• Tidak ada hasil yang ditemukan

E G R E S I P O IS SO N S IF A R -M E L A M B U N G B E R IN T E G R A S I D A L A M B IO ST A T IS T IK

Penulisan tesis, rumusan dan cadangan

Penyerahan tesis

Peringkat akhir penyelidikan FASA II

Pembangunan model asal dengan penambahan teknik

butstrp melalui bahasa pengaturcaraan SAS

FASA III Pembangunan model berintegrasi dengan gabungan antara kaedah regresi Poisson Sifar-Melambung, teknik butstrap dan regresi kabur melalui bahasa pengaturcaraan

SAS

Analisis data terhadap dua kajian kes yang berbeza melalui pembangunan model bagi FASA

II

Analisis data terhadap dua kajian kes yang berbeza melalui pembangunan model bagi FASA

III

Penelitian hasil keputusan

11

1.9 Sumbangan Kajian Kepada Bidang Penyelidikan

Penyelidikan ini memberikan beberapa sumbangan penting yang berkaitan dengan tatacara pembinaan kaedah model Regresi Poisson dan juga kaedah Regresi Poisson Sifar-Melambung serta aplikasinya terhadap bidang penyelidikan. Pembinaan metodologi ini turut melibatkan kaedah butstrap ke dalam Model BRPSM yang secara khususnya memberi fokus kepada pembangunan algoritma dalam bahasa pengaturcaraan SAS. Pembangunan algoritma ini melibatkan beberapa aspek pemodelan regresi Poisson, Regresi Poisson Sifar-Melambung dan Model BRPSM.

Seterusnya, kajian ini turut memberi sumbangan dari segi penghasilan dan penerbitan kertas-kertas kerja yang akan menjadi sumber rujukan utama kepada penyelidik lain terutamanya kepada penyelidik yang mencari Model BRPSM dalam menganalisis data yang bermasalah (sifar melambung). Selain itu juga, kaedah yang dibina ini turut memuatkan beberapa kaedah yang dapat mengoptimumkan dapatan kajian secara keseluruhan menerusi dapatan kajian itu sendiri. Sumbangan ini dapat diklasifikasikan kepada dua aspek utama iaitu, dapatan secara pembangunan kaedah penyelidikan dan dapatan secara ilmiah. Dapatan secara ilmiah melibatkan dapatan kajian secara penemuan terhadap faktor-faktor yang berkaitan dengan penyelidikan yang dijalankan. Hal ini dapat memberikan satu eksplorasi yang baru dengan menggunakan Model BRPSM. Penemuan ini bukan sahaja berguna kepada penyelidik dalam bidang statistik tetapi ianya turut memberi sumbangan kepada pelbagai lapisan penyelidik lain yang berkaitan.

12

Tambahan pula, penyelidikan ini juga dapat memperkayakan sorotan kesusasteraan dalam pembinaan metodologi statistik dan juga statistik aplikasi. Hal ini kerana, hasil kajian ini dapat memberi informasi yang sangat berguna kepada penyelidik mengenai kekuatan dan kelemahan model-model tersebut. Malahan, ianya turut memberi pengetahuan kepada para penyelidik lain yang menggunakan model yang sama dalam kajian mereka. Oleh itu, penyelidikan ini diharapkan dapat memberi impak yang besar terhadap pembangunan metodologi penyelidikan pada masa hadapan.

1.10 Penyusunan Tesis

Tesis ini dimulai dengan pendahuluan dalam Bab 1 yang menghuraikan tentang pengenalan kepada model Regresi Poisson dan model Regresi Poisson Sifar-Melambung. Dalam bab ini turut dinyatakan latar belakang kajian secara ringkas dan perkembangan penyelidikan terhadap model Regresi Poisson dan model Regresi Poisson Sifar-Melambung. Selain daripada itu, bahagian ini turut memaparkan persoalan kajian serta penyataan masalah, objektif utama penyelidikan, skop kajian, hipotesis dan kerangka konsep penyelidikan serta beberapa sumbangan penting terhadap kajian yang dijalankan. Malah dalam bab ini juga membincangkan tentang justifikasi penyelidikan secara terperinci mengenai model-model regresi yang dikaji.

