• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.6 Sorotan Literatur

1.6.2 Kepercayaan Tradisional

Sebelum datangnya Islam ke Nusantara, masyarakat di sana tidak terkecuali menganuti fahaman animisme sebagaimana masyarakat lain di seluruh pelusuk dunia. Datangnya agama Hindu dan Budhha telah mengubah sistem kepercayaan dan adat bebiasaan mereka sehingga telah berselari dengan ajaran agama tersebut. Kedatangan Islam ke Nusantara telah mengubah kedua kalinya sistem kepercayaan dan adat kebiasaan mereka sesuai dengan ajaran agama tersebut. Walau bagaimanapun, ia tidaklah bersifat menyeluruh. Terdapat penduduk di Nusantara yang masih berpegang kepada ajaran Hindu dan Buddha serta fahaman animisme.

Bagi masyarakat Nusantara yang sudah memeluk agama Islam juga tidak terlepas daripada adat kebiasaan dan kepercayaan tradisi nenek moyang yang telah mereka warisi secara turun temurun. Daripada beberapa kajian yang dibuat, menunjukkan sebahagian adat kepercayaan dan tradisi pra Islam masih diamalkan. Sebahagiannya diubahsuai agar tidak bertentangan dengan ajaran Islam, manakala sebahagiannya masih dikekalkan.

Budaya Lokal dalam Perspektif Agama ditulis oleh Agus Setiawan menyimpulkan a kearifan lokal yang ada dalam masyarakat merupakan sebuah adat atau tradisi yang sudah mengakar kuat dan berpengaruh terhadap kehidupan seharian

30

masyarakat setempat. Kedatangan Islam ke suatu tempat yang membawa misi

rahmatan lil alamin dan penuh toleransi memandang tradisi secara selektif. Ini

bermakna bahawa tradisi yang sesuai dan tidak bercanggahan dengan pemikiran dibolehkan tetap berlaku. Bahkan tradisi yang dikenal sebagai adat atau ‘uruf dapat

dijakdikan sebagai salah satu dasar pengambilan hukum.62 Kajian akulturasi budaya ini

memiliki perbezaan objek yang dikaji, manakala kebudayaan di Acheh tidaklah sama dengan kajian ini. Perbezaan kultur antara masyarakat Acheh dan masyarakat Jawa menjadikan penelitian ini berbeza dengan kajian penulis. Jarak geografi di antara ke dua pulau ini juga diikuti oleh jarak kultural yang sangat membezakan kedua wilayah.

Adat Istiadat Masyarakat Acheh, ditulis oleh Rusdi Sufi, suatu kajian tentang

adat istiadat masyarakat Acheh sahaja, tanpa ada hubungkait dengan kajian keagamaan. Ianya hanya membincangkan secara historis pelbagai budaya masyarakat yang

berkembang dalam tatanan sosial masyarakat Acheh.63 Buku ini ditulis bagi mencatat

budaya dan adat istiadat yang pernah berlaku dalam kehidupan masyarakat Acheh. Dalam kajian ini, hanya melihat budaya yang pernah ada dan diamalkan oleh masyarakat Acheh sahaja tanpa hubungkaitnya dengan perspektif pemikiran Islam. Oleh itu, kajian ini tidak sama dengan objek penelitian penulis. Kajian beliau ini sangat bermakna bagi kajian penulis kerana melalui kajian beliau, penulis dapat membaca dan meneliti lebih lanjut tentang budaya dan adat istiadat masyarakat Acheh.

