• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kehendak-kehendak penzahiran bagi penerbit tersenarai MOG

BAHAGIAN M7 – PENERBIT TERSENARAI MOG

9.56 Kehendak-kehendak penzahiran bagi penerbit tersenarai MOG

Di samping kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam Bab ini, penerbit tersenarai yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Bursa berhubung dengan aktiviti berkaitan MOG (“penerbit tersenarai MOG”) juga mesti mematuhi kehendak-kehendak penzahiran lain itu yang ditetapkan oleh Bursa.

[Rujukan silang: Nota Amalan 32]

[Bab Tamat]

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9A-1 LAMPIRAN 9A

BAHAGIAN A

Kandungan pengumuman berhubung dengan pelantikan pengarah (perenggan 9.19(12))

(a) Nama, umur, jantina, kewarganegaraan, kelayakan dan sama ada kedudukan itu adalah eksekutif atau bukan eksekutif dan sama ada pengarah itu ialah pengarah bebas.

(b) Pengalaman kerja dan pekerjaan.

(c) Apa-apa jawatan pengarah lain dalam syarikat awam dan penerbit tersenarai.

(d) Apa-apa hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang syer utama penerbit tersenarai.

(e) Apa-apa konflik kepentingan yang dimiliki oleh orang itu dengan penerbit tersenarai.

(f) Perincian apa-apa kepentingan dalam sekuriti penerbit tersenarai atau subsidiarinya.

Bahagian B

Kandungan pengumuman berhubung dengan pelantikan ketua eksekutif (perenggan 9.19(14))

(a) Nama, umur, jantina, kewarganegaraan dan kelayakan.

(b) Pengalaman bekerja.

(c) Apa-apa jawatan pengarah lain dalam syarikat awam dan penerbit tersenarai.

(d) Apa-apa hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang syer utama penerbit tersenarai.

(e) Jika ketua eksekutif bukan pengarah penerbit tersenarai, sama ada orang yang dilantik mempunyai apa-apa konflik kepentingan dengan penerbit tersenarai atau subsidiarinya.

(f) Perincian apa-apa kepentingan dalam sekuriti penerbit tersenarai atau subsidiarinya.

Bahagian B(A)

Kandungan pengumuman berhubung dengan pelantikan ketua pegawai kewangan (perenggan 9.19(14A))

(a) Nama, umur, jantina, kewarganegaraan dan kelayakan.

(b) Pengalaman bekerja.

(bA) Apa-apa jawatan pengarah lain yang dipegang dalam syarikat awam dan penerbit tersenarai.

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9A-2 (c) Apa-apa hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang

syer utama penerbit tersenarai.

(d) Sama ada orang yang dilantik mempunyai apa-apa konflik kepentingan dengan penerbit tersenarai atau subsidiarinya.

(e) Perincian apa-apa kepentingan dalam sekuriti penerbit tersenarai atau subsidiarinya.

Bahagian B(B)

Kandungan pengumuman berhubung dengan perubahan pada wakil di sisi undang-undang (atau orang yang mempunyai kuasa yang setara, walau bagaimanapun diperihalkan)

(perenggan 9.19(14B))

(a) Identiti, kelayakan, pengalaman, pekerjaan, kuasa dan tanggungjawab orang itu.

(b) Risiko berhubung dengan pelantikan, termasuk penumpuan kuasa dan halangan kepada pemecatan orang itu.

(c) Perihalan proses dan tatacara yang dilaksanakan untuk mengurangkan risiko berhubung dengan pelantikan dan pendapat oleh lembaga pengarah mengenai kecukupan proses itu.

(d) Sebab perubahan, jika berkenaan.

Bahagian C

Kandungan pengumuman berhubung dengan penggulungan (perenggan 9.19(19))

(a) Tarikh pengemukaan petisyen penggulungan dan tarikh petisyen penggulungan itu disampaikan kepada penerbit tersenarai, subsidiarinya atau syarikat bersekutu utamanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(b) Butir-butir tuntutan di bawah petisyen, termasuk amaun yang dituntut di bawah petisyen dan kadar faedah.

