• Tidak ada hasil yang ditemukan

KECEMERLANGAN ATLET UNIVERSITI

Dalam dokumen Laporan tahunan (Halaman 140-145)

UPM bukan sahaja dikenali sebagai universiti penyelidikan yang unggul tetapi turut menempa nama sebagai universiti yang memiliki banyak atlet peringkat kebangsaan dan juga bertaraf dunia. Hal ini kerana banyak atlet kebangsaan, terutamanya barisan pelapis dan atlet muda menyambung pengajian dalam pelbagai bidang yang ditawarkan di UPM. Ini membolehkan mereka bukan sahaja hebat dalam arena sukan tetapi turut mencipta kejayaan dalam bidang akademik masing-masing.

Sepanjang 2016, atlet UPM terus merakamkan pelbagai kejayaan manis yang cukup membanggakan baik pada peringkat nasional mahupun pada peringkat antarabangsa. Atlet universiti sering menjadi sandaran utama negara dalam kejohanan antarabangsa yang berprestij. Setakat ini, UPM mempunyai sebanyak 120 atlet negara yang sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai disiplin, dan tiga daripada atlet berkenaan telah mewakili negara ke Sukan Olimpik Rio 2016, iaitu Cheong Jun Hoong yang telah

Laporan Tahunan 2016Universiti Putra Malaysia

memenangi pingat perak (pingat pertama untuk negara bagi acara terjun seirama), Johnathan Wong Guanjie (acara menembak) dan Zaidatul Husniah Zulkifli (acara Olahraga).

UPM juga telah meneruskan pencapaian sukan terbaik di pentas dunia apabila staf Pusat Sukan, Mohamad Azwar Bakar Ibrahim telah mewakili Malaysia dalam Kejohanan Paralimpik Rio 2016 bagi sukan ping pong kelas 10 yang diadakan pada 8-17 September 2016. Penyertaan Mohamad Azwar dalam kejohanan ini juga merupakan satu pengiktirafan bagi sukan ping pong paralimpik negara.

Atlet Memanah UPM, Saritha Cham Nong juga merakamkan kemenangan yang cukup manis dalam Kejohanan Siri Pertama Piala Asia di Thailand pada 20 - 27 Mac 2016 dan Kejohanan Asia Cup Dunia di Taipei, Taiwan pada 8 - 13 September 2016. Atlet ini telah menyumbangkan dua pingat emas bagi kategori Compound Berpasukan dan satu pingat gangsa bagi kategori Compound Individu.

Pada Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa 2016 di Jerman pada 27 Mei – 6 Jun 2016, pasukan Sepak Takraw UPM telah muncul sebagai juara dalam acara regu dan beregu setelah menewaskan pasukan tuan rumah pada perlawanan akhir tersebut. Kejohanan ini turut disertai oleh 32 pasukan yang lain termasuk pasukan daripada Jerman, Perancis, United Kingdom dan Switzerland. Pada masa yang sama, sebanyak 44 orang atlet UPM terpilih untuk mewakili kontinjen Malaysia di Sukan Universiti Asean ke-18, Singapura pada 10 - 23 Julai 2016 yang melibatkan 16 acara sukan, iaitu memanah, olahraga, badminton, bola keranjang, kanoe, lawan pedang, bola sepak, pencak silat, petanque, ragbi 7 sebelah, sepak takraw, menembak, renang, ping pong, bola tampar dan sukan polo air. Penglibatan atlet UPM ini telah menyumbang 27 pingat (6 emas, 13 perak, 8 gangsa) untuk kontinjen Malaysia. Berikut merupakan statistik penglibatan dan pencapaian atlet UPM dalam sukan tersebut:

Jadual 35: Statistik Penglibatan dan Pencapaian Atlet UPM

Bil. Sukan Bil. Atlet Pencapaian

1. Ragbi 12 orang 1 perak

2. Olahraga 15 orang 2 emas, 6 perak, 5 gangsa

3. Menembak 3 orang 2 perak, 1 gangsa

4. Memanah 6 orang 3 emas, 1 perak, 1 gangsa

5. Sepak Takraw 3 orang 1 perak, 1 gangsa

6. Lawan Pedang 5 orang 1 emas, 2 perak

IHSAN Tonggak Kecemerlangan Kebitaraan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Pasukan ragbi UPM yang lebih dikenali sebagai

Serdang Angels pula terus muncul sebagai pasukan

pencabar terkuat pada beberapa pertandingan antarabangsa. Misalnya, dalam Kejohanan Ragbi Asean 7’s di Hong Kong, Korea dan Sri Lanka, secara keseluruhan, pasukan negara yang atletnya ialah 80% merupakan atlet Ragbi UPM telah menduduki tangga kelima dalam kejohanan tersebut. Di samping itu, sebanyak 13 atlet Ragbi UPM terpilih

dalam senarai 16 atlet Ragbi bagi Kejohanan Sukan Sea 2017 yang akan diadakan di Kuala Lumpur. UPM juga muncul sebagai pencabar utama dalam beberapa kejohanan peringkat IPT dan kebangsaan. Banyak kejayaan yang ditempa oleh atlet UPM dalam usaha memartabatkan arena sukan di UPM. Berikut merupakan antara kejayaan yang telah ditempa oleh pasukan UPM sepanjang 2016.

