• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pemikiran bahawa keadilan akan akhirnya ditegakkan dan orang yang berbuat salah dihukum, seharusnya memenuhi, setiap orang yang berfikiran waras, dengan kepuasan hati yang sesungguhnya, ataupun kegembiraan yang besar.

Nyanyikanlah pujian untuk TUHAN, pujilah Dia dengan memetik kecapi ... Bertepuk tanganlah, hai sungai-sungai; bersorak-sorailah di hadapan TUHAN, hai bukit-bukit, kerana TUHAN datang untuk memerintah bumi. Dia akan memerintah penduduk dunia dengan adil dan jujur (Mazmur 98.5-9).

Bahkan orang ateis yang tidak percaya akan Penghakiman Akhir harus berkeinginan agar ia ada. Mereka tentunya tidak gembira bahawa jutaan orang yang telah menderita ketidakadilan semasa hidup dan mati dengan tidak adil, menurut teori mereka, tidak mendapat apa-apa keadilan akhir.

Namun, ada juga segi lain bagi perkara ini. Sementara semua orang berada di pihak keadilan dan penghakiman moral, kita bersetuju bahawa keadilan harus dilakukan, hati manusia mempunyai alasannya sendiri dan tersentak bila berhadapan dengan pendapat bahawa manusia harus dikenakan hukuman yang kekal. Hukumannya kelihatan terlalu kejam dan keterlaluan. Naluri manusia pun mencadangkan bahawa belas kasihan seharusnya menang atas keadilan yang tegas; dan jika kita berperasaan begitu, tidakkah Tuhan juga lebih berperasaan sedemikian?

Kemudian, ada lagi alasan mengapa kita tersentak terhadap pendapat Penghakiman Akhir. Inilah sebabnya. Setiap kita menyedari bahawa kita sudah berdosa, dan dosa kita pun harus dihukum, dan bukan hanya dosa orang berdosa yang amat jahat. Apabila orang menyedari hal ini, mereka cenderung berfikir memberikan bantahan, untuk cuba membuktikan kepada diri mereka sendiri bahawa tidak seharusnya ada, dan tidak akan ada, perkara seperti hukuman yang kekal. Marilah menyelidiki beberapa bantahan itu.

BANTAHAN 1:

“Tuhan yang mengasihi tidak akan pernah menghukum sesiapapun.”

a) Jawapan Pertama: Yang sebaliknya adalah benar. Oleh sebab Tuhan itu Tuhan yang mengasihi, maka itulah alasannya Dia menghukum dosa. Jika seorang pengedar dadah memberikan suntikan kepada anak perempuan anda, membuat dia ketagih pada dadah dan merosakkan otaknya, Tuhan tidak akan pernah bertindak seolah-olah hal itu tidak perlu dipedulikan. Dia mengasihi anak anda. Apa pun dosa yang dibuat terhadapnya membuat Tuhan murka. Jika pengedar dadah itu tidak bertaubat, Tuhan

PENGHAKIMAN AKHIR: Kebaikan & Ketegasan Tuhan

tidak akan pernah melupakan jenayahnya, kerana kasih Tuhan itu kekal. Ini bererti, Dia akan murka kepada pengedar dadah itu selama-lamanya.

b) Jawapan Kedua: Tuhan memang Tuhan yang mengasihi, dan tiada seorang pun yang memberitahu kita lebih banyak mengenai kasih Tuhan dan membuat kita merasakan kenyataannya dengan lebih dalam daripada Yesus Kristus. Mungkin pernyataan kasih Tuhan yang paling besar dan terkenal adalah: “Allah sangat mengasihi orang di dunia ini

sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal” (Yohanes 3.16).

Bagaimanapun, di dalam ayat ini kita harus melihat bahawa kasih Tuhan itu dinyatakan dengan amat jelas dalam karya-Nya untuk menyelamatkan kita daripada binasa. Dia telah memberikan kurnia yang paling besar, daripada diri-Nya sendiri, Anak Allah sendiri. Dia sudah memberikan kurnia ini agar orang berdosa seperti kita boleh diampuni, dan tidak mengalami hukuman atas dosa mereka. Tetapi sekali lagi, hakikat bahawa Tuhan harus melakukan semua itu untuk menyelamatkan kita daripada binasa mesti menegaskan ke dalam fikiran kita akan kedahsyatannya binasa bagi sesiapapun.

Kesan yang sama diciptakan oleh kata-kata Kristus: “Sungguh benar kata-kata-Ku

ini: Sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada Dia yang mengutus Aku, beroleh hidup sejati dan kekal. Dia tidak akan dihukum, melainkan sudah terlepas daripada kematian dan mulai benar-benar hidup (Yohanes 5.24). Di sini dia menyeru

agar kita ada iman dan kepercayaan supaya Dia dapat membebaskan kita daripada semua hukuman dan menyelamatkan kita dari kematian kekal.