(c) Perincian keingkaran atau keadaan yang menyebabkan pemfailan petisyen penggulungan terhadap penerbit tersenarai, subsidiarinya atau syarikat bersekutu utamanya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(d) Jika penggulungan itu terhadap subsidiari, pengesahan sama ada subsidiari ialah subsidiari utama.

(e) Jika penggulungan itu terhadap subsidiari atau syarikat bersekutu utama, jumlah kos pelaburan dalam subsidiari atau syarikat bersekutu utama itu.

(f) Impak kewangan dan operasi penggulungan ke atas kumpulan.

(g) Kerugian yang dijangka, jika ada yang berbangkit daripada penggulungan.

(h) Langkah yang diambil dan yang dicadangkan untuk diambil oleh penerbit tersenarai berkenaan dengan prosiding penggulungan.

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9A-3 Bahagian D

Kandungan pengumuman berhubung dengan pelantikan penerima, pengurus atau penerima dan pengurus atau seseorang atas sifat yang serupa

(perenggan 9.19(20)) (a) Tarikh pelantikan.

(b) Perincian syarikat yang berada di bawah penerima, pengurus atau penerima dan pengurus atau seseorang lain atas sifat serupa.

(c) Jika pelantikan adalah berkenaan dengan subsidiari, pengesahan sama ada subsidiari itu ialah subsidiari utama.

(d) Nilai buku bersih aset terjejas.

(e) Perincian peristiwa yang menyebabkan pelantikan penerima, pengurus atau penerima dan pengurus atau seseorang lain atas sifat serupa.

(f) Impak kewangan dan operasi pelantkan yang disebut terdahulu ke atas kumpulan, jika ada.

(g) Kerugian yang dijangka, jika ada, yang berbangkit daripada pelantikan yang disebut terdahulu.

(h) Langkah yang diambil atau yang dicadangkan untuk diambil oleh penerbit tersenarai berkenaan dengan pelantikan di atas.

Bahagian E

Kandungan pengumuman berhubung dengan pelantikan pentadbir atau pelikuidasi khas (yang termasuk pelikuidasi interim)

(perenggan 9.19(20)) (a) Tarikh pelantikan.

(b) Butir-butir pentadbir atau pelikuidasi khas.

(c) Perincian peristiwa yang menyebabkan pelantikan pentadbir atau pelikuidasi khas.

(d) Terma rujukan pentadbir atau pelikuidasi khas.

(e) Impak kewangan dan operasi pelantikan yang disebut terdahulu ke atas kumpulan, jika ada.

(f) Kesan pelantikan terhadap operasi perniagaan penerbit tersenarai.

(g) Langkah yang diambil atau yang dicadangkan untuk diambil oleh penerbit tersenarai berkenaan dengan pelantikan pentadbir atau pelikuidasi khas.

(h) Peranan lembaga pengarah berikutan pelantikan pentadbir atau pelikuidasi khas.

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9A-4 Bahagian F

Kandungan pengumuman berhubung dengan perintah halangan (perenggan 9.19(21))

(a) Tarikh permulaan kuat kuasa dan tempoh perintah mahkamah.

(b) Perincian peristiwa yang menyebabkan pembuatan perintah mahkamah.

(c) Impak kewangan dan operasi ke atas kumpulan, jika ada.

(d) Perincian skim yang dicadangkan.

Bahagian G

Kandungan pengumuman berhubung dengan resit depositori (perenggan 9.19(42))

(a) Bilangan dan nama penjaga yang memegang sekuriti yang baginya resit depositori dikeluarkan.

(b) Jumlah bilangan dan peratusan sekuriti yang baginya resit depositori dikeluarkan berbanding dengan jumlah bilangan syer terbitan penerbit tersenarai dan pecahan yang sama berkenaan dengan sekuriti yang dipegang oleh setiap penjaga.