Acheh di Mata Sejarawan; Rekonsruksi Sejarah Sosial Budaya ditulis oleh

peneliti budaya Acheh, Mulyadi Kurdi. Dalam kajiannya tersebut, Mulyadi Kurdi berusaha mengungkap kembali sejarah dan nilai-nilai sosial budaya Acheh. Beliau tidak mengungkapkan budaya dan adat Acheh dalam kaitannya dengan budaya lain, beliau hanya merekonstruksikan kembali nilai-nilaI budaya yang pernah berkembang di Acheh

62 Agus Setiawan, “Budaya Lokal dalam Perspektif Agama,” Jurnal Esensia Vol.8 no. 2 (2012).

31

tanpa mengkaitkan dengan percampuran dengan budaya lainnya, seperti adat

perkahwinan, adat pertanian, pakaian adat orang Acheh.64

Kebudayaan Acheh dalam Sejarah, Ditulis oleh Ali Hasjmy juga menjelaskan

hal panjang lebar mengenai agama Islam pada mulanya masuk dan peranannya ke Indonesia, pada abad pertama Hijriah (abad ke-7 dan ke-8 M.), di pesisir pantai Utara pulau Sumatera (Acheh) langsung dari Arab. Hasjmy juga mengulas dan memberikan keterangan dalam sejarah yang ringkas ulama dan ilmuwan dari hasil karya, yang telah terjadi pergolakan sosial dalam masyarakat Acheh, baik dengan seni budaya agama, seni rupa dan seni binaan, ada juga yang menerangkan mengenai hikayat,

silsilah raja-raja Acheh yang terdahulu.65 Kajian ini hanya berbentuk kajian budaya

dalam perspektif sejarah. Ianya bukan dilihat dari segi percampuran budaya dalam analisis Islam. Kajian ini hanya memaparkan sejarah berkembangnya Islam dengan kepelbagaian budaya yang berlaku di Acheh. Walau bagaimanapun, tulisan A Hasjmy sangat penting maknanya bagi kajian ini. Hal ini disebabkan melalui tulisan tersebut, budaya dan kepercayaan tradisional masyarakat Acheh dapat dijadikan rujukan dan sumber informasi dalam kajian ini. Hal ini kerana A. Hasjmy merupakan ahli sejarah dan kebudayaan Acheh yang banyak dirujuk oleh peneliti tentang budaya dan sejarah Acheh.

Adat Acheh, buku yang ditulis oleh Moehammad Hoesin menggambarkan

secara terperinci dan lengkap tentang adat-istiadat yang pernah berlaku di Acheh. Buku tersebut memaparkan kembali mengenai salah satu sendi pokok dari kehidupan dan penghidupan masyarakat Acheh yang kaya raya dengan adat yang terpupuk baik dan terpelihara rapi di tengah-tengah ketaatan mereka terhadap agama Islam yang

64

Mulyadi Kurdi, Acheh di Mata Sejarawan; Rekonstruksi Sejarah Sosial Budaya (Banda Acheh: LKAS, 2009).

32

dianutnya. Hampir keseluruhan adat yang pernah berlaku di Acheh, dibentangkan dalam

buku ini.66 Namun kajian ini berbeza dengan kajian penulis, kerana kajian tersebut

hanya melihat budaya Acheh dalam perspektif sosiologis dan antropologis, tidak dalam perspektif pemikiran Islam.

Buku yang ditulis oleh M. Jakfar Puteh dengan judul Sistem Sosial Budaya

dan Adat Masyarakat Acheh merupakan sebuah tulisan yang berupaya membentangkan

wujud sistem sosial dan budaya serta adat yang berlaku dalam masyarakat Acheh. Buku ini juga memaparkan tentang pergeseran-pergeseran nilai-nilai budaya yang terjadi

dalam masyarakat Acheh.67 Beliau juga membentangkan secara nyata bagaimana

budaya Acheh kini sudah bergeser dan berbeza dari masa ke masa. Kajian tersebut tidak dijeleskan sama sekali tentang percampuran budaya Acheh dengan budaya pra Islam di Acheh. Kajian tersebut tidak ada kaitannya dengan konsep pemikiran Islam masyarakat Acheh, akan tetapi hanya memetakan bagaiman budaya masyarakat Acheh dulu yang sangat tradisional kini sudah mulai lentur dan pudar. Walau bagaimanapun, kajian ini dapat memberikan data dan informasi bagi kajian penulis tentang struktur sosial masyarakat Acheh.

