishah

Taman Derga Jaya Taman Derga Taman Nuri

Taman Datuk Kumbar Pengkalan Kundor Taman Cengkeh

Taman Melati/Taman Gunong Bayu Taman Orkid

Taman Desa Kamela Taman Simpang Jaya Taman Kota Jaya Taman Bersatu Taman Desa Damai

Mergong Taman Wira

Taman Tunku Tabor Taman Seri menanti Taman Rakyat Taman Saga Taman Golf Kawasan Luar

Bandar

Bukit Raya, Pendang Kg Tokai Kg Pelengkong Kg Rambai Kg Kubang Jelai Kg Hujung 20 Kg Pulai Kg Bukit Raya Kg Masjid Kg Kepala Parit

150

Kg Batu 8 Kg 30

Ayer Puteh, Pendang Desa Keda, Tanjong Setol Kg Batu Hampar Kiri Kg Banggol Petai Kg Banggol Belimbing Kg Paya Kelubi Kg Ayer Puteh Kg Suka Mari Kg Tok Besah

Yan Kg Keda Sungai Udang

Kg Titi Teras Kg Batu 22 Kg Kolam Kg Teroi Bukit Kg Teroi Kg Ruat Kg Bukit Belida Kg Kuala Raga Kg Raga

Dulang Kg Dulang Besar

Kg Dulang Kecil Kg Kuala Sedaka Kg Sedaka Tengah Kg Sedaka

3.11 Kajian Rintis

Kajian rintis perlu dilaksanakan sebelum sesuatu kajian sebenar dibuat bagi membolehkan pengkaji menentukan kebolehpercayaan, tahap kebolehlaksanaan dan kesesuaian kajian. Menurut Piaw (2011) kaedah kajian rintis merupakan kajian secara kecil-kecilan yang dilaksanakan sebelum kajian sebenar dilakukan bagi melihat kebolehlaksanaan sesuatu kajian yang bakal dilakukan. Manakala menurut Swetnam (2004) kajian rintis ini merupakan percubaan set soalan yang dilakukan bagi mengetahui keberkesanan soalan yang telah digubal. Ia dapat menguji kepercayaan soalan-soalan dalam borang soal selidik tersebut. Langkah ini boleh meningkatkan nilai kesahan dan

151

kebolehpercayaan kerana ia dapat memberi maklumat dengan lebih tepat mengenai ketepatan bahasa dan ayat yang digunakan. Selain itu, melalui kajian rintis juga pengkaji dapat mengetahui soalan dalam borang soal selidik dapat difahami oleh responden serta menepati tujuan kajian. Tujuan kesahan adalah untuk memastikan soalan dalam soal selidik diuji dan disahkan betul serta dapat menjawab persoalan kajian. Kebolehpercayaan pula bertujuan untuk menentukan hasil kajian adalah sama jika diuji semula.

Kajian rintis bagi menentukan kebolehlaksanaan, kemunasabahan dan juga kebolehpercayaan terhadap kajian ini telah melibatkan seramai 30 orang responden dalam Daerah Kubang Pasu. Menurut Ayob (2007) jumlah 30 orang adalah suatu jumlah yang boleh diterima. Manakala menurut Cavana, Delahaye & Sekaran (2000), McDermott & Sarvela (1996) pula menyatakan jumlah responden yang diperlukan untuk kajian rintis adalah antara 20 hingga 50 orang. Dalam kajian ini, responden dipilih berdasarkan lokasi bandar dan luar bandar.

Kaedah Cronbach Alpha telah digunakan untuk tujuan kebolehpercayaan. Cronbach Alpha adalah koefisien yang menyatakan betapa baik set item yang mengukur sesuatu konsep. Cronbach Alpha adalah petunjuk yang konsisten untuk menunjukkan kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan item-item yang digubal dalam borang soal selidik adalah bergantung kepada ketinggian nilai alphanya. Julat skor melebihi 0.50 adalah dipertimbangkan untuk menyatakan kebolehpercayaan skala dalam kajian ini. Nilai

152

alpha yang rendah daripada 0.50 adalah dianggap kebolehpercayaan terhadap item-item yang digunakan adalah rendah dan perlu ditolak.

Maklumat yang diperolehi daripada pengisian borang soal selidik ini telah dianalisis menggunakan SPSS versi 16 dan hasilnya telah diambilkira dan dilakukan penambahbaikan terhadap soalan dalam borang soal selidik. Ujian dijalankan terhadap soalan berbentuk skala likert sahaja iaitu bahagian B, C dan D bagi mengetahui darjah kepercayaannya. Hasil daripada analisis kajian rintis tersebut mendapati darjah kebolehpercayaan bahagian B (kesedaran) nilai pekali alphanya adalah (0.636), bahagian C (persepsi) menunjukkan nilai pekali alpha adalah (0.78) dan item bahagian D (sikap) adalah (0.78).