(c) Nama bank depositori.

(d) Pasaran saham yang resit depositori didagangkan (jika berkenaan).

(e) Apa-apa terma material lain.

Bahagian H

Kandungan pengumuman berhubung dengan penilaian aset bukan semasa (perenggan 9.19(46))

(a) Tujuan penilaian.

(b) Lebihan atau defisit penilaian semula mengikut mana-mana yang berkenaan.

(c) Kesan lebihan atau defisit penilaian semula ke atas aset bersih per syer kumpulan.

(d) Nama penilai.

(e) Tarikh penilaian.

(f) Nilai yang diletakkan pada aset oleh penilai.

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9A-5 BAHAGIAN H(A)

Kandungan pengumuman berhubung dengan keingkaran pembayaran (perenggan 9.19A)

(a) Tarikh keingkaran pembayaran.

(b) Sebab keingkaran pembayaran.

(c) Langkah yang diambil oleh penerbit tersenarai untuk menangani keingkaran pembayaran.

(d) Implikasi undang-undang keingkaran pembayaran termasuk takat liabiliti penerbit tersenarai berkenaan dengan obligasi yang berbangkit di bawah perjanjian bagi keberhutangan.

(e) Impak perniagaan, kewangan dan operasi keingkaran pembayaran terhadap penerbit tersenarai.

(f) Dalam keadaan keingkaran pembayaran adalah berkenaan dengan syer pinjaman atau bon bercagar, tindakan yang tersedia kepada penjamin atau pemegang sekuriti terhadap penerbit tersenarai.

(g) Dalam keadaan keingkaran pembayaran adalah berkenaan dengan bayaran di bawah debentur, untuk menentukan sama ada keingkaran pembayaran akan memberi kuasa kepada pemegang debentur untuk melantik penerima atau penerima dan pengurus.

(h) Sama ada keingkaran pembayaran merupakan peristiwa keingkaran di bawah perjanjian berlainan bagi keberhutangan (keingkaran silang) dan perincian bagi keingkaran lain, jika berkenaan.

(i) Jika keingkaran pembayaran adalah berkenaan dengan subsidiari atau syarikat bersekutu, pengesahan sama ada subsidiari atau syarikat bersekutu itu ialah subsidiari utama atau syarikat bersekutu utama, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(j) Jika keingkaran pembayaran adalah berkenaan dengan penerbit tersenarai, subsidiari utama atau syarikat bersekutu utama, mengikut mana-mana yang berkenaan, pernyataan sama ada penerbit tersenarai adalah solven.

(k) Apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Bursa dari semasa ke semasa.

Bahagian I

Maklumat tentang penggantungan disebabkan kelewatan penerbitan laporan suku tahun atau laporan tahunan

(perenggan 9.28(4))

(a) Sebab tidak menerbitkan Penyata Kewangan tertunggak dalam tempoh Jangka Masa yang Berkaitan.

(b) Pernyataan bahawa penggantungan perdagangan akan dikuatkuasakan pada hari pasaran berikutnya selepas tamat 5 hari pasaran dari Jangka Masa yang Berkaitan.

(c) Tarikh penggantungan perdagangan akan dikuatkuasakan.

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9A-6 (d) Jangka masa tentatif berkenaan dengan langkah yang diambil atau dicadangkan untuk diambil untuk menerbitkan Penyata Kewangan tertunggak, dan status pematuhan jangka masa itu.

(e) Tarikh jangkaan penerbitan Penyata Kewangan tertunggak.

Bahagian J

Kandungan pengumuman berhubung dengan tawaran pengambilalihan (perenggan 9.19(48))

(1) Berhubung dengan tawaran pengambilalihan, sama ada pembuat tawaran berniat untuk mengekalkan status penyenaraian penerbit tersenarai.

(2) Pernyataan yang mengandungi sama ada (a) atau (b) di bawah.

