• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERANGKA TEORITIKAL

1.6 KERANGKA TEORITIKAL

Bagi memandu kajian ini, dua perspektif yang akan digunakan ialah konservatisme dan neokonservatisme.

1.6.1 Konservatisme

Sekian banyak kajian menganggap konservatisme merupakan istilah yang cukup menimbulkan kesukaran dan sering diperdebatkan.52Diletakkan secara mudah, pengkaji mengambil maklum bahawa konservatisme sememangnya perlu dilihat dengan sikap yang berhati-hati kerana dimensi ―kecairannya‖ (fluidity).53 Namun, fakta ini tidak harus dijadikan penghalang untuk menerokainya sebagai satu lensa yang berpotensi dalam menganalisis sifat parti dominan Malaysia, UMNO. Pandangan pertama melihat konservatisme hanya merupakan karektor atau kecenderungan memilih sesuatu kebiasaan yang telah terbukti.54 Golongan ini menolak konservatisme sebagai sebuah ideologi atau sebarang penteorian abstrak sepertimana juga yang dihujahkan oleh tokoh yang sering dianggap sebagai pengasas konservatisme, Edmund Burke (1729-1797).55 Dalam konteks umum, pandangan pertama ini merupakan sifat konservatif yang secara

52

Lihat antaranya Wilson, ‗A Theory of Conservatism‘; Robert A. Nisbet, ‗Conservatism and Sociology‘,

The American Journal of Sociology, 58, no. 2(1952); Herbert McClosky, ‗Conservatism and Personality‘, The American Political Science Review, 52, no. 1 (1958); Hans-Gerd Schumann, ‗The Problem of

Conservatism: Some Notes on Methodology‘, Journal of Contemporary History, 13, no. 4 (1978); John T. Jost, Jack Glaser, Arie W. Kruglanski dan Frank J. Sulloway, ‗Political Conservatism as Motivated Social Cognition‘, Psychological Bulletin, 129, no. 3 (2003).

53

Pandangan ini dikemukakan oleh seorang sarjana, K. Ramanathan dalam sesi pembentangan cadangan penyelidikan pengkaji pada 15 Oktober 2009 di Universiti Sains Malaysia.

54

Michael Oakeshott, Rationalism in Politics and Other essays (London: Methun & Co.Ltd, 1967), 168-169; Russel Kirk, The Politics of Prudence (Detroit: ISI Books, 1993), 1-4.

55

15

amnya dipunyai oleh semua manusia pada setiap masa dan tidak dapat dielakkan.56 Tafsiran kedua pula melihat konservatisme dalam bentuk yang lebih sistematik iaitu sebagai sebuah falsafah, ideologi, teori, dan sistem kepercayaan.57 Biarpun diakui istilah-istilah ini mempunyai kedudukan dan perbezaan yang tersendiri,58 dapatan yang ditemui dalam kajian-kajian mengenai konservatisme tidak menampakkan satu pemisahan besar memandangkan ia sering digunakan secara bersilih ganti khususnya dalam konteks negara-negara Asia seperti Malaysia.59 Duluan (precedent) yang diperolehi dari kajian-kajian ini juga mencadangkan bahawa konservatisme boleh digunakan sebagai ideologi yang mendasari sistem politik Malaysia. Hal ini kerana ideologi boleh dianuti secara tidak disedari dan tidak semestinya diinstitusikan secara nyata.60 John Funston dalam kajiannya mengenai ideologi parti UMNO dan Parti Islam Semalaysia (PAS) sememangnya mengakui bahawa ideologi tidak wujud secara jelas khususnya dalam perjuangan rejim pemerintah. Begitu pun, sesuatu yang menurutnya mempunyai ―dasar ideologi yang implisit‖ dan unsur ―praktikal‖ boleh mencakupi

56

Hans-Jurgen Puhle, ‗Conservatism in Modern Germany‘, Journal of Contemporary History, 13, no.4 (1978), 692.

