KES-KES BERKAITAN HUKUMAN REJAM DAN PENGLIBATAN TRITI ANTARABANGSA
4.1 Kes-kes Berkaitan Hukuman Rejam Dan Pemakaian Triti Antarabangsa
4.1.1 Kes Saffiya Hussaini: Ringkasan pengenalan kes
hak-hak asasi manusia di Nigeria. Terdapat empat kes melibatkan kaum perempuan, tiga kes melibatkan kaum lelaki dan satu kes melibatkan pasangan.
4.1.1 Kes Saffiya Hussaini: Ringkasan pengenalan kes
Kes Safiya Husseini61 merupakan kes yang pertama menggerakkan syariah di Nigeria menjadi perhatian antarabangsa dan menimbulkan huru-hara. Kes ini menjadi ujian kepada orang lain untuk diikuti dan melambangkan diskriminasi kekerasan terhadap wanita yang wujud dalam undang-undang Syariah.
Safiya Husseini, seorang perempuan yang bercerai dalam usia 30-an itu datang daripada latar belakang yang miskin, didapati bersalah berzina dan dihukum mati dengan rejam oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Gwadabawa, di Sakoto, pada 9 Oktober, 200162. Beliau tidak mempunyai perwakilan undang-undang (peguam bela) semasa perbicaraan bersama Yakubu Abubakar, lelaki yang dikatakan telah melakukan zina dengannya, menafikan tuduhan itu dan telah dibebaskan kerana kekurangan bukti/saksi. Selain itu, mahkamah menolak cadangan ujian DNA dijalankan sekalipun untuk membuktikan Abubakar Yakubu adalah bapa kepada anak Safiya Husseini, atas alasan bahawa tidak ada rujukan kepada ujian itu dalam Syariah.
61 Fakta kes penuh Saffiya Husseini: Sila rujuk 5.1.2 di dalam bab ini.
62 Case no. USC/GW/CR/FI/10/2001 Upper Sharia Court, Gwadabawa, Sokoto State, 3 July to 9 October, 2001, translated by Abdurauf A. Shehu, 22 January 2002; Sharia Court of Appeal of Sokoto State, Sokoto Judicial Division, 25 March 2002, translated by Ibrahim Ladan, D.D. Litigation, High Court of Justice, Sokoto, 27 July 2002. Ogbu U. Kalu, Saffiya and Adamah: Punishing Adultery with Sharia Stones In
Twenty-First-Century Nigeria, African Affairs (2003), 102, 389–408, (Royal African Society 2003), 394. Aliyu Musa
Yamuri, On Defending Safiyatu Hussaini and Amina Lawal, From P. Ostien, ed, Sharia Implementation in
Northern Nigeria 1999-2006: A Sourcebook, (Ibadan: Spectrum Books Ltd, 2007, Vol. V, Chapter 6, Part
48 Safiya Husseini pula walau bagaimanapun telah disabitkan bersalah atas dasar kehamilan merupakan bukti berzina63, dan atas dasar pengakuannya juga. Safiya Husseini telah didakwa di bawah Seksyen 127 undang-undang kod Syariah Negeri Katsina yang memperuntukkan hukuman zina: "Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan zina hendaklah dihukum dengan hukuman rotan 100 sebatan jika belum berkahwin, dan juga boleh didenda dipenjarakan selama tempoh satu tahun; atau (b) jika berkahwin dengan direjam sampai mati ".64
4.1.1(a) Latar Belakang Kes Dan Strategi Pembelaan Terhadap Kes Safiya Hussaini Safiyyatu Husseini berusia 38 tahun ditangkap pada 23 Disember 2000 dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Gwadabawa, Negeri Sakoto bagi kesalahan berzina, dan hubungan seks yang menyalahi undang-undang. Perkara itu didakwa di mahkamah oleh Pesuruhjaya Polis Negeri Sokoto65 di bawah seksyen 128 dan 129 Kanun Keseksaan Syariah Negeri Sokoto 2000. Abubakar Yakubu, teman lelakinya yang juga ditangkap, dibebaskan apabila dia menafikan tuduhan kerana kekurangan bukti. Hakim yang mendengar kesnya, Sanyinawal Mohammed Bello, menghukum Safiyya mati atas
63 Nigeria menggunakan pendekatan mazhab maliki, bukti kehamilan tanpa nikah diterima sebagai bukti yang kuat, Zina boleh sabit dengan qarinah atau keterangan yang kuat yang menunjukkan ia berlaku seperti kehamilan wanita yang tidak mempunyai suami atau tuan (dalam kes hamba sahaya). Pensabitan rogol melalui peralatan teknologi terkini, seperti melalui pemeriksaan air mani si lelaki dan rekodnya di makmal-makmal jenayah, atau juga melalui rakaman perlakuan jenayah dengan alat perakam moden. Ini merupakan pandangan al-Zaila'i, Ibn al-Ghars dan al-Tarabulsi daripada mazhab Hanafi, Ibn Farhun dan al-Maziri daripada mazhab Maliki, Ibn Abd al-Salam daripada mazhab Syafi'i, Ibn Taimiyyah daripada mazhab Hanbali dan selain mereka. Misalnya, Ibn Qayyim dalam beberapa tempat dalam kitabnya antaranya I'lam al-Muwaqqi'in (4/374) mengatakan : "Para sahabat Nabi SAW telah menjatuhkan hudud zina dengan hanya sebab kehamilan, dalam hudud arak dengan bau dan muntah, dan ini adalah benar".
