Ayat 32 bermula dengan perkataan “ﻼﻛ” (tidak! Tidak sama sekali) yang
A) kerana mengingatkan mereka kepada Allah dan kepada kepulangan pada Nya selepas mati
‘apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh mereka yang kufur ini yang tetap menolak dakwah dan al Quraan yang disampaikan pada mereka; mereka tetap menentangnya?
Imam Ismail pula menjelaskan bahawa:-
“Allah telah menyamakan penolakan dakwah dan al Quraan oleh mereka, dan menolak semua pengajaran yang diperdengarkan pada mereka, serta menjauhkan diri darinya dengan binatang keldai: iaitu keldai yang tiba-tiba terkejut dan melarikan diri kerana ketakutan perkara yang boleh memudaratkannya” (Tafsir al bayan ms242 Jilid 10)
Syed Qutub pula menyatakan larian mereka itu:-
A) kerana mengingatkan mereka kepada Allah dan kepada kepulangan pada Nya selepas mati.
b) kerana merangsang mereka kepada mengambil kesempatan yang masih ada untuk mereka bertaqwa dan berbalik pada Allah.
c) Kerana menakutkan mereka dengan ‘amaran azab’ yang mencemaskan mereka.
(Fi Zilail Quraan ms. 3762; Jilid 6)
Gambarkanlah perbandingan orng-orang ini dengan kaldai-kaldai yang bertempiaran lari dari hambatan singa ganas; gambaran yang menghina dan menggambarkan betapa ‘lintang-pukangnya’ hidup mereka, keselamatan yang hampir tiada langsung dan bila-bila masa saja akan terjerat dan terbunuh dalam kehinaan.
Mereka melarikan diri dari hidayah dan adakah setakat itu saja tindakan mereka; Jawapannya TIDAK! mereka mahukan satu perkara baru dari Allah. Firman Allah:
42
“(mereka tidak merasa cukup dengan ‘amaran’ itu sahaja) bahkan tiap-tiap seseorang di antara mereka mahu supaya diturunkan ke atas mereka lembaran surat atau wahyu (dari Allah) untuk dibaca oleh mereka”.(52)
Tafsiran ayat 52:
Ibnu Kathir mentafsir ayat di atas dengan berkata bahawa setiap orang dari kaum musyrikin Mekah yang diperdengarkan dengan ayat-ayat Allah itu merasa hasad dan dengki dengan Rasulullah, dan mau kan juga Allah, diturunkan atas tiap-tiap mereka dengan ayat-ayat Allah sebagai mana diturunkan ke atas Rasulullah’. Ini berdasarkan ayat firman Allah: (dan apabila dibacakan kepada mereka sesuatu ayat Allah; mereka berkata ‘Kami tidak akan beriman, sehingga kami juga diberi wahyu ,yang sama seperti yang telah diturunkan kepada Rasul-rasul Allah’. Allah lebih tahu di mana dan kepada siapakah yang sepatutnya Dia berikan kerasulan dan wahyu itu( Al An’aam124)).
Gelagat yang ditunjuk oleh kaum musyrikin ini apabila mereka mau kan wahyu itu diturunkan juga atas mereka, menggambarkan keangkuhan ketua-ketua kabilah yang berpendapat, dari pada ianya diturunkan kepada Muhammad saw, lebih baik diberi saja pada ketua-ketua kaum itu. Allah pernah mencatitkan perkara ini dalam surah Al Zukruf ayat 31: (dan (kerana mereka mencemuh Nabi Muhammad) mereka berkata: “Kalau lah al Quran ini menjadi bukti kenabian seseorang maka)” Sepatutnya al Quran itu diturunkan kepada seorang besar (yang kaya dan berpangaruh) dari salah satu dua bandar terkenal itu. (31) Az Zukruf
43
Kata-kata begini menggambarkan tamak dan hasad mereka pada Rasulullah. Soalnya bolehkah atau bersediakah mereka untuk menerima wahyu kerana selama ini mereka bergelumang dengan maksiat yang tidak mengenali alam Akhirat? Firman Allah:
Mafhum nya:
Tidak sama sekali tidak! (tidak perlu pada peringatan selain dari al Quraan); Bahkan (segala tuntutan mereka itu seolah-olah) mereka tidak takut dan tidak percaya pada hari Akhirat.(53)
Tafsiran ayat 53:
Di sini Allah menafikan ada perkara selain dari al Quraan dan ajaran nya yang boleh memberi hidayat, bukan menolak al Quraan itu isu nya, dan bukan turun wahyu atas tiap-tiap orang mereka seperti yang mereka mau; TETAPI tidak percayanya mereka pada hari Akhirat, tidak percaya adanya pembalasan atas semua amalan baik buruk mereka, dan tidak faham hakikat hari Akhirat itu sendiri telah menyebabkan mereka tak mau menerima iman dengan Allah serta taat pada Rasul Nya.