57

Lihat kepelbagaian ini dalam Matthew Festenstein dan Michael Kenny, Political Ideologies (Oxford: Oxford University Press, 2005), 119-174.

58

Menurut seorang sarjana, ideologi politik merupakan kepercayaan sesuatu kumpulan dan tidak harus digunakan secara bertukar ganti dengan dua lagi istilah iaitu teori politik dan falsafah politik. Teori politik pula merujuk kepada teori saintifik atau generalisasi mengenai politik berdasarkan himpunan data. Falsafah politik dalam pada itu lebih bersifat evaluatif dan normatif iaitu satu set idea mengenai keharusan kerajaan dan masyarakat. Kaitan antara ketiga-tiga ini timbul memandangkan falsafah politik sebahagiannya didasarkan kepada teori politik. Ideologi politik pula mengandungi kedua-dua unsur teori dan falsafah politik khususnya generalisasi tertentu. Namun dalam ideologi politik, generalisasi ini menjadi satu sistem kepercayaan. Lihat Lyman Tower Sargent, Contemporary Political Ideologies, Ed.Ke-10 (Belmont: Wadsworth Publishing Company, 1996), 4.

59

Lihat contohnya tiga kajian penting yang menghubungkaitkan konservatisme dan Nilai Asia seperti Garry Rodan, ‗The Internationalization of Ideological Conflict: Asia‘s New Significance‘, The Pacific

Review, 9, no. 3 (1996); Richard Robison, ‗The politics of ‗Asian Values‘‘, The Pacific Review, 9, no. 3

(1996); Kanishka Jayasuriya, ‗Understanding ‗Asian values‘ as a form of reactionary modernization‘,

Contemporary Politics, 4, no.1(1998).

60

Sargent, Contemporary Political Ideologies, 4-5; Jae Hyon Lee, ‗UMNO Factionalism and the Politics of Malaysian National Identity‘, Tesis Ph.D (School of Politics and International Studies, Murdoch University, Australia, 2005),10.

16

maksud ideologi yang sebenarnya.61 Hujah ini dapat menerangkan penggunaan ideologi dari perspektif yang berbeza seperti yang dilakukan dalam beberapa kajian seperti ideologi di kalangan elit pentadbiran awam,62 ideologi Mahathirisme,63 ideologi developmentalisme64 dan ideologi negara pembangunan.65 Justeru, ia sekaligus

memperlihatkan bahawa ideologi tidak seharusnya dihadkan tafsirannya terhadap elemen yang tersingkap secara eksplisit. Bagi melanjutkan hujah ini, perbincangan akan melihat kepada wacana konservatisme dalam politik Malaysia yang boleh ditemui dalam dua konteks.

Konteks pertama ialah dalam melihat pengkelasan spektrum politik khususnya dengan menelusuri perbincangan mengenai gerakan nasionalisme Tanah Melayu. Aliran ―kanan‖ mewakili kuasa politik yang dominan iaitu pemerintahan kerajaan Perikatan/BN yang ditunjangi UMNO mempertimbangkan sejarah golongan ini yang mampu mengakomodasi kehendak British dalam mendapatkan kemerdekaan. Sehubungan itu, mereka secara amnya dianggap sebagai ―nasionalis konservatif‖ berdasarkan kepimpinannya yang datang dari elit aristokrat, pro-British dan cenderung mengekalkan kelangsungan beberapa aspek tradisional kaum masing-masing. Lawan kepada kutub ini ialah aliran ―kiri‖ seperti Parti Komunis Malaya (PKM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Angkatan

61

John Funston, Malay Politics in Malaysia: A Study of UMNO & PAS (Kuala Lumpur: Heinemann, 1980), 134.

62

James C Scott, Political Ideology in Malaysia: Reality and the Beliefs of an Elite (New Haven: Yale University Press, 1968).

63

Khoo Boo Teik, Paradoxes of Mahathirism: An Intellectual Biography of Mahathir Mohamad. 64

Francis Loh Kok Wah, ‗Developmentalism and the Limits of Democratic Discourse‘ dalam Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik (pnyt.), Democracy in Malaysia: Discourses and Practices (Surrey: Curzon Press, 2002).