Bab 2 pula menyentuh perkembangan penyelidikan serta menerangkan tentang sorotan kajian mengenai teori-teori dan fakta-fakta yang berkaitan dengan model Regresi Poisson dan model Regresi Poisson Sifar-Melambung berdasarkan kajian yang lepas. Malahan di bahagian ini juga turut menceritakan tentang sejarah kewujudan sifar melambung iaitu suatu fenomena yang sering berlaku sehingga

13

menghasilkan data yang mengalami sukatan serakan berlebihan dan kesannya terhadap data yang dianalisis. Selain daripada itu, Bab 2 turut membincangkan tentang teknik butstrap serta kelebihan penggunaan teknik tersebut di dalam sesuatu penyelidikan. Pendekatan kaedah regresi kabur terhadap pemodelan tak linear turut dibincangkan dalam bab ini di samping menerangkan tentang kelebihan kaedah tersebut dalam pembentukan model.

Bab 3 dalam kajian ini pula menerangkan tentang metodologi penyelidikan serta kaedah-kaedah yang dijalankan. Selain daripada itu, bab ini turut memberi penekanan mengenai pendahuluan kajian kes, reka bentuk penyelidikan serta skop penyelidikan yang meliputi lokasi, jangkamasa dan tahap-tahap kajian yang dijalankan. Bab ini juga memaparkan algoritma bagi pembinaan model Regresi Poisson dan model Regresi Poisson Sifar-Melambung serta algoritma mengenai teknik butstrap dan kaedah regresi kabur. Selain daripada itu, bahagian ini turut membincangkan tentang Model BRPSM serta algoritma bagi pembentukan kaedah tersebut. Perbincangan yang lebih terperinci mengenai setiap metodologi yang digunakan serta carta alir bagi setiap perjalanan pembentukan model dinyatakan di bahagian ini.

Seterusnya Bab 4 pula mempersembahkan keputusan dan perbincangan hasil daripada setiap kajian yang dijalankan berdasarkan kepada metodologi yang digunakan dalam penyelidikan. Perbincangan yang lebih terperinci mengenai setiap analisis yang dijalankan serta huraian tentang dapatan kajian telah dinyatakan dalam bab ini. Tambahan pula, dalam bab ini juga turut membincangkan tentang

14

perbandingan bagi setiap keputusan yang diperoleh untuk melihat model yang lebih sesuai ke atas setiap kajian kes yang dijalankan.

Manakala dalam Bab 5 yang merupakan bahagian terakhir dalam kajian ini telah menerangkan tentang kesimpulan yang dibuat berdasarkan penyelidikan yang dijalankan secara keseluruhannya serta memaparkan unjuran atau saranan kajian pada masa yang akan datang. Penekanan dan tumpuan utama diberi kepada teknik-teknik pembaharuan dalam analisis Regresi Poisson dan Regresi Poisson Sifar-Melambung serta pembinaan kaedah berintegrasi yang lebih baik.

1.11 Justifikasi Penyelidikan

Setiap penyelidikan yang dijalankan mempunyai justifikasi yang kukuh. Sekiranya justifikasi sesuatu penyelidikan adalah tidak teguh, maka penyelidikan yang dijalankan boleh dipertikaikan dari segi kesahihannya. Untuk kajian ini, beberapa justifikasi telah dikenalpasti dan diringkaskan seperti berikut.

a) Keterbatasan kaedah pemodelan Regresi Poisson dan Regresi Poisson Sifar-Melambung telah membuka ruangan kepada penyelidikan yang dijalankan ini. Keterbatasan ini merujuk kepada keputusan kajian yang kurang optimum. Kaedah yang sedia ada adalah terhad kepada aplikasi sahaja (ready made software). Justeru, keperluan kepada model regresi secara berintegrasi amatlah diperlukan bagi menjamin keputusan yang diperolehi adalah berkualiti.

15

b) Keperluan untuk mengoptimumkan dapatan kajian secara lebih komprehensif

dengan mengaplikasikan teknik tersebut ke dalam penyelidikan.

Kepelbagaian teknik-teknik sebegini dapat menghasilkan dapatan kajian yang lebih bernilai dan lebih berharga di dalam proses pembuatan keputusan.

c) Selain itu juga, pembinaan kaedah ini turut menyediakan satu platform metodologi penyelidikan yang dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan saiz sampel minimum.

d) Menyediakan penyelidik dengan kepelbagian pilihan keputusan yang lebih baik. Menerusi kajian ini juga, penyelidik dapat membuat perbandingan serta dapat memilih keputusan secara bijak berdasarkan kepada hasil dapatan yang diperolehi.

16

BAB 2

Dokumen terkait