Menurut De Vaus (2002) nilai pekali alpha yang menghampiri 1.0 adalah amat baik. Nilai-nilai Cronbach Alpha yang diperolehi adalah melebihi 0.60 dan ini menunjukkan darjah kebolehpercayaan item dalam borang soal selidik ini adalah signifikan, memuaskan dan boleh diterima pakai untuk digunakan dalam kajian sebenar. Bagi meningkatkan lagi darjah kebolehpercayaan terdapat beberapa item diubahsuai dimana item berkaitan pendapatan responden ditukar kepada pendapatan isirumah. Bagi item bahagian B iaitu bahagian kesedaran, soalan satu berkaitan sumber maklumat diubahsuai kerana dapat mengelirukan responden kerana perlu meletakkan urutan nombor bagi 11 pilihan jawapan yang ada. Oleh itu, item diubah menjadi sumber pertama, sumber kedua dan ketiga agar dapat memudahkan responden memilih jawapan (rujuk lampiran 1).

153

Bagi bahagian C, bahagian D dan Bahagian E, semua item dikekalkan sepertimana item yang digunakan dalam kajian rintis. Oleh itu satu instrumen baru dibentuk dan dikemaskini untuk digunakan dalam kajian sebenar.

Berdasarkan kepada keputusan kajian rintis, soal selidik terbuka tertutup (close ended) direka bentuk dengan mempertimbangkan konsep dalam kerangka teoritikal. Soal selidik utama mengandungi soalan terbuka tertutup untuk mengukur empat pembolehubah bebas iaitu kesedaran, persepsi, sikap dan tingkahlaku berkaitan tindakan kitar semula sisa pepejal isirumah. Bilangan item bagi tiap-tiap satu bahagian diubahsuai merujuk kepada Cronbach Alpha dari hasil kajian rintis.

3.12 Temubual Kumpulan Fokus

Kumpulan fokus ini merupakan salah satu kaedah yang penting bagi memudahkan cara untuk mendapatkan maklumat dan idea untuk menyelesaikan masalah dan isu. Melalui kumpulan fokus ini juga ianya mampu meningkatkan sistem lebih aksesibiliti dan sebagai salah satu alat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat untuk meningkatkan kadar kitar semula. Perbincangan kumpulan fokus ini dijalankan lebih kepada perbincangan dan perdebatan daripada individu yang dipilih di dalam membantu meningkatkan masalah atau isu yang mempengaruhi sikap, tingkah laku, pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

154

Bagi tujuan pengumpulan data, kajian ini juga telah menggunakan pendekatan kualitatif melalui data-data temubual kumpulan fokus. Seramai 33 orang responden dipilih untuk ditemubual secara berkumpulan dan jumlah ini bersesuaian berdasarkan cadangan oleh Sekaran (2000) iaitu jumlah 30 orang adalah bersesuaian untuk kaedah ini. Kaedah tinjauan dan temuduga bersemuka telah dilakukan dengan responden wanita yang menjalankan rutin harian mereka di rumah atau pengurus rumah tangga di kawasan kajian untuk mendapatkan data mengenai persepsi dan penglibatan mereka dalam kitar semula. Sebanyak 14 orang responden mewakili kawasan bandar dan 14 orang mewakili kawasan luar bandar, yang selebihnya (5 orang responden) ialah pegawai-pegawai dari MBAS, Environment Idaman dan Jabatan Alam Sekitar dan PPSPPA. Pemilihan sampel dibuat oleh pengkaji bergantung kepada persetujuan secara sukarela oleh responden untuk terlibat.

Setiap kumpulan dihadkan kepada lima hingga enam orang sahaja untuk memudahkan perbualan. Sebanyak lima kumpulan fokus telah ditemubual untuk mendapatkan data lebih lanjut berkaitan kitar semula. Temubual kumpulan fokus telah dijalankan melalui penyediaan borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian satu berkaitan maklumat diri dan bahagian dua berkaitan soalan-soalan yang berkait dengan persepsi mereka mengenai kitar semula. Kaedah ini juga sesuai digunakan untuk mengukur sikap dan amalan kitar semula bagi saiz populasi yang besar.

155

Kaedah kualitatif digunakan bertujuan untuk menerangkan hasil daripada apa yang sebenarnya berlaku yang dilihat daripadaaspek persepsi, sikap dan penglibatan dalam aktiviti kitar semula. Kaedah temubual kumpulan fokus ini juga membolehkan persoalan kajian dijawab daripada perspektif yang berbeza dan dengan lebih mendalam di mana seramai lima orang pegawai kerajaan akan ditemubual iaitu pegawai dari Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Alam Sekitar, Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Environment Idaman.