65

17

Pemuda Insaf (API). Aliran ini dianggap berbentuk ―radikal‖ dan gagal mendapatkan pengiktirafan British serta sebahagian besar rakyat Tanah Melayu.66 Walaupun begitu, pengkelasan ini sering dicabar oleh sarjana-sarjana tempatan kerana ia banyak didasarkan atas tafsiran British dan dianggap meminggirkan peranan golongan kiri dan juga golongan reformis Islam.67 Satu pengkelasan yang lebih bersesuaian khususnya dalam konteks politik Melayu ialah dengan melihat kajian Gazaly A. Malek yang tidak menggunakan pengkategorian ―kiri‖ dan ―kanan‖ sebaliknya merujuk aliran kiri Melayu sebagai ―radikal konservatif‖ dan UMNO sebagai ―konservatif‖.68

Walaupun bukan skop kajian ini untuk mendalami debat di atas tetapi dalam konteks kajian ini harus diingatkan bahawa konservatisme tidak semestinya dikaitkan hanya dengan penyandang kuasa kerana ia juga boleh wujud dalam mana-mana kontinum politik sama ada kiri atau kanan, sama ada demokratik ataupun autoritarian dan sama ada rejim pemerintah atau pembangkang.69 Seperti hujah Samuel Huntington, konservatisme lebih merupakan persoalan kedudukan (positional). Beliau melihat konservatisme sebagai satu sistem idea yang diguna pakai untuk menjustifikasikan sebarang orde sedia ada dari sebarang cabaran yang boleh menjejaskan sifat dan bentuknya. Sebarang tindakan yang dilihat bertentangan dengan keadaan atau

66

Gordon P. Means, Malaysian Politics (London: Hodder and Stoughton, 1976), 98; Rustam A. Sani,

Social Roots of the Malay Left (Petaling Jaya: SIRD, 2008), 19.

67

Lihat antaranya Mohamad Abu Bakar, ‗Politik Melayu: Kekirian dan Islamisasi‘, Dewan Budaya, Mei 1990; Mohamed Salleh Lamry, Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2006); Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗Malay Anti-Colonialism in British Malaya: A Re-appraisal of Independence Fighters of Peninsular Malaysia‘, Journal of Asian and African

Studies, 42, no. 5 (2007).

68

Gazaly A. Malek, ‗The Outcome of the Radical-Conservative Conflict in Modern Malay Politics : The Malayan Union Crisis and the Triumph of Conservatism, 1942-1948‘, Tesis Sarjana (Concordia University, Kanada, 1994).

69

Andrew Heywood, Political Ideologies: An Introduction (Houndmills, Macmillan, 1992), 54; Jost, Glaser, Kruglanski dan Sulloway, ‗Political Conservatism as Motivated Social Cognition‘, 342-343.

18

persetujuan yang telah diinstitusikan dengan baik akan dianggap sebagai musuh konservatisme.70

Berdasarkan hujah ini, tidak menghairankan perbincangan mengenai konservatisme di Malaysia tidak terhad berkisar hanya terhadap rejim pemerintah. Sebagai contohnya, dalam konteks yang kedua, konservatisme seringkali ditemui dalam wacana mengenai gerakan Islam. Terdapat tanggapan yang melihat konservatisme merupakan salah satu daripada aliran pemikiran Islam di Malaysia.71 Debat juga sering wujud mengenai sifat parti seperti PAS yang dianggap ―konservatif‖ dan ―tradisional‖ berbanding UMNO yang mewakili aliran ―progresif‖ dan ―sederhana‖.72

Namun dalam PAS juga, terdapat usaha untuk mengkelaskannya kepada dua golongan iaitu ―liberal‖ dan ―konservatif‖.73

Berdasarkan fakta-fakta yang dibentangkan ini, nyata konservatisme harus digunakan mengikut konteks. Justeru bagi konteks kajian ini, kriteria utama pihak konservatif dalam kajian ini dirujuk sebagai rejim pemerintah yang diketuai oleh UMNO. Dengan kata lain dan dalam maksud yang longgar, parti-parti seperti UMNO, MIC dan MCA yang merupakan tunjang kepada BN merupakan ―parti konservatif‖ serta menjadikan

70

Samuel Huntington, ‗Conservatism as an Ideology‘, American Political Science Review, 51, no. 2 (1957), 455.