(a) Sekiranya niat pembuat tawaran adalah untuk mengekalkan status penyenaraian penerbit tersenarai -

(i) peratusan tebaran pemegangan sekuriti awam;

(ii) pernyataan bahawa perdagangan sekuriti penerbit tersenarai akan digantung dengan serta merta apabila tamat 30 hari pasaran dari tarikh pengumuman serta merta oleh penerbit tersenarai.

Penggantungan hanya akan ditamatkan oleh Bursa apabila penerbit tersenarai mematuhi sepenuhnya kehendak-kehendak tebaran pemegangan sekuriti awam di bawah perenggan 8.02(1) atau sebagaimana yang ditentukan oleh Bursa;

(iii) langkah yang diambil atau dicadangkan untuk diambil oleh penerbit tersenarai (jika ada) untuk meningkatkan tebaran pemegangan sekuriti awamnya hingga melebihi 10% sebelum tarikh penggantungan dikuatkuasakan;

(iv) penjelasan mengenai rancangan pembetulan (jika ada);

(v) jangka masa tentatif bagi langkah yang disebut dalam subperenggan (iii) di atas dan rancangan pembetulan; dan

(vi) jika langkah yang disebut dalam subperenggan (iii) di atas dan rancangan pembetulan tidak dirumuskan atau sekiranya tiada usaha telah diambil untuk merumuskan langkah atau rancangan pembetulan itu, suatu pernyataan negatif yang sesuai berkenaan perkara itu; atau (b) Sekiranya niat pembuat tawaran adalah untuk membatalkan penyenaraian

penerbit tersenarai, bahawa perdagangan sekuriti penerbit tersenarai akan digantung dengan serta merta apabila tamat 5 hari pasaran dari penutupan tempoh tawaran.

[Lampiran Tamat]

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9B-1 LAMPIRAN 9B

Bahagian A

Laporan suku tahun

(perenggan 9.22(2), 9.44(2) dan 9.54(2)) Nota

1. Analisis terperinci mengenai prestasi semua segmen operasi kumpulan, dengan menyatakan faktor-faktor material yang mempengaruhi pendapatan dan/atau hasil setiap segmen bagi suku tahun semasa dan tahun kewangan sehingga kini.

2. Ulasan penjelasan mengenai apa-apa perubahan material dalam keuntungan sebelum cukai bagi suku yang dilaporkan dibandingkan dengan suku terdekat sebelumnya.

3. Ulasan mengenai perkara yang berikut:

(a) prospek, termasuk faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi prospek perbadanan bagi baki tempoh hingga akhir tahun kewangan atau tahun kewangan berikutnya sekiranya tempoh pelaporan adalah suku terakhir; dan

(b) kemajuan perbadanan untuk mencapai anggaran kewangan, ramalan, unjuran atau sasaran dalaman pada baki tempoh hingga akhir tahun kewangan dan tempoh ramalan yang diumumkan atau dizahirkan dalam dokumen awam sebelum itu dan langkah-langkah yang diambil atau dicadangkan untuk diambil untuk mencapai anggaran kewangan, ramalan, unjuran atau sasaran dalaman.

4. Pernyataan pendapat anggota lembaga pengarah mengenai sama ada anggaran, ramalan, unjuran, atau sasaran dalaman kewangan dalam baki tempoh hingga akhir tahun kewangan dan tempoh ramalan yang diumumkan atau dizahirkan dalam dokumen awam sebelum itu berkemungkinan akan dicapai.

5. Nota penjelasan bagi apa-apa (hanya terpakai bagi suku akhir untuk perbadanan yang sebelum itu telah mengumumkan atau menzahirkan anggaran kewangan, ramalan atau unjuran, atau jaminan keuntungan dalam dokumen awam) -

(a) perbezaan keuntungan sebenar selepas cukai dan kepentingan tidak mengawal dan keuntungan selepas cukai dan kepentingan tidak mengawal yang dinyatakan dalam anggaran, ramalan atau unjuran kewangan (jika perbezaan melebihi 10%); dan (b) kekurangan dalam jaminan keuntungan yang diterima oleh perbadanan (jika ada) dan

langkah-langkah yang diambil untuk memulihkan kekurangan tersebut.

