• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesalahan Peserta

Dalam dokumen Buku Log Olahraga (Halaman 35-42)

 Kaki peserta tersentuh tanah melebihi papan melonjak atau memijak dan

menyentuh kawasan di luar pelepas.

Peserta membuat ketiga-tiga lonjakan menggunakan kaki yang sama.

Peserta membuat dua lonjakan pertama dengan kaki yang berlainan.

 Peserta menggunakan alat bantuan atau sokongan semasa membuat

lompatan.

 Peserta mengambil masa terlalu lama melebihi masa yang dibenarkan

SEJARAH

Zaman galah buluh :

Pada peringkat awal lompat bergalah, pelbagai bahan digunakan sebagai galah untuk lompatan. Apabila buluh digunakan untuk membuat lompatan, disebabkan buluh ringan dan mudah dibawa, peserta berjaya membuat lompatan yang lebih tinggi.

Ini terbukti pada tahun 1883,apabila Hugh Baxter dari Amerika Syarikat berjaya membuat lompatan setinggi 3.65 meter atau 11 kaki menggunakan galah daripada buluh.

Peserta Amerika Syarikat William Hoyt yang merupakan pemenang lompat bergalah dalam Sukan Olimpik pertama tahun 1896.menggunakan galah buluh juga, telah mencipta teknik lompatan baharu dengan menggerakkan tempat pegangan pada galah di bahagian bawahnya dan berdekatan dengan bahagian tingginya ketika galah dipacakkan ke tanah.

Teknik ini telah diperbaiki oleh Raymond Clapp, sehingga peserta mampu melompat setinggi 3.62 meter yang merupakan rekod dunia ketika itu. Galah buluh telah mendapat sambutan dari seluruh dunia, pada peringkat awal abad ke-20. pada tahun 1920-an,pelompat galah daripada buluh yang boleh dilenturkan ketika melompat

Untuk beberapa ketika, penggunaan buluh sebagai galah dalam lompat bergalah menyebabkan perlumbaan untuk mencapai ketinggian yang lebih, menjadi-jadi sehingga buluh digantikan dengan galah yang diperbuat daripada keluli pula.

Zaman galah daripada keluli :

Dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia. Kedua, galah daripada keluli diperkenalkan, iaitu galah yang diubah suai daripada penggunaan aluminium, yang diuji di Amerika Syarikat. Difahamkan, iaitu aluminium adalah ringan tetapi mudah patah. Oleh itu penggunaan keluli dapat mengelakkan galah menjadi mudah patah atau retak.

Galah keluli walaupun agak berat sedikit, tetapi mudah dibengkokkan menjadikan penggunaannya amat sesuai untuk acara lompat bergalah ini. Lama kelamaan penggunaan galah keluli ini didapati kurang sesuai lagi, khususnya untuk peserta melakukan lompatan yang lebih tinggi.

Ini menyebabkan para pengeluar dan pencipta galah berusaha untuk menghasilkan galah daripada bahan lain yang mungkin lebih baik. Maka terhasil pula galah yang dibuat daripada bahan yang lebih anjal yang sememangnya lebih sesuai untuk acara ini. Orang yang bertanggungjawab terhadap penciptaan barn ini ialah seorang jurutera Amerika, iaitu Richard Ganslen.

Zaman galah kaca gentian :

Zaman galah daripada keluli berakhir menjelang tahun-tahun 1960-an, dengan penggunaan galah daripada kaca gentian secara lebih meluas ke seluruh dunia. Ini bermakna galah yang digunakan kini adalah galah tiruan yang diperbuat daripada adunan bahan yang menjadikannya lebih anjal dan tidak pula berat.

Penggunaan galah baharu ini menyebabkan lompatan yang dibuat oleh kebanyakan peserta lebih tinggi dari semasa ke semasa.

Galah tiruan ini membolehkan peserta memegang dengan kemas tanpa menghasilkan tekanan dan kekuatan yang lebih. Kaedah melepasi palang lompat bergalah juga turut berubah. Hasil ciptaan yang dilakukan dari semasa ke semasa menjadikan wujud dua kaedah lompatan barn yang didapati amat sesuai dan digunakan hingga kini oleh kebanyakan peserta lompat bergalah. Kedua-dua kaedah itu ialah jack-knife clan fly- away.

Dalam kaedah pertama, jack-knife, peserta dapat melonjakkan kedua-dua kakinya ke atas sambil menolakkan badannya melepasi palang, selalunya secara 'paksaan' menyebabkan kedudukan keseluruhan badannya menegak dengan kaki ke alas.

Dalam kaedah kedua pula, peserta melakukan pergerakan badannya bersama galah dan melepaskannya dengan kuat sebaik sahaja dirinya melepasi palang. Pergerakan peserta dalam kaedah ini adalah lebih pantas, dan badannya melepasi palang pada kedudukan hampir mendatar

Penggunaan galah jenis ini diteruskan hingga kini dengan pengubahsuaian dilakukan dari semasa ke semasa untuk mendapatkan galah terbaik bagi peserta dalam acara ini. Ketinggian lompatan terns meningkat clan mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini turut meningkat sehingga menjadikan acara lompat bergalah sebagai acara olahraga yang menarik serta mendapat sambutan ramai, walaupun sukar bagi sesetengah orang.

LOMPAT BERGALAH KINI :

Kini ternyata lompat bergalah merupakan salah satu acara olahraga yang diminati, khususnya dalam perjumpaan olahraga dunia. Lebih ramai pula peserta

olahraga yang melibatkan diri dalam acara ini. Semakin tinggi pula rekod yang dicipta, termasuk rekod dunia.

Peserta dari Amerika Syarikat, Sweden, Perancis, Rusia dan China berlumba-lumba membuat lompatan lebih tinggi daripada yang lain. Lompatan mereka yang kini melepasi enam meter terus meningkat, dan berkemungkinan ada peserta yang mampu melompat setinggi tujuh meter pula.

Di negara kita, acara ini kurang diminati malah sering tidak disenaraikan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga, sama ada di peringkat daerah ataupun negeri. Selain merupakan acara khusus untuk lelaki, kurang pendedahan serta anggapan negatif terhadap acara ini adalah sebahagian daripada faktor atau penyebab acara ini kurang diminati.

Kekurangan jurulatih juga turut menjadi alasan utama kurangnya penyertaan dalam acara ini di negara kita. Walaupun di peringkat Asia, keupayaan peserta negara kita masih jauh di-bandingkan dengan peserta terutamanya dari China, Korea dan Jepun. Bagaimanapun, di peringkat Asia Tenggara, peserta negara kita sering memenangi acara ini khususnya dalam Sukan SEA.

PERATURAN :

Peserta-peserta boleh memilih tiang atau sangga dianjak ke arah kawasan mendarat supaya hujung palang yang berhampiran kepada atlet boleh diletakkan pada mana-mana tempat dari di atas hingga ke hujung belakang petak lonjak kepada satu tempat 80cm ke arah kawasan mendarat

Peserta-peserta hendaklah memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab sebelum pertandingan mengenai kedudukan tiang dan

sangga mengikut kemahuannya untuk lompatan pertama dan kedudukan ini hendaklah direkodkan.

Sekiranya kemudian nanti peserta tersebut mahu diubah pula kedudukan yang dimintanya tadi, hendaklah dengan segera memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab, sebelum palang dan sangga tersebut diletakkan seperti permintaan asalnya. Kegagalan berbuat demikian akan memakan had masa membuat lompatannya .

Dalam dokumen Buku Log Olahraga (Halaman 35-42)

Dokumen terkait