Kepercayaan tradisi masyarakat Karo Desa Kwala Musam merupakan kepercayaan warisan nenek moyang mereka yang dianggap benar. Walaupun bagaimanapun, pada zaman sekarang masyarakat Karo masih percaya apa yang ada diatas dunia ini.
84Temu bual dengan Paderi Ferry Yoshua Ginting di Gereja Bethel Indonesia 14 Maret 2013
85 J.C.J Watford, The Christian Year an Indispensble Companion to the Holy Days, Festival and Seasons of the Ecclesiastical
104
Diantaranya masih percaya kepada hantu, Angin Meter, penakitan, bisa kalak dan nipi.
3.3.1 Kepercayaan Terhadap Angin Meter
Masyarakat Karo di Desa Kwala Musam merasa takut dan bimbang terhadap angin ribut dalam istilah masyarakat Karo ialah angin meter . Menurut Pengetua Adat Kite Peranginangin “angin meter” merupakan angin ribut beserta guruh dan petir yang berlaku. Angin meter boleh mengakibatkan kemusnahan alam yang sangat teruk dan boleh menyebabkan kematian. Sekiranya berlaku “angin meter”. Maka Masyarakat Karo membuat penangkal supaya angin meter tersebut tidak datang ketempat dimana orang yang berada di Desa. Oleh kerana itu dalam mengatasi angin meter tersebut orang yang pandai dari kalangan masyarakat Karo diantaranya Pengetua Adat membuat jampi-jampi sebagai penangkal Angin, berikut adad jampi yang dibuat oleh Pengetua Adat adalah:
Nilah Kam Nini Jumbalang
Hai Raja Syaitan, Raja-raja Saleh-salehah Jangan melewati tempat kami. 86
Sementara itu Amran Kasimin mendefinisikan “angin meter” ialah celau iaitu sebagai “satu bencana seperti hujan lebat, taufan, guruh, ribut dan banjir yang disebabkan oleh pelanggaran sesuatu tabu atau pantang larang”.87Perkataan “angin meter” iaitu berasal daripada bahasa Karo, sedangkan “celau” berasal daripada
86 Temubual dengan Ketua Adat Ahad,17 Maret 2013.
87 Amran Kasimin, Religion and Social Change Among the Indigenous People of the Malay Peninsula, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991, hlm. 284
105
perkataan Melayu iaitu “Silau” yang merujuk kepada “kilat”. “silau” adalah keadaan di mana mata menjadi kabur akibat terkena cahaya yang sangat terang.88
3.3.2. Kepercayaan Terhadap Penakitan dan Bisa Kalak
Masyarakat Karo menganggap “penakitan” atau bisa kalak sebagai kesan buruk yang dialami oleh seseorang seperti demam dan sebagainya kerana mendekati bangkai binatang atau orang yang mati dibunuh. Di kalangan masyarakat Karo pula “penakitan” ditakrifkan sebagai “semangat jahat atau binatang pembunuh. Menurut pendapat Kite Peranginangin, masyarakat Karo mengatakan bahwa “penakitan” boleh mengakibatkan penyakit busung. Perlakuan seperti duduk di atas busut dan kayu patah di dalam hutan juga boleh mengakibatkan terkena “penakitan”. 89
Kesan berlakunya pengaruh jahat atau badi pada seseorang dikenali sebagai “tetenung” atau kena tenung. Masyarakat Karo mempercayai bahawa seseorang yang menemui sesuatu yang buruk di dalam hutan seperti darah tanpa ada binatang yang cedera ataupun sekiranya bertembung dengan ular, maka hendaklah menjauhkan diri dari tempat tersebut. Sekiranya tidak berbuat sedemikian, ia akan terserempak dengan harimau atau hantu dan boleh menyebabkan dirinya terkena tenung.
3.3.3. Kepercayaan Terhadap Mimpi
Mimpi adalah permainan tidur. Namun demikian mimpi (nipi) itu memegang peranan penting dalam kehidupan masyarakat Karo. Setiap mimpi mengandung tendi (roh), dan mempunyai pengertian tersendiri. Dalam masyarakat Karo, apabila
88 Teuku Iskandar ,et al., op cit., hlm. 1280
106
seseorang hendak bercocok tanam pada sebidang tanah, maka terlebih dahulu dia harus mengambil segenggam tanah dari ladang tersebut, kemudian dia menaruh tanah tersebut di bawah tempat tidurnya untuk dipernipiken atau dimimpikan. Sesudah mendapat nipi (mimpi), maka ia mintak pertolongan seorang bomoh ataupun orang tua untuk melihat apa tendi nipi (roh mimpi). Kalau tafsir mimpinya itu baik, maka niatnya untuk menggarap tanah itu boleh dilangsungkan, kalau tidak, maka niat itu tidak diteruskan, kerana takut akan mendatangkan kerugian.
Demikian juga segala bidang perbuatan harus dilihat daripada mimpi, seperti, pekerjaan, kelahiran seorang anak, perkahwinan, mendirikan rumah, memasuki rumah baru dan berniaga dapat dilihat daripada mimpi.
Pada umumnya mimpi itu terbahagi dua; nipi mehuli (mimpi yang baik) dan
nipi jahat (mimpi buruk). Biasanya kalau seseorang bermimpi baik, dia tidak akan
menceritakannya kepada orang lain, akan tetapi kalau bermimpi buruk dia akan menanyakan kepada orang lain. “Tendi kai nipingku e?” (Apa arti mimpiku itu?).
Kalau seseorang sering bermimpi baik, dan tahu-tahu pada suatu malam bermimpi buruk, disebut nipi sambar (mimpi bertukar). Selain nipi mehuli atau mimpi bagus, nipi jahat dan nipi gulut atau nipi sambar yang telah disebutkan diatas, dan ada lagi beberapa jenis nipi (mimpi) iaitu :
1. Nipi tuldak iaitu kalau seseorang bermimpi dan mimpinya itu selesai atau berkesudahan.
2. Nipi terbakta iaitu kalau seseorang bermimpi dan mimpinya itu terputus, misalnya kerana terkejut, kesakitan, menjerit lalu terbangun.
3. Nipi jajat iaitu kalau seseorang bermimpi mengenai sesuatu, tetapi dia tidak dapat mengingat kembali apa mimpinya itu.
107
4. Nipi terbatak iaitu kalau seseorang bermimpi, dan dalam mimpinya itu dia berteriak-teriak, menjerit-jerit.
5. Nipi buraga-buragan iaitu kadang-kadang ada orang yang berdiri, berjalan, meraba ke sana meraba ke sini waktu dia bermimpi.
6. Nipi pengemkemen iaitu kalau seseorang bermimpi dan dalam mimpinya itu dia memperbincangkan mimpi pula dengan orang lain, mimpi ini adalah mimpi ganda atau nipi ernipi atau mimpi bermimpi. Menurut kepercayaan orang Karo kalau seseorang memperolehi mimpi yang seperti ini tujuh kali, maka orang tersebut akan mati pada malam ketujuh itu. Tetapi hal ini jarang terjadi.
7. Nipi-nipin iaitu kalau seseorang bermimpi buang air kecil atau kencing di luar rumah atau dibilik air, tahu-tahu dia benar-benar kencing atau ngompol di tempat tidur, mimpi ini adalah mimpi sungguhan. 90