71

Lihat contohnya Abdul Rahman Abdullah, Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Depok: Gema Insani, 1997).

72

Lihat contohnya Joseph Chin Yong Liow, ‗Political Islam in Malaysia: Problematising Discourse and Practice in the UMNO–PAS ‗Islamisation Race‘‘, Commonwealth & Comparative Politics, 42, no. 2 (2004); Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‗The Islamic Opposition in Malaysia: New Trajectories and Directions?‘, RSIS Working Paper Series No.151 (Singapura: S.Rajaratnam School of International Studies, 2008).

73

19

―konservatisme status quo‖ sebagai ideologi nasionalnya.74

Memandangkan kajian ini menumpukan kepada Abdullah yang datang dari UMNO, maka pihak konservatif tradisional dalam kajian ini dirujuk sebagai UMNO yang mewakili rejim parti dominan.75 Parti Liberal Demokrat (LDP) Jepun barangkali boleh diambil sebagai perbandingan terbaik dalam perbincangan ini. Jepun tidak mempunyai satu parti yang berideologi konservatif seperti di Amerika Syarikat dan Britain kerana LDP lebih dikenali sebagai parti pertengahan (centrist). Namun memandangkan LDP merupakan parti yang berjaya mengekalkan kelangsungan kuasa untuk tempoh yang agak lama (1955-2009),76 ia sering dirujuk sebagai rejim konservatif yang secara langsungnya mempraktikkan ideologi konservatisme.77 UMNO pada takat yang besar menyerupai LDP. Selain hampir seusia dan merupakan parti dominan yang menguasai Malaysia untuk sekian lama, ia turut mempunyai beberapa persamaan lain seperti kewujudan ―kompleks parti-birokrasi‖, berjaya mengubah wajah negara dan juga begitu lama

74

Lihat Judith Strauch, ‗Tactical Success and Failure in Grassroots Politics: The MCA and DAP in Rural Malaysia‘, Asian Survey, 18, no.12 (1978), 1280 & 1284.

75

Selain UMNO, empat lagi parti dominan berbentuk ‗negara-parti‘ yang dirujuk dalam kajian ini ialah Parti Komunis Soviet Union, Parti Liberal Demokrat Jepun, Parti Komunis China dan Parti Kuomintang Taiwan. Parti dominan di sini mengambil definisi yang diberikan oleh Maurice Duverger iaitu apabila it

represents a whole epoch, when its ideas, its methods, its whole style are identical with those of an epoch. A ruling party is one that is believed to be one. Even the enemies of a dominant party, even citizens who do not vote for it, acknowledge its superior status and influence;they deplore it, but admit it. Lihat

Maurice Duverger, Political Parties: Their Organization and Avtivity in the Modern State (New York: Wiley, 1963), 308-309. Parti dominan menurut Ora John Reuter dan Thomas F.Remington juga merupakan a party that has the leading role in determining access to most political offices. It shares some

powers over policy making, patronage distribution, and political appointments and uses privileged access to the public purse and public policy to maintain its position in power. Kajian Reuter dan Remington ini

turut menggunakan Parti Komunis Soviet Union sebagai kajian kes parti dominan. Lihat ‗Dominant Party Regimes and the Commitent Problem: The Case of United Russia‘, Comparative Political Studies, 42, no. 4 (2009), 503-504.

76

LDP sebelum itu pernah terkeluar sebagai parti pemerintah dalam tempoh yang singkat iaitu selama sebelas bulan dalam tempoh 1993-1994.