6. Pecahan caj cukai dan suatu penjelasan mengenai perbezaan antara kadar cukai berkesan dan berkanun bagi suku tahun semasa dengan tahun kewangan sehinnga kini.

7. [Dipotong]

8. [Dipotong]

9. (a) Status cadangan korporat yang diumumkan tetapi tidak diselesaikan pada tarikh yang dapat dilaksanakan terkini yang mesti tidak boleh lebih awal daripada 7 hari dari tarikh penerbitan laporan suku tahun.

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9B-2 (b) Jika berkenaan, penjelasan ringkas mengenai status penggunaan hasil yang diperoleh daripada mana-mana cadangan korporat, termasuk penawaran awam awal, yang mesti menyertakan maklumat yang ditetapkan dalam jadual yang berikut:

Tujuan Pengguna

RM’000 RM’000 Amaun

RM’000 %

10. Pinjaman dan sekuriti hutang kumpulan pada akhir tempoh pelaporan -

(a) sama ada bercagar atau tidakbercagar, dan pecahan antara yang bercagar dengan tidak bercagar, jika berkenaan;

(b) pecahan antara pinjaman jangka pendek dengan jangka panjang; dan

(c) sama ada dalam mata wang asing, dan pecahan hutang/peminjaman dalam setiap mata wang, jika berkenaan.

11. [Dipotong]

12. Perubahan pada litigasi material (termasuk status apa-apa litigasi material yang belum selesai) sejak tarikh penyata kedudukan kewangan tahunan terakhir yang mesti dibuat sehingga tarikh tidak lebih awal daripada 7 hari dari tarikh penerbitan laporan suku tahun.

13. Dividen: Hendaklah diisi sekiranya keputusan mengenai dividen telah dibuat. (Nyatakan sama ada amaun dividen adalah sebelum cukai, selepas ditolak cukai atau dikecualikan cukai dan jika sebelum cukai atau selepas ditolak cukai, nyatakan kadar cukai) -

(a) (i) dividen biasa interim/muktamad yang telah/belum diisytiharkan/disarankan;

(ii) amaun per syer…..sen;

(iii) tempoh terdahulu yang bersamaan ... sen;

(iv) tarikh kena dibayar ...; dan

(v) berkenaan dengan sekuriti yang didepositkan, hak untuk dividen akan ditentukan berasaskan rekod pendeposit pada ... hh / bb / tttt; dan

(b) jumlah dividen bagi tahun kewangan semasa ... sen.

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9B-3 14. Untuk menzahirkan perkara yang berikut berkenaan dengan pendapatan per syer:

(a) amaun yang digunakan sebagai pengangka dalam mengira pendapatan per syer tercair dan penyelarasan amaun tersebut dengan keuntungan atau kerugian bersih bagi tempoh pelaporan; dan

(b) jumlah purata wajaran syer biasa yang digunakan sebagai penyebut dalam mengira pendapatan per syer asas dan tercair, dan penyelarasan penyebut ini antara satu sama lain.

15. Sekiranya laporan audit penyata kewangan tahunan penerbit tersenarai bagi tahun kewangan sebelumnya mengandungi pendapat yang diubah suai atau ketidakpastian material yang berkaitan dengan usaha berterusan, penzahiran perkara yang berikut:

(a) pendapat yang diubah suai atau ketidakpastian material yang berkaitan dengan usaha berterusan; dan

(b) status perkara-perkara audit utama yang berkaitan dengan pendapat yang diubah suai atau ketidakpastian material yang berkaitan dengan usaha berterusan (termasuk langkah-langkah yang diambil (jika ada) untuk menangani perkara-perkara tersebut).

