• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEJAYAAN MESTILAH BERASASKAN TAQWA

Dalam dokumen Ekonomi islam (Halaman 84-87)

Allah SWT menjanjikan melalui lidah Rasulullah SAW bahawa 90% keuntungan adalah dari berniaga. Adakah ini berlaku untuk semua orang yang berniaga? Tidak. Janji ini hanya untuk

orang-orang yang menjaga syariat dalam perniagaan. Kerana mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. Janji ini hanya untuk orang-orang yang bertaqwa. Orang-orang yang menjaga syariat dalam berekonomi dan berniaga adalah orang-orang yang bertaqwa. Itu termasuk sifat-sifat taqwa. Itulah yang dimaksudkan dengan ‘ittaqullah’.

Janji Tuhan pada orang-orang yang bertaqwa, satu dibayar 10. Ertinya bantuan Tuhan kepada orang-orang bertaqwa itu 9 kali ganda. Sebab itu, kalau sesiapa berniaga mengikut syariat, insya-Allah perniagaan tidak akan rugi, sebab dia telah bangunkan taqwa.

Orang bertaqwa diberi bantuan oleh Tuhan 90%. Maksud- nya, kalau orang bukan Islam ingin membuat ‘sesuatu’ projek yang memakan masa 10 hari, orang bertaqwa hanya memer- lukan satu hari. Kalau orang lain memerlukan 10 orang tenaga, orang bertaqwa hanya perlu satu orang. Kalau orang perlukan modal RM10,000, orang bertaqwa perlu RM1000 sahaja.

Sebab itu, walaupun Rasulullah SAW hanya memimpin orang-orang Badwi yang buta huruf, yang tidak boleh mem- baca dan menulis, tetapi dengan taqwa bukan sahaja bangsa itu telah menjadi bangsa yang berdaulat tetapi telah menjadi sebuah empayar dunia. Jadi soal taqwa ini bukan soal ilmu tetapi yang terpenting ialah perlaksanaan dalam kehidupan, termasuklah dalam bidang ekonomi. Sebab itu, kalau kita berekonomi, kemudian rugi atau jatuh, mesti ada perkara yang tidak sesuai dengan taqwa. Sebab Tuhan telah berjanji akan bagi bantuan 90%. Bagaimana boleh rugi?

Sebab itu mesti buat semakan, penilaian semula atau post- mortem. Mesti buat muhasabah. Mungkin ada syariat Tuhan yang telah diabaikan atau yang tidak ditegakkan. Mungkin ada terbuat dosa atau kemungkaran yang menyebabkan Tuhan tidak bantu dan perniagaan mengalami kerugian.

Janji Tuhan memberi 90% bantuan bukan hanya di bidang ekonomi dan perniagaan. Ia juga berlaku di bidang-bidang yang lain. Tetapi kalau kita cari kejayaan melalui usaha lahir

semata-mata tanpa usaha yang kedua iaitu melalui taqwa, kita hanya akan dapat 10% kejayaan. Usaha lahir sekuat manapun, hanya akan dapat 10% kejayaan maksimum. Itupun kalau tidak ada ujian atau gangguan. Kalau diuji, diganggu atau dicabar oleh Jepun, Amerika, Yahudi, Korea dan lain-lain, mungkin ke- jayaan secara usaha lahir akan menurun sampai 1% sahaja.

Itulah rahsia yang kita patut tahu. Walaupun umat Islam sudah merdeka berpuluh-puluh tahun, tetapi belum dapat mengatasi orang-orang kafir. Untuk sekadar berdaulat, menjadi pemegang tampuk ekonomi dalam negara sendiri pun tidak dapat, apalagi untuk menjadi empayar Islam. Sebahagian negara umat Islam, walaupun sudah 100 tahun merdeka se- perti Mesir dan lain-lain termasuk Pakistan, tidak juga dapat menegakkan syariat Islam. Sebab dari dua jalan yang ada, ditempuhi satu jalan sahaja iaitu jalan lahir yang hanya menjanjikan 10% kejayaan. Itu pun kalau tidak dicabar. Kalau dicabar, mungkin tinggal 1% sahaja.

Umat Islam memberi tumpuan kepada wang, aset, tenaga, kepakaran dan lain-lain faktor lahiriah. Sedangkan satu lagi laluan yang Tuhan sediakan kejayaan 90% iaitu melalui jalan taqwa diabaikan dan tidak diambil peduli. Ini yang jadi ma- salah. Ulama pun sudah tidak faham tentang perkara ini. Sa- yang, bantuan 90% yang Tuhan janjikan seolah-olah kita sudah tolak. Umat Islam macam tidak tahu bahawa jalan usaha lahir ialah jalan orang kafir. Jalan umat Islam ialah melalui taqwa.

Sebab itu, kalau kita lihat sejarah salafussoleh iaitu di zaman sekitar 300 tahun selepas wafat Rasulullah dan juga di zaman Salahuddin Al Ayubi dan di zaman Muhammad Al Fateh, khawariqul ‘adah atau bantuan-bantuan Tuhan yang dikatakan karamah itu menjadi budaya mereka. Ia berlaku setiap hari.

Contoh, kalau di bidang perniagaan, barang yang berharga RM1, orang beli dan rela bayar RM10. Ini perkara biasa. Ia bukan berlaku setahun sekali tetapi setiap hari dalam sistem taqwa ini.

Orang bukan Islam bertani satu ekar katalah dapat hasil 20 guni. Insya-Allah di atas tanah satu ekar juga, orang bertaqwa dapat 40 guni. Ini perkara biasa. Ia bukan perkara yang berlaku dua tiga tahun sekali tetapi setiap musim.

Di bidang pendidikan juga serupa. Kalau dulu, satu dua patah tok guru cakap, orang taat. Taat dengan Allah, taat dengan Rasul, taat dengan tok guru dan taat dengan mak ayah. Datang 90% bantuan Tuhan di bidang pendidikan. Anak- anak mudah diajar dan mudah dibentuk.

Hari ini, di dalam pendidikan, makin diajar, murid semakin derhaka. Makin lawan tok guru, makin lawan mak ayah. Kenapa? Kerana umat Islam telah menutup pintu yang Tuhan kata di sana ada bantuan 90% iaitu pintu taqwa. Inilah rahsia dan kuncinya. Hari ini orang sebut juga taqwa tetapi ia hanya istilah yang dijadikan slogan. Orang tidak faham dan tidak mengamalkannya.

Ini satu konsep baru atau satu anjakan paradigma yang umat Islam harus faham dan yakin. Berekonomi dan berniaga bermodalkan taqwa itu, pulangannya Allah yang jamin. Ini tidak boleh diakal-akalkan. Ini janji Tuhan. Ekonomi bermodalkan taqwa ini lebih hebat dari ekonomi kapitalis atau sistem-sistem ekonomi yang lain. Malahan ia mampu membunuh sistem ekonomi yang lain itu.

Sejarah telah memaparkan kepada kita bagaimana ekonomi taqwa ini telah membunuh ekonomi bangsa Yahudi di Madinah yang telah wujud selama beratus-ratus tahun hasil usaha Sahabat bernama Abdul Rahman bin Auf.

Dalam dokumen Ekonomi islam (Halaman 84-87)