77

Jose Antonio Crespo, ‗The Liberal Democrat Party in Japan: Conservative Domination‘, International

Political Science Review 16.2 (1995); T. J Pempel, Regime Shift: Comparative Dynamics of The Japanese Political Economy (Ithaca and London: Cornell University Press, 1998).

20

berkuasa dalam iklim politik yang tidak menghargai akauntabiliti.78 Tidak menghairankan, beberapa pemimpinnya seperti Abdullah, Mahathir dan Najib seringkali merujuk kemandirian UMNO dengan menggunakan contoh LDP khususnya selepas PRU-12.79 Dengan maksud lain, wujud hubungan simbiotis yang jelas antara kedua-dua parti ini. Fakta ini dapat menjelaskan bahawa rejim konservatif tidak sekadar mempunyai maksud yang negatif seperti kuno atau terkebelakang kerana ia turut diaplikasikan terhadap LDP yang memimpin negara yang paling maju di dunia. Namun elemen yang sebenarnya dikandungi oleh sesebuah rejim konservatif boleh dikesan dari beberapa pemahaman lain.

Kajian T.J Pempel contohnya mengungkap bahawa konservatisme yang dimaksudkan dalam rejim konservatif Jepun meliputi elemen–elemen dominan yang menjadi penyatu dan mengekalkan sistem tersebut. Susunan ini tidak tergoncang dan berjaya mewujudkan kestabilan politik melalui hubungannya dengan institusi pemerintah. Dalam maksud lain, ia merupakan satu bentuk keseimbangan dan persetujuan yang telah dicapai dalam memberikan kelebihan kepada rejim berkenaan dalam usahanya mengekalkan kekuasaan.80 Dalam maksud Karl Mannheim, ia merupakan aspek-aspek yang telah menjadi sebati dalam sesuatu rejim konservatif.81 Pemahaman di atas dengan itu boleh mengesahkan definisi konservatisme yang diberikan Mohamad Abu Bakar

78

Lihat perbincangan lanjut di halaman 187-188 dan 345. 79

Abdullah Ahmad Badawi, ‗Wawancara: Pemimpin Perlu Bersih‘, Utusan Malaysia, 9 Oktober 1993; ‗BN mungkin akan ditolak seperti LDP - Dr M‘, Harakah Daily.Net, 12 September 2009; ‗Najib: Umno perlu sedar belum bebas ‗ancaman‘‘, The Malaysian Insider, 11 Mei 2010,

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-umno-perlu-sedar-belum-bebas-ancaman (akses

kali terakhir pada 12 Julai 2010).

80

T.J Pempel, Policy and Politics in Japan: Creative Conservatism (Temple University Press: Philadelphia, 1982) khususnya bab 1.

81

21

sebelum ini iaitu sebagai nilai-nilai dominan dan pemikiran dasar yang berfungsi sebagai konsep pengorganisasi dan modus operandi dalam perlakuan politik. Maksud yang sama juga dicadangkan oleh seorang lagi sarjana iaitu Lynne Poole dalam kajiannya mengenai rejim konservatif di Jerman. Dalam menerangkan pengoperasian ―rejim kebajikan konservatif‖ Jerman, beliau merujuk sifat-sifat konservatif itu terbit dari ―ciri-ciri khas‖ yang telah dimaktubkan ke dalam perlembagaan Jerman, Basic Law yang diperkenalkan pada 1949. Tidak sekadar itu, ia juga diperkukuhkan dengan kewujudan ―prinsip pengorganisasi‖ yang saling berjalinan dan melengkapi.82

Kriteria kedua yang boleh digunakan ialah dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip konservatisme ke dalam kepercayaan dan amalan politik UMNO. Harus dijelaskan bahawa tidak semua prinsip konservatisme dipegang oleh mana-mana konservatif tetapi adalah sesuatu yang pasti bahawa mereka mendukung sebahagian besar daripada prinsip-prinsipnya.83 Lantaran itu, empat prinsip utama konservatisme khususnya yang berkaitan dengan politik dan pemerintahan seperti yang diutarakan oleh Andrew Vincent diketengahkan bagi tujuan kajian ini.84 Ia juga berdasarkan duluan beberapa kajian yang menganggap ia sebagai prinsip-prinsip konservatisme yang universal85 dan mempunyai keselarian dengan beberapa kajian yang telah dilakukan dalam melihat pengaruh

82

Lynne Poole, ‗Germany: A Conservative Regime in Crisis?‖ dalam Allan Cochrane, John Clarke dan Sharon Gewirtz (pnyt.), Comparing Welfare States (London: Milton Keynes dan The Open University, 2001),154-155.