Tidak percaya pada hari Akhirat telah menyebabkan mereka menolak al Quraan, yang menyebabkan mereka lari dari dakwah seperti lari nya keldai liar dari singa yang ganas dan jika mereka faham hakikat hari Akhirat dan boleh menghayatinya, maka mereka pasti akan beriman dan berubah.
44 Benar lah! bahawa al Quraan itu sebagai SEBESAR-BESAR peringatan.(54) maka sesiapa yang mahu, boleh lah mengambil peringatan dan ajaran dari nya.(55) Tafsiran nya 54-55:
Al Quraan yang mereka tidak ingin mendengarnya, dan lari darinya seperti keldai-keldai liar yang lari dari singa yang ganas itu adalah sebesar-besar peringatan untuk menyedarkan serta mengingatkan manusia kepada Allah, dan Rasul Nya. Sesiapa yang ingin boleh lah ia mengambil pengajaran darinya, dan sesiapa yang tidak mau berbuat demikian itu adalah urusannya. Diri manusia itu sendiri yang akan menentukan untung nasibnya samada ia mahu memilih syurga Allah atau mahu neraka Saqar dan segala penghinaan yang ada di dalam nya. Firman Allah:
Mafhum nya:
“Dan mereka tidak akan dapat mengambil pengajaran dari al Quraan itu kecuali dikehendaki oleh Allah; Dialah satunya Tuhan yang layak ‘menerima taqwa’ (hamba-hamba nya) dan Dialah satu-nya Tuhan yang layak memberi pengampunan (pada hamba-hamba nya)”.(56)
Tafsiran ayat 56:
Ayat terakhir surah ini menekankan satu prinsip ‘kebebasan IRADAH Allah’ atau kehendak Allah dan keluasan iradah ini yang meliputi segala kehendak-kehendak manusia seluruhnya SELEPAS Allah
45
menjanjikan Syurga dan Neraka dan menjanjikan hidayah dan kesesatan.
Apa yang dicadangkan dalam surah ini ialah supaya manusia mengambil PENGAJARAN dari al Quraan. Sesunguhnya pengajaran yang boleh diambil dari al Quraan adalah satu taufiq dari Allah sendiri. Oleh itu jujurkan lah hati-hati kita, dan bersihkan niat-niat kita untuk mengambil pengajaran dari al Quraan agar Allah akan menolong kita dan mentaufiqkan kita ke jalan Allah yang sebenar nya.
Allah mencadangkan kita menerima al Quraan, memahaminya, mengikuti segala ajaran yang dikandunginya, beribadah dan berpegang teguh pada ajaran-ajarannya dan melaksanakan semua syariaat-syariaat Allah di dalamnya, agar Allah memberi taufiq dan membimbing kita ke arah iman dan taqwa serta memberi pengampunan pada kita.
Sesungguhnya, Allah itu dikatakan sebagai “Tuhan yang layak menerima taqwa” daripada hamba-hamba Nya di mana mereka di tuntut supaya bertaqwa kepada Nya. Allah juga dikatakan sebagai “Tuhan yang layak untuk memberi Pengampunan” kepada hamba-hamba Nya mengikut iradah Nya di mana mereka dituntut supaya berbanyak beristigfar.