KEMUDAHAN YANG TERDAPAT
3. Kemudahan P&P
Kemudahan P&P adalah kemudahan bagi guru-guru melakukan P&P dan disamping itu memudahkan para pelajar memahami pelajaran yang diajar oleh guru dalam sesuatu mata pelajaran. Kemudahan ini akan menjimatkan masa P&P dan dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk melakukan kerja-kerja lain yang berkaitan dalam kurikulum dan ko-kurikulum. Antaranya kemudahan P&P yang terdapat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil adalah seperti berikut
:-i. Makmal sains ii. Makmal komputer
iii. Bengkel kemahiran hidup iv. Bilik tayangan
v. Perpustakaan vi. Bilik Gerakan vii. Bilik Guru viii. Bilik Darjah
ix. Bilik Tayangan x. Bilik Pendidikan Seni xi. Bilik Simulasi
xii. Bilik Media xiii. Bilik Rekacipta xiv. Gimnasium
xv. Padang
xvi. Gelanggang Bola Jaring xvii. Gelanggang Sepak Takraw xviii. Gelanggang Bola Keranjang
xix. Gelanggang Tenis xx. Stor Sukan
Makmal Sains
Makmal sains bagi sekolah rendah tidak sama dengan sekolah menengah dari segi kelengkapan dan peralatan. Biasanya makmal sains di sekolah ini gunakan dalam pelajaran sains dan ia tidak menjalani ujikaji sepenuh bagi setiap orang pelajar. Guru sains hanya menunujukkan ujikaji yang telah siap dilakukan dan guru tersebut menerangkan satu per satu langkah-langkah dan dapatan daripada ujikaji ynag
dijalankan. Ini disebabkan oleh murid-murid sekolah rendah belum mencapai kematangan seperti pelajar sekolah menengah. Di sekolah ini terdapat makmal sains, makmal biologi, makmal fizik dan makmal kimia.
Makmal komputer
Makmal komputer adalah satu kemudahan kepada para pelajar dalam mengikuti subjek computer dan disamping itu juga, ia memudahkan kepada para pelajar untuk memhami mata pelajaran komputer yang diajar oleh guru. Makmal komputer juga digunakan untuk mengadakan kursus komputer berbayar untuk menambahkan lagi pengetahuan para pelajar dalam bidang komputer.
Bengkel Kemahiran Hidup
Bengkel Kemahiran Hidup merupakan salah satu kemudahan untuk P&P untuk menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran para pelajar dari segi pertukangan, menjahit dan sebagainya. Di sinilah para pelajar dapat menunjukkan kemahiran yang terdapat pada dirinya dan di sini juga guru dapat mengetahui kebolehan para pelajar dalam kemahiran tertentu.
Perpustakaan.
Perpustakaan adalah bukan sahaja tempat untuk meminjam buku malahan di sekolah ini ia digunakan untuk tempat perbicangan, mengulangkaji pelajaran. Di sepanjang saya menjalani ROS disekolah ini, saya mendapati suasana dan susunan buku dalam perpustakaan agar teratur dan kemas. Pada kebiasaanya perpustakaan dibuka pada sepanjang waktu persekolahan. Pada waktu rehat para pelajar datang untuk meminjam buku dan mengulangkaji pelajaran. Guru Bahasa Melayu bagi setiap kelas akan membawa pelajar-pelajarnya untuk memasuki perpustakaan. Hal ini adalah merupakan amalan yang diamalkan oleh sekolah ini, di mana ia mewajibkan guru Bahasa Melayu membaawa masuk pelajarnya ke perpustakaan. Jadual kelas yang menggunakan perpustakaan disusun dengan teratur dan sistematik.
Bilik gerakan adalah juga dikenali sebagai bilik mesyuarat yang biasanya dilakukan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Disamping itu juga, bilik ini digunakan untuk kedatangan pelawat seperti Pegawai Kementerian Pendidikan Negeri.
Bilik Guru
Merupakan salah satu kemudahan P&P untuk guru-guru membuat persedian untuk mengajar sebelum masuk kelas. Di bilik guru juga merupakan tempat guru-guru untuk berehat, membuat kerja harian seperti menyemak buku latihan para pelajar.
Bilik Darjah
Bilik darjah merupakan salah satu kepentingan untuk mnjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah memberi kemudahan kepada para pelajar dan guru untuk mengikuti proses P&P. Bayangankan jika bilik darjah tidak ada? Bagaimanakah murid-murid belajar? Ini menunjukkan bilik darjah sangat penting bagi setiap sekolah untuk menjaminkan para pelajar dapat belajar dengan baik.
Bilik Pendidikan Seni
Bilik pendidikan seni merupakan bilik yang digunakan untuk aktiviti pendidikan seni. Semasa pengajaran pendidikan seni pelajar di bawa ke bilik pendidikan seni. Semua peralatan untuk kerja seni terdapat dalam bilik ini.
Bilik Rekacipta
Bilik ini digunakan untuk aktiviti rekacipta. Pelajar yang mengambil mata pelajaran rekacipta akan menggunakan bilik ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Semua aktiviti rekacipta di jalankan dalam bilik ini.
Padang
Padang merupakan salah satu kemudahan untuk melakukan P&P bagi setiap sekolah, terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Gelanggang Bola Jaring
Gelanggang bola jaring adalah memberi kemudahan kepada para pelajar untuk menjalani latihan bola jaring terutamanya dalam perlawanan penting seperti mewakili
sekolah. Biasanya gelanggang ini digunakan pada awal persekolahan iaitu pada pertandingan bola jaring antara sekolah.
Gelanggang Sepak Takraw
Gelanggang sepak takraw adalah merupakan kemudahan P&P bagi setiap sekolah. Ia akan memberi kemudahan kepada para pelajar dalam mempelajari permainan sepak takraw yang betul dan gelanggang ini juga akan digunakan oleh pemain sepak takraw yang mewakili sekolah untuk menjalani latihan.
Gelanggang Bola Keranjang
Gelanggang bola ini digunakan oleh pelajar untuk bermain bola keranjang dan berlatih untuk sesuatu pertandingan. Pada waktu petang pelajar akan mengunakan gelanggang ini untuk latihan. .
Gimnasium
Gimnasium digunakan untuk pelajar memanaskan badan sebelum memulakan sesuatu aktiviti permainan. Pelbagai alat untuk menambah stamina anggota badan di sediakan di bilik ini.
Stor Sukan
Stor sukan merupakan salah satu kemudahan yang terdapat di sekolah tersebut dan ia memberi kemudahan kepada para pelajar dan guru sukan untuk menyimpan barang-barang dan peralatan sukan seperti bola, jaring, kayu hoki dan sebagainya.
Bilik Tayangan
Bilik tayangan merupakan tempatan untuk melakukan P&P. bilik tanyangan ini adalah memberi keudahan kepada pelajar mempelajari sesuatu mata pelajaran melalui televisen. Biasanya bilik ini diguna mengikut jadual yang telah disusun oleh guru yang bertanggungjawab dalam mengurus bilik ini. Pada kebiasaannya bilik ini jarang terdapat di sekolah-sekolah lain. Ia merupakan kemudahan dan kelebihan kepada sekolah ini.