64 Section 127, Sharia Penal Code of Katsina State 2001, Whoever commits the offence of zina shall be punished: (a) with caning of one hundred lashes if unmarried, and where the offender is a man shall also be liable to imprisonment for a term of one year; or (b) if married, with stoning to death (rajm).
65
Ogbu U. Kalu, Safiyya and Adamah: Punishing Adultery With Sharia Stones in Twenty-First-Century
Nigeria, (African Affairs, 2003, Royal African Society 2003), 394. Dua orang polis yang menyiasat kes
49 alasan kehamilan, mengaku telah melakukan hubungan seks dengan Yakubu, beragama Islam dan pernah berkahwin.66
Bapa Safiyya Mallam Husseini Tunga Tudu, berusia 80 tahun, mengisytiharkan bahawa "tidak ada keadilan dalam penghakiman ini. Saya tidak mahu anak perempuan saya mati di rejam". Sheikh Mohammed Mod Abubakar, Pengerusi Mahkamah Syariah Negeri Sokoto menyatakan hukuman mati telah berlaku, menentang penggunaan ujian DNA, perubatan teknologi moden, untuk menentukan sama ada Abubakar Yakubu sememangnya bapa kepada anak perempuan Safiyya. Ini adalah atas alasan bahawa syariah tidak bergantung kepada ujian darah bagi menentukan paterniti.
Apabila BAOBAB mendengar khabar mengenai kes ini, Safiyya telah dihubungi dan dia mahu membuat rayuan. Rayuan itu didengar di Mahkamah Rayuan Syariah, Sakoto pada 26 Oktober 2001. Hakim-hakim terdiri darpada Alhaji Muhammed Bello Silame (Ketua Khadi), Bello Muhammad Rabah, Abdulkadir S. Tambulwal dan Muhammad Tambari Othman. Manakala Peguam Imam Ibrahim Abdulkadir yang mengetuai peguam Cik Ezinne N. Ekekwe (BAOBAB), Hauwa Ibrahim, Ladiddi Abdulkadir, O. Omo-Osagie dan Messers Aliyu Musa Yauri, Sadiq Abubakar, Mohammed Saidu Sifawa Bola Odugbesan, Isah Mohammed dan Victor Dadieng telah menyatakan alasan ketika proses rayuan dibuat sepertimana yang berikut: i. Kekurangan bidang kuasa; ii. Mahkamah yang lebih rendah terkhilaf dari segi undang-undang dengan mengambil pengakuan perayu tanpa memberi peluang untuk memanggil saksi-saksi atau mempertahankan dirinya; iii.Tuduhan zina itu tidak dijelaskan kepada perayu; iv. Saksi tidak dipanggil oleh mahkamah yang
66 BAOBAB for Women‟s Human Rights, Sharia & BAOBAB publication, (Copyright © 2003 BAOBAB for Women‟s Human Rights, Chapter 3), 13, ISBN: 978 – 35104 – 5 – 2.
50 lebih rendah untuk memberi keterangan bahawa perayu adalah 'Muhsan' dan begitu juga hubungan seks yang boleh menimbulkan kesalahan zina; v. perayu tidak diberi peluang untuk alamat akhir (izari) sebelum lulus penghakiman; vi. Kehamilan tidak boleh menjadi bukti muktamad zina.
Rayuan itu telah dibenarkan dan penghakiman telah diberikan pada 25 Mac 2002 berdasarkan alasan rayuan, kecuali perlembagaan sistem Kanun Keseksaan67, yang berhujah atas alasan bidang kuasa. Safiyya telah dilepaskan dan dibebaskan.68
4.1.1(b)Keputusan Selepas Rayuan Dan Sebab Pembatalan Rejam Ke Atas Saffiya Husseini
Berikutan dengan pengumuman hukuman rejam ke atas Saffiyya Husseini, beberapa peguam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah campur tangan dan membantu memfailkan rayuan, yang didengar pada bulan Oktober 2001. Pada 25 Mac, 2002, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri, yang terdiri daripada empat hakim, membatalkan hukuman mati. Alasan rayuan yang telah diterima oleh mahkamah rayuan, ialah bahawa undang-undang Syariah di mana dia telah dihukum belum lagi berkuatkuasa pada masa kesalahan yang dikatakan telah dilakukan, dan tidak boleh digunakan sebagai retroaktif69. Kesalahan yang didakwa berlaku pada bulan Disember 2000, manakala Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah Syariah berkuatkuasa pada Januari 2001. Mahkamah rayuan juga mengakui bahawa terdapat beberapa kawasan lain di mana proses yang sewajarnya
67 Ini bermakna bahawa soalan-soalan yang telah dibangkitkan adalah fakta bahawa Kanun Keseksaan Syariah menentang prinsip-prinsip peruntukan-peruntukan perlembagaan.
68
BAOBAB for Women‟s Human Rights, Sharia & BAOBAB publication, (Copyright © 2003 BAOBAB for Women‟s Human Rights, Chapter 3), 13, ISBN: 978 – 35104 – 5 – 2.
51 tidak dipatuhi semasa perbicaraan, termasuk kegagalan hakim mahkamah Syariah untuk menjelaskan jenis kesalahan yang jelas kepada defendan dan memaklumkan hak perwakilan undang-undang dan hakikat bahawa mahkamah telah mensabitkan hukuman walaupun wujud penarikan balik pengakuannya.70