Secara semula jadi kita bertanya akan haknya dia bertanya begitu, dan atas alasan apa dia membuat seruannya. Pertama, jawapannya adalah Dia membuatnya sebagai Hakim pada Penghakiman Akhir: “Bapa tidak menghakimi sesiapa pun. Dia sudah menyerahkan

segala kekuasaan untuk menghakimi orang kepada Anak-Nya ... Dia sudah memberi kuasa kepada Anak untuk menghakimi, kerana Anak itu Anak Manusia” (Yohanes 5.22,

27).

Di tempat yang kedua, jawapannya adalah Dia yang menjadi Hakim dalam Penghakiman Akhir ialah Dia yang menanggung hukuman daripada hukum Tuhan bagi pihak semua yang akan bertaubat dan percaya, agar mereka tidak perlu menanggung hukuman atas diri mereka sendiri. Tetapi perkara yang tidak boleh dielakkan adalah yang bertentangan dengan hal ini: jika ada sesiapa yang tidak mempedulikan rayuan Kristus terhadap pertaubatan dan iman, akhirnya mereka akan binasa.

Oleh itu, pada ketika ini, kita harus melihat sekali lagi terhadap ayat-ayat yang kita pelajari dalam bab sebelumnya (Wahyu 20.11-15) dan perhatikan dengan tepat apa yang dikatakannya sebagai faktor yang penting sekali, yang menentukan sama ada seseorang dibuang ke dalam Lautan Api atau tidak. Berikut adalah ayat-ayat yang berkaitan:

Kemudian aku nampak sebuah takhta besar berwarna putih dan Dia yang duduk di atasnya. Langit dan bumi lari dari hadirat-Nya, sehingga tidak kelihatan lagi. Aku nampak orang yang sudah mati, baik orang besar mahupun orang biasa, semuanya berdiri di hadapan takhta itu. Lalu kitab-kitab pun dibuka dan sebuah kitab lain juga dibuka iaitu Kitab Orang Hidup. Orang yang sudah mati dihakimi menurut perbuatan mereka seperti yang tertulis di dalam kitab-kitab itu ... Sesiapa yang namanya tidak tertulis di dalam Kitab Orang Hidup dibuang ke dalam lautan api.

Perhatikan mula-mula apa yang tidak dikatakannya. Ia tidak berkata bahawa sekiranya seseorang didapati telah melakukan banyak dosa yang dahsyat, dia dibuang ke dalam Lautan Api; bukan juga berkata bahawa sekiranya seseorang didapati hanya melakukan beberapa dosa kecil dan sudah membayarnya dengan melakukan banyak

PENGHAKIMAN AKHIR: Kebaikan & Ketegasan Tuhan

perbuatan baik, dia tidak dibuang ke dalam Lautan Api. Tidak, menurut ayat-ayat tadi, faktor penentu adalah: “Sesiapa yang namanya tidak tertulis di dalam Kitab Orang Hidup

dibuang ke dalam lautan api” (Wahyu 20.15).

Kitab Orang Hidup ini adalah kitab yang dimiliki oleh Anak Domba (lihat Wahyu

21.27), dan di dalam buku itu tertulis nama-nama orang yang telah bertaubat dan menaruh iman kepada Anak Domba Allah. Oleh sebab Dia telah membayar hukuman dosa bagi pihak mereka, Perjanjian Baru memberi mereka jaminan yang mulia ini: “Sekarang tidak

ada lagi hukuman bagi mereka yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus ... diselamatkan oleh Kristus daripada kemurkaan Allah kelak” (Roma 8.1; 5.8-9). Tambahan pula, semua

orang yang sudah menyambut Kristus menjadi Pengganti dan Penyelamat mereka boleh tahu di sini dan sekarang dalam hidup ini bahawa nama mereka ditulis di dalam buku ini, Kitab Orang Hidup. Rasul Paulus dan temannya sudah berbuat begitu (Filipi 4.3); dan semoga kita juga sudah melakukannya.

Bagaimanapun, sekiranya orang menolak Penyelamat yang telah disediakan oleh Tuhan, yang sedihnya dilakukan oleh ramai orang, maka nama mereka tidak ditulis di dalam buku yang dimiliki oleh Anak Domba. Apakah yang boleh dilakukan Tuhan untuk menyelamatkan mereka? Mereka sudah membuat pilihan sendiri. Mereka harus dibuang ke dalam Lautan Api, dan menderita hukuman dan akibat dosa mereka. Tetapi mereka tidak dapat menuduh orang lain kecuali mereka sendiri. Tentu sekali mereka tidak dapat mengkritik Tuhan kerana hal ini. Tuhan adalah jumlah seluruh kebaikan. Menurut takrif, tiada lagi firdaus lain bagi orang yang menolak Dia. Tuhan pun tidak wajib secara moral untuk menyediakan sesuatu yang mustahil. Mereka telah mencintai kegelapan dan bukan cahaya, kerana perbuatan mereka jahat (Yohanes 3.19); dan mereka akan diberikan apa yang telah dipilih mereka sendiri.