16. Butiran yang berikut mesti dimasukkan sama ada dalam penyata untung rugi dan pendapatan komprehensif lain atau dalam nota penyata untung rugi dan pendapatan komprehensif lain bagi suku tahun semasa dan tahun kewangan sehingga kini:

(a) pendapatan faedah;

(b) pendapatan lain termasuk pendapatan pelaburan;

(c) perbelanjaan faedah;

(d) susut nilai dan pelunasan;

(e) peruntukan untuk dan hapus kira bagi belum terima;

(f) peruntukan untuk dan hapus kira bagi inventori;

(g) keuntungan atau kerugian pelupusan pelaburan atau harta tanah yang disebut harga atau tidak disebut harga;

(h) pelemahan aset;

(i) keuntungan atau kerugian pertukaran asing;

(j) keuntungan atau kerugian derivatif; dan

(k) apa-apa butiran material lain yang tidak dizahirkan di atas (dengan perincian).

Jika mana-mana butiran di atas tidak terpakai bagi penerbit tersenarai, suatu pernyataan yang bermaksud sedemikian.

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9B-4 17. Penyata aliran tunai mesti termasuk perincian komponen utama mengenai setiap aktiviti yang

berikut:

(a) aktiviti operasi penerbit tersenarai;

(b) aktiviti pelaburan penerbit tersenarai; dan (c) aktiviti pembiayaan penerbit tersenarai.

18. Sekiranya penerbit tersenarai telah membuat apa-apa derivatif, maklumat yang berikut:

(a) perihalan mengenai sifat semua derivatif tertunggak (termasuk instrumen kewangan yang ditetapkan sebagai instrumen lindung nilai) pada tarikh penyata kedudukan kewangan, yang mesti termasuk maklumat yang ditetapkan bagi setiap jenis derivatif, dalam jadual seperti yang berikut:

Jenis Derivatif Nilai Kontrak/Nosional pada tarikh Penyata (i) Jenis Kontrak "A"

(contohnya,

(ii) Jenis Kontrak "B"

(contohnya,

(b) berkenaan dengan jenis derivatif yang dibuat oleh penerbit tersenarai yang belum dizahirkan pada tahun kewangan sebelumnya atau mana-mana suku pada tahun kewangan semasa, alasan membuat derivatif tersebut dan jangkaan faedah yang terakru kepada penerbit tersenarai;

(c) perbincangan mengenai perkara yang berikut bagi setiap jenis derivatif, jika terdapat perubahan pada salah satu maklumat yang dizahirkan sejak tahun kewangan sebelumnya:

(i) risiko kredit, risiko pasaran dan risiko kecairan yang berkaitan dengan derivatif, jika berkenaan;

(ii) kehendak-kehendak tunai derivatif;

(iii) dasar yang ada untuk mengurangkan atau mengawal risiko yang berkaitan dengan derivatif tersebut; dan

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9B-5 (iv) dasar perakaunan yang berkaitan.

Sekiranya tidak ada perubahan, suatu pernyataan yang bermaksud sedemikian.

19. Amaun keuntungan/kerugian yang timbul daripada perubahan nilai saksama liabiliti kewangannya bagi suku semasa dan tahun kewangan sehingga kini termasuk yang berikut:

(a) jenis liabiliti kewangan yang daripadanya keuntungan/kerugian timbul;

(b) penjelasan mengenai sebab-sebab keuntungan/kerugian; dan (c) asas untuk mencapai perubahan nilai saksama.

Bahagian B

Kandungan laporan suku tahun dana tertutup (perenggan 9.40)

Penyata Portfolio Pelaburan

(1) Perincian semua pelaburan pada akhir tempoh kewangan diklasifikasi melalui - (a) negara;

(b) industri; dan

(c) kelas aset (seperti ekuiti, REIT, bon, derivatif, dll) dengan perincian yang berikut:

(i) perihalan pelaburan;

(ii) kuantiti;

(iii) nilai saksama; dan

(iv) nilai saksama sebagai peratusan nilai aset bersih dana tertutup.

