• Tidak ada hasil yang ditemukan

keLeSTariaN keCemerLaNgaN

Dalam dokumen Laporan tahunan (Halaman 30-33)

Kejayaan penyelidik UPM pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa adalah amat membanggakan. 12 saintis UPM telah diumumkan sebagai ‘Top Research Scientist Malaysia’ (TRSM) 2012 dalam majlis 2012 Conferment of Fellowship of the Academy of Science Malaysia. Prof. Dr. Mohd Adzir Mahadi, pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan, dipilih sebagai penerima Anugerah Akademik Negara 2011 bagi Kategori Anugerah Ahli Akademik Harapan. Manakala, Prof. Dr. Mohd Hair bin Bejo, Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Veterinar menerima anugerah Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan. Prof. Madya Dr. M. Iqbal Saripan dianugerahkan Anugerah Belia Cemerlang Malaysia atau The Outstanding Young Malaysian Award (TOYM) 2012 bagi kategori Medical Innovation.

Bukti kejayaan UPM dalam melakari bidang pembangunan dan penyelidikan dan pengkomersilan turut diiktiraf apabila UPM telah dipilih memenangi Anugerah Harta Intelek Negara 2012 bagi Kategori Organisasi (Kerajaan dan Swasta). Pengkomersilan yang merupakan antara inisiatif berterusan universiti bagi memperoleh pulangan setimpal terhadap produk yang dihasilkan turut memperoleh pengiktirafan pihak Kementerian Pengajian Tinggi. UPM telah berjaya memenangi MOHE Entrepreneurial Awards (MEA) 2012 edisi pertama iaitu kategori universiti Entrepreneurial Impact MOHE Entrepreneurial University of the Year Award 2012. Kejayaan ini lebih bermakna apabila pelajar UPM turut muncul sebagai satu-satunya pemenang Best Student Enterprise pada Majlis Penganugerahan MOHE Entrepreneurial University of the Year Award 2012 tersebut.

Selain daripada itu, agenda universiti penyelidikan yang diterajui UPM sejak tahun 2006 telah memperlihatkan peningkatan yang memberansangkan kepada pembangunan kapasiti dan ekosistem penyelidikan universiti secara keseluruhan. Pencapaian hasil

Pencapaian hasil penerbitan UPM telah meningkat dari hanya

584 penerbitan dalam SCoPUS dan 391 dalam iSi Thomson

kepada 2732 (SCOPUS) dan 1702 (ISI) pada tahun 2012

penerbitan UPM telah meningkat dari hanya 584 penerbitan dalam SCOPUS dan 391 dalam ISI Thomson kepada 2732 (SCOPUS) dan 1702 (ISI) pada tahun 2012, dengan peningkatan lebih daripada 320 peratus menerusi penghayatan dan pembudayaan serta inisiatif memperkukuh modal insan dalam bidang penyelidikan. Kejayaan ini meletakkan UPM dalam landasan yang jelas bagi mencapai status reputasi antarabangsa yang memenuhi standard universiti terkemuka dunia.

Tahun bilangan artikel

Scopus iSi 2006 584 391 2007 680 402 2008 1,100 665 2009 1,780 953 2010 2,069 1,163 2011 2,785 1,702 2012 2,732 1,665

Bagi mencapai visi menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa, pengurusan universiti turut memberikan perhatian kepada pengiktirafan atau ranking yang dikeluarkan oleh agensi luar negara sebagai usaha menambah nilai dan memperkukuh citra UPM pada persada global. Namun, dalam memberi perhatian kepada senarai IPT atau ranking tersebut, universiti tidak bersikap taksub terhadap kedudukan yang diperoleh kerana faktor fundamental menjadi fokus utama universiti membangun dalam kerangka ekosistem dan keperluan masyarakat dan negara masa kini. Penyenaraian di mana-mana senarai penarafan, hanya bertujuan untuk melihat di mana kedudukan UPM, berdasarkan kriteria-kriteria tertentu yang boleh dijadikan pedoman dalam melakar pelan strategik dan halatuju pada peringkat global. Kepentingan rakyat didahulukan bagi memastikan pelebaran akses kepada pengajian tinggi negara diperluas secara lebih berimpak tinggi.

029

Laporan Tahunan

2012

Universiti Putra Malaysia

Sebagai memanfaatkan kelestarian kecemerlangan Universiti, pengurusan universiti sentiasa berusaha menerapkan elemen berilmu berbakti dan nilai kecemerlangan, kelestarian, kepelbagaian dan integriti dalam membangunkan modal insan negara Malaysia yang maju dan lestari. UPM telah menubuhkan Dana Wakaf Ilmu dengan hasrat utama wakaf ini adalah untuk mewujudkan dana untuk membiayai pendidikan di UPM untuk generasi akan datang lebih-lebih lagi golongan miskin yang tidak mampu membiayai pengajian. Kita percaya bahawa ilmu pengetahuan itu mempunyai kekuatan yang diperlukan untuk membangunkan masyarakat dan tamadun yang maju, dan cemerlang mencakupi semua kaum di Malaysia. Jumlah Dana Yang berjaya dikumpul sehingga 31 Disember 2012 ialah sebanyak RM2.4 juta

Kejayaan–kejayaan ini merupakan sebahagian daripada manifestasi kecemerlangan warga UPM dalam menterjemahkan fungsi dan peranan UPM terutama dalam memartabatkan pengajian tinggi, melestarikan sumbangan berimpak kepada masyarakat dan negara.

