8.2 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Permintaan untuk mendapatkan maklumat dengan segera dan pantas telah
8.2.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran mendengar diperlukan dalam pelbagai situasi misalnya ucapan, syarahan, pidato, perbahasan, forum, wawancara, perbualan antara ibu bapa dan ahli keluarga, mendengar nyanyian, puisi, seloka, pantun, gurindam, berita, menonton drama, filem dan sebagainya. Keperluan untuk mendengar ini boleh berlaku di mana-mana sahaja mengikut tujuan sama ada dalam interaksi sosial, mendapatkan hiburan atau maklumat dan pengetahuan.
Kesemua situasi ini boleh kita rakamkan meliputi audio dan video dan dimuatkan dalam satu perisian kursus. Ini dapat dijadikan rujukan utama kepada para pelajar kerana mereka dapat mendengar model menyebutnya dengan betul dan berulang-ulang kali. Setelah mendengar, pelajar akan mengajuk atau melafazkan bahan yang diperdengarkan itu dengan sebutan, intonasi, gaya dan irama yang betul. selain daripada itu adat resam, disiplin dan sopan santun dalam berinteraksi juga dapat diketengahkan. Misalnya bagaimana hendak memulakan percakapan, bagaimana hendak mencelah dan menyampuk apabila orang lain sedang bercakap.
Teknologi komputer dapat membantu bersedia sebelum pengajaran di dalam kelas dimulakan. Misalnya pelajar boleh melihat dahulu, mendengar dan memahami topik pelajaran yang bakal diajar sebelum masuk ke kelas. Oleh itu, semasa di dalam kelas, pelajar dapat menambahkan pemahaman ketika guru menerangkannya.
Dalam kemahiran mendengar ini proses mendengar yang melibatkan telinga sebagai alat yang menerima bunyi-bunyi bahasa dan otak untuk berfikir dan memahami apa yang didengar ini penting. Namun begitu bagi melengkapkan proses ini latihan diperlukan. Untuk setiap topik di dalam perisian kursus disediakan latihan bagi menguji tahap kefahaman para pelajar sama ada melalui latihan mendengar petikan, perbualan atau sebagainya dan kemudian memilih jawapan yang tepat seperti mana yang telah disediakan di dalam perisian kursus tersebut. Ini melibatkan soalan seperti apakah, siapakah, bilakah atau di manakah. Manakala soalan-soalan seperti mengapakah, bagaimanakah, jelaskan, huraikan, bandingkan, bahaskan dan sebaginya dapat dikendalikan di dalam ruang forum atau sembang, atau melalui e-mail.
Untuk memantapkan pelajar dengan kemahiran bertutur, pensyarah pula memainkan peranan penting di sini. Setelah teknologi komputer digunakan sebagai panduan atau model bagaimana perbahasan atau perdebatan berlangsung, maka di dalam kelas guru boleh memberikan topik-topik tertentu yang difikirkan sesuai dan mampu menarik minat pelajar untuk dibahaskan.
Kita tahu bahawa dalam puisi Melayu terdapat pantun, gurindam, seloka, talibun dan sebagainya. Namun begitu, tahukah kita bagaimana bentuk, gaya, lagu, irama dan intonasinya? Melalui teknologi komputer jugalah kita mampu untuk menonjolkan puisi- puisi Melayu ini dan mengembangkannya di serata dunia dan yang pentingnya model bacaan puisi ini dijadikan contoh kepada para pelajar. Bacaan pantun boleh kita dengar dalam cakera padat gTatabahasa Bahasa Melayuh di permulaan dan penutup setiap modul.
Untuk kemahiran bertutur, ucapan atau petikan boleh dipertonton kepada para pelajar, misalnya ucapan pembukaan atau penutup Persidangan Agong UMNO di PWTC oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed. Selain daripada itu, video tentang perisitiwa 11 September 2001. Bahan ajar seperti ini boleh dijadikan topik perbincangan yang hangat di dalam kelas.
Model bahasa Melayu lisan yang baik diperlukan kerana apabila pelajar mendengar ia akan meniru model tersebut apabila bercakap nanti. Oleh itu, pemilihan model adalah penting dalam pengajaran bahasa. Di Malaysia sendiri mungkin kita
tertanya-tanya intonasi, gaya dan sebutan yang bagaimanakah yang betul dalam bacaan berita, di RTM, TV3 atau NTV7?
Matlamat dalam pengajaran bahasa Melayu ialah kebolehan pelajar bertutur menurut sistem bunyi bahasa Melayu baku, maka model bahasa Melayu amat diperlukan. Di Malaysia sendiri kita terkeliru apatah lagi pelajar-pelajar bahasa Melayu di luar negara. Dengan teknologi komputer jugalah kita dapat menyebarkan bahasa Melayu di luar negara. Dengan teknologi komputer jugalah kita dapat menyebarluaskan contoh dan model ini yang disahkan oleh pakar bahasa seperti yang akan temui dalam cakera
padat ”Tatabahasa Bahasa Melayu”. 8.2.2 Kemahiran Menulis
Antara kemahiran menulis yang saya gunakan dalam pengajaran bahasa di MMU termasuklah melalui e-mail, ruangan sembang dan laman web
www.khazanahmelayu.mmu.edu.my.
Misalnya untuk menulis surat kiriman rasmi, terlebih dahulu saya menjelaskan format surat kiriman rasmi kepada para pelajar di dalam kelas di samping nota yang telah sedia ada di dalam enota talian MMUf. Kemudian diberikan iklan jawatan kosong yang disiarkan di dalam akhbar utama Malaysia berserta soalan supaya mereka menulis surat kiriman rasmi untuk memohon pekerjaan yang diiklankan kepada saya melalui e-mail. Selepas meneliti dan memeriksa surat tersebut dari segi isi, format, pemilihan kata dan tatabahasa, akan dihantar semula kepada pelajar jawapan permohon berserta pembetulan jika ada kesalahan dari segi pemilihan kata dan tatabahasa.
Selain daripada itu, melalui ruangan sembang dan e-mail juga, dikemukakan topik atau isu-isu semasa yang menjadi bualan hangat kepada pelajar-pelajar, misalnya isu penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik di sekolah ataupun dihantarkan imej yang berkaitan dengan sesuatu topik. Setiap pelajar mesti mengemukakan pendapat dan pandangan mereka dan secara tidak langsung semua pelajar terlibat dalam perbahasan maya ini di samping mengasah minda dan kemahiran menulis. Penilaian boleh dibuat dari segi sejauh mana penglibatan pelajar dalam sembang tersebut. Dalam laman web www.khazanahmelayu.mmu.edu.my pula, saya telah sediakan laman-laman untuk berbalas pantun, bersajak, menulis cerita kanak-kanak, cerpen dan peribahasa. Dalam laman berbalas pantun, pelajar atau pelayar laman web ini boleh bertanya khabar, menyatakan perasaan dan sebagainya melalui pantun, mereka juga boleh bersajak. Bagi yang berminat menulis cerita pendek atau cerita kanak-kanak mereka boleh menulis dan hantarkan di laman ini. Keistimewaan ruangan cerita pendek ini ialah pelajar boleh menyambung cerita-cerita ini mengikut kehendak dan imaginasi sendiri. Manakala ruangan peribahasa pula, pelajar boleh menyumbang peribahasa dan makna atau maksudnya di samping memberi kemudahan menggunakan peribahasa ini untuk menulis atau untuk perbualan sehari-hari.