Kajian Semula Prestasi

(2) Kajian semula prestasi dana tertutup semasa tempoh kewangan termasuk maklumat yang berikut:

(a) analisis prestasi dana tertutup berdasarkan perubahan jumlah nilai aset bersih dan nilai aset bersih per syer sejak tempoh kajian semula terakhir atau sejak permulaan operasi, jika lebih pendek;

(b) analisis prestasi dana tertutup berdasarkan perubahan harga sejak tempoh kajian semula terakhir atau sejak penyenaraian, jika lebih pendek;

(c) kajian semula pasaran (termasuk pasaran asing) yang dana tertutup melabur semasa tempoh tersebut;

(d) penilaian umum mengenai prospek masa hadapan pasaran yang dilaburkan oleh dana tertutup;

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9B-6 (e) pernyataan sama ada apa-apa komisen lembut yang telah atau belum diterima oleh

Pengurus atau perwakilan mereka dalam tempoh kajian semula daripada broker/peniaganya menurut kuasa transaksi yang dilakukan untuk dana tertutup.

Sekiranya komisen lembut (seperti barang dan perkhidmatan) diterima, maklumat yang berikut:

(i) pengenalpastian barang/perkhidmatan yang diterima; dan (ii) cara penggunaan barang/perkhidmatan yang diterima; dan Maklumat Kewangan Interim

(3) Maklumat kewangan interim yang berikut:

(a) nilai aset bersih dana tertutup;

(b) nilai aset bersih per syer (sebelum dan selepas pengagihan);

(c) bilangan syer yang disenaraikan;

(d) jumlah dividen yang tersedia untuk pengagihan dan amaun dividen per syer (interim dan akhir); dan

(e) pendapatan bersih selepas cukai, dengan menunjukkan bahagian yang terealisasi dan tidak terealisasi secara berasingan.

Bahagian C

Kandungan laporan suku tahun amanah perniagaan (perenggan 9.54)

(1) Maklumat kewangan yang berikut bagi suku tahun semasa dan tahun kewangan sehingga kini:

Suku Tahun

Semasa Suku Tahun

Sepadan Tahun

terkini Tahun Terkini Sepadan (a) Aset bersih yang

boleh diagihkan kepada pemegang unit per unit (selepas agihan pendapatan) (RM)

(b) Pendapatan /

(Kerugian) seunit (sen)

(c) Pengagihan seunit (sen)

(d) Hasil agihan

(berdasarkan harga tutup pada akhir tempoh pelaporan kewangan)

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9B-7 Bahagian D

Kandungan laporan suku tahun REIT (perenggan 9.44)

(1) Analisis prestasi REIT berdasarkan perubahan jumlah nilai aset bersih dan nilai aset bersih per unit sejak tempoh kajian semula terakhir atau sejak permulaan kuat kuasa (bagi dana yang baru ditubuhkan), jika lebih pendek.

(2) Status aktiviti pembangunan harta termasuk kemajuan pembangunan dan kos pembangunan harta yang berlaku, jika berkenaan.

(3) Nilai aset bersih REIT.

(4) Nilai aset bersih seunit (sebelum dan selepas pengagihan).

(5) Bilangan unit yang disenaraikan.

(6) Pendapatan bersih selepas cukai ditunjukkan secara berasingan antara bahagian yang terealisasi dengan yang tidak terealisasi.

(7) Amaun keseluruhan yang ada untuk pengagihan dan pengagihan per unit (interim dan akhir).

(8) Sumber pengagihan dibuat kepada pemegang unit dalam format seperti yang berikut:

Penyata agihan pendapatan

terkini Tahun terkini sepadan penjualan harta tanah / pelaburan

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9B-8 Jumlah pendapatan

terealisasi tersedia untuk diagihkan

XX XX XX XX

Kurang:

Agihan pendapatan yang dicadangkan/

diisytiharkan

XX XX XX XX

Baki pendapatan terealisasi yang tidak

diagihkan XXX XXX XXX XXX

Pengagihan seunit

(sen) X X X X

(9) Penyata agihan pendapatan di atas juga mesti termasuk kerugian yang belum terealisasi (timbul dalam tempoh atau dibawa dari tahun terdahulu) jika ada, di dalam REIT.