TraNSformaSi Tadbir UrUS daN miNda

meNyokoNg keSaUraN ageNda aUToNomi

Selaras dengan agenda autonomi yang menuntut warga institusi pengajian tinggi terutamanya UPM untuk melaksanakan perubahan dan transformasi minda terhadap pelaksanaan perkhidmatan dan proses yang terangkum dalam menunaikan tanggungjawab kepada pembangunan masyarakat dan negara. Sebagai universiti penyelidikan, kekuatan penyelidikan UPM terutama dalam bidang teras pertanian serta bidang lain kini diperkukuhkan dengan inovasi dan bioteknologi serta disusuli dengan aktiviti pemindahan ilmu (knowledge

transfer) yang relevan untuk meningkatkan taraf dan

kualiti hidup masyarakat ke tahap yang lebih tinggi. UPM mensasarkan mencapai taraf autonomi penuh menjelang tahun 2020 di mana ia hanya menerima 40% peruntukan daripada geran kerajaan manakala selebihnya adalah berdasarkan kepada penjanaan pendapatan dalam pelbagai pelaksanaan model pengurusan kewangan secara efektif. Bagi tujuan itu, universiti merangka proses penyediaan ekosistem dan KPI berteraskan kepada penanda aras universiti

030

terkemuka dunia. Penanda aras utama seperti faktor impak (IF), Indeks Jurnal Sitasi (CIJ), akreditasi badan antarabangsa telah dan sedang dikemas kini selaras dengan penanda aras universiti terkemuka dunia. Universiti telahpun mengambil langkah proaktif dengan mengoperasikan agenda autonomi dalam ekosistem pentadbiran dengan penekanan kepada “best value for

money” dan penjimatan serta penggunaan sumber yang

optimum. Model operasi universiti turut diubahsuai dengan mensasarkan 34% penjanaan sumber kewangan oleh universiti pada tahun semasa dan turut mensasarkan sebanyak 47% penjanaan pendapatan menjelang tahun 2018. Langkah yang amat ketara dan strategik bagi merealisasikan agenda autonomi ini, universiti telah mentransformasikan Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan (GSM) kepada Putra Business School (PUTRA) yang ditadbirkan oleh sebuah Yayasan yang ditubuhkan iaitu Yayasan Putra Business School. Yayasan Putra Business School merupakan entiti yang beroperasi sebagai entiti syarikat berhad dengan jaminan (company limited by guarantee) dan

dipengerusikan oleh Wakil Lembaga Pengarah Universiti. Di bawah transformasi ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah meluluskan penubuhan PUTRA sebagai Universiti di bawah Akta 555 supaya luwes dan melestari pelaksanaan status universiti berautonomi secara lebih berkesan. Sehubungan dengan itu, Putra Business School membangunkan model dalam bidang nic perniagaan dan human governance bagi memastikan pembangunan potensi insan yang seimbang daripada aspek ilmu dan penghayatan serta amalan yang berteraskan adab. Lonjakan paradigma ini merupakan cabaran dan peluang yang bakal diterokai oleh PUTRA secara lebih efektif.

Usaha yang dilaksanakan ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia hab pengajian tinggi antarabangsa menjelang 2020. Dalam perencanaan misi menjadikan UPM sebagai Universiti bereputasi antarabangsa, hasrat ini perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang efektif dalam bidang kekuatan utama universiti supaya perkhidmatan yang diberikan adalah bertaraf dunia.

031

Laporan Tahunan

2012

Universiti Putra Malaysia

meNjULaNg PeNdidikaN TiNggi di PerSada aNTarabaNgSa

Dalam usaha menyahut hasrat murni kerajaan membina kapasiti modal insan yang berwibawa, kreatif dan inovatif, UPM menerusi Putra Business School dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah berjaya menjadikan UPM institusi pertama dan satu-satunya institusi pengajian tinggi mendapatkan akreditasi the Association of Advance Collegiate

Schools of Business (AACSB) iaitu akreditasi antarabangsa yang diberikan

khusus kepada sekolah perniagaan. Proses akreditasi ini memerlukan kepatuhan kepada 21 piawaian. Kejayaan ini turut dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia dan mendapat pengiktirafan pihak Kementerian

Dalam dokumen Laporan tahunan (Halaman 30-33)

Dokumen terkait