Seminggu sebelum temubual dijalankan, pengkaji telah memberi sedikit penerangan mengenai kaedah perbincangan dan menyerahkan panduan temubual (interview guide) kepada responden yang terdiri daripada soalan-soalan yang akan dibincangkan. Ia bertujuan menggalakkan responden dapat bersedia lebih awal dan memikirkan sendiri input-input yang akan dibincangkan agar ia dapat menggambarkan pandangan menyeluruh populasi.

156 Rajah 3.3: Carta Alir Penyelidikan

Qualitatif Temubual Jalankan Temubual (33 Individu) Transcribe Temubual Tentukan Reka bentuk Kajian dan Metodologi Analisis Pilih Responden Pilih Kawasan Kajian Lapangan Pilih Kaedah Kajian Quantitatif Masukkan Data menggunakan SPSS Version 16.0 Lakukan Survei (580 responden) Ubahsuai Soalan Analisis Data Kajian Rintis Buat Kajian Rintis (30 orang)

Hasil Kajian Keputusan Kajian

157

3.13 Penganalisaan Data

Semua borang soal selidik yang telah dikutip daripada responden telah diteliti dan disemak bagi memastikan responden menanda tiap-tiap item serta memberi maklumat yang lengkap dan betul. Seterusnya, data-data yang diperolehi daripada kajian lapangan ini telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan program Statistical Packages For Social Science (SPSS) Windows versi 16.

3.13.1 Proses Mengekod Semula (Recode)

Berdasarkan keputusan ujian rintis, skala “sangat tidak setuju” (1), Tidak setuju (2), tidak pasti (3), setuju (4) dan sangat setuju (5) telah ditukar kepada sangat setuju (1), setuju (2) tidak pasti (3), tidak setuju (4), sangat tidak setuju (5). Terdapat beberapa item negatif yang telah dikenalpasti untuk ditukar iaitu bagi bahagian kesedaran (B) item yang telah direcode ialah item 4 (saya kurang mendapat maklumat mengenai kitar semula) item 9 (saya rasa tiada sebab untuk kitar semula) dan item 11 (aktiviti kitar semula tidak memberi sebarang faedah). Bagi bahagian C (persepsi) item yang telah direcode ialah item 8 (saya hanya menjana jumlah sisa yang sedikit, jadi saya tidak percaya bahawa saya bertanggungjawab untuk membersihkannya) dan item 9 (program kitar semula membazir duit).

Manakala bahagian D item yang telah direcode ialah item 2 (saya tidak tahu bagaimana untuk kitar semula), item 4 (saya tidak berminat untuk kitar semula), item 5 (saya tidak kitar semula kerana sudah tidak diiklankan di media), item 7 (saya tidak terlibat dalam

158

aktiviti kitar semula kerana saya sibuk), item 9 (saya tidak kitar semula kerana tiada kemudahan kitar semula), item 10 (saya tidak kitar semula kerana kemudahan-kemudahan aktiviti kitar semula tidak cukup) dan item 13 (rumah saya tidak mempunyai ruang yang cukup untuk simpan bahan-bahan yang boleh dikitar semula, item 14 (aktiviti kitar semula kerja yang menyusahkan), item 18 (kitar semula bukan tanggungjawab saya), item 19 (saya tidak selesa dengan aktiviti kitar semula), item 20 (saya tidak kitar semula kerana tidak ada insentif ekonomi), item 21 (saya tidak kitar semula kerana rakan saya tidak lakukan aktiviti kitar semula), item 22 (saya tidak kitar semula kerana jiran-jiran saya tidak lakukan aktiviti kitar semula) item 23 (saya tidak kitar semula kerana keluarga tidak menggalakkan saya sertai aktiviti ini), item 24 (saya kitar semula hanya bila ada kempen) dan item 25 (saya tidak kitar semula kerana tempat kitar semula jauh dari rumah saya) .

Bahagian E pula terdapat 3 item yang telah direcode iaitu item 11 (saya kerap buang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong sampah), item 13 (saya tidak tahu bagaimana untuk mengasingkan sampah mengikut jenis) dan item 14 (saya tidak melakukan pengasingan sampah mengikut jenis kerana kerja itu leceh dan memakan masa).

3.13.2 Analisis Statistik Deskriptif

Bagi menghurai dan menjawab persoalan kajian maka statistik deskriptif diguna pakai iaitu frekuensi, min, median, mod dan peratus mengenai aspek demografi, persepsi, kesedaran, sikap dan tingkahlaku. Selain itu kaedah sama turut dilakukan ke atas

159

beberapa item khususnya untuk menjelaskan skor dan mean. Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta serta perbincangan dapatan kajian merujuk kepada jadual dan carta tersebut.

Dokumen terkait