(10) Kemajuan pembetulan pelanggaran had atau sekatan oleh REIT di bawah Garis Panduan SC mengenai REIT Tersenarai yang diumumkan menurut perenggan 9.43 (1)(f), jika ada.

BAHAGIAN E

Kandungan laporan separuh tahun ETF (perenggan 9.48)

Penyata Portfolio Pelaburan

(1) Perincian semua pelaburan pada akhir tempoh kewangan diklasifikasi mengikut - (a) negara;

(b) industri; dan

(c) kelas aset (seperti ekuiti, REIT, bon, derivatif, dll) dengan perincian yang berikut:

(i) perihalan pelaburan;

(ii) kuantiti;

(iii) nilai saksama; dan

(iv) nilai saksama sebagai peratusan nilai aset bersih ETF.

(2) Dalam hal ETF sintetik sebagaimana yang ditakrifkan dalam Garis Panduan SC mengenai Dana Dagangan Bursa, maklumat tambahan yang berikut mengenai derivatif melalui kaunter (“OTC”):

(a) perincian sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1 di atas berhubung dengan aset sandaran derivatif OTC; dan

(b) identiti kaunterparti kepada derivatif melalui kaunter.

Setakat 1 Mac 2021 Lamp 9B-9 Kajian semula prestasi

(3) Kajian semula prestasi ETF dalam tempoh kewangan yang mesti termasuk sekurang-kurangnya maklumat yang berikut:

(a) analisis prestasi ETF berdasarkan perubahan jumlah nilai aset bersih dan nilai aset bersih per unit sejak tempoh kajian semula terakhir atau sejak permulaan operasi, jika lebih pendek;

(b) analisis prestasi ETF berdasarkan perubahan harga sejak tempoh kajian semula terakhir atau sejak penyenaraian, jika lebih pendek;

(c) kajian semula pasaran yang berhubungan dengan penanda aras atau indeks (termasuk pasaran asing) yang ETF melabur dalam tempoh tersebut;

(d) penilaian umum prospek masa hadapan pasaran yang berhubungan dengan penanda aras atau indeks yang dilaburkan ETF;

(e) pernyataan yang mengesahkan sama ada apa-apa komisen lembut telah diterima atau belum diterima oleh syarikat pengurusan atau pengurus dana bagi tempoh yang dikaji semula daripada mana-mana broker atau peniaga menurut kuasa transaksi yang dilakukan untuk ETF. Sekiranya komisen diterima, maklumat yang berikut:

(i) pengenalpastian barang atau perkhidmatan yang diterima; dan (ii) cara penggunaan barang atau perkhidmatan yang diterima; dan

(f) sekiranya transaksi dagangan silang telah dilakukan bagi tempoh kajian semula, pernyataan bahawa orang yang menjalankan fungsi pengawasan telah mengkaji bahawa transaksi itu adalah demi kepentingan ETF dan diurus niaga secara tulus dan nilai saksama.

Maklumat Kewangan Interim

(4) Maklumat kewangan interim yang berikut:

(a) nilai aset bersih ETF;

(b) nilai aset bersih seunit (sebelum dan selepas pengagihan);

(c) bilangan unit yang disenaraikan;

(d) amaun keseluruhan yang ada untuk pengagihan dan pengagihan seunit (interim dan akhir);

(e) pendapatan bersih selepas cukai ditunjukkan secara berasingan antara bahagian yang terealisasi dengan yang tidak terealisasi;

(f) sumber pengagihan yang dibuat kepada pemegang unit dalam format seperti yang

(f) sumber pengagihan yang dibuat kepada pemegang unit dalam format seperti yang

Dokumen terkait