Tesis yang ditulis oleh Efendi Hasan yang berjudul Amalan Animisme dan

Dinamisme dalam Masyarakat Acheh, kajian yang dilangsungkan di Acheh Utara

tersebut mengkaji amalan-amalan masyarakat Acheh Utara yang berasal dari pengaruh animisme dan dinamisme. Dalam kajian tersebut, terlihat bahawa pengaruh animisme dan dinamisme dalam budaya dan kepercayaan masyarakat Acheh adalah sangat kental. Kajian tersebut tidak menghubungkaitkan dengan fahaman Ahlu Sunnah wa al-Jama’ah yang merupakan keyakinan masyarakat Muslim Acheh. Kajian ini pula

66

Moehammad Hoesin, Adat Acheh (Banda Acheh: Dinas Pendidikan dan Kebudayaan, 1970).

67 M. Jakfar Puteh, Sistem Sosial Budaya dan Adat Masyarakat Acheh (Yogyakarta: Grafindo Litera Media, 2012).

33

dijalankan dijalankan di Acheh Utara. Kajian ini sangat penting bagi penulis dalam melihat sejarah kepercayaan masyarakat Acheh pra Islam. Kajian beliau sangat penting maknanya bagi mengkaji budaya-budaya yang berkaitan dengan amalan animisme dan dinamisme.

Achehnologi, buku yang ditulis oleh Kamaruzzaman Bustamam Ahmad

tentang kajian keachehan yang meneliti, menelaah dan mengkaji mengenai seluk beluk dunia keachehan dari berbagai perspektif atau pendekatan keilmuan. Buku tersebut juga menyinggung tentang lintas batas budaya, agama dan kosmopolitan di Acheh. Dalam kajian ini, Kamaruzzaman hanya melihat kebudayaan Acheh dari sisi sosiologis semata, tanpa ada hubungkaitnya dengan perspektif pemikiran Islam seperti dalam kajian penulis.68

Acheh, Sejarah dan Tradisi, buku yang ditulis oleh Amirul Hadi yang

mengkaji sejarah dan budaya Acheh secara akademis berupaya membentangkan betapa pentingnya menghubungkaitkan adat dan kebudayaan orang Acheh dengan Islam. Secara khusus, dimensi “keislaman” mendapat perhatian lebih di dalam karya ini. Acheh identik dengan Islam. Dengan demikian, berbicara mengenai Acheh bermakna berbicara mengenai masyarakat Islam. Dalam kajian terhadap topik-topik yang disajikan, terlihat jelas bahwa dimensi keagamaan sesungguhnya tidak dapat dipisahkan

dari setiap perilaku masyarakat Acheh, baik masa kini maupun masa lalu.69 Dalam

kajian ini, beliau tidak membentangkan sama sekali tentang terjadinya pergeseran nilai pemikiran Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah dengan praktek kebudayaan masyarakat Acheh.

Buku yang ditulis oleh Alfian bertajuk Segi-segi Sosial Budaya Masyarakat

Acheh menjelaskan deskripsi panjang lebar tentang hikayat yang menceritakan masalah

68 Kamaruzzaman Bustamam Ahmad, Achehnologi (Banda Acheh: Bandar Publishing, 2012).

34

moral, seni, adat, agama dan pola pikir masyarakat Acheh pada saat itu.70dalam kajian

beliau, tidak disinggung sama sekali tentang hubungkait di antara kepercayaan masyarakat Muslim Acheh dengan kebudayaan yang diamalkan oleh mereka. Kajian tersebut hanya melihat amalan budaya dalam persepktif sosial, tidak dihubungkaitan dengan pemikiran dan pemikiran keagamaan sama sekali, oleh itu kajian ini tidak terdapat persamaan dengan kajian penulis.