Sekarang, marilah melihat satu ciri lain mengenai keadilan Tuhan. Semua yang menolak penyelamatan Tuhan akan ditimpa hal yang sama; mereka akan dibuang ke dalam Lautan Api. Tetapi kedahsyatan hukuman yang ditanggung berlainan. Ayat-ayat tadi memberitahu kita bahawa mereka akan dihakimi menurut perbuatan mereka. Bahkan di dalam mahkamah manusia pun, dua orang akan disabit kesalahan dan dihukum penjara atas jenayah yang sama, namun menerima hukuman yang berlainan kerana keadaan yang dapat meringankan hukuman dalam kes yang satu dan ketiadaan perkara itu dalam kes yang kedua. Wanita yang sopan yang kesombongannya tidak membiarkan dia untuk merendahkan diri, bertaubat dan percaya kepada Penyelamat, akan menderita kehilangan yang berkekalan, tetapi dia tidak akan dihukum dengan penderitaan yang sama beratnya, misalkan dengan Hitler yang bertanggungjawab terhadap kematian jutaan orang.

Lagipun, untuk melihat bahawa Tuhan itu adil dan sama rata dalam semua urusan-Nya, marilah ingat semula satu lagi ciri penghakiman-Nya. Semua orang yang menaruh iman kepada Kristus untuk penyelamatan akan diselamatkan sampai kekal, berasaskan iman mereka, dan bukan perbuatan. Sebaliknya, orang yang menjalani hidup untuk menyenangkan hati Tuhan sejak pertaubatan mereka, akan menerima ganjaran bagi perbuatan baik mereka. Orang percaya yang sungguh-sungguh, tetapi yang menjalani hidup dengan tidak berhati-hati, dan menghasilkan perbuatan yang kurang baik, akan rugi. Pekerjaan mereka yang tidak layak akan terbakar walaupun mereka sendiri diselamatkan, namun mereka bagaikan ditarik dari api (1 Korintus 3.14-15).

PENGHAKIMAN AKHIR: Kebaikan & Ketegasan Tuhan

BANTAHAN 2:

“Tetapi jutaan orang pada abad-abad sebelum Kristus, dan jutaan sejak itu, tidak pernah mendengar tentang Yesus. Adakah Tuhan adil untuk menghukum mereka

kerana tidak percaya kepada Yesus?”

Tetapi Dia tidak berbuat begitu. Tuhan tidak akan pernah menghukum sesiapapun kerana tidak percaya kepada sesuatu yang tidak pernah didengarnya (Yohanes 15.22-24). Tetapi semua orang tahu di dalam hati mereka bahawa Tuhan itu ada. Alam semesta memberikan cukup bukti akan kewujudan-Nya. Dan semua orang tahu dalam hati nurani mereka bahawa mereka sudah berbuat dosa terhadap Tuhan (Roma 1.18—2.16). Orang yang mengaku dosa dan menyerahkan diri kepada belas kasihan Tuhan akan diampuni. Kematian dan pengorbanan Yesus di kayu salib membuat Tuhan bertindak adil untuk mengampunkan dosa mereka meskipun mereka tidak pernah mendengar tentang Yesus (Roma 3.25). Manusia akan dihakimi berdasarkan respons mereka kepada terang yang diterima mereka, dan bukan menurut terang yang tidak pernah diterima mereka.

Tetapi semua orang yang membaca artikel ini telah mendengar tentang Yesus, dan mereka perlu mengizinkan Dia untuk memberi mereka amaran bahawa pada Penghakiman Akhir, pemeriksaan yang teliti akan dibuat untuk melihat apa terang yang telah diterima oleh setiap orang, dan apa peluang untuk mengetahui kebenaran dan untuk percaya. Menurut Kristus, orang yang mendapat paling banyak terang tidak semestinya memberikan respons yang betul. Ramai orang yang berpendidikan dan beragama di kalangan orang yang sebaya dengan Kristus tidak begitu rela berbanding orang bukan Yahudi, untuk bertaubat dan percaya (Lukas 11.29-32).

BANTAHAN 3:

“Tidak adil bagi Tuhan untuk menghukum seseorang sampai kekekalan kerana dosa, bagaimana besar pun dosanya, yang telah dibuat selama jangka hayat yang

pendek, tujuh puluh atau sedikit lebih daripada itu.”