Jadual 36: Kejayaan yang telah Ditempa oleh Pasukan UPM Sepanjang 2016

Bil. Kejohanan/Aktiviti KejohananPeringkat Tarikh Tempat Pencapaian

1. Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT)

Kebangsaan/

KPT 24 Januari – 5 Februari 2016 Universiti Teknologi Malaysia, Johor 41 Emas, 19 Perak, 21 Gangsa (Naib Johan keseluruhan) 2. Kejohanan Ragbi Liga

Super Malaysia Kebangsaan Januari – Mac 2016 Kebangsaan MalaysiaUniversiti Johan 3. Kejohanan Ragbi Perlis

10’s Kebangsaan 6-8 Mei 2016 Guru, Kangar, PerlisInstitut Pendidikan Johan kategori IPT dan U23 4. Kejohanan Sukan

MASUM 2016 Hoki & Tenpin Boling

MASUM 15-21 Mei 2016 Universiti Teknikal

Malaysia, Melaka Hoki (W): JohanHoki L: Ketiga Tenpin Boling: 1 Emas, 2 Perak 5. Kejohanan Ragbi

Jemputan Universiti Dunia 2016, Perancis

Antarabangsa 12–17 Mei 2016 Perancis Ranking 11/12 6. Kejohanan Skuasy IPT

1Malaysia Kebangsaan 26-29 Mei 2016 Nasional, Bukit JalilPusat Skuasy Johan berpasukan 7. Kejohanan Sepak takraw

Dragon Cup 2016 Antarabangsa 27 Mei – 6 Jun 2016 Hamburg, Jerman Johan kategori Regu & Double 8. World University

Championship (Archery) Antarabangsa 1 – 5 Jun 2016 Ulaanbatar, Mongolia Penyertaan 9. Kejohanan Hoki

Uniten-KPT 2016 IPT 4 Jun 2016 Nasional, Bukit JalilStadium Hoki Lelaki: Naib Johan kategori IPT Wanita: Johan & Naib Johan kategori IPT

Laporan Tahunan 2016Universiti Putra Malaysia

Bil. Kejohanan/Aktiviti KejohananPeringkat Tarikh Tempat Pencapaian

10. Kejohanan MASUM Fasa

1, 2016 IPTA 20 – 27 Julai 2016 Pendidikan Sultan Universiti Idris, Perak

14 Emas, 9 Perak, 13 Gangsa (Naib Johan Keseluruhan) 11. Kejohanan Bola Sepak

Liga IPT (Div. 2) IPT/KPT Mac- Ogos 2016 Seluruh Malaysia Johan 12. Kejohanan Liga Bola

Jaring IPT 2016 IPT/KPT September 201623-30 Universiti Malaya Johan 13. Kejohanan Memanah

Terbuka PKS UniSZA, 2016

IPT/KPT 27 September –

2 Oktober 2016 UniSZA, Terengganu 2 Emas 14. Kejohanan Olahraga

MASUM 2016 IPTA 7 – 9 Oktober 2016 Pendidikan Sultan Universiti Idris, Perak 19 emas 8 Perak 3 Gangsa (Johan keseluruhan) 15. Kejohanan Renang

MASUM 2016 IPTA 7 – 9 Oktober 2016 Pendidikan Sultan Universiti Idris, Perak

8 Emas, 1 Perak (Naib Johan Keseluruhan) 16. ASEAN University

Invitation Tennis Tournament 2016

ASEAN 7 - 9 Oktober

2016 Majlis Sukan Negeri Gelanggang Tenis Perlis (MSNPs)

2 emas 17. Kejohanan Bola Tampar

Pantai UMT@KPT kali ke 2, 2016

IPT/KPT 12-15 Oktober Teluk Ketapang,

Terengganu Lelaki (Suku Akhir)Wanita (Johan) 18. Kejohanan Ragbi 10s

Piala Naib Canselor UPNM Kali Ke-7 2016

IPT 14 – 16 Oktober

2016 Pertahanan Nasional Universiti Malaysia

Kategori IPT (Johan) Kategori Kelab 19. Kejohanan Liga Lawan

Pedang KPT-Nilai Sirkit 2 IPT 21-23 Oktober 2016 Island International Penang of Wales School, Pulau Pinang

1 Emas dan 4 Gangsa 20. Kejohanan MASUM Fasa

2, 2016 IPTA November 20167 – 13 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 6 Emas, 4 Gangsa (Tempat Ketiga keseluruhan) 21. Kejohanan Ragbi Super

8 IPT 2016 IPT/KPM 14-20 November 2016 Universiti Putra Malaysia Johan

IHSAN Tonggak Kecemerlangan Kebitaraan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Sebagai menghargai pengorbanan dan pencapaian atlet UPM di persada antarabangsa, UPM mengambil inisiatif untuk meraikan setiap kejayaan atlet. Skim Insentif

Kemenangan Sukan Atlet UPM pada peringkat antarabangsa dan Anugerah Sukan UPM diwujudkan bertujuan untuk memberikan dorongan dan sokongan kepada atlet universiti untuk terus melakarkan kejayaan dan melonjakkan nama Malaysia amnya dan UPM khususnya.

Laporan Tahunan 2016Universiti Putra Malaysia

Dalam dokumen Laporan tahunan (Halaman 140-145)

Dokumen terkait