83

Lihat contohnya Kirk, The Politics of Prudence, khususnya bab 2; Ian Hall dan Nicholas Rengger, ‗The Right that failed? The ambiguities of conservative thought and dilemmas of conservative practice in international affairs‘, International Affairs, 81, no.1 (2005), 71.

84

Andrew Vincent membahagikan sifat konservatisme mengikut empat ciri iaitu sifat semula jadi manusia, penaakulan dan tindakan, politik dan pemerintahan dan juga ekonomi. Lihat Modern Political

Ideology, Ed-2 (Oxford: Blackwell Publishers, 1995), 67-82.

85

Lihat antaranya McClosky, ‗Conservatism and Personality‘, 30-31; Rodan, ‗The Internationalization of Ideological Conflict: Asia‘s New Significance‘, 340.

22

konservatisme dalam politik Malaysia.86 Keempat-empat prinsip ini dianggap merupakan ciri yang dipegang oleh UMNO sebagai parti konservatif.

Prinsip pertama, konservatif berpegang kepada pendekatan preskripsi dan prinsip pengikatan (attachment)87 iaitu penekanan terhadap persoalan tradisi, waktu silam,

duluan, konvensyen, institusi, keharmonian dan kelangsungan. Bagi mereka, tradisi seringkali dijadikan keutamaan kerana ia telah memberikan satu prima facie dalam memenuhi keperluan tertentu88 dan mengandungi ―kebenaran-kebenaran politik‖.89 Kepada Giddens, tradisi merupakan merupakan nadi kepada konservatisme.90 Namun harus dijelaskan bahawa tradisi juga boleh direka bentuk dan dikonstruksi seperti yang dihujahkan oleh Eric Hobsbwam. Menurut beliau, tradisi seperti ini merupakan penerapan beberapa nilai dan norma melalui kaedah pengulangan bagi mengandaikan bahawa ia merupakan satu bentuk kesinambungan daripada praktik waktu lampau. Dalam mana tradisi yang tulen mengikat kepatuhan dan keakuran masyarakat, tradisi yang dicipta lebih berbentuk kabur dari segi nilai, hak-hak yang wujud darinya dan kewajipan yang dituntut dari anggota masyarakat atau sesuatu kumpulan tersebut.91

Prinsip kedua konservatif ialah mengutamakan kepentingan komuniti dan masyarakat melebihi individu. Untuk itu, konservatif amat menekankan keperluan untuk memberi

86

Perbincangan lanjut lihat halaman 52-53. 87

Edmund Burke, Reflections On The Revolution in France (pnyt.), Conor Cruise O‘Brien (Harmondsworth: Penguin Books Ltd, 1968), 184.

88

Jost, Glaser, Kruglanski dan Sulloway, ‗Political Conservatism as Motivated Social Cognition‘, 342. 89

Mohamad Abu Bakar, ‗Konservatisme dan Konflik‘, 123. 90

Anthony Giddens, Runaway World: How Globalisation Is Reshaping Our Lives (London: Profile Books, 2002), 42.