Tetapi bantahan ini didasarkan pada dua kebimbangan yang salah:

1. Ia mengandaikan bahawa setelah berdosa dalam hidup ini, orang yang menolak Tuhan dan Kristus akan berhenti berdosa dan berbuat dosa di dunia yang akan datang. Perkara ini tidak benar.

2. Ia mengandaikan bahawa setelah menolak pertaubatan dalam hidup ini, mereka akan bertaubat dan percaya kepada Penyelamat dalam dunia yang akan datang. Tetapi hal ini pun tidak benar. Orang yang telah menolak Penyelamat dan melawan Tuhan di sini, akan terus menolak Penyelamat dan melawan Tuhan di dunia akan datang. Mereka bersalah berbuat dosa yang kekal (Markus 3.29). Orang kaya dalam cerita yang disampaikan oleh Tuhan kita (Lukas 16.19-31) yang mendapati dirinya selepas kematian, dipisahkan daripada Tuhan, dan dalam kesengsaraan menunjukkan penyesalan dan kesedihan, tetapi tiada pertaubatan yang sebenar.

BANTAHAN 4:

“Jika semua ini benar, Tuhan yang mengasihi akan mendesak orang untuk bertaubat dan percaya meskipun bertentangan dengan kehendak mereka.”

Tidak, dia tidak berbuat begitu. Salah satu perkara yang membezakan manusia daripada binatang dan sayuran adalah kebebasan memilih yang dipunyai manusia. Manusia adalah makhluk moral dan rohani, dicipta menurut rupa Allah, dengan kuasa memilih yang kuat, sama ada untuk mengasihi dan mentaati Penciptanya atau menolak

PENGHAKIMAN AKHIR: Kebaikan & Ketegasan Tuhan

Dia. Tuhan tidak akan menyingkirkan kebebasan memilih itu daripada manusia, bahkan untuk tujuan menyelamatkan dia pun. Kerana jika Tuhan berbuat demikian, maka yang diselamatkan itu bukan lagi manusia melainkan binatang, sayuran, atau bahkan mesin. Lagipun, Tuhan bukan diktator. Tidak mustahil bagi manusia untuk menolak dan menentang Dia, dan tetap wujud sampai kekal.

BANTAHAN 5:

“Membawa fikiran manusia untuk menumpukan perhatian kepada apa yang akan berlaku kepada mereka selepas kematian mengganggu serta melemahkan semangat

mereka untuk menggunakan dengan sepenuhnya kehidupan mereka di bumi.”

Perkara yang sebaliknya adalah benar. Kepercayaan akan kewujudan syurga dan neraka melaburkan setiap fikiran, sikap, dan tindakan dalam hidup kita di bumi dengan kepentingan yang abadi. Sikap tidak percaya akan kewujudan syurga dan neraka itulah yang relatif serta merendahkan nilai moral dan rohani manusia.

BANTAHAN 6:

“Hanya raksasa yang tidak berperikemanusiaan yang tidak mempunyai perasaan, yang akan percaya pada dan berkhutbah mengenai neraka yang kekal.”

Tetapi Yesus Kristus itulah, lebih daripada yang lain, yang mengajar kita bahawa Tuhan itu mengasihi, bahawa dengan air mata-Nya dia memberi kita amaran mengenai neraka yang nyata. Dia bercakap lebih banyak mengenai subjek ini daripada sesiapa pun di seluruh Alkitab. Dia yang mati untuk menyelamatkan kita dari neraka, masih memberi kita amaran bahawa Dia tidak mati tanpa tujuan; dan Dia meratapi orang yang tidak bertaubat pada hari ini sebagaimana Dia pernah meratapi Yerusalem: “Yerusalem,

Yerusalem! Engkau membunuh nabi-nabi dan merejam para utusan Allah. Sudah beberapa kali Aku ingin memeluk semua pendudukmu seperti seekor induk ayam melindungi anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi engkau tidak mahu!” (Lukas 13.34).

Melalui ratapan Kristus ini, isi hati Tuhan Sang Pencipta didengar: “Aku tidak mahu

sesiapa pun mati,” TUHAN Raja berfirman. “Bertaubatlah daripada dosa kamu dan hiduplah” (Yehezkiel 18.32).

Kebijaksanaan kita adalah untuk mengikut teladan orang yang berjuta-juta banyaknya selama berabad-abad yang “berkata bahawa kamu tidak mahu menyembah berhala lagi,

tetapi datang kepada satu-satunya Allah yang hidup untuk mentaati dan menyembah Dia. Mereka juga berkata bahawa kamu menantikan kedatangan Anak Allah dari syurga, iaitu Yesus yang sudah dibangkitkan oleh Allah daripada kematian. Yesuslah yang menyelamatkan kita daripada kemurkaan Allah yang akan datang” (1 Tesalonika 1.9-10).

PENYELAMATAN: Istilah Agung Yang Menyeluruh

17

PENYELAMATAN