91

Eric Hobsbwam, ‗The Invention of Tradition‘ dalam Eric Hobsbwam dan Terence Ranger (pnyt.), The

23

perhatian terhadap aspek-aspek seperti hierarki, autoriti, kepimpinan, undang-undang, disiplin dan kepatuhan.92 Konservatisme juga ditandakan menerusi penolakan terhadap usaha mencari kesamaan sosial. Hal ini kerana sesuatu susunan dan konvensyen tradisional secara sejarahnya berbentuk hierarki dan kurang egalitarian. Berikutan ini, aspek-aspek seperti kuasa dan keistimewaan terbahagi secara tidak rata. Justeru, menentang perubahan bermakna menentang sebarang percubaan untuk mengubah status quo yang dicirikan oleh ketidaksamaan ini.93 Bagi Burke umpamanya, [i]n this

partnership all men have equal rights;but not to equal things…By having a right to everything they want everything.94

Hal ini tidaklah pula bermakna konservatif menentang terus perubahan. Merujuk kepada prinsip konservatif yang terakhir dalam kajian ini, konservatif tetap mempercayai bahawa perubahan harus diiktiraf dan diterima. Tetapi ia haruslah diimplementasikan secara beransur-ansur, tidak mengorbankan kepentingan terdahulu dan bersesuaian dengan bentuk semula jadi masyarakat tersebut. Idea perubahan yang radikal dan menyeluruh akan mengalami penentangan.95 Dalam maksud lain, konservatif masih mempercayai keperluan pada perubahan berbeza dengan pihak ultra konservatif atau reaksioneri yang bukan sahaja skeptikal terhadap perubahan tetapi menginginkan orde masyarakat kembali kepada bentuk yang lampau dan sebelumnya.96

92

Burke, Reflections, 372. 93

Jost, Glaser, Kruglanski dan Sulloway, ‗Political Conservatism as Motivated Social Cognition‘, 342. 94

Burke, Reflections, 150-151. 95

Burke, Reflections, 106 & 153; Noel O‘Sullivan, Conservatism (London: Bent, 1976), 9 dan 12. 96

Leon P. Baradat, Political Ideologies: Their Origins and Impact, Ed.Ke-5 (New Jersey: Prentice Hall, 1994), 13-14

24

Maka setelah meneliti kedua-dua kriteria yang digunakan dalam perbincangan ini, konservatisme dalam kajian ini bolehlah disimpulkan sebagai elemen-elemen instrumental yang telah diterima dan mempunyai keabsahan dalam suatu jangka masa yang lama serta menjadi batu asas terhadap interaksi orde politik rejim konservatif iaitu UMNO yang mengetuai BN. Konservatisme menjadi satu panduan yang memberikan keseimbangan, keharmonian dan kebolehramalan dalam kerangka sistem tersebut dan menentukan bagaimana institusi, kuasa, sumber dan konflik disusun dan diuruskan. Gabungan komponen dan segmen ini memberikan satu legitimasi dan kelebihan terhadap ekosistem rejim tersebut dan sentiasa dipertahankan dari perubahan-perubahan yang boleh mengubah sifat serta karektor rejim.

Sebagai rumusan, apakah yang boleh dirumuskan melalui ideologi konservatisme? Sekali lagi, kajian ini menghujahkan konservatisme tidak harus dilihat dalam maksud yang pejoratif kerana ia mempunyai prinsip yang agak rasional, teratur dan berhati-hati dalam melakukan perubahan. Namun apabila dikaitkan dengan persoalan politik, ia juga pada hakikatnya berpotensi bertindak dan berfungsi sebagai penjustifikasi dalam usaha meminimumkan ruang perubahan oleh elit rejim yang berkuasa.97 Tidak menghairankan kerana itu, konservatisme dianggap sarjana sebagai mempunyai kecenderungan yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan mempunyai karektor autoritarian kerana penekanannya terhadap rejim pemerintah yang kuat.98

97

Lihat Bernard Susser, Political Ideology in the Modern World (Boston: Allyn & Bacon, 1995), 39. 98

Lihat Roger Scruton, A Dictionary of Political Thought (London: Pan Books, 1982), 91; Clinton Rossiter seperti dipetik dari Ted Honderich, Conservatism (Boulder: Westview Press, 1990), 126; Heywood, Political Ideologies: An Introduction, 55-56.

Dokumen terkait